CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: rossiam

peragut kat pasar malam jalan TAR

[Copy link]
julyjulai This user has been deleted
Post time 14-4-2007 10:27 AM | Show all posts

Reply #9 medangmru's post

seluar poket belakang kalau ada button pun tak guna, derang toreh jugak.  
kesian kat kawan aku, padahal pakai jeans. sedar2 dah hilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 10:03 PM | Show all posts
aku ade experience cam nih gak.. mase tuh baru lepas spm , nak naik bas balek umah..

time nak naik tuh, rase cam ade orang pandang.. nak tengok belakang.. sementare nak tengok belakang tuh, dengar mamat yang kat depan cakap "weh, naik bas sane laaa"

pusing belakang, tengok kawan die ikut kott.. sekali tengok beg aku da di potong ngan pisau.. seb bek tak sempat amek ape2..

sebenarnye 2 kali kene cam nih.. 2 beg koyak dah.. pakai beg kepit kat tiak..




pastuh mak aku lak time tuh nak raye. gi jalan tar nak beli bunge.. pakai beg sandang belakang..

pastuh time nak bayar tengok2 beg duit da lesap.. siap koyak beg..

dahla bawak cash banyak mase tuh.. dekat seribu gak laa ilang...


ingat2 balek, mak aku cakap mase jalan kat lorong ngan kawan dier, ade 2 3 orang main mercun..

derang baleng mercun kat mak aku.. pastuh cam gelak2 pusing2 kat mak aku..

mak aku tekejut, time tuh laa kot derang sempat seluk..

sebab kawan2 die jalan kat depan time tuh..

[ Last edited by  shalalat at 17-4-2007 10:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 08:06 AM | Show all posts
ragut nie budaya indo..diperkenalkan kat sini dan digunapakai oleh rakyat tempatan sama..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 29-6-2006 12:03 AM
member sherrina laki dia polis yg jaga area situ. penyeluk saku ni mcm ada persatuan. sapa nak jadi ahli, kene pegi training dulu. nak tau trainingnya mcm mana?

dengan gunakan jari hantu dan j ...

cam kelaka je aku bace ayat dia nih..
rase2nya boleh cube kat umah nih.. mane tau ade bakat!!
Reply

Use magic Report

cariweb This user has been deleted
Post time 21-4-2007 04:05 PM | Show all posts
gila siutt

sempat toreh lagi tue





aku insan malang dan sangat teruja apabila melakukan perkara yang mendatangkan dosa ini semua






[ Last edited by  DARSITA at 27-4-2007 08:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 04:35 PM | Show all posts
Eeee takut & geramnya baca experience u all kat sini...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2008 07:30 PM | Show all posts
aku pun ada pengalaman beg kena toreh gak...
tp masa ni kat bustand klang, kl
tengah berebut nak naik bas tu aku terasala beg aku berat...
tp aku ingatkan org dok himpit2..yela berebut2 nak naik...
masa ni aku bwk beg sandang tepi tu...
dah duduk dlm bas baru aku perasan beg aku koyak...panjang gakla...
masa tu aku xterpikir lgsg taktik baru pencuri ni..
tp syukurla xde brg yg hilang...
mesti pencuri tu bengang sbb dlm bhgn yg dia toreh tu ada spentot aku..
dompet aku selit2 kat tpt lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 09:01 PM | Show all posts

Reply #27 tomatogirl's post

http://www.hmetro.com.my/Current ... /Article/index_html

Rabu, 02 Julai 2008
Kepungan penyeluk saku
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]



KUALA LUMPUR: Berhati-hati berikutan sekumpulan penjenayah seluk saku warga asing kini semakin berani apabila menggunakan taktik mengepung mangsa di khayalak umum sebelum menyeluk saku dan melarikan barang berharga milik mangsa.

Kumpulan terbabit dipercayai dianggotai lebih 10 lelaki warga Indonesia bertujuan melicinkan pergerakan mereka supaya tidak disedari orang ramai.

Terbaru, seorang wanita berusia awal 20-an yang sedang menunggu komuter berhampiran Brickfields, di sini, menjadi mangsa apabila dompet duitnya dilarikan penjenayah ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari kerja.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa mendakwa dikepung sekumpulan empat hingga lima lelaki ketika dia sedang berjalan kaki bersendirian menuju stesen komuter.


Mangsa yang menyedari perbuatan berkenaan cuba bertindak dengan menghalang suspek tetapi tindakannya mengundang padah apabila diugut menggunakan sebilah pisau supaya mendiamkan diri.


Terkejut dengan kejadian itu, mangsa terpaksa mengikut arahan suspek dengan menyerahkan semua barangan bernilai seperti dompet dan telefon bimbitnya kepada penjenayah terbabit.

Malah, mangsa turut diugut akan dicederakan kumpulan terbabit jika mengambil tindakan atau melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Mangsa yang bimbang mengenai keselamatannya terpaksa akur dengan arahan yang mereka berikan dan bertindak mendiamkan diri bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kemudiannya, kumpulan penjenayah terbabit melarikan diri bersama barangan yang dicuri ke kawasan awam secara berasingan bertujuan mengelirukan mangsa.

Mangsa yang menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber polis berkata, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai beroperasi ketika orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti komuter berpusu-pusu untuk pergi atau pulang dari bekerja.

Difahamkan, kumpulan penjenayah terbabit juga didapati memiliki senjata tajam untuk mengugut mangsa atau mempertahankan diri jika berlaku kecemasan sekiranya taktik licik digunakan mereka tidak berhasil.

"Kumpulan terbabit mempunyai ahli yang ramai bagi memudahkan pergerakan mereka untuk memerangkap mangsa selain melicinkan taktik yang digunakan.

"Mereka juga memiliki senjata tajam seperti pisau dan gunting untuk mempertahankan diri jika berlaku kecemasan," katanya.

Menurutnya, beberapa ahli kumpulan terbabit dipercayai berulang-alik menaiki komuter ke kawasan berhampiran bagi mengaburi mata orang ramai selain memastikan keadaan selamat untuk melakukan kegiatan mereka.

"Sebahagian ahli kumpulan itu pula dikesan berlegar-legar di kawasan tempat menunggu komuter untuk mengenal pasti mangsa," katanya.

Katanya, suspek akan menghampiri mangsa secara berkumpulan sebelum melakukan kegiatan berkenaan dan ahli yang lain pula akan mengepung mangsa supaya kegiatan itu tidak disedari orang ramai yang berada berhampiran kawasan itu.

"Sekiranya taktik yang digunakan gagal, mereka juga akan bertindak mengugut mangsa dengan menggunakan senjata tajam seperti pisau dan gunting supaya menyerahkan semua barangan berharga," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2008 11:13 PM | Show all posts
dasat btul pengalaman dicopet2 nih.......nasib baik alhamdulillah...x pernah terjadi kt den...sbb den jarang berhimpit2 ngan org ramai...hehhehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 10:34 AM | Show all posts
kenapa tempat2 mcm jalan tar ni polis tak banyak ronda?

satu lagi kat area bus hub Central Market & sekitarnya.
saya pernah gi situ cari brg.
ya Allah, org2 kat situ tgk kita satu macam je & yg pastinya derang bukan local people.

nak jalan sorang2 kat situ kena hati2.
rasanya kalau kena ragut pun org lain akan tgk je.
kat area2 ni pun patut selalu ada polis standby..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:51 PM | Show all posts
aku kenadekat bus stand depan cm tulah..tp nasib baik aku sedar..masa tu tgh berebut nak naik bas...sedar lah tali hp aku mcm bergerak ajer dlm poket jeans kat depan...terus aku pusing the next thing kau wat aku tarik baju mamat yg ada kat belakang aku sambil jerit....huhuhuh....time tu ramai dah kerumun..mamat tu marah kat aku dia ckp bukan dia smabil tunjuk hp aku yg masi ada kat poket depan...tp almost terkeluar lah...pedulik apa aku..mamat tu tak jadi naik bas yg aku naik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 04:30 PM | Show all posts
kena sentiasa berjaga2 dan beringat2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 01:10 AM | Show all posts
dh x selamat nk jln2 sorang diri kt mesia nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 05:20 AM | Show all posts
ish.. aku penah kene "pickbag"?hehe.. hp jene amek.. lm star lak tu.. nanges la kejap.. pastu smbg jalan kasik tenang diri.. wihihi.. skang ni aku teramat la bjage.. sedangkan org lalu telangga pun aku tgk cm nak gigit.. yang penting aku sentiase pegang beg aku cm pegang selonggok emas.. wihihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 09:15 AM | Show all posts
OMG....
jahat nyer pencuri ni.... ishk

kdng2 intan takut gak biler jalan sorang2...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064571 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list