|
salam
kepada saudara ibnur..ana bukan sayyid...jgn silap faham, nasab ana dgn syed sulaiman tu bersusurgalur sebelah ibu..so ibunya kawin dgn sayyid tapi tidak ibu ana.
tahukah saudara ibnur dari mane datangnya buku2, manaqib, artikel dlm asyraaf.com? mereka mengambilnya dari yayasan2 sunni dari indonesia. sebab tu bahasanya indonesia. manakala kaum syiah mengambil manaqib atau biografi para imam dan keturunannya dari yayasan sunni ini kemudian meletakkan di web mereka tetapi sumber aslinya adalah karangan dari penulis ulama yayasan sunni disana. mungkin ade manaqib seperti cth fatimah yg cenderong kearah syiah, tapi mereka(asyraaf.com) mengambil jln tgh yakni keutamaan kesahihan isinya bukan siapa penulisnya. mereka lebih tahu siapa syiah dan siapa sunni..kita ni byk ambil ilmu daripada mereka kaum syed ni..jadi kita disini tak payah nak mengaku yg kita lebih mengetahui dari mereka. nabi berkata "...jgn cuba mengajari mereka, belajarlah dari mereka". saudara kena faham..iklim bermazhab kita disini jauh berbeza dgn cara bermazhab di indonesia. mereka mempunyai fiikiran dan pemahaman yg amat tajam dan luas. mereka juga mempunyai kitab2 sejarah yg jarang kita dgr dan lihat. kat kl ni ana lihat kedai buku kat masjid india aras 2 wisma yakin tu aje yg import buku2 dari sana...itupun saudara mesti kagum dan kaget dgn tajuk2 buku yg kita tak pernah dgr dan lihat...apatah lagi jika kita sendiri pergi kesana dan melihat dgr mata sendiri naskah2 dan lembaran2 lama yg diwarisi sejak turun-temurun. tambahan lagi byk cerita2 yg pelik dan tak masuk akal tentang manaqib dan sejarah para wali dari keturunan muhammad saw ni seperti wali songo dan lain2.
berbalik kepada topik..sebenarnya ramai lagi org tak faham apa itu mazhabnya ahlulbait atau aqidahnya ahlulbait. benda ni ambil masa ana nak mengarang..harap semua bersabar sebab ramai yg bertanya: "apakah aqidah ahlulbait sebelum wujudnya aswj.." so ana nak kena cerita dari abad pertama sampai abad ke 5 hijrah. sejarahnya panjang..dan sejarah ni dlm bentuk 'riwayah' yakni cerita turun-temurun keluarga ahlulbait dari generasi ke generasi. ada sejarah mereka yg dah dibukukan tapi bukan utk dijualbeli tapi hanya sebagai rujukan. sebab tu sejarah ni amat sedikit diketahui oleh org awam melainkan mereka yg ada kesungguhan utk mencari kebenaran.
kheir |
|
|
|
|
|
|
|
salam
berita yg baru ana terima..
sahabat ana, syed ahmad semait, penterjemah kitab2 arab karangan habib alwi al-haddad(tokoh ahlulbait rasulullah yg terkenal melalui ratib al-haddad) telah meninggal dunia akibat kemalangan jln raya dari singapura menuju ke masjid baitul-aman ampang, kl pada pagi 15hb.
jenazah beliau selamat dikebumikan di batu pahat, johor. siapa yg mengenali beliau maka dialah syed ahmed semait dan siapa yg tidak mengenali beliau...maka beliau adalah seorang ahlulbait rasulullah yg sgt besar jasanya pada kita.
al-fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Wahai saudara ku yahya, saya mengakui bahawa saya masih lagi jahil dalam ilmu syiah itu sendiri dan saya masih jahil dalam sejarah itu sendiri...dan saya rasa dengan ilmu yang akan saudara turunkan yang menceritakan tentang sejarah Ahlulbait dapat menambah ilmu ana dandapat ana membuat kajian...
ana harap anta akan menceritakannya dengan detail....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 17-7-2006 02:54 PM
salam
berita yg baru ana terima..
sahabat ana, syed ahmad semait, penterjemah kitab2 arab karangan habib alwi al-haddad(tokoh ahlulbait rasulullah yg terkenal melalui ratib al-haddad) telah m ...
Apa sudah meninggal????/ "innalilah hi wa innalilah hi rajiun".....beliau ada serang yang sungguh luar biasa...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
salam.
semua kita tahu bahwa ahlulbait rasul allah menjadi sasaran dengki oleh ummat muhammad sendiri semasa malah selepas hayat beliau. mereka2 ini dihambat dgn fitnah dan cemuhan dari seluruh ceruk kampung dan daerah. tambahan pula selepas 'perdamaian' antara muawiyah dan saidina ali dlm perang siffin..maka muncullah pula kaum khawarij yg memberontak atas tindkan saidina ali. mereka ini telah bersumpah akan membunuh ali bahkan segenap keturunannya yg ada. adapun tempat berkumpulnya keluarga nabi ialah di madinah tetapi kerana fitnah dan bida'ah serta perselisihan antara ummat semakin kuat berlaku maka imam ali bersama kaum kerabatnya berhijrah dari madinah ke najaf, iraq. madinah sudah tidak aman lagi seperti dulu, byk perang saudara dan pertumpahan darah berlaku sesama muslim. kesemua ahlulbait rasul sudah tidak ada lagi dimadinah. pada zaman saidina ali, ramai pengikutnya yg taat, alim telah dibunuh dan kitab2 mereka dibakar. ilmu rasulullah pada masa itu hanya diwarisi oleh ali dan anak2nya shj. sehingga umar ra pernah berkata 'jika taida ali maka celakalah umar..' maka merekah tempat ummah membuat rujukan serta belajar. tetapi sejarah membuktikan kesemua anak2 beliau mati dibunuh, hasan diracuni oleh istrinya sendiri, husein dibunuh oleh yazid keturunan abu sufyan yg amat membenci keluarga nabi. maka para sahabat dan 'syiah ali' semuanya telah dibunuh oleh pemberontak pada waktu itu. maka yg tinggal hanya imam ali zainal abidin anaknya imam husein yg terselamat dari peristiwa karbala. beliaulah pelanjut keturunan rasulullah sampai kepada imam jafar seterunya al-mahdi. dari zaman ali ke zaman imam ali zainal abidin dan anaknya imam muhammad al-baqir tidak ada perselisihan mazhab dlm agama bahkan mazhab tidak wujud lagi pada masa itu. ummat muhammad pada zaman itu jika berlaku khilaf dlm hukum islam terus bertanya pada ahlinya yakni itrah rasul muhammad albaqir.
pada zaman muhammad albaqir, fitnah sudah semakin kurang dan sahabat boleh mengikuti kelas pengajian dari ahlulbaiyt dgn aman. zaman itu, ummah takut nak belajar dari imam ni kerana yg berkuasa adalah bani umaiyyah yg dikenali dgn sifat zalim dan bermusuh dgn kluarga nabi. sesiapa yg belajar atau berguru dari ahlulbait..jika diketahui akan dibunuh.saudara lihat sendiri..betapa hebat fitnah yg berlaku pada zaman mereka tersebut. akhirnya imam al-baqir sendiri pun telah dibunuh..maka persoalan yg timbul seramai manakah anak murid yg di didik oleh imam al-baqir ini sebagai penerus kepada perkembangan dan dakwah islam? yg pastinya anak2 al-baqir mewarisi ilmu dari ayahanda mereka. satu keterangan disini..para imam ahlulbait ni tak sama macam org biasa..tuhan dah anugerahkan mereka ilmu zahir dan bathin sebelum mereka ni lahir lagi. mereka2 ni org yg paling takwa, alim, zuhud dan mewarisi ilmu dari datuknya yakni saidina ali(pintu kota ilmu). mereka ini umpama mata rantai..jika digerakkan maka bergeraklah yg lain sebab ilmu mereka sambung-menyambung sampai kepada imam ali seterusnya rasulullah saw. dlm posting ana yg lalu bagi menjawap soalan saudara inbur ana telah tersilap taip yakni sejarah dari abad pertama hingga ke 5 hijrah..yg sebetulnya dari abad pertama hingga abad ke 15 hijrah. harap maaf.
di era zaman imam jafar shidiq...fitnah bangkit kembali. puak2 nawashib seperti khawarij dan rafidlah yg bersikap agak ifrath(berlebih-lebihan) mencintai ali sehingga anggapnya tuhan kembali memberontak. kerajaan abasiyyah pada masa itu seolah-olah tidak dapat lagi mengawal keadaan. puak pemberontak(yg memusuhi ahlulbait) tidak jemu2 mengzalimi mereka yakni keluarga imam jafar. imam jafar tidak terlalu mendedahkan keluarganya pada masyarakat bahkan ada kaum keluarga beliau yg langsung tidak dikenali masyarakat(khamil). semua ini kerana pada zaman tersebut keluarga imam jafar menjadi sasaran bunuh oleh kaum pemberontak. sebab itu imam jafar 'menyembunyikan' keluarganya dari pandangan zahir ummat islam pada masa itu. satu cerita yg ana dapat dari indonesia..kaum kerabat rasulullah ni unik, mempunyai satu nur(cahaya muhammad) yg ada pada wajah mereka. walaupun tidak memberitahu identiti sebenar mereka, tetap dikenal org yg memiliki ilmu nasab kerana dgn melihat wajahnya shj boleh tahu ahlulbait ataupun bukan. di mekkah dahulu ada 'rumah putih' yakni rumah khas bagi kerabat rasulullah yg dtg dari seluruh dunia. hanya mereka yg nasabnya bersambung ke rasulullah shj yg boleh tinggal di rumah tersebut dgn makan minum percuma.org2 arab yg menjaga 'rumah putih' ni ada 'ilmu khusus' utk mengenal adakah antum seorang ahlulbait ataupun bukan. jadi..takyah nak bohonglah, hang letaklah nama sayyid, syeikh, habib ke kalau nasab tu palsu memang depa tau..takkan boleh masuk. skrg ni rumah putih tu dah takde pasal ramai sgt dzuriyyah rasul yg dtg dari seluruh dunia..dah tak muat, lagipun kerajaan arab saudi ni kan wahabi berketurunan yazid...dgr cerita dah dirobohkan. satu lagi keistimewaan dan bagi ana ianya adalah anugerah dari allah swt yg tidak diberikan pada org lain ialah..keturunan ahlulbait ni mewarisi 'bau' dari peluh rasulullah saw. semua kita tahu..peluh rasulullah ni baunya harum..'bau kasturi'. tidak ada minyak wangi pada zaman dulu hingga skrg yg sama baunya seperti bau peluh rasulullah ni. peluh rasul ni baunya unik sekali, cukup harum dan ianya diwarisi dari imam ali sampailah kepada keturunannya termasuk imam jafar ra. dan puak pemberontak ni cukup 'kenal' dgn bau ni..jika seseorang tu memiliki bau tersebut maka dibunuhnya sebab memang sah dia ni ahlulbait. oleh sebab itulah imam jafar menyembunyikan kerabatnya dari org ramai takut nanti puak pemberontak ni dapat kenal anak2 imam jafar melalui bau ditubuh mereka...dan sudah tentu akan dibunuhnya. peristiwa ni berlaku sehingga sekitar thn 400 hijrah menyebbakan ramai dzuriyyah rasulullah dibunuh oleh musuhnya disebabkan oleh 'bau' tersebut yg memang tidak dapat dihilangkan. inilah anugerah allah kepada mereka ni. tetapi muncul seorang tokoh ahlulbait pada abad tersebut yg mana meminta doa kepada allah swt supaya menarik blk nikmat ni kepada mereka kerana bau inilah menyebabkan ramai keturunanya dibunuh sebab musuh mudah kenal..depa jumpa seseorang tu akan ditahan, jika takde bau dilepaskan tapi jika ada bau kasturi ni maka akan dibunuh tanpa byk soal. doa beliau dimakbulkan...maka keturunan rasulullah dari abad itu hingga ke hari ni dah tak mewarisi 'bau peluh' rasulullah ni. kalu tak caya antum jumpa syed2 dan p cium badan dia..bau apa yg keluar, bau masam..he..he. inilah yg ana maksudnya dgn 'rahsia2 keluarga muhammad' yg memang antum semua tak pernah dgr, lebih2 lagi puak syiah..tak abih2 dok junjung tsaqalain sana-sini..kalau dah tak laku pastu tgk langit..dok tunggu imam mahdi...org yahudi tgk langit jugak pasal dok tunggu messiah. benda ni takde dlm buku..kena tanya sendiri pada ahlulbait rasul ni, dan kena mencintai mereka barulah depa cerita kat enta semua rahsia keturunan muhammad saw. ade lagi cite pelik lagi memelikkan tentang saidina ali kecuali utk org2 yg mempunyai mata hati dan cinta pada ahlulbait muhammad shj yg tak akan rasa pelik. tapi tu lain hari ana akan cerita.
aik..dah lari topik skit..ana kalu mengarang jarang pakai rujukan..semuanya ana 'download' dari kepala hotak ana je, apa yg terlintas ana taip, sebab tu kekadang off topik. berbalik kepada imam jafar maka satu hari beliau berjaya juga dibunuh. sebelum beliau wafat, beliau sempat membuka beberapa musalla utk mengajar ilmu agama termasuk para imam mazhab 4, syafie, maliki, hanbali dan hanafi. sejarah membuktikan bahwa para imam 4 ni pernah diseksa kerana kecintaannya kepada imam jafar dan ahlulbait nabi. disingkatkan cerita..para imam ni pun kena bunuh sama macam imam jafar yg akhirnya berjaya dibunuh oleh musuhnya(mati kena racun). soalan yg timbul...adakah ade lagi sisa2 anak2 murid imam jafar ra yg berilmu pada masa itu. jawapannya tiada..ilmu2 agama semakin tenggelam. kerajaan pada masa itu tidak lagi menjaga agama islam tetapi lebih kepada meluaskan lagi empayar pemerintahan mereka. yg tinggal hanyalah kitab2 yg dikarang oleh imam 4. Dimanakah anak2 imam jafar shadiq berada dan bagaimana keadaan mereka ketika itu? adakah anak2 imam jafar mewarisi ilmu ayahnya? sudah byk bid'ah yg berlaku dari imam ali lagi..skrg imam jafar sudah tiada, dan mampukah anak2 beliau menentang kezaliman dan bid'ah pada masa itu? jawpannya tidak..bida'ah terus berlaku dan kezaliman terus menindas mereka. pada masa itulah mula wujudnya mazhab2 ciptaan manusia ni bagi tujuan politik dan menjaga perut mereka supaya sentiasa 'kenyang' dari pemerintah. pada masa itulah juga muncul mazhabnya ahlulbait yg di asaskan oleh anak2 imam jafar ra. sebenarnya bukanlah mazhab tetapi aqidahnya ahlulbait. kerana terlau byk khilaf yg berlaku pada masa itu dan lebih teruk lagi ummah tiada tempat rujukan(sebab imam jafar dah syahid)..semua kita tahu khilaf di sisi awam ni amat bahaya dan buruk akibatnya macam sunni dgn syiah..berbunuhan sesama sendiri. sejarah membuktikan bahwa kerana fitnah yg sgt kuat berlaku dan penindasan terhadap mereka, maka anak2 imam jafar ni blk ke madinah tempat asal-usul keluarga mereka dahulu. kemudian tahun berikutnya mereka menunaikan haji di mekkah dan kembali semula ke Asir. sebahagian besar keluarga imam jafar berhijrah ke hadramuat, yaman kerana di sana ada maqam nabi hud as. ade riwayat mengatakan yg nabi pernah berpesan pada anak cucunya: "jika berlaku fitnah pergilah ke yaman, sesunggunya mereka(org2 yaman) adalah orang2 yg berbaik-sangka..."(hadis ni shohih dan byk lagi hadis mengenai fadhail yaman ni..hampir 2 jam ana cari hadis ni yg disimpan dlm komputer..tapi tak jumpa pasal artikal dan buku byk sgt dah bercampur)..kerana itu ana tak dapat tunjukkan sumber serta sanadnya.
akan ana sambung alkisahnya....kalau karang terlalu panjang nanti enta semua boring nak baca.
kheir
[ Last edited by yahya at 18-7-2006 10:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 17-7-2006 12:24 PM
salam
kepada saudara ibnur..ana bukan sayyid...jgn silap faham, nasab ana dgn syed sulaiman tu bersusurgalur sebelah ibu..so ibunya kawin dgn sayyid tapi tidak ibu ana.
tahukah saudara ibnur ...
wassalam tuan yahya... kalau ikut cakap perak miker ni teman panggil meor. macam pak sedara pak sedara teman dari sebelah ibu teman yang semuanya ada nema meor disebabkan nenek hamba tu sharipah. teman bukan apa-apa saja jer nak borak, tak ada claim apa-apa. saya hanya rakyat biasa yg jika semua orang diberi kerja kat mesjid, mungkin saya cuma layak cuci tandas atau jaga kasut.
saya nak tanya soalan tapi rasanya off topik, berkenaan bau peluh wangi dari keturunan ahlul bait tu, ada tak rujukannya atau ia cerita yg disampaikan secara turun temurun.
lagi la beberapa soalan utntuk encik meor yahya, dulu tuan yahya ada cerita pasai kitab, rasanya tuan yahya kata imam jaafar tak ada tulis kitab, jadi kalau dari keturunannya imam jaafar, siapa la yang pertama tulis kitab? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....
Bagus cerita ini sangat menarik....banyak perkara baru yang ana dapat.....jadi dsini kiranya anak Imam Sadiq a.s tidaklah menjadi rujukan selepas pemergian ayahdanya, malah imam mazhab 4 yg menjadi rujukan ummah selepas itu....begitukah???
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
pertama sekali aku hadiahkan al fatihah pada yang baru pergi yakni yang mulia tuan Syed Ahmad Semait moga2 Allah SWT mencucuri Rahmat atasnya.......
aku ada beberapa kitab terjemahan dari tuan Syed salah satunya kitab 'Hadis Qudsi - analisa dan komentar' jilid 1 dan 2........
menarik citer sdr Yahya tu..... Sambungla lagi......
sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang pengetahuan saya, keturunan-keturunan Nabi s.a.w. yang berasal dari Hadramaut, Yaman lah yang menyebarkan iman dan islam dibumi nusantara, dan mereka bermazhab fiqh syafie dan beraliran aqidah ASWJ dan mendirikan kesultanan melayu islam...pasti saudara Yahya arif tentang sejarah tersebut, cuma dari gaya penulisan dan pemikiran beliau, saya ingin mengetahui apakah pandangan beliau tentang himpunan hadis-hadis yang diusahakan oleh Bukhari & Muslim didalam kitab sahih Bukhari & Muslim, apakah beliau terima atau ragui...
[ Last edited by ahmadi_bangi at 19-7-2006 11:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam kepada saudara ahmad.
mengikut sejarah..albukhari mula mendata hadis bermula 300 thn selepas wafatnya rasulullah saw. beliau berjaya mengumpulkan 600 ribu hadis tapi hampir 95% hadis2 tersebut dibuang kerana dipercayai maudhu(palsu). beliau hanya mengambil 7925 hadis yg dianggap paling benar atau shoheh jika mengikut syarat2nya. satu pembetulan fakta disni bahwa tidak kesemua hadis yg telah difilter oleh bukhari ni hadis shoheh, byk juga hadis dhaif tetapi asalkan bukan maudhu dan tidak bertentangan dgn quran maka tidak mengapa hadis ini diamalkan. status hadis ini dipanggil hadis hasan(baik).
disinkatkan ceritanya..maka bukhari berjaya mengumpulkan hadis2 shoheh ini kemudian dibukukan menjadi 'hadis sahih al-bukhary'. tetapi pemerintah arab saudi pada masa itu berbeza pendapat mengenai status hadis bukhary yg dianggap shahih oleh imam bukhary. sehingga selepas wafatnya imam bukhary, pemerintah saudi arabia mengubah, memperbaiki malah menggantii hadis2 yang dikumpulkan oleh imam bukhari. sebab itulah kitab bukhari yang sekarang belum tentu 100% sama dengan kitab bukhari yang asli. soalan saudara, adakah saya menerima atau meragui hadis2 yg terdapat dlm kitab bukhari? pada pendapat ana, bukhari dan muslim lebih mementingkan sanad dan matan dari perawi, cth seperti hadis ini dari abu hurairah atau anas bin malik seterusnya dari rasulullah tetapi tidak semestinya hadis itu shahih dtgnya dari nabi,mungkin ade ditgh2 sanad perawi yg berbohong. tapi bukhary dan muslim telah sedaya upaya menapis kesmua hadis yg dikumpulkan oleh para sahabat. bagi ana, yg mana tidak bertentangan kita boleh amalkan dan begitulah sebaliknya. byk jugak hadis2 yg karut marut dlm kitab bukhary seperti hadis2 yg seolah2 menjatuhkan maruah dan 'menghina' para nabi allah swt. seperti yg ana terangkan tadi, kitab bukhary muslim telah byk 'diubah suai' mengikut selera pemerintah arab saudi. jadi skrg bagaimana?...tepuk dada tanya iman..wallahualam.
kheir |
|
|
|
|
|
|
|
salam
sambungannya.....
demekianlah nasib anak2 imam jafar yg tidak putus2 dizalimi baik pihak kerajaan mahupun ummah muslim...mereka ni bukan apa, cuma rasa dengki dgn anugerah yg allah bagi pada Aal muhammad(ahlulbait) ni sehinggakan allah menurunkan ayat-Nya; "adakah kamu dengki dgn nikmat yg allah kurniakan pada mereka(org2 yg allah pilih)..... ". Anak2 imam jafar ra yg lelaki ada 12 org, namun yg memberikan keturunan hanyalah 5 shj yakni ismail(dinisbatkan kepada syiah ismailiyyah), muhammad, ishaq, musa al-kazdim dan ali al-uraidhi. masa syahidnya ayahanda mereka, anak2 imam jafar ni masih 'muda' dan kurang dijadikan rujukan ummah muslim. Ummah pada masa itu byk membuat rujukan pada sahabat yg belajar dan hadam ilmu dari imam jafar ra. yg paling popular ialah para imam yg 4. walau bagaimanapun, anak2 imam jafar ra mewarisi ilmu dari ayahanda mereka, tetapi tak dapat nak mengajar sebab fitnah dan semakin berleluasa ibarat api yg sedang membara. mereka ni berhijrah ke hadramaut kecuali imam musa al-kazdim yg terus tinggal di iraq. sejarah imam musa al-kazdim amat terhad dan tidak byk memceritakan sejarah hidup beliau bermula ianya bergelar imam sampailah beliau wafat..so, ana tak boleh nak cerita panjang alkisah imam musa ni sebab keturunannya ramai di iran dan iraq. kalau imam ali al-uraidhi ni byk keturunannya di nusantara termasuk m'sia, jadi ana bolehlah bertanya pada keturunan imam ali-aluraidhi ni tentang sejarah dan hidup beliau. jika ana nak luaskan kajian ana tentang manaqib imam musa kazdim ni terpaksalah ana pegi ke iran dan iraq cari keturunannya dan bertanya mengenai sejarah moyang mereka..hmm rasanya buat masa skrg belum lagi. ana byk hijrah ke indonesia jika nak tahu 'rahsia keluarga muhammad' ni sebab mereka ada kitab2 lama peninggalan moyang mereka. cth seperti keturunan habib ali bin muhammad alhabsyi tokoh ahlulbait yg terkenal pada zamannya di indonesia. beliau merupakan keturunan imam jafar ra melalui imam ali-aluraidhi ra. berikut geonologi pewarisan ilmu beliau; bersambung melalui beliau sampai kepada habib abdullah bin husin bin thohir, bersambung sampai kepada habib hasan bin sholeh al-bahar, sampai kepada habib abdullah bin alwi al-haddad, bersambung lagi sampai kepada habib umar bin abdurrahman alatas sampai kepada syeh abubakar bin salim, bersambung lagi sampai kepada syihabuddin ahmad bin abdurrahman, sampai kepada imam abdullah bin abubakar alaydrus, sampai kepada imam abdurrahman as-saggaf, lantas naik lagi sampai kepada al-faqihul muqaddam muhammad bin ali ba'alawi(bani alawi), sampai kepada ahmad bin isa al-muhajir, berlanjut lagi silsilah ini sampai kepada ali al-uraidhi dari ayahnya imam jafar shadiq, dari ayahnya imam muhammad al-baqir sampai kepada ayahnya imam ali zainal abidin bersumber dari ayahnya imam husein bersumber dari imam ali bin abi tholib (pintu kota ilmu) dan fatimah az-zahra sampai kepada rasullullah saw. maka inilah yg ana maksudkan dgn "rantaian emas". segala riwayat daripada mereka ini dianggap shoheh sebab mereka ini adalah para wali allah, wali quthub al-ghauts..ketua segala wali, yg paling baik akhlaknya, alim, taqwa dan zudud. byk kisah2 menarik tentang mereka ini. keturunannya bercerita pada ana bahwa aqidah yg dibawa oleh moyang mereka adalah bersumber dari imam al-syafie. merekalah yg 'mengislamkan' indonesia dan melawan penjajah belanda sehingga ramai yg gugur syahid. buktinya skrg indonesia beraqidah sunni al-syafie. dan inilah sebenarnya 'mazhabnya ahlulbait' yakni aqidah yg diwarisi melalui imam jafar ra tetapi bersumber dari imam al-syafie kerana seperti ana jelaskan sebelum ini bahwa imam jafar syahid, maka ilmu rasulullah itu sendiri sudah tidak byk dimilki org, yg alim dan hafal alquran semua dibunuh. dan yg tinggal hanyalah kitab2 karangan tentang apa yg 'difahami' yg dipelajari dari imam jafar shadiq ra. sebab itu kitab2 al-syafie seperti al-khodim dan al-jadid byk 'kekeliruan' tentang hukum2 feqah dll..kerana para imam ini belajar apa yg 'difahami'. mereka itu manusia tak terlepas dari berbuat dosa dan maksiat. sebab itulah kita jgn mempertikaikan sgt tentang fahaman yg mereka bawa. bukanlah mereka bertujuan utk 'menyesatkan' kita tapi utk menyebarkan dakyah islamiyyah sesuai dgn tuntutan islam. kalau tdak kerana para imam 4 meninggalkan kitab utk kita semua..apa yg akan terjadi? saudara2 sendiri boleh jawap agaknya.
menurut riwayat yg ana dapat, keturunan imam jafar yg mula2 menulis kitab ialah imam al-faqih al-muqaddam generasi ke 4 imam jafar shodiq ra. ini secara umum..tapi moyang beliau yakni muhammad shahib mirbath sudah menulis riwayat2 cth hadis dan sebaginya dari imam jafar ra tapi bukan kitab tapi hanya sekadar lembaran2 tulisan asli bahasa arab. zaman mereka ini masih kuat berlaku fitnah walaupun mereka sudah berhijrah ke hadramaut dan masih ade saki baki khawarij ni yg memusuhi mereka. sebab tu mereka ni selalu bawa pedang hatta masa nak belajar sekalipun..kitab didepan pedang dipinggang. sehinggalah zaman muhammad bin ali faqih muqaddam fitnah sudah hampir tiada dan keturunan mereka ini sudah tidak lagi membawa pedang kesana ke mari sampailah skrg. mereka ni bawa pedang bukannya apa..kekadang nak pegi pasar pun terserempak dgn puak khawarij ni..so pedang tu sebagai senjata nak pertahankan diri shj bukannya nak tunjuk samseng. pokok perbahasan ana ni bersifat umum dan universal sebab tidak ade sejarah yg amat detail mengenai keturunan dari imam jafar ni kerana mereka lebih suka hidup menyendiri dari bersosial sebab mereka ni adalah sasaran bunuh puak pemberontak. mereka hidup lebih byk berdiam diri dari byk cakap. sebab itulah sejarahnya tak detail. ni pun dah cukup detail..kalu saudara semua nak tahu detail lagi p naik kereta mikel j fox..set timer tu blk zaman jabir ke atau zaman imam jafar..baru boleh tahu cite sebenarnya a-z..he..he. kekadang tu saudra, nak kaji dan belajar sejarah ni tak semestinya kita belajar dari apa yg dicatatkan oleh ahli sejarah. byk sgt sejarah ahlulbait ni yg tidak dicatat tetapi sejarah mereka diwarisi dari lidah moyang mereka(riwayah) seperti cerita 憄eluh |
|
|
|
|
|
|
|
cth seperti kisah pelik saidina ali...ana dapat ni melalui keturunan ahlulbait bangsa al-aydrus di indonesia. diriwayatkan bahwa agama hindu ni antara yg terawal selepas islam. dr zakir naik pun kate macam tu jugak. alkisahnya..maka adalah seorang penganut hindu ni yg amat ekstrem dan benci kepada imam ali kw. satu hari sang hindu ni naik kuda lalu menuju dgn lajunya kearah imam ali, niatnya nak bunuh imam ali. sampai aje dekat imam ali maka dilibasnya pedang lalu disangkalnya imam ali dgn pedang zdul fiqar yg hujung dia ade dua mata, pedang ni memang unik dan lain skit(sebab tu lah keturunan ahlulbait ni sentiasa bawa pedang pasal musuh dtg tanpa dijangka). . sang hindu ni pun jatuh dari kuda lalu imam ali letak pedangnya ditengkok mamat tu dan berkata "skrg apa yg kamu mahu"..lalu sang hindu menjawap "aku mahu membunuh kamu wahai abu thurab"..lalu sang hindu tu barangkali terlihat 'nur muhammad' bersinar pada wajah ali dan mata ali kelihatan kemerahan melambangkannya sebagai pahlawan perkasa. lalu mamat tu dgn suara berketar2 memohon ampun dari ali lalu berkata" wahai abu thurab, maafkan aku dan doakan aku supaya panjang umur"..imam ali kw pun berkata"baiklah..aku maafkan kamu dan aku doakan kamu panjang umur sehingga kamu bertemu dgn salah seorang keturunanku si fulan bin fulan". diriwayatkan bahwa doa ali itu dikabulkan oleh allah sehingga sang hindu tadi umurnya melebihi 1000 thn kerana belum ketemu dgn keturunan ali yg disebutkan oleh beliau yakni fulan bin fulan.(anak terpaksa rahsiakan nama hindu dan keturunan ali dari al-aydrus ni sebab takut timbul fitnah). dipendekkan cerita..akhirnya hampir selepas 1000 thn sang hindu ni ketemulah juga dgn habib al-aydrus ni(ana bagi nama keluarga je) seorang wali qhutub yg kalau rasa nak pegi mekkah takyah naik kapal..niat aje terus ghaib dan sampailah kat sana. masa sang hindu ni berjumpa dengan habib al-aydrus ni dia dah tua sgt, matanya dah tertutup dan hampir jatuh. lalu habib al-aydrus ni pun menjawap salam dari imam ali yg dikirimkan oleh beliau kepada sang hindu ni. mengikut cerita dari keturunan habib al-aydrus ni, mereka bertemu di indonesia, ada riwayat kata di yaman...wallahuallam. lepas tu berlakulah dialog antara keduanya...apa yg mereka bincangkan hanya allah yg tahu. sang hindu ni pun tidak diketahui sama ada dia ni masuk islam atau tidak. ana tgk sendiri semasa kunjungan ana ke rumah waris habib al-aydrus ni buku2 dan kitab yg dikarang oleh sang hindu ni. maklumlah dah hidup lebih 1000 thn tentu byk sejarah yg dicatat olehnya. memanglah kalau minta tgk dan baca warisnya tidak akan beri izin, agaknya pesanan moyangnya habib al-aydrus ni supaya anak cucu beliau aje yg boleh baca..org lain no way. terlihat gambar lama habib al-aydrus ni terpampang di dinding dgn memakai serban putih yg cukup beso, serban al-arqam pun kalah..dikelilingi oleh anak2 murid beliau(macam avatar ana tu pun wali quthub al-habib abu bakar bin umar al-yahya keturunan imam ali jugak tapi dari bangsa al-yahya). dan ana lihat juga dlam almari yg dikunci dgn mangga solex kitab2 peninggalan habib al-aydrus dan sang hindu tadi. apakah isi kandungannya...hanya warisnya saja yg tahu. ana pernah tanya kepada warisnya mengenai soalan2 yg saudara semua dok berdebat siang malam dari bab sejarah ahlulbait, fadak, khalifah dan sampai ke bab mazhab. beliau hanya tersenyum sinis dan selebihnya berdiam diri. apa maksud senyuman beliau itu..wallahuallam. kalu ana terlalu push sgt suruh bagi jawapan, ana takut kena penampar paling tidak pun kena herdik..so baik kita diam ajelah walau dlm hati tu berkobar2 nak tahu kisah2 yg ade dlm almari tu. Walau bagaimanapun beliau berpesan beramalah dgn aqidah mu ini, tak usah cari yg lain..peganglah dan gigitlah aqidah mu itu dgn gigi geraham(ana faham apa maksudnya). tapi satu 慼adiah |
|
|
|
|
|
|
|
Buktinya ramai dari golongan ini yg masuk ke tanah melayu dan menyebarkan 憁azhabnya ahlulbait |
|
|
|
|
|
|
|
drp pembacaan aku ni, aku nampak keturunan ahlulbait ni macam nak sembunyi ilmu pun ada...
kalau ilmu tu disampaikan betul2, takde la timbul khilaf.
apa hikmahnya buat macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 19-7-2006 01:51 PM
drp pembacaan aku ni, aku nampak keturunan ahlulbait ni macam nak sembunyi ilmu pun ada...
kalau ilmu tu disampaikan betul2, takde la timbul khilaf.
apa hikmahnya buat macam ni?
sembunyikan ilmu : .......
Kita pergi datang kpd guru utk belajar ataupun guru datang jumpa kita...... :hmm:
[ Last edited by pipi at 19-7-2006 04:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Fohhh...nampaknya sungguh panjang.....terpaksa ana print...x leh baca dekat komputer nanti mata rabun...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara yahya, sepanjang pengajian saya, hadis bukhari diturunkan kepada anak-anak murid beliau melalui method 'tallaqi' dan tersebar luas kemudian di alam ASWJ, dimasa kini, hanya madrasah-madrasah hadith di Pakistan masih mengekalkan method tersebut dan tidak lagi didunia islam lainnya seperti Arab Saudi dan Mesir, hingga mana sekiranya kita mencari ahlul-ahlul hadis yang ber'ijazah' dengan sanad hadis kitab bukhari kita akan melihat pertalian perawi dari guru dan anak murid hingga sampai pada Rasul Allah. Meskipun begitu memang sekarang kitab-kitab hadis Bukhari telah banyak dicetak ulang tetapi dakwaan saudara bahawa pemerintah Arab Saudi telah mengubahsuai kitab hadis Bukhari adalah keterlaluan dan sukar diterima, lagipun kitab al-Jami' al-Sahih (kitab sahih bukhari) ditulis semasa beliau di Bukhara dan bukannya di Madinah atau Mekah untuk di ubah suai oleh pemerintah Arab Saudi dan beliau sendiri meninggal dunia pun di Khartank, sebuah kampung di Bukhara pada sekitar tahun 256 Hijrah dan bukannya di Madinah atau Mekah.
wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 19-7-2006 06:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak ikutkan betul-betul, kerajaan arab saudi tak wujud lagi masa zaman yang dinyatakan. jadi siapa sebenarnya yg nak disebut tu? kerajaan umaiyah, abasiyah, fatimiah, uthmaniah, salahuddin al-ayubi, ...
dan macamana pula nak kaitkan kerajaan-kerajaan masa dahulu dengan wahabi? ada tak sesiapa yg mengaku wahabi? atau adakah ia sebagai satu gelaran yg ditujukan kepada orang-orang dgn tujuan utk menakut-nakutkan sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
memang muhammad ibn ismail bukhari dilahirkan di kota bukhara Russia. Kalau ana tidak silap sekarang bernama negara Uzbekistan kerana USSR hancur. soal beliau wafat dan dilahirkan dimana tidak menjadi isu disini kerana kitabnya dicetak di mekkah bukannya di bukhara.
saudara ahmad, setiap kitab2 al-bukhary ada kata pengantar dan biografi muhammad bin ismail bukhari dan keterangan tentang kitab beliau yg diperbaiki atau disempurnakan oleh pemerintah arab saudi. minta saudara rujuk..
dulu ada ulama berdebat tentang kesahihan dan keaslian kitab bukhari ni..tapi ana hilang rujukan.
kheir |
|
|
|
|
|
|
|
menurut apa yang saya faham dari yahya.... ilmu 'agama' ni sanadnya sampai ke imam jaafar dan dari situ ssecara susur galurnya dari rasulullah. pecahan syiah dan sunni ni adalah selepas daripada imam jaafar. makin menarik juga nak tau sambungannya selepas dari imam jaafar.
dan kalau yahya tak keberatan boleh tak jawab soalan saya yang dipost #38. |
|
|
|
|
|
|
| |
|