Gapodio This user has been deleted
|
Bill,
Walaupun sumber dari Jakim ..... apakah benar apa yang di tulis?. Sepanjang saya mengikuti cara perbahasan BIll ... saya rasa apa yang ditulis ada banyak kebenarannya. Kalau ada yang pembohongan semata2 care to point which one are not true?. |
|
|
|
|
|
|
|
yup bill..boleh terangkan? |
|
|
|
|
|
|
abusaed This user has been deleted
|
memanglah sumber berkenaan daripada jakim... tujuan ana bukan sekadar nak katakan apa yang dikatakan oleh JAKIM itu 100% benar.. sebab kekadang manusia ni ada kepentingan dalam mengeluarkan sesuatu hujah...
tetapi ujuan ana letakkan hujah tersebut dupaya kita dapat membaca sama-sama dan menilai kebenaran atau kepincangan sesuatu hujah tersebut ... jadi ilmu dapat diperluaskan... minda dapat dibukakan dengan lebih baik maka kita dapa mencapai matlamat sebagai umat islam yang maju dalam semua bidang... terutama dalam persoalan agama |
|
|
|
|
|
|
|
tujuan ana bukan sekadar nak katakan apa yang dikatakan oleh JAKIM itu 100%
boleh bagi contoh mana yg tak betul tuh, sekadar jadik panduan |
|
|
|
|
|
|
abusaed This user has been deleted
|
bagi orang syiah... 100% tak betul tapi abgi ana itu betul....
jadi bagi yang tak tahu kena lah baca dan fahami betul2 barulah tahu apa yang tak betul dengan fahaman syiah ni...
p/s: kalau nak ikut ana tak berapa setuju dengan jakim ni.. sebab diorang ni kekadang kerja tak ikut yang sepautnya.. yang terang2 haram tak nak di tentang.. yan gberlum jelas haram nak pulak bersungguh2 dia buat... tapi itu pandangna peribadi tetapi sesuatu yang dilakukan berniat baik walaupun kekadang ada udang disebalik batu...
[ Last edited by abusaed on 19-5-2005 at 06:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH
Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.
Salam sebenarnya, dengan hanya membaca pada poin awal sahaja sudah memadai kepada orang-orang yang mahu berfikir, untuk mengetahui hujah2 yang dibawa oleh JAKIM dalam menentang dan menyesatkan Syiah ini adalah berdasarkan kaedah menghukum Syiah daripada perundangan Ahlus Sunnah semata-mata. Seperti kata Madonna dalam lirik lagunya 揧ou only see, what you wanted to see. |
|
|
|
|
|
|
|
v.? ? ? ? Berpura-pura (al-Taqiyyah)
Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:
Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".
ULASAN
Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud:??"................... Bill telah menjelaskan mengenai taqiyyah, dan silalah rujuk di http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=65959&fpage=3
Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-Maqalat yang dipetik oleh Muhamad Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapatpujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumn a dan sampai ke martabat yang tidak mela'Kukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai Imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka .......................
Kata-kata JAKIM jelas 揓elas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith sohih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbia' sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepercayaan mengenai Imam Mahdi ajf dan nasab keturunannya telah dinyatakan oleh Rasulullah saaw, malah kemudiannya telah disampaikan juga oleh Ahlul Baitnya. Persoalannya, sekiranya al-Mahdi itu berasal dari Ahlul Bait a.s dan berketurunan Hazrat Fathimah s.a, bagaimana mungkin Ahlul Bait a.s sendiri tidak mengenalnya, sebaliknya orang-orang yang di luar lingkungan mereka lebih arif mengenainya? sedikit mengenai al-Mahdi ajf: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=65959&fpage=3
vii.? ? ? ? Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali
Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197:
Saidina Ali ra. telah berkata: "Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. senditi, dan sesungguhnya Allah telah mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana yang telah dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad...........................
Syiah tidak pernah meninggikan Amirul Mukminin Ali a.s melebihi Rasulullah saaw, malah dengan memetik hadis riwayat al-Kulaini r.a di atas sekalipun JAKIM masih gagal membuktikan di bahagian mana Syiah melebihkan Amirul Mukminin Ali a.s ke atas Nabi saaw! Mengenai kedudukan tinggi Amirul Mukminin a.s cukuplah sekiranya anda memerhatikan ayat Mubahilah, al-Maidah 61, di mana Allah merujuk Amirul Mukminin Ali a.s sebagai diri Rasulullah saaw sendiri. Allah memerintahkan Rasulullah saaw yang agung untuk memohon laknat ke atas pihak yang salah ketika berdebat dengan pendita-pendita Nasrani Najran: 揗arilah kita menyeru diri-diri kami, dan diri-diri kamu |
|
|
|
|
|
|
|
ix.? ? ? ? Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.
Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu' 1, hal. 228. Terjemahannya;??
Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya. "Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; " Aku mendengarabu Ja far a.s. berkata, " Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan, melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam selepasnya a.s." Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada.......
Sekiranya itu pendapat Syiah, maka begitulah pegangan mereka. Tentang Mushaf Fathimah a.s memang diyakini oleh Syiah namun mereka tidak pernah pula menisbahkannya sebagai al-Quran ataupun menggantikan al-Quran. Malah terdapat dalam sumber2 Sunni bahawa Imam Ali a.s tidak membaiah melainkan selepas berlalunya 6 bulan dan setelah menyiapkan pengumpulan/penafsiran al-Quran.
xv.? ? ? ? Mengamalkan Nikah Mut'ah
Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut'ah yang pemah diharuskan diperingkat awal Islam di dalam keadaan dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkan nikah ini sehingga sekarang. Dengan ini menunjukkan bahawa mereka menolak permansuhan syariat tersebut. Mereka berpendapat bahawa nikah Mut'ah adalah diharuskan di dalam syariat Islam. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhamad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal. 489: Terjemahannya:??
Nikah mutah adalah diharuskan dalam syariat Islam sebagaimana kami menyebutnya daripada akad seseorang lelaki ke atas seorang perempuan mengikut tempoh yang tertentu dengan mas kahwin yang tertentu.
Ciri-ciri nikah Mut'ah ialah akad, tempoh dan mahar. Dalam nikah Mut'ah ditetapkan tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, samada sebulan atau setahun atau sehari. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far bin Muhammad bin AI-Hassan bin Ali AI-Tusi. hal. 491:
Terjemahannya:??
Adapun tempoh nikah mutah ialah mengikut keredaan pasangan kedua-duanya sama ada sebulan atau setahun atau sehari.
Nikah mut'ah boleh dilakukan dalam tempoh satu jam atau dua jam, sehari, dua hari
atau semalaman. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 266: Terjemahannya:??
Muhammad bin Yacob daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Faddhal daripada Abu Bukair daripada Zararah katanya Aku (Zararah) bertanya kepadanya (Abu Jayar) adakah harus seorang lelaki bermutah dengan seorang perempuan sejam atau dua jam. Jawabnya; "Satu atau dua jam tidak terhenti kepada sempadan kedua-duanya, tetapi boleh dilakukan sekali atau dua kali, sehari......
Mengenai nikah mutaah ini, pernah bill, Antique dan Zaff membincangkannya panjang lebar, namun seseorang telah memadamnya. Namun cukuplah Umar al-khattab sendiri yang menjadi hujah kami dalam menghalalkan mutaah. Umar berkata: 搮Rasulullah adalah rasul ini, dan al-Quran adalah al-Quran ini. Keduanya menghalalkan dua mutaah (mutaah haji dan mutaah nikah)tetapi aku melarangnya dan menghukum sesiapa sahaja yang melakukannya厰 (baihaqi, as-Sunan, jil.7; Muslim, Sahih, jil.4, bab Nikah mutaah hadis no.1. lain-lain hadis yang meriwayatkan pembatalan Umar mengenai nikah mutaah ini: Muslim, jil.4, hadis no.8, Imam Ahmad, Musnad, Jil.4; Tabari, jil.5) dalam hal ini, kami menerima kesaksiannya (al-Quran dan Sunnah membenarkannya) dan menolak pengharamannya. Sedikit mengenai Mutaah:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=65959&fpage=3 |
|
|
|
|
|
|
|
xi.? ? ? ? Menambah Syahadah.
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 441: Terjemahannya:??
Sahal bin Ziad daripada Muhammad bin al-Walid katanya aku mendengar Yunus bin Yaacob daripada Sinan bin Tarif daripada Abu Abdullah a.s. katanya Abu Ja'afar berkata, "Sesungguhnya kami ialah Ahli Bait yang pertama yang disebutkan oleh Allah nama-nama kami. Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi. Ia menyeru malaikat lalu ia menyeru "Asyhadu alla ilaha illAllah" tiga kali??"wa asyhaduanna Muhammadan rasulullah" sebanyak 3 kali.
ULASAN??
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah.........
Sekiranya anda membuka kitab2 fiqih Syiah, menyebut nama Ali di dalam azan bukanlah sebahagian daripada azan. Sesiapa yang memandangnya sebagai sebuah ucapan dari azan yang telah disyariatkan maka ianya batil.
xii.? ? ? ? Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh
Adalah wajar mengkritik hadis-hadis daripada individu2 yang diragui kejujurannya (berdasarkan tindakan dan perbuatan mereka). Ini telah menjadi pegangan ahli hadis dan ahli jarh wa ta抎il. Sekiranya Syiah meragui para sahabat2 tertentu, maka adalah wajar untuk mereka bertindak sedemikian.
xiv.? ? ? ? Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias, kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Al-Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 149:Terjemahannya:??
Diantaranya bahawasanya Syiah Imamiah tidak beramal dengan Qias dan sesungguhnya ia telah menjadi mutawatir di sisi imam-imam mereka. Sesungguhnya syariat apabila diqiaskan akan merosakkan agama dan....
Imam Sadiq a.s pernah menggugat Abu Hanifah dalam masalah qias, di antaranya hujah yang lebih kurang berbunyi: 揇i antara zina dan bunuh mana lebih berat? |
|
|
|
|
|
|
|
iv.? ? ? ? Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) hal. 36:
Ja'fari: Harus menjamakkan di antara sembahyang Zohor dan 'Asar, Maghrib dan 'Isya' sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebarang sebab.
ULASAN
Mengamalkan sembahyang jamak tanpa sebab secara berterusan adalah beitentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam syariat Islam, kedudukan hukum dipandang melalui kemudahan atau kesulitan melaksanakannya iaitu yang disebut Azimah dan Rukhsah. Azimah ialah sesuatu hukum yang kekal dengan hukum asalnya. Ia tidak berubah dengan adanya sebab-sebab seperti sembahyang lima waktu dikekalkan jumlah rakaat mengikut waktunya. Manakala Rukhsah ialah suatu hukum yang diharuskan kepada orang Islam melakukannya disebabkan adanya sebab-sebab keuzuran dan kesulitan dan sekiranya tanpa sebab-sebab di atas, haram berbuat demikian, seperti sembahyang jamak dan qasar diharuskan pada masa musafir (6).
Sambungan
Menjamakkan solat tanpa sebarang masalah, hujan perang ataupun bermusafir telah dengan secara jelas terangkum di dalam kitab-kitab anda dengan sanad yang sahih.lihat Bukhari, muslim bab menjamakkan solat. Di situ jelas bahawa Rasulullah saaw pernah melakukan salat jamak di madinah tanpa hujan, perang atau musafir. Apabila ditanya baginda yang suci saaw menjawab: 揢ntuk kemudahan umatku. |
|
|
|
|
|
|
|
billion,
Saya telah membaca link2 yang anda beri. Beberapa soalan saya yg saya harap anda boleh jawab tentang mut'ah untuk menambah pengetahuan saya tntg syiah dan bagaiman ianya dipraktis. Saya tahu ianya mungkin telah dijawab pada tempat2 lain tapi saya cari tak jumpa. Terimakasih.
1. Adakah orang lelaki yang berkahwin mut'ah menganggap isteri mut'ah nya itu isteri yang sah? atau kedudukannya lebih rendah dari isteri yang sah? Atau ianya case by case basis (tak dak rules yang standard, pasangan set sendiri rules).
2. Adakah anda mempraktikkan kahwin mut'ah dan merelakan suami anda berkahwin mut'ah dngn mana2 wanita lain?
3. Adakah anda membenarkan adik perempuan/kakak yang bujang mempraktikkan kahwin mut'ah?
4. Dari petikan dari surah AlMukminun di bawah ayat 6, adakah "isteri" di situ mencakupi isteri mut'ah?
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
5. Adakah syiah menggunakan dalil ayat dari surah An Nisaa ayat 24 utk menghalalkan kahwin mut'ah? Atau ada ayat-ayat lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 2005-5-20 12:44 PM:
billion,
Saya telah membaca link2 yang anda beri. Beberapa soalan saya yg saya harap anda boleh jawab tentang mut'ah untuk menambah pengetahuan saya tntg syiah dan bagaiman ianya dipraktis. Saya tahu ianya mungkin telah dijawab pada tempat2 lain tapi saya cari tak jumpa. Terimakasih.
1. Adakah orang lelaki yang berkahwin mut'ah menganggap isteri mut'ah nya itu isteri yang sah? atau kedudukannya lebih rendah dari isteri yang sah? Atau ianya case by case basis (tak dak rules yang standard, pasangan set sendiri rules).
2. Adakah anda mempraktikkan kahwin mut'ah dan merelakan suami anda berkahwin mut'ah dngn mana2 wanita lain?
3. Adakah anda membenarkan adik perempuan/kakak yang bujang mempraktikkan kahwin mut'ah?
4. Dari petikan dari surah AlMukminun di bawah ayat 6, adakah "isteri" di situ mencakupi isteri mut'ah?
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
5. Adakah syiah menggunakan dalil ayat dari surah An Nisaa ayat 24 utk menghalalkan kahwin mut'ah? Atau ada ayat-ayat lain?
salam
1.Q
Adakah orang lelaki yang berkahwin mut'ah menganggap isteri mut'ah nya itu isteri yang sah? atau kedudukannya lebih rendah dari isteri yang sah? Atau ianya case by case basis (tak dak rules yang standard, pasangan set sendiri rules).
A:
Isteri mutaah adalah sama sahaja dengan isteri kahwin kekal. Perbezaannya, lelaki tidak mempunyai hak ke atas isteri mutaahnya dari segi kebebasan si isteri; di mana dalam hal ini si isteri dan suami sebelum bernikah telah meletakkan syarat2 yang telah mereka persetujui sepanjang tempoh perkahwinan, hak perwarisan hanyalah kepada anak yang lahir dan anak itu akan dibinkan kepada si ayah. Si isteri perlu memerhatikan idahnya sekiranya mutaah melibatkan hubungan kelamin.
2.Q
Adakah anda mempraktikkan kahwin mut'ah dan merelakan suami anda berkahwin mut'ah dngn mana2 wanita lain?
A-
Apakah anda berhak mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan Allah?
3.Q
Adakah anda membenarkan adik perempuan/kakak yang bujang mempraktikkan kahwin mut'ah?
A
Jawapan sama seperti yang telah lalu.
4.Q
Dari petikan dari surah AlMukminun di bawah ayat 6, adakah "isteri" di situ mencakupi isteri mut'ah?
A
yang dihalalkan seorang lelaki adalah isterinya. Maka di situ mencakupi isteri Mutaah, yang mana ianya dilangsungkan atas sebuah ikatan yang ada ijab, qabul, maharnya.
5-Q-Adakah syiah menggunakan dalil ayat dari surah An Nisaa ayat 24 utk menghalalkan kahwin mut'ah? Atau ada ayat-ayat lain?
A-
bukan Syiah sahaja yang menggunakan nas dari an-Nisa' 24 untuk menghalalkan mutaah, malah semua mazhab Islam juga begitu.
-----------------------
begini, jangan hanya menghadkan mutaah semata-mata hanya pada seks. mutaah adalah menghalalkan perhubungan seorang lelaki dan perempuan dari seringan-ringan hubungan hingga seberat2nya (seks). Dalam kes2 perjalanan yang memerlukan muhrim, seorang wanita boleh bermutaah tanpa hubungan seks. Begitu seorang lelaki boleh meminta seorang perempuan untuk menguruskan rumah, menjaga anak2anak yatimnya sehingga kepulangannya kelak sekali lagi tanpa hubungan seks. |
|
|
|
|
|
|
|
tentang al-Bada' dan lain2 topik dalam masalah Sunni Syiah dibincangkan secara ringkas di:
http://www.fatimah.org/artikel/bahaya.htm
Syiah percaya kepada kepada al-Bada抂/b]
Tuduhan: Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada').
Ulama Syiah tidak pernah menganggap Allah tidak mengetahui seperti tuduhan-tuduhan yang sengaja menyelewengkan maksud sebenarnya.
Al-Bada' tidak bermaksud kejelasan yang sebelumnya samar dinisbahkan kepada Allah SWT.
Al-Bada' yang difahami oleh ulama Syiah ialah adalah Allah berkuasa mengubah sesuatu kejadian dengan kejadian yang lain seperti nasikh dan mansukh sesuatu hukum syariah yang tercatat dalam al-Qur'an tetapi al-Bada' menyangkut tentang sesuatu kejadian [takwini] seperti hidup dan mati dan seumpamanya.
Misalnya kisah penyembelihan Nabi Ismail AS tetapi kemudian Allah Azza Wa-Jalla menggantikannya dengan seekor kibas.
Alllah SWT berfirman dalam al-Qur'an 13:39: "Allah menghapus apa yang Ia kehendaki dan menetapkan [apa yang Ia kehendaki] dan di sisinya terdapat Umm al-Kitab [Lauh al-Mahfuzh]."
Sebuah hadith yang dipetik dari al-Kulaini dalam Kitabul Tauhid, Usul al-Kafi, hadith 373.:"Allah tidak menerbitkan [bada'] pada sesuatu melainkan ianya berada dalam ilmuNya sebelum [Allah menetapkan] berlakunya [bada' tersebut]."
Hadith 374 menegaskan:" Sesungguhnya Allah tidak menerbitkan Bada' dari kejahilan[Nya]".
Syeikh al-Mufid menulis dalam bukunya Awail Maqalat: " Apa yang saya fatwakan tentang masalah al-bada' ialah sama dengan pendapat yang diakui oleh kaum muslimin dalam menanggapi masalah nasakh [penghapusan] dan sebagainya seperti memiskinkan kemudian membuat kaya, mematikan kemudian menghidupkan dan menambah umur dan rezeki kerana ada sesuatu perbuatan yang dilakukan. Itu semua kami kategorikan sebagai bada' berdasarkan beberapa ayat dan nas-nas yang kami dapatkan dari para Imam." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 21-5-2005 12:23 PM:
begini, jangan hanya menghadkan mutaah semata-mata hanya pada seks. mutaah adalah menghalalkan perhubungan seorang lelaki dan perempuan dari seringan-ringan hubungan hingga seberat2nya (seks). Dalam kes2 perjalanan yang memerlukan muhrim, seorang wanita boleh bermutaah tanpa hubungan seks. Begitu seorang lelaki boleh meminta seorang perempuan untuk menguruskan rumah, menjaga anak2anak yatimnya sehingga kepulangannya kelak sekali lagi tanpa hubungan seks.
IMHO, rasanya mutaah lebih sesuai dari membiarkan pemuda (baligh) menghisap susu perempuan yg dewasa supaya dapat bebas keluar masuk dalam rumah.
==============
Muslim: Book 008, Number 3425:
'A'isha (Allah be pleased with her) reported that Salim, the freed slave of Abu Hadhaifa, lived with him and his family in their house. She (i. e. the daughter of Suhail came to Allah's Apostle (may peace be upon him) and said: Salim has attained (purbety) as men attain, and he understands what they understand, and he enters our house freely, I, however, perceive that something (rankles) in the heart of Abu Hudhaifa, whereupon Allah's Apostle (may peace be upon him) said to her: Suckle him and you would become unlawful for him, and (the rankling) which Abu Hudhaifa feels in his heart will disappear. She returned and said: So I suckled him, and what (was there) in the heart of Abu Hudhaifa disappeared.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 2005-5-21 12:23 PM:
s5-Q-Adakah syiah menggunakan dalil ayat dari surah An Nisaa ayat 24 utk menghalalkan kahwin mut'ah? Atau ada ayat-ayat lain?
A-
bukan Syiah sahaja yang menggunakan nas dari an-Nisa' 24 untuk menghalalkan mutaah, malah semua mazhab Islam juga begitu.
Maaf kerana kekurangan ilmu saya.
Saya bertanya kerana saya mengikut terjemahan kitab Asbaabun Nuzul karangan Imam Sayuti yang saya ada menceritakan antara sebab2 turunnya ayat itu adalah tidak langsung menyebut soal nikah Muta'h tetapi lebih kepada mengadakan hubungan dengan wanita Ahli Kitab hamba tawanan perang yg sudah berkahwin (maaf, saya tak dpt menulis hadith Asbaabun Nuzul tu di sini). That explains the sentence " dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami" pada permulaan ayat itu.
Adakah puan pasti ayat inilah yang menghalalkan mut'ah? Atau mut'ah itu dihalalkan berdasarkan hadith Rasulullah semata-mata dan dengan itu boleh diharamkan dengan penggunaan hadith juga.
Mungkin puan boleh menurunkan hadith Asbaabun Nuzul yang menghubungkan ayat ini dengan nikah Mut'ah? Terimakasih.
Ada saya pernah terbaca praktis mut'ah semasa khalifah Abu Bakr berlaku kerana sahabat ada yang terkeliru dengan larangannya yang berlaku semasa perang Khaibar yang mana ada sahabat spt Ibn Abbas tidak terlibat dalam peperangan itu kerana dia masih berumur bawah 15 tahun ketika itu. Sebab itulah Ibn Abbas menarik balik fatwanya dan kemudian Umar ibn Khattab me"reinforce"kan kembali larangan melakukan nikah mut'ah tersebut untuk memperbetulkan semua para sahabat dan oleh itu semua sahabat bersetuju dengan arahan Umar itu.
Muslim : Book 008, Number 3266:
'Ali (Allah be pleased with him) heard that Ibn Abbas (Allah be pleased with them) gave some relaxation in connection with the contracting of temporary marriage, whereupon he said: Don't be hasty (in your religious verdict), Ibn 'Abbas, for Allah's Messenger (may peace be upon him) on the Day of Khaibar prohibited for ever the doing of it-And eating of the flesh of domestic asses. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-5-21 08:33 PM:
Muslim: Book 008, Number 3425:
'A'isha (Allah be pleased with her) reported that Salim, the freed slave of Abu Hadhaifa, lived with him and his family in their house. She (i. e. the daughter of Suhail came to Allah's Apostle (may peace be upon him) and said: Salim has attained (purbety) as men attain, and he understands what they understand, and he enters our house freely, I, however, perceive that something (rankles) in the heart of Abu Hudhaifa, whereupon Allah's Apostle (may peace be upon him) said to her: Suckle him and you would become unlawful for him, and (the rankling) which Abu Hudhaifa feels in his heart will disappear. She returned and said: So I suckled him, and what (was there) in the heart of Abu Hudhaifa disappeared.
Saya ingat hadith ini menceritakan tentang Salim - bekas hamba yang sudah seperti anak angkat Abu Hadhaifa sendiri. Setelah turun perintah yang melarang menganggap anak angkat sebagai anak sendiri, perkara ini menimbulkan masalah kepada Abu Hadhaifa.
Dalam hadith ini, Nabi telah mengarahkan isteri Abu Hudhaifa menyusukan Salim agar dia menjadi seperti anak susuan kepada Abu Hudhaifa, kerana ini akan menyelesaikan masalah. Sudah tentu tak ada kekok bagi isteri Abu Hudhaifa menyusukan Salim, kerana Salim telah dianggap seperti anak sendiri sebelum itu.
Agak pelik cadangan tuan kalau nak dikahwin mut'ahkan Salim dengan ibu angkatnya sendiri ? Kerana suaminya Abu Hudhaifa juga tinggal di rumah yang sama.
Ada kitab fekah yang mengatakan hadith ini hanyalah boleh diapplikasikan kepada kes unik ini sahaja, kerana pada ketika ini berlaku transisi dari anak angkat (yang dianggap macam anak sendiri) kepada anak angkat (yang tidak dianggap anak sendiri).
Dan Allah lebih mengetahui.
Aquulu Qauli Haa Za Wa astghfirullah Wa A Tuu bu Ilaihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 23-5-2005 12:27 PM:
Agak pelik cadangan tuan kalau nak dikahwin mut'ahkan Salim dengan ibu angkatnya sendiri ? Kerana suaminya Abu Hudhaifa juga tinggal di rumah yang sama.
Ada kitab fekah yang mengatakan hadith ini hanyalah boleh diapplikasikan kepada kes unik ini sahaja, kerana pada ketika ini berlaku transisi dari anak angkat (yang dianggap macam anak sendiri) kepada anak angkat (yang tidak dianggap anak sendiri).
Dan Allah lebih mengetahui.
Aquulu Qauli Haa Za Wa astghfirullah Wa A Tuu bu Ilaihi..
Alhamdulillah, saya mendapat gambaran yg lebih jelas kini, maksudnya mengikut pendapat sebahagian ulama sunni, menyusukan anak angkat yg dewasa (lelaki) yg bukan mahram dibolehkan khas kpd kes tersebut. Sebenarnya saya mempunyai keraguan ttg hadis ini kerana perbuatan ini bertentangan dengan hukum Islam (al-quran). Saya lebih bersifat menolak ttg kebenaran hadis ini dari menerimanya.
Kalau kita khaskan kpd kes ini saja, seolah-olah hukum agama tidak boleh diapplikasikan kpd sahabat-sahabat tertentu (immunity). Sesautu hujah yg agak pelik bagi saya.
Tujuan saya mengeluarkan hadis ini untuk menunjukkan bahawa satu kaedah (walaupun tidak dipakai sekarang) untuk menjadikan seseorang boleh bergaul bebas (tengok rambut, etc spt mahram) ialah dgn cara menyusukan (spt MAKSUD UMUM hadis tersebut). Tiada kaedah lain yg saya nampak.
Bertunang tidak membolehkan seseorang itu bergaul bebas, hanya kahwin mutaah (tanpa sex) membolehkan itu.
:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-5-23 04:14 PM:
Alhamdulillah, saya mendapat gambaran yg lebih jelas kini, maksudnya mengikut pendapat sebahagian ulama sunni, menyusukan anak angkat yg dewasa (lelaki) yg bukan mahram dibolehkan khas kpd k ...
Maafkan saya..sebelum sesiapa terkeliru, "menyusukan" di sini bukanlah bermaksud menyusukan seperti menyusukan bayi (mustahil dilakukan dan dilarang keras oleh agama Islam kerana bukan muhrim) tetapi menyusu dengan cara alternatif seperti di bawah.
Reported by Muhamad Ibn Sa'鈊 and Ibn Hajar Al-慉sqal鈔i in their respective biographies of Sahl |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by always_typo at 23-5-2005 04:51 PM:
Maafkan saya..sebelum sesiapa terkeliru, "menyusukan" di sini bukanlah bermaksud menyusukan seperti menyusukan bayi (mustahil dilakukan dan dilarang keras oleh agama Islam kerana bukan muhrim) tetapi menyusu dengan cara alternatif seperti di bawah.
Reported by Muhamad Ibn Sa'鈊 and Ibn Hajar Al-慉sqal鈔i in their respective biographies of Sahl |
|
|
|
|
|
|
| |
|