CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsaafifi

[MERGED] All about 'Anak angkat' (Procedure & Etc)

  [Copy link]
Post time 3-3-2006 05:20 PM | Show all posts
Lovewife, lucky you ramai  yg kasi info..
yg ini I pastekan my fren punye explanation...

May be useful to you ;)

cakap pasal Adoption .....yg penting sekali bila kita nak adopt anak nie...to
get a title of LEGAL PARENTS... BABY - anak tu mesti ada legal parents
asalnya... kalau anak dari rumah kebajikan, means rumah kebajikan tu lah
Legal Organisation yang mempunyai hak penjagaan yg asal... make sure gak
pasal citizenship anak tersebut.... kalau bukan Malaysian pun tak ada
masalah...just mentioned pada yg berwajib... or in-charge officer.... to
protect LEGAL aspect....mungkin ada extra procedure or extra borang nak kena
isi....then, yang paling penting ..... ada mutual agreement yg anak tersebut
memang nak diserahkan kepada keluarga angkat...

then follow the steps;

1. SURAT SUMPAH PEMBERIAN HAK PENJAGAAN / SETUJU SERAH ANAK FOR ADOPTION

Buat Surat Sumpah yg menyatakan anak tersebut diserahkan kpd kita, means hak
penjagaan sepenuhnya diserahkan pada kita. Format surat sumpah nie selalunya
ada di Pejabat Kebajikan terdekat or may be boleh mintak dari pegawai
kebajikan di Hospital Kerajaan. Surat Sumpah tersebut mesti ditandatangan di
depan Pesuruhjaya Sumpah. Mak asal / pemegang hak penjagaan asal mesti hadir
sama untuk t.tangan Surat Sumpah tu... at least buat 3 salinan asal.


2. DAFTARKAN / LAPORKAN KE PEJABAT KEBAJIKAN TERDEKAT

Bawak surat sumpah ke Pejabat Kebajikan Terdekat, daftarkan ADOPTION
tersebut kepada pegawaui yg in-charge. Pendaftaran ini perlu sebab dalam
tempoh 2 thn pertama, Pegawai kebajikan akan dtg rumah buat penyelian
terhadap anak angkat kita dari masa ke semasa, and for us to prove yg kita
memang jaga dia dgn baik....dari segi fizikal & mental...sekolah
dia...pakaian dia... makanan...etc and to see samada kita layak diberikan
SIJIL ANAK ANGKAT / hak penjagaan sepenuhnya (selepas 2 thn kita menjaga
anak tersebut).

DALAM TEMPOH 2 THN PERTAMA PENJAGAAN- if the real parents/ penjaga tak dtg
menuntut balik.... kira tak ada masalah sebab dalam 2 thn pertama, the real
parents/penjaga masih berhak untuk ambik balik anak tersebut.... this is to
be fair to the real parents as well...

TAMAT TEMPOH 2 THN penjagaan, kembali semula ke Pejabat Kebajikan tersebut,
mintak pegawai berkenaan keluarkan report/LAPORAN sokongan untuk dihantar
ke JPN terdekat untuk mendapatkan SIJIL ANAK ANGKAT. Report tersebut akan
dihantar sendiri secara terus dari pejabat kebajikan ke JPN... just check
with the right officer at JPN and also Pejabat Kebajikan.

3. VISIT TO JPN
Setelah di sahkan laporan sokongan dari Jabatan kebajikan diterima oleh JPN
(Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat), kita kena hadir ke JPN bersama
suami & anak, disana nanti kena isi borang pertukaran nama (boleh bagi nama
baru pada anak), dan SIJIL ANAK ANGKAT akan dikeluarkan. dan the real
parents tak ada hak / peluang lagi untuk menuntut balik anak tersebut...
event pun sampai ke Mahkamah.... dia org tak boleh menang.

bila dah ada SIJIL ANAK ANGKAT, dari segi undang2 sah lah kita sebagai
ADOPTED PARENTS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2006 10:56 PM | Show all posts
Sebenarnya ada dua kaedah Pengangkatan iaitu Pendaftaran Anak Angkat dan Yg Kedua Guardian Ad Litem iaitu kaedah Pengangkatan Melalui Posiding Mahkamah mcm Syd beritahu.. Digunakan utk adoption non-muslim..

Untuk keterangan lanjut boleh PM Aja sbb Aja memang keje sebagai Pegawai Pelindung Kanak-Kanak di JKM.(Bkn promosi tau! takder  makne nyerrr...:p ) Kalau nak info leh laa Aja tolong bagi dari segi legal way and how...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 08:14 AM | Show all posts
ALhamdulillah..love baru selesai mendapatkan pengesahan sbnr sbg ibu angkat..
ambil borang di JPN dan isi...pastuh bawa ibubapa kandung ke pesuruhjaya sumpah utk sign n cop..
alhamdulillah 2 hari amik masa utk settelkan semua...JPN kata after umur anak  2 tahun baru bole daftar sbg penjaga mutlak..
alhamdulillah juga semua selamat..tp, love nak tau, perlukah kita infom pada JKM lagi ???
walaupun pengesahan sbg ibu angkat dah ada???

[ Last edited by lovewife at 8-3-2006 08:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 09:05 AM | Show all posts

Reply #15 lovewife's post

lucky u sbb bb tu dah ada surat beranak
my auntie pun ada amik anak angkat jugak. skrg ni dia dah 5 tahun. tapi masih lagi tak de surat beranak. nanti nak sekolah tak tahulah mcm mana....
my auntie ni takut nak jumpakan anak tu dgn ibu kandung dia....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 09:13 AM | Show all posts
Cara ambil anak angkat

Soalan:
Seorang bayi perempuan telah ditinggalkan di hadapan rumah saya. Walaupun saya masih bujang, namun saya ingin mengambilnya sebagai anak angkat. Saya percaya bayi itu satu anugerah kepada saya. Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil supaya bayi itu menjadi milik saya yang sah di sisi undang-undang?


Hanina Hashim

Kuala Lumpur


Jawapan
Di Malaysia, terdapat dua cara untuk mendapatkan anak angkat. Cara yang pertama ialah dengan secara terus daripada ibu bapa yang ingin memberikan anak mereka sebagai anak angkat. Cara yang kedua ialah melalui permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam kes saudari, apabila terjumpa bayi yang ditinggalkan, apa yang perlu dilakukan ialah melaporkan hal tersebut ke balai polis yang berhampiran. Seterusnya, bayi itu akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Kemudiannya JKM akan mengambil alih dan menempatkan bayi tersebut di bawah jagaannya. Satu jangka waktu diperuntukkan untuk tuntutan daripada ibu bapa kandungnya. Jika tiada tuntutan, bayi itu akan diserahkan untuk dijadikan anak angkat.

Oleh itu, saudari perlu membuat permohonan pengambilan anak angkat melalui JKM. Faktor utama yang dipertimbangkan oleh JKM ialah kebajikan bayi tersebut. Maka, selain daripada mengisi borang permohonan, satu temu duga akan dijalankan untuk menentukan sama ada saudari mampu dan layak menjadi ibu angkat kepada bayi tersebut.

Antara perkara-perkara yang yang dipertimbangkan oleh JKM ialah latar belakang sosial pemohon serta kesanggupan pemohon menjadi keluarga angkat. Ini kerana pertimbangan utama ialah kebajikan anak itu. Selain itu, syarat-syarat dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 juga perlu dipenuhi.

Antara syarat-syarat perundangan yang perlu dipenuhi ialah:

- Ibu bapa angkat mestilah sekurang-kurangnya berumur 25 tahun dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak angkat itu;

- Anak angkat itu hendaklah di bawah umur 18 tahun;

- Ibu bapa dan anak angkat hendaklah menetap di Malaysia.

Semasa menemu bual pemohon, pegawai JKM akan cuba membuat penilaian-penilaian seperti kemampuan pemohon untuk memberi kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang sempurna kepada anak angkat itu nanti, pemohon faham implikasi dan cabaran menjadi keluarga angkat, pemohon mampu memelihara anak itu dari segi ekonomi, kesihatan, sosial, emosi, mental dan sebagainya.

Walaupun pada kebiasaannya pemohon anak angkat ini adalah pasangan yang telah berkahwin, namun tiada halangan dalam Akta bagi seorang yang bujang untuk memohon anak angkat.

Saudari perlulah membuktikan kepada JKM bahawa walaupun saudari akan menjaga anak angkat tersebut berseorangan, tetapi saudari sanggup mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi memastikan bahawa kebajikan bayi tersebut akan terpelihara.

Melihat kepada amalan, agak sedikit sukar bagi seorang yang masih bujang untuk mendapat anak angkat. Oleh sebab tujuan utama JKM ialah memelihara kebajikan anak angkat tersebut, maka JKM berusaha untuk memberikan institusi keluarga yang sempurna kepada anak angkat itu.

Walaupun begitu, ada beberapa kes yang mana seorang yang bujang juga diberikan peluang mengambil anak angkat. Seperti yang telah diterangkan, yang menjadi keutamaan ialah kebajikan anak tersebut.

Kami memuji niat saudari yang mulia. Asal sahaja saudari menunjukkan kejujuran hati saudari, kami merasakan bahawa semua pihak akan dapat melihatnya. Semoga berjaya.

Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Panel Peguam Sisters In Islam

untuk dapatkan contact Sister In Islam, sila pm Syd.

[ Last edited by  shinky_pinky at 4-1-2007 08:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 04:56 PM | Show all posts
harap tak lari dari landasan, satu pengumuman dan pertolongan;

Sesiapa yang berkeinginan dan berhajat utk mengambil anak angkat, boleh pm forumner dibawah;

http://forum.cari.com.my/viewpro.php?username=Cakkkk....aaaa


(keturunan Melayu)

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2006 05:40 PM | Show all posts
member aku amek anak angkat , dia kata dia p kebajikan masyarakat register kat sana...per yg perlu dibawak, aku tak tanyer dia..tp dia kata, kena isi borang r...selang beberapa bulan, org kat kebajikan masyarakat tipon member aku soh dtg amek bb. bb tu 5 bulan..selai sepinggang...hanya botol ngan 2 lai baju jek dia kasik...time dia amek anak tuh, satu haper dokumen pun dia tak kasik...

lepas dari  tuh, p mahkamah, mak asal budak tuh pun ader..kena angkat sumpah...member aku pun kena gak....

pastu kebajikan masyarakat kasik 2 bulan tempoh percubaan..pastu terpulang pada member aku sama ada nak jaga budak tu ke tanak....

** member aku mmg da amek budak tuh jaga cam anak dia sendiri (dia tak de anak da 11 taun, sian aku tgk)...nama bb tuh pun dia yg kasik sendiri...

org kat jabatan kebajikan masyarakat tu kata, nak tukar nama bb selepas 2 minggu...so, skrg aku rasa dia da tukar r tuh......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 09:04 AM | Show all posts
saya nak tanya sikit, macamana kita nak buat persediaan dari segi mental untuk ambil anak angkat ni... sebabnya saya dah pegi tengok baby untuk dijadikan anak angkat tapi bila tengok tak ada perasaan pulak pada baby tu... saya sekadar tengok je, takde rasa nak pegang pun, kenapa macam tu ye... so saya jadi confuse dan tak jadi ambik baby tu sebab takut dengan perasaan saya tu... ada sesiapa boleh bantu tak... saya memang betul2 nak baby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 09:12 AM | Show all posts
zackna,
awak jujur dgn diri awak sendiri
dan pada yang sama, prihatin

saya harap ramai yang akan beri tips pada awak nanti

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by zackna at 7-7-2006 09:04 AM
saya nak tanya sikit, macamana kita nak buat persediaan dari segi mental untuk ambil anak angkat ni... sebabnya saya dah pegi tengok baby untuk dijadikan anak angkat tapi bila tengok tak ada perasa ...


nih apa yg aku rasakan...

aku rasa ko nih belum lagik betul2 sedia nak amek anak angkat..bukan dari segi mental jek, nie merangkumi semua aspek...termasuklah fizikal..ko tau kan, kalau ada anak nnt caner, ko kena beri sepenuh perhatian kat bb tuh, mana nak susu, mana nak mandikan, mana nak tidokan, mana nak masak lagik, mana nak jaga makan minum suami lagik...bak kata, semuanyer lah!!!

lagik satu, kalau ko betul2 sedia, ko takkan tergamak tanak pegang bb tuh bila ko tgk dia...aku nih time dulu tak de anak, berkobar2 nak pegang anak org....tp, aku tatau r kalau ko...

aku harap, ko pk dulu semasak2nyer, bukan aper...takot kalau ko da dpt bb tu nnt, ko buat bo layan kat dia....

ko amek masak dulu r tuk buat keputusan tuk bela anak org nih...tak pun kan, ko try bela anak sedara ko dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-7-2006 04:56 PM
harap tak lari dari landasan, satu pengumuman dan pertolongan;

Sesiapa yang berkeinginan dan berhajat utk mengambil anak angkat, boleh pm forumner dibawah;

http://forum.cari.com.my/viewpro.ph ...



up kan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 10:02 AM | Show all posts

Reply #24 Syd's post

Syd...Ain nak tanya...PM link tu....utk apa sebenarnya? Kalu ada pasangan nak anak, boleh tanya poremer tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 12:59 PM | Show all posts
yer,
sape berhajat nak amik anak angkat
boleh pm forumner tersebut

dari keturunan melayu
dan insyaALLAH akan lahir dlm masa 2 bulan nih

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:15 PM | Show all posts

Reply #26 Syd's post

Txs Syd..Ain dah PM dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:32 PM | Show all posts
tq Ain
kerana prihatin

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:33 PM | Show all posts

Reply #5 lovewife's post

mak aku ngna akak aku dua2 amik anak angkat....yg setau aku prosedurnya gini...selagi tak umur 2 thn tak blh buat surat beranak utk anak angkat tuh...tp blh pegi kat mana2 pejabat peguam...angkat sumpah...mak kandung kena ade ngna mak angkat tuh..both laa suami&isteri..then buat angkat sumpah n lawyer kuarkan laa surat penyerahan..once dah dua tahun..pegi jabatan pendaftaran untuk buat surat beranak(surat ni mmg utk anak angkat shj)...itu laa dia yg dorg buat..skrg anak angkat mak aku merangkap adik angkat aku dh form 4 pon..kalo nak amik anak angkat dr keluarga tu sendiri better buat angkat sumpah suma tu..ye arr takut2 nanti..keluarga kandung nak amik blk seblm dia cukup 2 thn..leh gilaaa sbb dh syg bdk yg dibela tu (berckp berdasarkan pengalaman :D )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2006 11:14 AM | Show all posts
syd,


kalau ada lagi pasal anak angkat ni bagi tau ye. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 02:49 PM | Show all posts
ye ye
nanti akan update

jika ada infor

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 05:11 PM | Show all posts
sapa2 yg nak amik anak angkat..especially anak2 yg takde bapa...call PN ROSMAWATI...dia one of Jemaah Islah Malaysia nye orang kuat...
office dia kat Tmn Melawati KL...

untuk dapatkan contact no, sila pm loveanis02.

JIM ni ade satu team yg boleh dikatakan tmpt bimbingan dan jagaan untuk anak2 gadis melayu yg dah terlanjur etc, kira macam jabatn kebajikan gak le.....so gadis2 ni dijaga oleh diaorg...sampailah gadis nih bersalin dan pihak JIM akan carik lak keluarga2 yg betul2 layak untuk diberi baby-baby nih untuk diangkatkan..

segala proses pengangkatan adalah sah disisi undang2...semua ikut procedure, ade surat akuan, laywer etc...

[ Last edited by  shinky_pinky at 4-1-2007 08:11 AM ]
Reply

Use magic Report

papa_ibu This user has been deleted
Post time 13-9-2006 01:38 PM | Show all posts

dah ader sijil kelahiran

ibu punye anak angkat dah ade surat brnak..cuma tinggal nak tukarkan nama ibubapa tuh ker nama i dan hubby...so i kena mula dr step yang ke-4 la sofeaz kan?
:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.625973 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list