|
Laporan Lengkap Gath Futsal @ Sport Planet, 1st Sept...
Jenng..jengg...Ok seperti yang dijanjikan....Gathe de Futsal akhirnya berjaya direalisasikan walaupon kehadiran forumer boley dibilang dgn jari tangan akuu dan hujan yg agak lebat2 ayam sebelum kickstart futsal..
Kedit 86ketol akan diberi kepada yang hadir...
tambahan 55 kedit kepada porumer dapat anugerah khas dari aku atau mapiau..
(term n condition : ikut sukati aku laaa... hehehee)
dan tambahan 33 kedit kepada yg dapat anugerah khas jurii..
Antara yang hadir dan dipaksa main futsal..
1. takumi86 (pancit main futsal sebab lunch makan maggi jer).
2. Chek_am8848 (dia ni kot datang paling awal.. hehe..)
3. me_ai : datang awal dan sungguh macho orang nyer..
4. yt (datang ngan keter merah honda power rangers.. dlm ada 2 org geng)
5. mapiau jr. (datang naik kancil and sporting jer mainnn)
6. true.. (setelah sesat2... sampai gak ngan diteman kan seseorangg..)
7. casio (datang dengan tidak memakai jam casio.. tapi rolex.. musyil akuuu.. hehe.. )
8. mapiau (dtg paling lambat seraya menaiki kereta mewah MPV hitam nyerr..)
9. charlieDale (datang utk tangkap gambo n minum laychee kanggg ajer)
Seme yang hadir sila post kat sini utk pembahagian kedit....
yg tak datanggg...
1.Fast-N-Furious (entah mana laa ko giii lately, udah2 ler carik duit tu.. bukan boleh tambah horse power 800hp ponnn)
2.assaffah (menghilang deting ngan awek no 8 diaa.. mungkin afja kott..)
3.zacharygibson (cancel last minute sebab banyak org sakit gigi : sms nyer laa..)
4.medangmru (ada meeting ngan chairman AAM, siap high tea sekali.. perghh..)
5.hudaini (pergi berkawad gamaknyerrr..)
6.Freekey (ada date last minute!?!)
7.afja (gi deting ngan sepah kat tempat lainnn.. hehee)
Laporan...
futsal ikut jadual 4-5pm. pemain seperti di atas tu ler..
minum kat roundabout jln kemajuan 5:35-7:05pm
true memang ada bawa jeruk mangga and anggur dari penang. Dia suka memegang bola ngan tangan utk discore ke gol yg dijaga oleh "yt"
yt bawa 100plus 5 botoi.. (aku bawa balik sebotoi..), dia berbakat menjadi goalkeeper yg berjaya..
sebab rasa bersalah, mapiau telah membelanja 100plus tin.. (aku rasa laa)
Chek_am8848 paling menyinar main futsal.. boleh masuk myteam ler ko weiii..
me_ai dah last minute baru nak menyapa dan suai kenal dgn trueX
"casio" yg seporing mengajak buat gath yg lebeh mencabar fizikal dan mindaa..
CharlieDale bawa 2 bijik camera dan triport utk bergambar bersamaa..
apa lagi erkk?.. korang sambung laa.. (aku ingat nak tengok bola balik ni.. chelsea lwn astonvilaa)
Laporan bergambooo...
di ruang menunggu.. sebelum main futsal n tunggu mapiau datang...
kaunter sportplanet yg masih bertemakan kemerdekaan.. hehe..
court futsal disini. .total ada 8 bijikk
ketibaan mapiau (pakai baju ijauuuu)... tengok jam tu pukui baper.. hehe.. ada bukti bebbb..
sessi pakai kasut.. (ada jugak kasut yg 8 tahun tak basuh kalau tak silap aku..) saper erkk?
gambo aweks... saper diorang ni.. korang teka laa sendiri ar.. malas aku nak explain..nanti korang ngorat laks..
tempat minum2 dan makan2 nasi goreng pattaya..
last but not least..
gambo beramai.. di kecik dan diadjust utk menjaga hak privacy drpd dingorat org/ajak deting dan sebagainyer..
gambooo..
|
|
|
|
|
|
|
|
Acara Uji Pecut Motosikal & Kereta kembali menggegar Persiaran Cyberjaya Sebanyak 11 pusingan!!
**saksikan per:sembahan indie band & pameran sepanjang acara berlangsung.
Kelas Dan Jadual Perlumbaan:
Hari 1 - Motorsikal:-
12.00 pm - Kelas A - 4strokes <125cc
02.00 pm - Kelas B - Scooter Open
03.00 pm - Kelas C - 4strokes <135cc
04.00 pm - Kelas D - 2strokes <150cc
Hari 2 - Kereta:-
11.00 am - Kelas A - Campro <1.6cc
01.00 pm - Kelas B - Kcar <1.0cc
02.00 pm - Kelas C - Na <1.6cc
03.30 pm - Kelas D - Na <1.8cc
05.00 pm - Kelas E - Vtech Open CC
07.00 pm - Kelas F - 2wd Turbo <1.8cc
09.00 pm - Kelas G - 2wd Turbo Open CC
SYARAT PERLUMBAAN:
-Kategori MOTORSIKAL Helmet Apollo/MS :tidak dibenarkan / diwajibkan memakai glove dan jaket kulit.
-Kategori KERETA Wajib memakai helmet / semua kategori adalah on the road.
YURAN MASUK: RM150 |
|
|
|
|
|
|
|
dRaG4fuN at Kg. GaJaH Perak CiRcUiT
http://fast4wardracing.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
tahun 2010 tak der gath lagi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
momod CnM skarang ni malas nak arrange gathering...heheheheheh
larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
PROTON keluar enjin campro turbo
Oleh Shahrizan Salian
[email protected]
2010/12/20
PROTON Holdings Bhd (PROTON) merancang mengeluarkan pelbagai varian kereta menggunakan enjin campro turbo bermula tahun depan.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata enjin berkenaan memberikan pacuan kuasa kuda lebih tinggi berbanding enjin campro sedia ada yang digunakan PROTON.
“Ini disebabkan ramai pengguna mahukan kuasa lebih tinggi untuk kereta mereka dan kami sudah menggiatkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu.
“Persiapan sudah dibuat dan kereta yang akan menggunakan enjin campro turbo dikeluarkan tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi Festival PROTON 1Malaysia di Subang Jaya, kelmarin.
“Perkara paling penting adalah memastikan model kereta PROTON sentiasa berdaya saing dan relevan kepada pengguna,” katanya.
Mengenai pengeluaran PROTON hibrid, beliau berkata, syarikat kini sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk menghasilkan model kereta itu.
“Kami akan membina kereta hibrid bagi kegunaan kerajaan dan sebagai permulaan ia akan digunakan di Putrajaya dan Cyberjaya.
“Matlamat kami ialah untuk mengeluarkan kereta itu ke dalam pasaran dan ia mungkin akan mengambil sedikit masa,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Proton Sedia Hadapi Pasaran Terbuka
SHAH ALAM: Pengarah urusan kumpulan Proton Holdings Berhad Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yakin pengeluar kereta tempatan boleh bertahan dalam pasaran terbuka sepenuhnya.
Beliau berkata, Proton bersedia menghadapi cabaran dan peluang apabila rancangan liberalisasi industry automotif tempatan bermula menjelang 2016.
"Kita telah bersedia semenjak lama dahulu. Liberalisasi adalah membuka ekonomi bagi industri kereta menjadi lebih berdaya saing.
"Kita masih ada lima tahun lagi, dan apa-apa yang kita lakukan, kita mesti pastikan kereta menjadi lebih murah dan rekabentuk dan kualiti produk menjadi lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kualiti Proton di sini.
Sementara itu, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan menyelesaikan pengstrukturan semulanya menjelang setengah kedua tahun ini sebaik sahaja ia mendapat kelulusan lembaga pengarah dan pemegang saham.
Pengstrukturan semula itu bertujuan mengukuhkan operasinya sejajar dengan liberalisasi industri automotif.
Mengenai penggabungan Proton-Perodua, Syed Zainal Abidin berkata, Proton telah berbincang dengan Perodua dan telah mengenal pasti bidang-bidang yang boleh diperbaiki seperti pembangunan vendor, pembelian dan kualiti.
Beliau juga berkata, ujian pengesahan bagi Proton Exora dan Proton Hybrid sedang dijalankan di United Kingdom dan dijangka siap dua minggu lagi.
Katanya Proton akan mengeluarkan Proton hybrid selepas mendapat kelulusan akhir daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya.
"Kami berharap kereta itu boleh mula dijual tahun depan," katanya.- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|