CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yays

berbaloi ke jadik member vacation club?

[Copy link]
Post time 19-10-2006 09:03 AM | Show all posts
fox pun rasa takyah laa... my fren ada jadik berjaya nyer member... tu pun dia terminate pastu sbb tak larat nak bayo bulan2... dahtu bukannya selalu dapat p pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 09:07 AM | Show all posts
membazir je.. baik simpan duit tu wat simpanan bulanan.. kalo rasa byk sgt duit, baik sedekahkan je kat org2 yg lebih memerlukan ie anak2 yatim etc.. daripada korang kasik kat diorang..

[ Last edited by  fairy_hobbit at 17-2-2007 11:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 09:22 AM | Show all posts
Tumpang tanya. Pernah dengar tak syarikat ni 'Global holidays' or lain tapi ada word ZGlobal? Macam ni ceritanya. My hubby ada terima call mengenai offer holiday dr sykt ini around Rm500+.Dia ceritalah segala kebaikan untuk ambil, my hubby mula-mula tu teruja juga but dia bila fikir balik dia kata nak discuss dgn wife. Orang yang buat promo tu jawab balik " Apalah you ni, takut dgn wife, itupun nak tanya wife'. So tergugatlah ego my hubby so my hubby setujulah nak ambil and beri credit card no. Lepas tu dia cakap dgn uda, I pun kata takyahlah(after baca kat tread ni) and dengar banyak kes penipuan. Then my hubby call balik orang tu and cancel persetujuan tu. Bos dia, MALAY lady, siap marah-marah but agree. then my hubby contact bank credit card, and cerita pasal kes ni, bank kata memang ada transaction but dah cancel the transaction. So kami anggap kes ni dah selesai.

BUT yesterday, this lady call lagi and dia tagih janji my hubby and nak potong amount tu kat credit card. My hubby jawab kan dia dah tak setuju, but this lady marah-marah. My hubby kata dia nak report kat polis and cosumer asso. So this lady jawab balik, kalau U nak main kasar, kita orang pun boleh main kasar. masalahnya and Pertanyaan: Apa co. ni boleh buat kat kami? Dengan credit card no. tu dia orang boleh tak charge apa-apa. Minta pandangan dari rakan-rakan sekelian.Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 09:53 AM | Show all posts
ade agreement secara bertulis ke idak..?
kalo takde balas le balik.. jgn la takut.. kena la berani..
hubby u ada kasik 3 digit terakhir kat belakang kad kredit dia..?
kalo ada susah la.. better buat report polis.. sebab dgn adanya 3 digit tu diaorg nih bleh guna online..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 11:10 AM | Show all posts
Memang beri the last 3 digit.Tu yang risau ni.JTakda perjanjian secara bertulis, just dari phone call.ahat betul dia orang ni kan!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 11:31 AM | Show all posts
utk makluman semua
sebarang pengesahan melalui telefon, transaksi dianggap SAH.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2006 11:54 AM | Show all posts
So nak buat macamana ni? Nak buat polis report ke? Kalau uda laporkan kad tersebut hilang macamana? So dari tarikh  hari ni, kad tu dah tak sah kan, so if any transaction done after today date tak kira. betul ke? Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by razak at 13-10-2006 11:39 PM
Berbaloi utk jangka panjang...mcm swiss garden...pakai 30 tahun...7 malam setiap tahun...masa booking dlm 6 bulan awal.....ambik kelendar ...cepat2 tengok bila ada public holiday...booking terus... ...


razak.. kawan aku dah amik dah.. 15 yrs punya for swiss garden.. bayar rm6K.. tapi punyala susah nak dapat book hotel free 7 malam setahun tu.. 6 bulan booking pun blum tentu dapat weh.. so pada yang belum terkena.. baik takyah le.. korang bagi duit dulu.. servis macam siot la..!! if u dun giv money yet.. many will become ur slave.. remember.. MONEY IS POWER!! once u gave it.. u loose ur power lah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by yays at 28-7-2006 03:59 PM
Dari segi consumerism, berbaloi tak jadik club member untuk Palace of the Golden Horses (PoGH)  tawarkan 25K untuk tempoh 38 tahun. Yang diperolehi ialah:

1. 14 rooms  (within 7 days- satu mal ...

haku jadi ahli selama 3 hari jer
sib baik dpt balik duit haku 3K
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 20-2-2007 09:12 PM | Show all posts
Aku dgr Tanco & Legend punya okay. Tapi club mcm ni berbaloi lah utk org yg ada duit and mmg rajin pi vacation selalu-selalu. Kalo yg dua, tiga tahun sekali baru nak pakai...mmg merugikan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 01:49 PM | Show all posts
kalau vacatin discount card aku rasa memang tak berbaloi sangat .. masa nak jual mcm2 dia bagi bunga lepas tu bila kita nak tempah dia cakap cuti sekolah tak leh walaupunkita buat booking 5 month in advance.baik tak yah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 12:19 AM | Show all posts
hai kengkawan...
Vacation club ni Putau Aalam. aku dah terkena dan aku sekarang mengenakan diaorang balik......Diaorang Invite aku pi ambil Vaucer aku pergi...tapi lepas dapat Vaucer depan depan Bos dia aku call untuk Booking... Kalau tak dapat tak tentu arah diaorang.Tapi Kebanyakannya memang tak de tempat. Dah banyak Vacation club invite aku pi dengar Cerita mengarut ni. Tajuk nya sama.<br />
-Invest for your vacation.
-Jaminan untuk pulangan duit kalau nak jua.
-Boleh pilih hotel Local dan yang paling best dia kata luar negeri melambak hotel boleh booking.
Pengalaman Aku dengan TANCO RESORT ....peh.. janji dia memang manis . Siap bg hubby aku nak pergi holidsy ke Paris anytime di boleh book untuk kami.
oleh kerana kami ada plan nak ke Penang jadi aku booking hotel di penang.Ingat ke dia offer Gurney Hotel ke....Northam ke.... Rupanya Merit Seri Sayang.... Apa class aku kata. Oleh kerana dah bayar untuk VC tu RM3000. Aku pun Pergilah try.Berita yang Membuatkan aku terus meletup terbakar tu....pada malam hari pertama kami menginap pihak Merit Seri Sayang Call bagi tahu esok aku kena keluar dr sana. Alasannya point kami tak cukup.RM3000 untuk penginapan satu malam yang hanya bernilai RM198.dan pada tahun tu aku dah siap bayar maintanance feeRM145.
   Lepas dari tu aku terus bertekad tak mahu lagi join Vacation Club.
Kalau nak pi bercuti pergilah check kat web site . ada offer lagi. tak payah pening kepala nak bayar maintanance fee lah tax lah dan tah apa apa lagi.Itu belum lai yang tak dpt Booking.  Mana nak pergi kita dah tahu hotel mana  yang sesuai dan dekat selesa.

[ Last edited by  nor39 at 1-4-2007 12:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 11:57 AM | Show all posts
lagipun vacation club ni kita terikat dgn hotel2 tertentu... tak leh nak pegi hotel2 lain, boring..

lepas tu memang betul nak booking punya la susah  , penuh memanjang.kita biasanya tak leh nak terus booking kat hotel tu kene melalui diaorg...

and jgnlah tertipu dgn rack rate yg tertulis dalam brochure VC tu, sbb actually rack rate dia jauh lebih murah... konon2 VC tu bagi discount kaw2 la.

ples aku harap jgn lah tertipu dgn beli VC ni.sapa2 keje gomen atau jusco member pun boleh dapat hotel rate yg lebih murah dari VC ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 12:19 PM | Show all posts

Reply #1 yays's post

Pada saya elok kalau u jangan beli pakej tuh atas nama individu (nama u atau hubby) tapi lebih elok facilities camni dibeli kalau u ade company dan beli pakej nie guna nama company....in the end, you bole guna untuk entertain client atau adakan family day untuk pekerja. Nie cadangan I kalau u ade company sendiri laa...sebab kos for entertainment bole guna untuk reduce tax bagi company tuh.

P.S: kalau satu hari saya ade bisnes sendiri memang saya ade plan nak beli membership Club Med...best woo...pastuh facilities tuh beri skali pada pekerja...ujung tahun masukkan kos pakej dalam kos entertainment, pastuh appeal untuk reduce tax...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 08:13 PM | Show all posts
member saya n saya diajak join satu vacation club package, summerset resort masa MATTA fair arituh. agent tu ye ye aja cakap yg pakej yg diaorang tawarkan tu bukan berdasarkan time sharing sebab diaorang ada macam2 resort dan travel agencies seluruh dunia

benefit yg depa tawarkan:

a. 14 hari vacation di mana2 aja, tapi compulsory 2 malam di summerset resport. rompin, pahang. so tolak 2 hari, jadinya 12 hari gi vacation kat mana2 ajer..

b. insuran keta setahun

c. tawaran diskaun pakej umrah sehingga 50%. tak terhad kepada musim haji atau tak.

saya dah start argue dengan agent tang faedah (c) tu.. dok tanya dia macam mana boleh dapat diskaun sampai 50%??? apa jaminannya saya akan dapat diskaun 50%, kalau agent call dah cakap, mintak maaf kami cuma dapatkan diskaun 10% ajer..

sembang punya sembang, baru la tau, diskaun 50% ni cuma utk pakej umrah utk group ajer. lebih ramai orang u bawak, lebih banyak diskaun la..

laiepun, diaorang ni cuma ada 1 ajer customer line. kalau call kita tak dijawab, baru leh call agent.. this is what their so-called "international networking"

tapi, member saya sign up jugak dengan summerset nih.. bayar 3k.. dapat pulak percuma 3h 2mlm stay kat summerset resort.. member seronok la sebab dapat honeymoon kat sana..

dah sign agreement, baru tau yg voucher pree 3 hari 2 malam tu cuma boleh pakai dalam masa 90 hari dari tarikh tersebut.. kawan dah la nak guna voucher tu bulan ogos nih.. yg tak bestnya, member tu kena antar surat kat summerset resort utk extend validity voucher tu.. yg peliknya, bos besar ader, tapi dia sendiri mintak kawan saya tu antar surat.. takkan takleh approve terus??
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 12:29 PM | Show all posts
ahaks aku dah duga dah diaorg ni selalu je ada trick..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2007 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 3-4-2007 12:29 PM
ahaks aku dah duga dah diaorg ni selalu je ada trick..


Mak aku dulu pun penah kena...Berjaya Group punyer...abis dekat RM 5,000...aku punyalah bising mase tuh...sampai mak aku merajuk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 01:26 PM | Show all posts
memang penipu jer smua tu....

kalau hari2 gi vacation mmg berbaloi la...

kalau g vacation setahun sekali pun susah, baik toksah

ramai agent dok call duk pujuk2... lepas penat derang membebel, tuna selalu cakap tak berminat.. pastu dia pujuk2 lagi.. .tak paham bahse la dorang nih...

kalau setakat panggil dengar briefing utk dapat adiah free (kononnyer).. selalu tuna cakap nak pi... hahaaha.. tapi tiba tarikhnya tak pi pon... derang tepon beratus kali, tuna bagi alasan.. saja nak kenakan diorang balik....

plg marah dgn club Palace Of The Golden Horses... tuna anta fax maki doorang lagi... yg ni tuna tanak pegi tapi hubby yg beriya nak gi... so, dah gi sana saja pakai cam orang miskin dgn baju koyak rabak dan berselipar jer.... hahahahaa.... derang  layan cam biasa la layan orang takde kelass.... kat form saja saja tulis gaji tak sampai 1000, padahal gaji aku beribu2 nak puluh ribu....

masa tu bulan posa lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 01:30 PM | Show all posts

Reply #38 tuna_sandwic's post

Takpe...kire bohong sunat le tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 01:43 AM | Show all posts
itu citer vacation club... tapi ini ada satu lagi cam lebey kurang aje skim nyer...aku pun tak pasti lar nak amik ke tidak.. tp dh terbayo duit booking lar... camne ekk... korang bagi idea skit bleh...

kes dia, dowang ofer resort living, utk 99 thn, lepas 38thn, dia akanbayar balik duit aku tu, tp umah tuh aku tak leh duk pun, hanya diberi 7 hari je setahun utk stay, tp still kena bayar, cuma utiliti bill aje lar.. dan umah tuh hanya akan disewakan pada org mcm kita dok hotel tuh... dowang akan uruskan segala2nya, so masyuk lar jugak, tp kalo tade org sewa, tak dpt apa2 lar, kalo aku kira2 balik dlm sebulan kalo sentiasa ada org masuk, dlm 10k bleh dpt... kalo aku sendiri yg carik org, dpt lar sumer duit tuh, kalo dowang uruskan dpt 70% je dari sewa tuh... so... mcm investment lar...
tp aku first time nih.. tingin gak nak amek... tp tak tau ler... camne ek... sbb aku tak pandai lar yg nih... korang boleh bg buah fikiran tak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073350 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list