|
Originally posted by seribulan at 17-10-2004 02:07 PM:
lagik satu...sambung hujah...
awat la cikgu banyak sgt kursusnyer..EteMS larr...Lip larr...Litetarture larr...
komputer larr...
berpada2 la...bila budak byk ponteng ..salahkan guru lak tak k ...
Belum termasuk kerja-kerja clerical lagi tu,sesapa jadi guru koperasi lagi byk kerja terutama bendahari. Asyik mengira duit, pastu selalu keluar pergi bank .Semuanya nak kena guna waktu kerja juga ni.So, masa yang sepatutnya merancang P&P terpaksa dikorbankan. |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
joanne711 This user has been deleted
|
Originally posted by deseree at 16-10-2004 09:10 PM:
Pada pendapat saya, kalau pelajar yang bijak dan pandai kata cikgu tak pandai mengajar, bolehlah diterima.
Kalau setakat pelajar yang kaki ponteng cakap cikgu tak pandai mengajar, sedangkan d ...
gagagaggagga |
|
|
|
|
|
|
|
NUTP nafi guru `tidak pandai mengajar' punca murid ponteng
NUTP nafi guru `tidak pandai mengajar' punca murid ponteng
Oleh NAZERI NONG SAMAH dan HAIRULAZIM MAHMUD
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dengan tegas menolak dakwaan kononnya guru `tidak pandai mengajar' menjadi antara punca masalah pelajar ponteng sekolah semakin berleluasa.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng sebaliknya menggesa Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir supaya tidak menuding jari menyalahkan guru semata-mata dalam isu berkenaan.
Tegasnya, apa yang perlu dilakukan oleh Mahadzir ialah menyiasat perkara berkenaan dengan lebih mendalam kerana ia bukan isu baru dan jika terdapat guru yang bermasalah, semua pihak yang bertanggungjawab harus bekerjasama menyelesaikannya.
``Kenapa guru perlu dipersalahkan sedangkan kami mendapati banyak punca menyebabkan pelajar ponteng antaranya termasuk kekurangan guru di sekolah, guru kerap dipanggil berkursus, seminar dan mesyuarat pada akhir tahun dan pihak sekolah.
``Punca lain ialah 40 peratus waktu guru digunakan untuk tugas perkeranian, pelajar terlalu tertekan dengan trend kecemerlangan dalam peperiksaan, tarikh peperiksaan kebangsaan kurang sesuai dan pengaruh luar seperti Internet, televisyen dan rakan sebaya,'' katanya dalam kenyataan bagi mengulas dakwaan Mahadzir semalam yang turut menyalahkan guru ekoran gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa.
Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik Timbalan Menteri Pelajaran itu sebagai berkata, segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) membosankan, mendorong pelajar ponteng kelas.
Malah, menurut Mahadzir, tiada aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah yang boleh diisi terutamanya selepas musim peperiksaan turut mendorong ke arah perbuatan terbabit.
Sebelum itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohamed Che Hamid mendedahkan, gejala itu terus serius apabila ada sebuah sekolah menengah di Felda di negeri itu mencatatkan hanya 50 peratus pelajar sahaja yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis.
Yim Pheng berkata, Bahagian Pendidikan Guru perlu meneliti semula sama ada kurikulum untuk latihan guru yang diguna pakai sekarang sesuai dengan peredaran masa.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Daud berkata, kementerian perlu menyediakan kursus motivasi kepada guru bagi membolehkan mereka mendapat inspirasi baru dan lebih kreatif menyediakan program menarik minat pelajar.
Katanya, tekanan kerja dan kurang pendedahan dengan program kursus yang bersesuaian juga mengakibatkan guru merasa bosan dan ketandusan idea kreatif untuk mendidik.
``Kita tak boleh salahkan guru semata-mata jika gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar kian meruncing, sebaliknya Kementerian Pelajaran juga perlu kreatif memikirkan kebajikan untuk meningkatkan profesionalisme golongan guru,'' katanya di sini hari ini.
Abdul Rahman yang juga Presiden Kongres Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan bagaimanapun berkata, kenyataan Mahadzir wajar diterima oleh kaum guru sebagai cabaran untuk meningkatkan kreativiti dalam profesionalisme mereka.
``Guru-guru perlu mengambil inisiatif mengadakan aktiviti yang boleh menyeronokkan pelajar untuk datang ke sekolah, terutama pada masa selepas sesuatu peperiksaan.
``Umpamanya guru-guru boleh menganjurkan aktiviti pertandingan kesenian, perbahasan, sukan dan seumpamanya lagi yang boleh membantu mengembangkan minda dan kreativiti para pelajar,'' katanya.
Abdul Rahman berkata, persekitaran yang membosankan di sekolah akan menjadi faktor ponteng sekolah, selain pengaruh luar seperti gejala hiburan menerusi Internet dan pengaruh negatif rakan-rakan sebaya.
``Di samping itu ibu bapa juga jangan bersikap lepas tangan kepada guru-guru sahaja dalam isu pendidikan anak-anak, sebaliknya mereka perlu bersama mengambil berat disiplin serta menyedarkan kepentingan pelajaran demi menjamin masa depan setiap individu,'' katanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Cikgu-cikgu juga la yang tahu masalah yang dihadapi oleh cikgu.
Siapa lagi kalau bukan kita sebagai guru yang meningkatkan dan memartabatkan profesion perguruan.
Tapi ,kalau dah kerja-kerja clerical cikgu yang buat, apakah masih dikategorikan guru sebagai kerjaya profesional ? Di mana profesionalnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan `menghiris' hati guru
KANGAR 16 Okt. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Perlis kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir yang menyalahkan guru sebagai `tidak pandai mengajar' antara punca masalah ponteng sekolah berleluasa di kalangan pelajar.
Setiausahanya, Som Abas berkata, Mahadzir tidak sepatutnya meletakkan kesalahan itu pada bahu para guru semata-mata tetapi sebaliknya perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah itu.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai `menghiris hati' semua guru di negara ini yang selama ini ikhlas mengajar, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mencari jalan mengatasi perkara tersebut kerana ponteng sekolah bukan permasalahan baru yang muncul di negara ini.
``Masalah ponteng bukan hanya disebabkan guru yang tidak pandai mengajar, sebaliknya sikap pelajar itu sendiri yang tidak mementingkan pelajaran dan ponteng untuk menunjukkan dirinya hebat.
``Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai pihak perlu duduk bersama dan tidak harus menuding jari kerana ia melibatkan masalah ponteng yang sebahagian besarnya membabitkan pelajar Melayu di Felda seperti yang didedahkan,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini berhubung kenyataan Mahadzir yang menyebut, guru yang dikatakan `tidak pandai mengajar' menjadi antara punca masalah ponteng sekolah semakin berleluasa di kalangan pelajar.
Menurut Mahadzir, segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran membosankan, akan mendorong pelajar ponteng kelas.
Som berkata, KPPK tidak menafikan terdapat segelintir guru yang tidak mahir mengajar namun ia bukanlah dalam jumlah yang besar serta mampu membuatkan pelajar hilang minat serta mula ponteng kelas.
``Sudah menjadi adat dalam dunia ini, setandan buah itu sudah tentu ada yang elok dan ada yang busuk, tetapi janganlah kerjaya guru dijadikan punca masalah ponteng berlaku di kalangan pelajar,'' jelas beliau.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerana nila setitik ,rosak susu sebelanga. |
|
|
|
|
|
|
|
...........bab2 ponteng sekolah ni teruis-terang aku letakkan pd mak ayah..kalau mak ayah jenis ambik berat mmg anak2 takkan melencong...tapi kalau mak pak hanya duk harapkan kat cikgu 100% silaplah...
.........menteri2 tu hanya pandai tuduh saja..padahal anak2 menteri pun byk bermasalah......anak2 VIP lebeih byk bermasalah....sesiapa yg pernah/ada saudara yg pernah study kat kolej sultan abdul hamid taulah perangai anak2 VIP tu mcm mana......mmg teruk gila...
............lagipun aku tgk sistem pendidikan kita mcm ya tak ya....sesuatu dasar tu tak kekal lama...kejap2 ubah..kejap2 ubah....dasar yg tak tahuan hala.......
..satu lagi disebabkan sistem masyarakat kita yg agak individual...hang jaga hal hang aku jaga hal aku....ini yg melingkopkan generasi muda negara......kalau dedulu anak si A ni merokok ka ponteng sekolah ka sahlah kalau pak cik B nampak sahlah akan direport kat si A..tapi skrg anak saudara sendiri pun dah tak kisah....hang nak jadi iblis ka setan ka... |
|
|
|
|
|
|
|
:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by J_Sky at 2004-10-17 10:31 PM:
.........menteri2 tu hanya pandai tuduh saja..padahal anak2 menteri pun byk bermasalah......anak2 VIP lebeih byk bermasalah....sesiapa yg pernah/ada saudara yg pernah study kat kolej sultan abdul hamid taulah perangai anak2 VIP tu mcm mana......mmg teruk gila...
errr...aku dulu blaja sama sekolah dengan anak2 menteri, elok jer perangai dorang. Lagi baik & sopan santun dari sesetengah student. Mungkin yang ko jumpa tuh segelintir jer, jadi takleh dikatakan semua berperangai macam tu. Cam sama lak ngan kes ni, segelintir cikgu yang malas....sumer lak terpalit sama. |
|
|
|
|
|
|
|
betapa berat mata yg memandang, berat lagik bahu yg memikul... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa kekadang beban guru skrg jauh lebih berat. mereka bukan aje mengajar tapi banyak kene buat management work. kekadang letih, tension, stress...dlm kelas dorang lesu ataupon dorang suka marah2. student malas nak dengo, dorang ponteng. that's why smpai skrg sherrina taknak join mengajar di skolah krn byk faktor kerje luar berbanding mengajar. kalau kita fully concentrate dgn mengajar, hati happy student pon happy. Alhamdulillah, so far kelas yg sherrina ajar jarang ada rekod ponteng. sampai ada yg nangis nak pi skolah sebab depa tau sherrina nak datang mengajar. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
sistem sekolah skrg yg terlalu berorientasikan peperiksaan juga membunuh minat pelajar. |
|
|
|
|
|
|
|
masa aku jadik cikgu ganti dulu
nak jeee aku suwuh mak pak bebudak tuh try datang mengajar anak depa
maunyee baru mengajar 5 minit dah terlalak gamaknyaaa |
|
|
|
|
|
|
Jejaka-Romantis This user has been deleted
|
anak kurang ajar!
maaflah guna perkataan yang kesat ni...sebenarnya anak-anak yang nakal kat sekolah tu semuanya "kurang ajar" kat rumah....
mak bapak bagi muka, berlaku peristiwa dimana guru cuba menegur anaknya(kurang ajar), anak pula beritahu pada bapa, bapa yang mungkin "kurang ajar" datang ke sekolah nak ajar cikgu....
anak kurang ajar+bapa kurang ajar= sekolah bermasalah.....bukan guru....cuba buat kajian dulu jgn salahkan guru yang terlalu banyak tugas disekolah.......nf: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 2004-10-17 12:04 AM:
antara sebab murid ni ponteng sekolah sebab malas buat kerja sekolah..
dah tak buat, takut nak dtg sekolah..takut guru marah...guru jugak la
yg salah...agaknya tak yah la kasik murid buat kerja.. ...
tula aku kata ... cikgu2 ni reti marah je ... bebudak tu la tempat pelepas segala masalah depa ... lepas tu depend diri sendiri ngan mengatakan marah sebab sayang kat bebudak tu ... kalau la cikgu2 tu sayang ... bebudak yg tak buat keje umah tu .. bimbing arr ... buat detention class supaya bebudak tu siapkan keje umah .... yang cikgu2 ni pun satu... banyak sangat bagi keje umah ... agak2 la kalau nak bagi ... ni dak.. satu subjek mau ambik 5-6 muka surat ... kalau ade 8 subjek ... camana? bila masa bebudak tu nak baca buku teks?
niat kementerian nak mengetatkan syarat kemasukan guru adalah sesuatu yang baik.. semoga kurang le peratusan cikgu2 yang hampeh .. cikgu2 yg dapat join kementerian sebab kroni dsb |
|
|
|
|
|
|
|
Rileks bro, ada betulnya apa yg ko ckp tu...
Mengikut pengalaman aku dulu....memang ada budak2 'kurang asem' mcm yg disebut oleh jejaka_romantis. Memang tak terajor budak2 jenis mcm ni...buatlah cara2 kreatif maktif bior tak boring deme semue.....tak terbuatnye....kalau kena ajar budak2 gini, naya, naya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jejaka-Romantis at 2004-10-23 05:08 PM:
maaflah guna perkataan yang kesat ni...sebenarnya anak-anak yang nakal kat sekolah tu semuanya "kurang ajar" kat rumah....
mak bapak bagi muka, berlaku peristiwa dimana guru cuba meneg ...
maaf nak kata arr jejaka romantis .... nick aje lawa otak.. pakai tadak...
bukan cikgu2 tu beban keje tinggi... tetapi kegagalan guru2 tu sendiri di dalam time management ... ade sesetengah guru tu tak tau ape nak buat ... last-last menyibukkan diri dengan tah hape hape bende
kene ingat objektif guru bukan skadar mengajar dan memberi ilmu... tetapi juga terlibat di dalam pembentukan insan ... guru2 yg berjiwa murid .. memang menyedari masalah ini .. tetapi ramai cikgu2 skarang ni .. beranggapan keje guru ni lebih kurang cam keje kilang ... ade kualiti kontrol ade processing .. ape ingat murid2 tu barang2 ke hah?
kalau bebudak tu kurang ajar di rumah sepatutnya bila sekolah menjadi syurga bagi mereka .. tempat mengadu dan mendapat petunjuk/ guidance .. ni tidak .. umah ibarat penjara ... sekolah ibarat neraka... last last tempat yang boleh menerima mereka adalah di luar kedua2 institusi tersebut ... termasuklah cybercafe ngan shopping complexes
guru yg baik akan menganggap semua murid adalah anak mereka sendiri ... guru yang cuma makan gaji ... menganggap ... silibus dah habis .. maka dah habisla dan tercapai la objektif mereka sebagai guru....
baik berenti aje la guru2 macam ni ... bukan sahaja tidak iklas mendapat gaji yang dibayar oleh rakyat ... tetapi juga memulangkan sesuatu yang negatif kepada rakyat |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d This user has been deleted
|
Originally posted by sibel at 24-10-2004 02:46:
maaf nak kata arr jejaka romantis .... nick aje lawa otak.. pakai tadak...
bukan cikgu2 tu beban keje tinggi... tetapi kegagalan guru2 tu sendiri di dalam time management ... ade sesetengah gu ...
pakcik tak nak le tuding jari sana tuding jari sinii,pasal kalau macam tu takde kesudahannya kita. dan akhirnya yang jadi mangsa ialah anak2 kita juga. pakcik percaya setiap dari kita ada peranannya -tak kira lah ibubapa,cikgu, atau masyarakat.
cuma kat sini pakcik nak penjelasan sikit la pasal beban kerja guru kat sekolah sekarang ni.
memang satu kenyataan, guru dibebankan dengan pelbagai tugas hingga mengganggu tugas utama mereka,iaitu mengajar.
perkara ni sebenarnya telah lama diperbincangakan dalam profesion ni,tapi tak nampak pun lagi penyelesaiannya.
rasanya pakcik dah pun apply segala ilmu time management yang pakcik ada (pakcik pun belajar jugak management- sebab memang dah bidang pakcik), namum terpaksa jugak tidur pukul 12 malam dan masih 'bekerja' sabtu dan ahad hampir setiap minggu -walaupun di rumah .
tapi sepayah dan sesukar manapun...pakcik masih tahu dan masih sedar....
KEPUASAN SEORANG GURU IALAH APABILA MELIHAT PARA PELAJARNYA BERJAYA
biar apa orang nak kata, biarlah... |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu ibarat gula.
Klau air kopi yg dibuat manis, bkn gula yg dipuji tp dikatakan air kopi yg manis.
Klau air kopi yg dibuat pahit, bkn kopi yg dikutuk tp dikatakan air yg kurang gula. |
|
|
|
|
|
|
|
la laa tenko, ayat ko begitu syahdu aaa tenko.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sibel at 24-10-2004 02:46 AM:
maaf nak kata arr jejaka romantis .... nick aje lawa otak.. pakai tadak...
bukan cikgu2 tu beban keje tinggi... tetapi kegagalan guru2 tu sendiri di dalam time management ... ade sesetengah gu ...
:hmm: saudara sibel, pernah lalui kehidupan seharian seorang guru ker?
Atau sebaliknya, pernah melalui kehidupan sebagai seorang kaki ponteng sekolah?
Kesimpulan yang saya boleh buat, cikgu tak rugi apa-apa pun kalau pelajar nak ponteng. Pelajar juga yang rugi, kerana tak suka seorang cikgu, dah meluat nak belajar subjek yang cikgu ajar...siapa yang rugi???
~jangan jealous yer sibel, cikgu dah nak bercuti panjang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|