|
Reply #20 YoGurt's post
Yog! bertapa kat Gua..Tau ke Gua tu dah ranap!!
Dan yang penting nya ada seorang yang pernah berumah kat Gua tu, tu dikira tokoh juga tu, tapi lupa nama plak! |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Yog, deme kene citer la. Nanti nama moyang deme ni akan pupus ditelan zaman. Takut nanti anak2 deme pun tak kenei dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pepalih2 at 30-5-2006 07:16 AM
Yog! bertapa kat Gua..Tau ke Gua tu dah ranap!!
Dan yang penting nya ada seorang yang pernah berumah kat Gua tu, tu dikira tokoh juga tu, tapi lupa nama plak!
lol....nie baru kuor bertapa ler nie..
uit..saper weh yg bertapa tu..tak tau pong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nal at 30-5-2006 11:26 AM
Yog, deme kene citer la. Nanti nama moyang deme ni akan pupus ditelan zaman. Takut nanti anak2 deme pun tak kenei dah.
he he he..aper yang koi tau, macam awok kabo tu ler..lebih kureng ler..
koi nie tak reti nak bercerita...hu hu hu..sian kat deme yek...tgk ler nanti koi usahakan.. |
|
|
|
|
|
|
terang This user has been deleted
|
sapa lak yang ngaku cicit pawang nong ni. leh berkenalan ckit....... nanti kita leh cerita pasal pawang nong kat sini |
|
|
|
|
|
|
ali_kulim This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by YoGurt at 23-5-2006 04:53 PM
nie dia cicit Pawang Nong dah datang..mmg tak sempat tgk secara live tapi kat rumah ader gambo moyang saya nie terima pingat dari org putih..lupa lak plak nama omputeh tu. [/quote
:hmm: |
|
|
|
|
|
|
ImamPerangWeh This user has been deleted
|
TOKOH - TOKOH PAHANG YANG DILUPAI
Assalamualaikum
Sorang lagi tokoh kalau rodong2 semua tak pernoh tahu ataupun dengor...IMAM PERANG WEH....dia ni terlibat dengan perang bersama2 datuk bahaman dan perang di selangor...setakat yang ilmu koi ketahui, dia dapak gelaran LAKSAMANA yang dianugerohkan oleh sultan selangor pada masa tu...kalau tak silap koi lagi, baju dia (ada kesan tikaman keris) ada dipamerkan di Pekan pahang...dia ni asal orang lanchang, kampung chempaka..kalau tak silap koilah...114 tahun dulu dia meninggal dunia kerana difitnah, dan dikebumikan di kampung gajoh mati di batu kapor mentakab...al-fatihah... |
|
|
|
|
|
|
terang This user has been deleted
|
buka keh dia ni tok gajah.... imam perang juga kalau tak silap |
|
|
|
|
|
|
ImamPerangWeh This user has been deleted
|
TOKOH - TOKOH PAHANG YANG DILUPAI
Setakat yang koi ketahui, dia ni bukannya Tok Gajah...sebabnya mengikut kata2 orang tua, imam perang weh ni lah yang banyok disuruh oleh datuk bahaman sebagai ketua peperangan terutamanya dekat lubuk terua, sungei semantan, lubuk senggarat...itu yang koi dengor dari orang tua2lah...lagipun yang cerita kat koi ni keturunan imam ni jugok...jadi memang dia bukan Tok Gajoh....koi tabik dengan imam perang weh ni...tu sebab nama dia koi gunakan sebagai nickname...mengikut sejaroh dia ni kebal,dan mengamalkan ilmu tasawuff peringkat tertinggi... |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Kalo deme bole bagi detail lagi sikit pasei Imam Perang Weh ni. Sebab koi pun tak penoh dengor name ni. Takut nanti jadi tokoh yang dilupai dah.
Tapi dari citer deme ni die ni banyak terlibat dengan Perang Kelang dan Perang Inggeris. Betui tak. |
|
|
|
|
|
|
ImamPerangWeh This user has been deleted
|
SEKARANG NI KOI TENGOH MENGOMPUL MAKLUMAT TENTANG IMAM PERANG WEH NI...JIKA DAH SIAP NANTI KOI AKAN BAGI SERBA SEDIKIT TENTANG DIA...TAPI SEBELUM TU, KOI KENA MINTOK KEBENARAN DEKAT KELUARGA DIA DULU... |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
IBRAHIM HAJI YAAKOB
Nama ini mungkin hanya menjadi sejarah yang dilupai sahaja. Tapi inlah anak Pahang yang membawa idea kemerdekaan untuk Tanah Melayu semasa masyarakat Melayu masih tidak mengerti erti kemerdekaan lagi.
IBHY dilahirkan di Tanjung Kertau, Temerloh pada tahun 1911. Mendapat pendidikan di Sek Melayu Kertau dan MPSI, Tanjung Malim. Bertugas sebagai guru, wartawan. Menubuhkan Kesatuan Melayu Muda. Menjawat jawatan Leftenan Kolonel dalam Pasukan Gui Gun semasa pemerintahan Jepun (1941-45). 1945 - Menetap di Indonesia, giat berpolitik dan meniaga. Meninggal pada 1979. |
|
|
|
|
|
|
semantan This user has been deleted
|
nak tambah
akum.koi nak tambah sikit.baru2 nie org kampong n cucu cicik datang untuk pindahkan jenazah arwah ke kg cempaka.
koi ada dengar dulu kubor arwah dudok tepi sungai.tapi dah dipindahkan ke tempat lain akibat dr banjir besor.masa pindahkan jenazah masih elok walaupun dah beratus tahun.(besor kuasa allah).Malam org dengor dia mengaji.
Arwah adalah orang kuat kat semantan.beliau menjadi penyambut kepada dato bahaman kiranya dato bahaman datang ke semantan.beliau pernah menahan kawoh yang panas dengan kakinya.hebat...Dikatakan juga apabila beliau dihukum oleh penjajah....dato bahaman tidak turun dah ke semantan. |
|
|
|
|
|
|
semantan This user has been deleted
|
abu samah
koi nak ketengah juga pejuang nie.
abu samah nie org lanchang.beliau dugelar pengganas kerana masuk komunis.Tapi kita tahu sebab apa dia masuk komunis tak.perjuangan dato bahaman telah melekat kat dia.masu tu org putih nak jajah kita melalui malaya union.pastu kerajaan nak hempit dia n org kampung.so dek taknak kena penjara beliau dan org melayu masuk dalam hutan.Nak lawan pakai parang tak mampu...so berpakat ngan komunislah tuk dapat senjata.Tapi diorang sembahyang n pg haji pun. |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Imam Perang Weh, name baru yang koi dengor. Kome amat berharap sekirenye dapa diceritakan dengan lebih detail, semoga menjadi tatapan generasi muda di Pahang. Kalo kite tidok meyebarkannya, nak harap kat sape lagi kan.
Abu Samah ni memang la di gelor Komunis oleh oghang Putih. Dato' Bahaman juga di gelor Penderhaka. Itu adalah strategik penjajah. Tapi malangnye ramei oghang Melayu yang terpengaruh kerana kekurangan maklumat. Bagi kawan deme orang ni sebenornye adalah pejuang yang tidak mencari name. Lagi satu name yang agak kontroversi ialah Wan Ali.
Wan Ali - Ketua Komunis Pahang
Dalam sejarah tanah air, penglibatan orang Melayu dalam peperangan menentang penjajah telah lama berlaku, sejak dari Pasukan Gerila Pakeh Unus yang menentang Portugis di Melaka dalam tahun 1511, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Dato Naning Dol Said di Melaka, serta ramai lagi termasuk Datuk Maharajalela di Perak. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, semangat Orang Melayu untuk merdeka sudah marak. Namun, kerana perjuangan kemerdekaan mereka berlaku serentak dengan era kebangkitan pengganas komunis, kerajaan Inggeris telah mengaitkan perjuangan orang Melayu sama dengan perjuangan bersenjata komunis. Justeru, terdapat ramai pejuang kemerdekaan yang menentang kuasa Inggeris, telah menyertai pengganas komunis, bila perjuangan mereka diharamkan oleh Inggeris. Wan Ali juga pada asalnya adalah seorang ketua gerila Melayu yang berjuang menentang kuasa Inggeris untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah. Pasukan Askar Melayu yang berkhidmat dalam negeri Pahang, khasnya dalam kawasan Jerantut dan Kuala Lipis, cukup mengenali kumpulan gerila komunis yang dipimpin oleh Wan Ali. Ramai perajurit muda yang terlibat dalam operasi memburu Wan Ali, merasakan beliau mempunyai ilmu batin yang sangat tinggi. Ilmu yang dimiliki oleh Wan Ali dikatakan boleh menurunkan hujan panas atau hujan lebat apabila beliau menjangkakan akan berlaku pertempuran atau pasukannya sedang dikepung oleh pasukan Askar Melayu. Namun, dalam satu serang hendap yang dilakukan oleh sepuluh anggota Askar Melayu dari Batalion Kedua Kompeni Charlie yang dipimpin oleh Kpl Adnan Ibrahim di Ulu Ceka, Jerantut pada bulan Sep 1948, tiga pengganas Melayu yang ditangkap tiga hari setelah pertempuran tersebut menyatakan bahawa seramai 14 orang gerila telah terbunuh serta Wan Ali sendiri tercedera. Kpl Adnan Ibrahim yang baru berumur 26 tahun bersama sembilan anggota seksyen yang berumur belasan tahun dan awal 20an, bersama beberapa orang kampung, telah dengan berani menentang seramai lebih 60 pengganas komunis Melayu. Pada asalnya tugas Kpl Adnan dan seksyen datang ke Kampung Ulu Ceka ialah untuk mengiringi jurugambar bagi membuat Kad Pengenalan penduduk kampung. Bila mereka mendapat maklumat bahawa pengganas komunis Melayu pimpinan Wan Ali merancang untuk menyerang Kampung Ulu Ceka pada waktu subuh, Kpl Adnan dan Ketua Kampung telah membuat keputusan untuk mempertahankan kampung mereka dengan melakukan serang hendap di jalan masuk ke Kampung Ulu Ceka. Kepimpinan , keberanian yang telah ditunjukkan oleh Kpl Adnan dan anggota seksyen serta lima orang kampung yang hanya bersenjatakan parang dan keris, telah berjaya menyelamatkan penduduk Kampung Ulu Ceka dari serangan pengganas komunis Melayu.
Setelah peristiwa serang hendap di Ulu Ceka, kumpulan gerila pimpinan Wan Ali terus mengganas di beberapa perkampungan pendalaman sekitar Jerantut. Setelah banyak percubaan untuk menangkap atau membunuhnya oleh pasukan tentera Inggeris dan pasukan Askar Gurkha gagal, Wan Ali mula berlagak sombong dan dengan bongkak memberitahu orang kampung bahawa tidak ada biji mata yang berani menentang Wan Ali. Kemuncak keganasan Wan Ali ialah bila beliau dengan kejam telah membunuh Ketua Kampung Pulau Tawar yang merupakan bapa saudaranya sendiri, di hadapan isterinya serta ramai penduduk kampung. Sebelum itu, dekat waktu maghrib, Wan Ali dan Manaf Jepun telah menyuruh orangnya memukul tabuh surau untuk mengumpulkan orang kampung. Semasa orang kampung bergegas ke surau, Wan Ali menunggu di halaman di hadapan pintu rumah Ketua Kampung. Bila Ketua Kampung membuka pintu bila mendengar tabuh berbunyi, Wan Ali telah menembaknya. Bila isteri Ketua Kampung menangis serta dalam ketakutan, Wan Ali seterusnya telah menepuk dada mencabar semua orang kampong serta askar Inggeris untuk dating menangkap beliau. Keangkuhan Wan Ali mula menjadi kebencian penduduk kampung yang sudah teraniaya.
Setelah pembunuhan Ketua Kampung Pulau Tawar, satu platun yang diketuai oleh Lt M Syed Muhammad Al -Sagoff telah dating dari Jerantut untuk memburu kumpulan gerila komunis pimpinan Wan Ali. Kekuatan yang dimiliki oleh Wan Ali telah membuatkan Lt M Syed Muhammad bertekad untuk menangkap atau membunuhnya. Sebelum Lt M Syed Muhammad dapat memulakan operasi, beliau telah didatangi oleh seorang penduduk kampung yang juga seorang Pengawal Kampung yang meminta supaya Lt M Syed tidak melakukan sebarang operasi di hutan sekitar Kampung Pulau Tawar. Pengawal Kampung yang juga bekas seorang anggota polis yang sudah bersara menyatakan bahawa tindakan oleh platun Askar Melayu akan membuatkan Wan Ali dan kumpulan gerila komunis pimpinannya menjadi bertambah ganas ke atas orang kampung. Pengawal Kampung tersebut telah meminta tempuh satu minggu untuk beliau bertindak menangkap ataupun menghapuskan Wan Ali.
Dalam tempoh seminggu yang diminta oleh orang kampung, Lt M Syed Muhammad telah didatangi oleh orang kampung menyatakan Pengawal Kampung telah berjaya membunuh Wan Ali. Mayat Wan Ali telah diarak oleh pegawai Inggeris di atas kereta wagon miliknya sendiri sekeliling Bandar Jerantut sebelum dihantar ke Kuala Lipis. Walaupun Wan Ali kejam dan takbur, penduduk Jerantut tidak menyukai tindakan pegawai Inggeris tersebut yang dianggap tidak menghormati mayat orang Islam. Dalam sejarah menyatakan bahawa Ketua Gerila Komunis Melayu Wan Ali telah dibunuh oleh platun Askar Melayu dari Jerantut, namun hakikatnya beliau telah dibunuh oleh pesara polis yang merupakan seorang Pengawal Kampung dari Kampung Pulau Tawar. Bagaimana Wan Ali telah dapat dibunuh atau ditewaskan tidak pula diketahui oleh Lt M Syed Muhammad. |
|
|
|
|
|
|
terang This user has been deleted
|
hebat nal. terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. setahu saya wan ali ni dapat di bunuh setelah mendapat izin gurunya. kerana wan ali telah derhaka terhadap gurunya. peluru yang menembusi badanya buka sebarang peluru tapi telah di jampi oleh gurunya sendiri. kerana setakat peluru biasa tak akan terjejas tubuhnya. |
|
|
|
|
|
|
semantan This user has been deleted
|
komunis
ia keee....
setahu koi org zaman dahulu memang banyak ilmu.tapi pasal wan ali nie dia memang kejam.dia terlalu taksub dengan ideologi komunis...pada dia kekerasan boleh memerdekakan malaya pd masa itu.Pasal abu samah nie, dia hanya membunuh org inggeris.dia tidak membunuh tentera melayu.kalu tek caya tanya askar wataniah ke-12.lgpun dia org nie semua asal dari satu tempat kat pahang.so mcm ada pertalian lah.Masa pembunuhan Henry Gurney tu, abu samah terlibat.dia dikejar oleh tentera sehinggakan dia tidak makan berhari-hari.masa tu dia telah berpecah dengan kumpulannya bagi memudahkan pergerakannya.
Lagi satu.abu samah nie mempunyai ilmu yang tinggi.masa serang hendap kat umah dia (kena tipu oleh penduduk kg yg mengatakan mak dia ada bekalkan makanan) dia telah berjaya melepaskan diri tanpa dapat dikesan oleh tentera yg kepong umah tu.sampai sekarang kesan peluru tu ada kat dinding umah tu.
kat sini koi nak megatakan bahawa sebenarnya diaorg nie bukan lah komunis tapi terpaksa memberontak.kalu tak caya cuba tanya org-org kg yg tua kat pahang terutamannya daerah temerloh.pasti dia org pernah masuk komunis.pastu kerajaan haramkan.dia org pg ke pekan utk buat pengampunan.lepas balik diorg kena tahan oleh polis dan dimasukkan dlm penjara. |
|
|
|
|
|
|
semantan This user has been deleted
|
imam perang weh
cita pasal imam perang weh nie kurang ada.cuma ada kat buku pasal perang kelang dan cita org kg je...tu pun sikit.
yg aku tahu dia nie asalnya org temerloh dan merantau hingga ke kg cempaka.kalu tak silap dia punya kubur adik beradik adakat sana.kat tanah perkuburan senayan.lg satu dia punya cucu cicik dia masih adakat kg tersebut dan ada yg pandai bersilat dan menjadi guru silatpun.
masa perang klang dia telah memimpin sepasukan tentera ke klang untuk beperang.dan sebenarnya ramai org pahang yg membuka selangor masa perang tu termasuk lah kuala lumpur.kira masa tu org pahang memang kuatlah.imam perang tu diberi kepada ketua yg memimpin utk berperangkat sanala...beliau telah dapat menawan satu kws kat selangor.
sebenarnya kat lanchang tu banyak yg jadi imam perang atau ketua peperangan.dan sekarang cucu cicik dia org mcm diam je dan tak tunjuk belang mcm mana moyang mereka. |
|
|
|
|
|
|
ImamPerangWeh This user has been deleted
|
imam perang weh
maaflah yer..koi cuma nak tanya kat SEMANTAN, awok banyok tahu tentang imam perang weh ni...awok waris dia ke? bukannya apa, cuma koi nak tahu jer...kot2 kita penoh berborok atau jumpa...sebelum tu, mengikut dari cerita warisnya sendiri, imam perang weh ni namanya yang sebenor(kalau tak silap koi ler)...Yaakob bin jaafar bin ali bin tengku pengiran.....selebihnya tu waris dia tak nok kasi tahu koi....yang dapat koi korek maklumatnya imam perang weh ni asal usulnya dari keturunan kesultanan melayu brunei....moyang imam perang weh ni membawa diri dari kerajaan brunei selepas berlaku sedikit salah faham didalam istana...mereka ada 3 adik beradik...bila sampai di pahang mereka berlabuh di ulu tembeling dan berpisah di situ...seorang pergi ke pekan, seorang di tembeling dan seorang lagi ke lanchang(chempaka)..kubur moyang imam perang weh ni ada di senayan....kalau mengikut dari cerita mulut waris imam perang weh ni, lambang 2 gading gajoh dekat kerajaan pahang punya logo, bersangkut paut dengan moyang imam perang weh ni....tapi koi tak dapat nak korek cerita ni...okler koi dah cerita serba sedikit tentang asal usul imam perang weh ni....kita balik semula ke perjuangan imam perang weh ni...mmg betul seperti yang SEMANTAN cakap, imam perang weh ni memang dihukum bunoh oleh penjajoh....kalau mengikut dari cerita waris tertua imam perang weh ni, imam perang weh ni kena fitnoh oleh satu keturunan( koi x nok sebut keturunan mana) ..itu sebab dia kena tangkap dan kena bunoh....semasa dia kena tangkap oleh penjajoh, macam2 cara penjajoh ni buat untuk bunoh dia...direndam dalam air, tikam dengan keris, tembok...tapi Allah menjadikan semua menda tu tak lut pada badannya...untuk makluman rodong2 semua, peristiwa ni berlaku dekat batu kapor....dekat dengan sungai dimana jenazah dia dikebumikan....sebenornya imam perang weh ni dah berjaya melepaskan diri, tetapi dia teringat sepupunya yang turut ditangkap olh penjajoh pada masa tu...jadi dia pusing balik...dan pada masa yang sama, keturunan yang koi cakap yang buat fitnoh tadi, telah mendapat rahsia camana nak bunoh imam perang weh ni(ada sedara terdekat yang bocorkannya)...jadi imam perang weh pun telah dibunoh oleh penjajoh....itu pun setelah diikat di sebatang tiang....peristiwa pembunuhan ni sebenornya telah disaksikan oleh anoknya yang menyurok di atas sebatang pokok....cerita inilah yang disampaikan dari satu ke satu generasi...kalau mengikut SEMANTAN punya cerita kubor imam perang weh ni mmg dah dipindohkan ke kg chempaka atas sebab mengelok dari kubur tu dipuja oleh orang yang x bertanggungjawab....memang keturunan imam perang weh ni menyenyapkan diri sekarang ni....koi nak dapatkan cerita ni pun bapok susohnya....mungkin banyok lagi cerita yang koi dapt korek kemudian hari...lagi satu yang koi tak puas hatinya ngapa silat dia ni tak diperkembangkan...koi dengor ada waris dia, kalau x silap koi arwoh shamsudin(tok guru silat) yang boleh tahan silatnya...anok2nya tak nok bukok gelanggang ke SEMANTAN? kalau awok kenal anok2nya ni suruhlah dia orang bukok gelanggang boleh jugok koi belajor... |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Keknye, koi bukan la penyokong komunis atau berideologi komunis. Minta jauh simpang malaikat 44. Harap2 rodong2 jgn la menganggap kawan seperti itu. Dari kajian kome, ramei oghang Pahang yang berjuang atas dasar penentangan kepada British dan penjajah. Lanjutan dari penentangan To' bahaman. Tapi sejarah yang ditulih oleh oghang putih kata deme ni komunis.Seperti yang ditulih oleh SEMANTAN, ramei oghang tua di Temerloh yang masuk komunis. Ini kite kene jelas betui2, deme ni bukan masuk komunis tapi menentang penjajah British utk merdeka. Sejarah juga membuktikan penentangan tokoh awal kemerdekaan banyak datang dari Pahang khususnya Temerloh, Kenape yek?
Dari kajian kawan juge, di dapati oghang Melayu Pahang la yang berani mengangkat senjata menentang penjajah. Itu sebab kalo deme kata tak ada penumpahan darah dalam menuntut kemerdekaan adalah kenyataan yang cuba menafikan kebangkitan anok2 Melayu Pahang. Dari maklumat yang tak rasmi, dari tahun 48 - 55, ade 1000 anak Melayu Pahang yang terkorban berperang dengan British. Mungkin ini sejarah yang tidak dicerite kan.
ITU SEBAB KOI BANGGA MENJADI ANAK PAHANG.
Buat SEMANTAN, terima kasih. Imam Perang Weh adalah name baruyang baru dibuka. Mengapa name mereke di tutup. Dalam sejarah Perang Kelang pun, koi tak ade jumpe. GOOD INFORMATION. Kalo bole cerite la namae - name baru lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|