diDiEaNA This user has been deleted
|
(part 5)
Ting tong.
“Eh kak, Nabilah mana?” Aku terus bertanyakan tentang anak saudaraku.
“Kakak taruk dia kat rumah mak tadi dengan yati. Dia baru call, nak tidur rumah nenek katanya”. Takpalah, lagi senang nak cakap kalau dia takda.
“Abang hairie mana” aku bertanya.
“kat bilik, kami baru habis solat isyak”
“kau dah makan, nak solat dulu” kakak mencelah.
“taklah kak, tadi had heavy lunch. Balik nanti boleh solatlah”
Pintu bilik dibuka, Aku menyapa abang ipar ku. Abang hairie memang peramah orangnya. Cuma kebelakangan ini, dia nampak pendiam dan tak seceria dulu. Aku tak pernah bertanya, takut orang cakap aku kepo pulak.
“Dari mana”. Dia tanya.
“dari office, terus ke sini” aku menjawab.
“Diana, tak siapkan lia makan” abg hairie memanggil kakak yang berada di dapur.
“Dah tanya dia tak nak” Kakak datang bersama dengan dua gelas air teh.
“abang nak gula berapa?” aku tanya dengan lembut tanda hormat.
“takpa nanti abang amik sendiri” abang hairie menyangkal.
Sekali pun dia tidak melihat ke arah aku.
“How are you kak?” aku bertanya.
“lia, kakak panggil lia ke sini nak bincangkan satu masalah. Lia tahu kakak have to go through this operation end of the month. Kakak dah bincang dengan abang hairie”, sambil matanya melirik ke arah suaminya. Abang hairie seperti tak nak dengar perbualan kami ini.
“I know I have not much time left. sekiranya kakak cannot make it, I only want you to replace my place untuk jaga Nabilah, since dia pun rapat dengan lia. Begitu juga kakak percaya pada Lia, I know you too can take care of my husband. Kami berdua sayangkan Nabilah dan kami tak nak dia rasa kehilangan bila kakak takda nanti”
Aku seperti disambar petir. Kakak seperti dah buat persiapan. Begitu cepat, keluh hatiku
“Apa kakak cakap ni, you will live insya allah. Jangan menyerah kalah kak”.
Aku seperti kehilangan kata kata. Tak tahu apa nak cakap. Abang hairie bangun untuk duduk disebelah kak Diana. Dia memeluk isterinya yang sedang bergelut dengan air mata dengan penuh kasih sayang. Terharu aku melihatnya.
“Sudah Diana, Abang will be with you throughout. You can make it. Demi anak kita, you have to be strong. Sama sama kita berdoa semoga Allah panjangkan umur dan jodoh kita sehingga ke tua seterusnya ke syurga” Abang hairie seperti sudah tidak dapat menahan sebak di dada.
“Mak dan abah dah tahu ke keputusan kakak ni?”
“Mak dan abah tak perlu tahu. Ini perjanjian kita bertiga”. Kakak bangun untuk mendapatkan ku. Aku dipeluk erat sambil terisak isak dia bersuara,
“please lia, only you can make it happen. Kakak dah tulis surat merestui lia dan abg” ….suaranya terputus putus. “Kalau pun kakak hidup, kakak dah tak macam dulu lagi. Kakak redha lia jadi madu kakak.
Aku mengusap rambut kakak dan kami menangis seperti besok kakak akan pergi meninggalkan kami. Siapa tahu aku nemangis kerana apa…….Kak Diana, Nabilah atau Hans.
**************************************************************************************
“Nabilah, stop running or you’ll fall.”
Sambil berlari anak aku mengejar langkah anak kesayanganku itu. Dari jauh aku dah nampak dia terlanggar seorang lelaki dan tersungkur jatuh. Lelaki itu menolongnya untuk bangun semula.
“Din I tell you to be more careful.”
Betapa macam nak roboh jantungku bila aku berdepan dengan sebuah lembaga yang memang pasti aku kenal. Aku cepat cepat tarik tangan Nabilah dan berlalu pergi.
Sebelum berlalu aku ucapkan “I’m sorry and thank you.”
Seketika dia bersuara, “Camelia?”
Langkah ku terhenti. Ternyata dia masih mengingati ku. Aku menoleh
“Do I know you?” aku seru.
“mami, shall we go” nabilah dah mula tarik tangan aku.
“Your daughter?” aku cuma menganggukkan kepala. “Cantik macam you”.
“Nabilah, salam uncle.” Nabilah mengikut saja arahan ku.
“I….I…. minta maaf…..?” Lelaki itu cuma dapat tersenyum. Tapi disebalik senyuman itu ada tersembunyi duka yang aku nampak di matanya.
“Your husband not with you?” Aku tersentak dan terus merenung mukanya.
“Minta maaf but I really got to go. See you around”.
Aku kelam kabut menghilangkan diri. Nabilah tertidur sewaktu dalam perjalanan pulang kami di dalam teksi. Aku tiba tiba saja dibuai oleh perasaan silam.
“Aku ambil unpaid leave satu ke dua tahun. Aku nak kahwin”. Terperanjat Maria bila aku beritahu tentang berita perkahwinan ku itu. Kalau siapa siapa tanya tentang aku, katakan aku dah tak kerja di sini lagi”.
Itulah keputusan yang aku ambil setelah kematian kakak yang tak dapat diselamatkan. Rupanya kakak bukan saja menghidapi barah pangkal rahim, banyak lagi complication yang dihadapinya. Sungguh tak sampai hati aku melihat Nabilah yang memanggil manggil nama mamanya,
“ma wake up ma, Pa, why didnt mama wake up. She had been sleeping for so long.”
Aku tarik Nabilah sewaktu kakak sedang dirahap. Tak dapat tertahan hati dan perasaan aku. Mak aku sudah macam nak pengsan.
“Nabilah, mama is going to see Allah. You shouldn’t cry and should pray for her. Be a good girl now.” Aku memujuknya.
“Kau nak kahwin dengan siapa?” tanya Maria masih dalam keadaan terperanjat.
“Aku terduduk dengan soalan itu. “Dengan Hairie, abang ipar aku”.
“Huh, kau…”
“Aku tiada pilihan dan ini janji aku pada Diana dan aku harus tepatinya. Maria, engkau saja kawan aku yang tahu lebih dari kawan kawan aku yang lain. Aku mintak tolong pada kau. Kau tolong jangan beritahu apa apa pada Hans sekiranya dia telefon dan tanya pasal aku”. Aku bermohon padanya.
“Lia, aku….” Thanks Maria, you had been a good friend all this while. I will keep in touch with you.” Kami saling berpelukan.
“Lia, lia tak payah hantar abang ke airport nanti. Abang boleh pergi sendiri. Nabilah mana?” Tanya suamiku.
“Nabilah kat rumah mak. Since abang takda sebulan ni, lia tidur rumah mak ya bang” Aku minta izin dari suami yang baru sebulan aku nikahi.
“That’s fine. Nanti kita keluar bersama, abang hantar lia ke rumah mak dulu. Nak tengok Nabilah sebelum pergi”. Aku cuma tersenyum. |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
Selepas selesai solat zohor, seperti biasa aku mencium tangan suamiku. Dia mencium dahi ku.
“Lia, abang minta maaf kerana telah banyak menyusahkan lia”.
“Ini kan dah tanggungjawab lia sebagai isteri, lia happy with the situation now as it is.”
“Abang telah menghancurkan kebahagiaan lia, tapi demi Nabilah yang Diana dan abang sayang sangat…..”. Suaranya mula tersekat.
“Abang lia tak menyesal dengan keputusan lia. Lia bahagia bersama abang, believe me. Tak payah abang nak sorry sorry. Lia masak special untuk abang, lauk kegemaran abang, mari kita makan”.
Abang hairie banyak berdiam di meja makan. Aku naik risau pulak.
“Bang kenapa, abang sakit ke.”
“Takda apa apa cuma rasa macam taksedap sikit aja.”
“Lia amikkan panadol.” Aku terus menuju ke dapur. “Abang rest dulu, nanti nak masuk waktu asar lia kejutkan ok.”
“Papa.” Teriak Nabilah bila saja dia melihat kelibat papanya.
Mak dan abah ku cuma tersenyum melihat keletah cucu kesayangan kami semua.
“Nabilah, papa is now going. Nabilah must be a good girl and listen to mami and dun be naughty ok” Suamiku mencium Nabilah dan anak manjanya cuma menganggukkan kepalanya saja.
“Mak, abah, hairie pergi dulu. Hairie minta maaf kalau hairie dah banyak menyusahkan mak dan abah. Halalkan makan minum Hairie mak, abah. Restui pemergian hairie”
Memang selalu kalau abang hairie nak ke luar negeri dia akan minta maaf dari aku, mak dan abah. Memang dari time kakak abang Hairie dah biasa begitu. Tapi hari ini ini macam terasa lain suasananya. Mak memeluk menantunya yang satu itu sambil menangis
“kau takda salah nak. Mak dah halalkan segalanya”.
Abah pun memeluk abang hairie sambil berkata, “Baik baik jalan hairie.”
“Mak, lia turun sekejap hantar abang hairie. Mak mengangguk.
“Nabila darling, come we send papa off.” Nabila dengan kesukaan mengambil sandalnya dan terus berlari ke pintu.
“nanti dah sampai tel lia ok bang”. Abang khairie cuma tersenyum.
“Let me take a last look at you”.
Abang hairie merenung muka ku dengan tajam dan memberi ciuman di kedua belah pipiku. Dia mendukung Nabilah dan mencium anak kesayangannya itu.
“What will you do when papa is not around?” Abang hairie bertanya pada Nabilah.
“Be a good girl, listen to mami and always pray for papa and mama”.
“That’s my girl.”
Teksi pun dah tiba.
“selamat tinggal sayang. Relakan pemerhian abang”.
Aku tak tahu kenapa begitu sebak dan berat sekali hati ini nak lepaskan abang hairie. Tapi ini permintaan abang hairie sendiri. Dia tak nak sesiapa menghantarnya ke airport termasuk keluarga. Dia begitu bersungguh sungguh untuk nenunaikan ibadah haji. Dia tak nak terhambat oleh sesuatu yang dapat merusakkan kekusyukannya mendapat haji yang mabrur.
Kring……kring……kring. Telefon berdering memecah keheningan malam. Mesti abang hairie ni dah sampai. Berkata dalam hati ku.
“Inna lillahi wa ina ilaihi rajiun” Aku terus terduduk. Sebentar kemudian, mak dan abah keluar dari bilik tidur mereka.
“Lia, kenapa ni?”
“Abang Hairie dah meniggal mak.” Aku tergamam sebentar. Aku seperti disambar dan dengan sepantas kilat, aku terus bangun.
“Mak, abah, lia kena uruskan yang patut malam ni jugak. Mak tolong tengokkan Nabilah. Tolong jangan bilang apa apa tentang papanya dulu mak”.
Mak dah tak dapat kawal airmatanya. Aku dah macam orang hilang akal. Tidak tergambar, pemergian abg hairie adalah pemergian yang terakhir. Aku rasa terkilan jugak sebab belum pun puas menghambakan diri pada lelaki yang telah bergelar suami yang tidak pernah aku cintai itu. Cinta aku semata mata atas dasar hormat.
“Cik, sudah sampai cik.”
Aku dikejutkan dari lamunan ku. Terasa lama perjalanan kami ini.
“Cik nak saya tolong angkatkan anak cik” Sapa pemandu teksi itu dengan santun.
“takpa, terima kasih encik.”
**************************************************************
bersambung................ |
|
|
|
|
|
|
Gemini82 This user has been deleted
|
mmmmmm.....
menarik...
naper abg hairie tu meninggal yer..?
dia sakit/kapal terbang dia terhempas ker.? |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
Originally posted by Gemini82 at 15-10-2004 11:33:
mmmmmm.....
menarik...
naper abg hairie tu meninggal yer..?
dia sakit/kapal terbang dia terhempas ker.?
laaaaaaa... kan dia g Haji... so understood la kalau g haji... xkan nak terangkan gak nape & bagaimana dia past away...:stp: |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
(part 6)
Hai pagi lagi mak dan abah dah sampai. Kata petang baru nak datang. Aku bukak daun pintu dan terus tutup kembali dan capai tudung kepala ku. Aku buka kembali daun pintu.
“Sorry, I tak expect to see you”. Aku tercegat di muka pintu.
“Can I come in?” Dia meminta izin.
“Oh, sorry, lupa pulak. Please.” “Yati, buatkan kopi ya, dan hari ini kamu usah pergi mana mana, duduk saja temankan saya dirumah.”
“Baik bu” jawab pembantu rumahku. Sepasang mata itu memandangku.
“Ah, you dari mana?” Aku mula rasa tak tentu arah. “Kenapa tak bilang dulu nak datang, boleh I siapkan apa apa sikit.”
Apa aku merepek ni. Macamana dia nak bilang dah tentu dia takda contact number, macamana nak kasi tahu tentang kehadirannya.
“Anak you mana?”
“Didalam sedang tidur”.
“Husband you?” Aku tersentak.
“Dia pergi overseas.” Kami berdua terdiam agak lama.
Dia menyambung. “Dalam saat macam gini pun you masih nak menipu i. Sampai bila you nak menipu I dan diri you sendiri”. Tiba tiba aku rasa macam satu tamparan hebat singgah di muka ku.
“Apa maksud you?”
“You tentu tahu apa yang I maksudkan”. “Stop lying lia, and I know you are not a good lier, I can see it in your eyes.”Aku tertunduk membisu. “I dah tahu segalanya dari Maria”. Sampai hati you buat I begini. You could have told me the truth, jemput I sekurang kurangnya pada hari bahagia you atau I dapat ucapkan takziah sekurang kurangnya atas permergian suami you. I tak pernah simpan apa apa grudges terhadap you. Malahan I respect you dan sehingga kini I masih hormati you.” Kata katanya terhenti seketika apabila melihat Nabilah.
“Mami, shall we go for breakfast?” “Some other time darling, bik yati already prepared breakfast for us. Salam uncle.”
“isnt he the uncle whom I bump into the other day. Is he your friend.”
“Yes sweetheart” Lelaki itu bersuara. “Ei, you smell bad.” Dia mengusik Nabilah.
‘Nabilah, go and shower and brush your teeth”. I’ll join you for breakfast later ok.”
“Yes mami”, dia mengundurkan diri.
“Hans, I minta maaf. I tak berniat nak mainkan perasaan you waktu tu tapi keadaan tak mengizinkan. I sendiri tiada pilihan dan I benar benar nak cari you, I nak minta maaf dari you dan nak terangkan duduk perkara yang sebenarnya. Tapi semuanya berlaku dengan begitu cepat sekali. I takut pada diri I sendiri. I tak sepatutnya tinggalkan you begitu saja.”
“I dah lama maafkan you. I tahu you buat keputusan bukan mengikut hati dan nafsu tapi mengikut akal fikiran yang waras. I bangga dengan keputusan yang telah you ambil walaupun i…..”. dia terhenti. “Nevermind, the rest are history”.
Dengan lembut dia memanggil namaku.
“Camelia, I masih menanti. I tak putus harap sebab inilah pilihan allah untuk i. I tak menyesal dengan penantian I ini.” Aku tak dapat kata apa apa. Aku cuma tersenyum. “3 tahun I menanti khabar dari you. I cuma nak tahu apa terjadi pada you? Cinta I pada you belum pernah terpadam. I masih mengharapkan balasan pada cinta i. Dun dissapoint me this time.” Dia mengharap.
“Give me time.”
“I wont take any chances now, I tak percaya pada you lagi.” Dia mengusikku dan aku cuma dapat senyum.
“Bu, sarapannya sudah siap”. Yati memanggil kami.
“you nak join us sekali?”
“Kalau you sudi, I memang tunggu saat ini”.
Nabilah begitu serasi dengan Hans. Tergambar kegembiraan di wajah mereka berdua. Bila aku hantar hans di permukaan pintu, dia merenungku.
“I tak nak tunggu lagi lama untuk bersalaman dengan you, itu memang impian I, you terima salam i” lalu dia ketawa sinis.
**************************************************************************************
“Mak, abah, ada sesuatu yang lia nak bincangkan dengan mak dan abah.” Aku memulakan perbualan pada petang itu.
“Apa yang kau nak bincangkan, kau macam serius aja.” Abah menyampuk.
“Lia pun tak tahu macam mana nak cakap. Sebelum mengahwini abang Hairie dulu, Lia ada seorang kawan, dia sukakan lia tapi belum sempat lia beritahu pada mak dan abah tentang hubungan kami, lia terpaksa menolak cintanya atas sebab sebab yang mak dan abah sedia maklum. Kami bertemu semula, entahlah mungkin takdir allah dan dia telah luahkan hasratnya…..ayat ku terhenti disitu. Tapi lia serba salah lah mak, abah..”
“Alhamdulillah, mak pun memang nak cakap dengan kau pasal ni sebab nak menjanda lama lama pun tak elok”.
“Tapi mak!” aku mencelah.
“Nak tapi apa lagi, kalau itu yang terbaik untuk kita semua”, ayah bersuara.
“Walau apa pun, kau kena berterus terang dengan keluarga arwahnya. Sekurang kurangnya untuk mendapatkan restu mereka jangan sampai mereka ingat kita ketepikan mereka pulak. Memang kau dah takda apa apa lagi hubungan dengan mereka, tapi Nabilah tetap darah daging mereka”. Mak menyarankan. Aku cuma mengangguk lesu.
**************************************************************************************
“Assalamualaikum” aku beri salam bila sampai di depan pintu.
“Wualaikum salam, ehhhh cucu atuk datang”. Aku bersalaman dengan bapa mertuaku dan menyuruh Nabilah juga bersalam.
“Jah, tengok ni siapa datang”. Bapa mertuaku teriak memanggil isterinya.
“Alah cucu nenek, rindunya nenek. Mari sayang nenek peluk sikit”.
Nabilah tak berapa selesa dengan keluarga papanya. Mungkin kerana mereka bertutur dalam bahasa yang dia tak mengerti. Inilah masalahnya.
“Mak apa khabar” aku bertanya.
“Begini lah lia, sibuk dengan jualan. Kau apa khabar, sihat” Aku cuma tersenyum sambil mengangguk.
“Makan malam sini ya, mak masak nanti kita makan bersama. Nanti mak amikkan air, tentu cucu nenek haus ya sayang.”
“Takpa mak jangan susah susah, lia boleh amik sendiri, bukan tak biasa.”
Aku ikut ibu mertua ku ke dapur. Selepas solat maghrib berjamaah, kami duduk bersembang. Nabilah dah tertidur, penat bermain siang tadi dilayani oleh atuknya. Mak mertuaku lantas bersuara, “mak cakap kau jagan marah, tapi kau tak nak kahwin lagi ke. Kau masih muda dan perjalanan hidup kau masih jauh lagi”
Aku jadi serba salah.
“Ya lia, kalau Nabilah tu ada papa lain sikit. Orang pun tak pandang serong pada kau” bapa mertuaku menyampuk.
“Ini lah yang lia nak tanyakan tentang pendapat mak dan ayah. Lia tak nak buat keputusan yang terburu buru”.
“Mak dan ayah kau ni boleh jaga Nabilah, kau jangan risaukan tentang itu. Dia tu pun kan cucu kami jugak”
“Apa yang lia buat ni mak bukan untuk diri lia sendiri tapi untuk Nabilah semata-mata. Nabilah dah jadi sebahagian dari hidup lia mak. Lia dah berjanji dengan kak Diana dan abang Hairie akan bela nasib Nabilah walau apa pun terjadi. Lia bukan apa tapi Lia tak tahu apa nak cakap setiap kali bila dia tanyakan papanya yang pergi belayar tak balik balik.” Aku menjelaskan.
“Kau dah ada pilihan?” ibu mertuaku bersuara.
“Kami berkawan memang dah lama tapi lia tak sanggup hampakan permintaan kak Diana, lantas lia tinggalkan dia tanpa sebarang pesan, lia ingat biar dia membenci lia, lebih senang begitu.” Aku mengeluh.
“Kami takda apa apa halangan asal kau suka. Ayah rasa kau pun dah boleh buat keputusan yang terbaik untuk diri kau sendiri. Mak dan ayah doakan kau bahagia”, sambil ibu mertuaku mengesat air matanya yang mula mengalir.
“Anak mak hairie lah tu sorang. Kalau kau kawin lagi, dapat juga gantikan tempat hairie”. Aku tersentuh.
“Kami bersyukur dan juga terima kasih sebab kau tak ketepikan kami” ujar bapa mertuaku. Aku bersalaman dengan kedua ibu bapa mertuaku,
“Restui apa yang lia buat mak, ayah.”
Sambil memeluk aku erat, ibu mertuaku bersuara, “kedua kau dan Diana dah bukan lagi menantu tapi mak dah anggap macam anak mak sendiri.
Bersambung........ |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
(part 7)
so bila I boleh datang rumah you , jumpa dengan family you?” Hans bertanya bersungguh sungguh.
“Tengoklah nanti macamana”. Aku jawab dengan selamba.
“You nak tengok apa lagi, you tak kesian ke tengok I macam ni, merindui pada sesuatu yang tak pasti selagi you belum jadi milik I” jawabnya dengan nada manja. “Lia, I love you and I always will. Tiada apa yang boleh merubah cinta I pada you. Percayalah pada I dan berilah I peluang untuk buktikan cinta I pada you.”
“Do I look like I’m serious”, lalu aku lari meninggalkan Hans, mendapatkan Nabila yang sedang bina sandcastle.
Dari jauh ku lihat wajah Hans berseri. Dalam hati ku berdoa……Ya allah jika ini pilihan kau untuk aku, jadikanlah aku redha dengan pilihanmu dan jadikanlah aku insan yang selalu bersyukur pada setiap pemberian mu.
**************************************************************************************
“I’ve arranged for my parent to come back for a visit. I nak mereka jumpa you” terdengar suara Hans yang excited di hujung talian.
Aku jadi kaget.
“I belum bersedia lagi”. Aku membantah.
“Just be yourself, they will like you for what you are.” Dia menambah.
“so this is Camelia, the girl our sons deeply, madly in love with”.
Tuan Isac atau nama islamnya Isa membuka bicara dengan loghat orang putihnya yang kelat. Aku tersenyum.
“she dont shake hands unless with her mahram, so would you excuse her.” Hans berbisik dengan papanya antara dengar dengan tidak.
“I dun mind at all” jelas papa hans.
“maaf, aunty kirim salam pada you, dia tidak dapat hadir sebab kurang sihat, maybe shes jetlagged. Tuan isac meneruskan.
“Well, I was expecting that, too rushing isn’t it?” aku bersuara seperti ingin menyembunyikan sesuatu.
“Ya pa, when I call her just now, she sounds ok, doesn’t sound sick at all” hans menambah.
“Dun you know your mother well. Shall we place the order now”.
Tuan isa mematikan cerita.
**************************************************************************************
“Hans, come, sit with me. Theres something I’d like to discuss with you.
“Kenapa mama tak datang jumpa lia tadi, mama sengaja bukan”. Hans membuka cerita dengan suara yang agak serius.
“Are you sure of what you are doing. Mama cuma nak you happy saja.
“Cant you see how happy I am now and how unhappy I had been”. Hans menegas.
“Hans, you anak mama sorang, of course I have the right to make sure that you will be well taken care of and all that stuff. Ini bukan perkara main main sayang. You bukan saja have to be responsible of her but her child too, isn’t it too soon for you to become a father instantly?. Are you ready to take up all these responsibilities Mama tak nak you menyesal in future” Puan maria menambah.
“Habis mama nak yang pakai mini skirt tu jadi menantu mama ke”.
“I dun mean that but I am just concerned, that’s all. Takkan mama tak boleh ada perasaan begitu. Mungkin mama terlalu sensitive and possessive towards you”. Puan Maria tunduk sedih.
Hans menghampiri mamanya. “Ma, I’m sorry to have hurt your feelings but you should have meet up with lia, get to know her then you know that shes a very nice person and easy to get along with ma, kalau tidak takkan I tergila gilakan dia.” Hans mengusik sambil mendakap erat mamanya. “Lagipun ma, ini bukan saja pilihan I, tapi juga pilihan dari allah and I want her to be your choice too”.
“Ya, I forgot that everything happens with a reason. Maybe mama terlalu sayangkan anak mama yang sorang ni”. Puan maria menyampuk sambil dicium pipi anaknya.
“So, bila mama boleh jumpa dengan menantu mama?” Hans hanya tersenyum dan ternyata dia begitu gembira sekali dan terserlah dari riak mukanya.
**************************************************************************************
“Dah pukul berapa ni Hans, is she coming or not?” Tuan isa bertanya.
“ Shes suppose to be here by now, I don’t know what happen and her mobile is off.
Hans yang mundar mandir nampak memang terlalu risau.
“Cuba call rumahnya” mama hans menyampuk.
“dah, dia dah keluar 1 hour ago. And I am worried for her”
Malam semakin larut. Papa dan mama hans sudah pun beradu. Namun hans tidak sedikit pun dapat melelapkan matanya. Fikirannya berkecamuk. Dia takut Camelia berubah hati atau peristiwa lama berulang kembali atau sesuatu terjadi pada lia tapi sekiranya itu terjadi, tak mungkin keluarga lia tidak beritahunya. Ternyata dia tidak mampu kehilangan orang yang dia rasa telah menjadi sebahagian dari hidupnya. Sebelum dirinya terus dilamun oleh buaian syaitan, dia melangkahkan kaki ke kamar mandi, sebentar kemudian dia sudah bersedia untuk bertahajjud pada PenciptaNYA. Sepanjang malam dia bermunajat dan alhamdulillah, hatinya dapat dipujuk dengan bacaan ayat ayat suci yang kedengaran sayup dinihari.
Kring….kring….Berdebar hati Hans bila telefon berdering. Ternyata, panggilan inilah yang dinanti nantikan sedari semalam. “Assalamualaikum” kedengaran suara lemah di hujung talian. Salam disambut dengan gementar. “Itu Hans ke, ini makcik?
************************************************************************************** |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
Aku berdebar debar, saatnya telah tiba. Sedang yang lain didampingi oleh orang yang tersayang, aku dibiarkan keseorangan menahan sakit. Aku berserah pada allah. Disaat saat begini, terbayang dosa dosaku yang telah lalu. “Ya allah, kau saja yang maha pengampun, ampunkanlah dosa hambamu yang hina ini” tatkala itu, kenangan silam berligar ligar di ruangan mata. Aku rasa lebih bersalah.
“Lia, kau jangan buat begini. Terus terang saja dengan Hans” mak memujukku.
“macamana lia nak terus terang mak, dalam keadaan lia yang macam ni” aku dalam kebingungan.
“mak, tolonglah lia mak, jangan bilang apa apa pada Hans kalau dia datang dan tanya tentang lia. Cuma katakan padanya lia terpaksa pergi atas sebab tertentu dan suruh dia lupakan lia. Buat sementara ni, lia duduk rumah uncle Halim, sampai lia selamat nanti. Lia akan telefon mak sekerap yang mungkin.”
“Kau cuba lari dari masalah ini. Nabilah macam mana?” mak bertanya
“Lia terpaksa mak. Lia tak nak keruhkan lagi keadaan. Mak fahamkan”. Aku mengesat airmata ku yang dah mula mengalir. “Kemana lia pergi, lia akan bawa Nabilah bersama, itu sudah pasti.”
“mak mertua kau tahu kau………” pertanyaan mak terputus
“lia dah beri tahu tapi tak selebih dari yang mereka patut tahu”
Itulah keputusan ku bila aku dapati yang aku mengandungkan anak abang hairie. Sekali lagi aku jadi orang yang tak berani menghadapi keadaan. Aku pun tak tahu apa yang aku takutkan sehingga aku tak terfikir keputusan aku ini bukan hanya melibatkan aku sorang tapi juga orang orang yang tertentu disekelilingku. Tapi kalau dulu Hans boleh maafkan aku, biar kali ini dia lebih membenci aku. Aku ambil jalan mudah. Mengharapkan agar Hans terus membenciku, jadi lepas balak aku untuk menerangkan duduk perkara yang sebenarnya. Aku penat bermain dengan perasaan aku sendiri. Pada satu ketika aku pasrah dan redha pada kehendak allah, tapi pada ketika yang lain aku jadi kurang yakin dengan diri sendiri sehingga aku rasa ini satu bebanan yang sungguh berat untuk aku pikul. Padahal aku tahu setiap ujian allah samada ianya untuk mengangkat darjat hambanya ke tahap yang lebih tinggi atau ingin menghapuskan dosa sekaligus.
“Maam, are you ready? Your time is up”. Staff nurse menolak katil ku untuk ke suatu tempat yang aku rasa semua orang yang akan melahirkan akan ke tempat itu. Aku semakin panic dan tak tahu apa yang bakal aku hadapi.
Mulut ku tak lepas dari berselawat dan bertasbih dan berdoa agar apa yang aku lalui ini dapat berjalan dengan licin tanpa sebarang masalah. Di mata dan fikiran ku sudah tak ingat apa apa lagi hanya untuk melahirkan.
Terdengar suara tangisan bayi. Aku jadi lesu dan sungguh aku tak dapat mengawal emosi ku pada waktu itu. Baru aku tahu, betapa besar pengorbanan dan jasa ibu sehingga Allah sendiri mengampunkan dosa ibu yang berjihad menerusi kelahiran. Kini aku telah bergelar ibu dan aku sendiri dapat merasakan perasaan seorang ibu bila selamat melahirkan kerana tiada lain yang diharapkan hanya kelahiran dan anak yang normal. Patutlah syurga itu terletak di telapak kaki ibu.
“Camelia, kalau awak izinkan, biar saya azankan budak ini”. Doktor bidan ku meminta izin.
Semenjak aku disahkan mengandung, Doktok Aziz begitu mengambil berat tentang kesihatan ku apalagi dia tahu yang aku ni ibu tunggal. Aku tak pernah pandang serong pada nya malah aku berterima kasih sebab dia lebih mengetahui perassan aku dalam saat saat aku perlukan sokongan terutamanya sokongan moral. Memang uncle Halim dan auntie Syida banyak membantu tapi aku sendiri rasa malu untuk mengharapkan bantuan mereka terus menerus. Mereka dah macam mak dan abah aku sendiri., begitu mengambil berat tentang aku. Cuma aku saja yang tak nak menyusahkan mereka.
“Hes’ yours”. Dr aziz serahkan bayi kecil itu di pelukan ku. Aku usap kepalanya dan aku bersyukur kerana allah telah membantu aku dalam menghadapi keadaan getir ini.
Aku namakan anak ku…….Hardy Amirul Heridzuan. Gabungan dari uncle Halim dan Auntie Syida yang masih belum mempunyai cucu walau sepupuku Ain dah lapan tahun mendirikan rumahtangga. Tapi pada aku, Amirul tu sudah cukup melambangkan pembantu dan pembimbimg. Semoga anak ku kelak akan menjadi orang yang membimbing ke jalan yang benar, jalan allah.
actually ada sambungannya... |
|
|
|
|
|
|
Gemini82 This user has been deleted
|
Originally posted by diDiEaNA at 15-10-2004 02:26 PM:
laaaaaaa... kan dia g Haji... so understood la kalau g haji... xkan nak terangkan gak nape & bagaimana dia past away...:stp:
hehe...
sori...jgnlah marah...:pray: |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
Originally posted by Gemini82 at 18-10-2004 14:21:
hehe...
sori...jgnlah marah...:pray:
ahakz... x marah cume dd plak yg blur bile dpt soalan tu...:gila: |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
uwaaa.. camne plak nak sambung ni...
blank plak... |
|
|
|
|
|
|
Gemini82 This user has been deleted
|
Originally posted by diDiEaNA at 18-10-2004 02:39 PM:
ahakz... x marah cume dd plak yg blur bile dpt soalan tu...:gila:
ok..
:love: |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
Originally posted by Gemini82 at 19-10-2004 09:13:
ok..
:love:
:hug: |
|
|
|
|
|
|
|
isk...
curious gak aku ni...
asben lia tu meninggal bila???
pada pemahaman aku... dah setahun
takkan dia tak tau dia ngandung???
cam misteri lak...
pasal dia mati pun aku curious gak...
w/pun dia pegi haji.... tapi mesti ada sebab kenapa dia mati
takkan pegi haji and mati tu perkara biasa????
heran ni...
diDiEaNA... explain sket aku yang ke'blur'an ni!!! |
|
|
|
|
|
|
mel_hikaru This user has been deleted
|
ha ah..wa pun heran part lia pregnant tu...
btw wa suke jalan cite ni...ingatkan dah nak abes...rupenye ade lagi halangan...
nampak yg penulis x kekeringan idea...good job diDiEana
x sabar nak tau what will happen next... |
|
|
|
|
|
|
|
cepat-cepatlah sambung... kalau sampai raya tak kuasa eden |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
Originally posted by EXLESSIA at 20-10-2004 11:49:
isk...
curious gak aku ni...
asben lia tu meninggal bila???
pada pemahaman aku... dah setahun
takkan dia tak tau dia ngandung???
cam misteri lak...
pasal dia mati pun aku curious gak...
w/ ...
k.. k sabar... mesti ade kesilapan teknikal.. tertinggal perkataan atau terlupa type..kesilapan akan di semak, di audit semula... terima kasih pd komen yg diberi... pembetulan akan menyusul kemudian... |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
(part 8)
Nabilah” terdengar teriakan dari luar arrival hall.
Nabilah tak sabar sabar lagi berlari kearah suara itu sambil tangannya melambai lambai ke arah sekumpulan orang di luar cermin.
“mak, abah” aku bersalaman dengan mak dan abah ku. Kuserahkan Amirul ke pangkuan ibu ku. Mak hanya merenung cucunya dengan sayu dan mendakap erat budak kecil yang tak tahu apa apa itu.
Sebentar kemudian, aku terpandang ibu bapa mertua ku sedang berlari anak menuju kearah kami. Mak mertuaku terus mendakap ku tanpa berkata apa apa.
“maafkan lia mak”.
Tapi ibu mertuaku tak dapat nak berkata apa apa. Hanya dia saja yang tahu apa yang sedang dirasakan saat itu. Bila diserahkan amirul ke tangannya, perasaan hibanya semakin ketara. Aku terpaksa kuatkan semangat.
“mami, why is everybody crying. Shouldn’t they be happy to see us?” nabilah mulakan kepetahannya.
“Sometimes when you are too happy, you will also cry. At times, you just cry without a reason”. Aku menerangkan.
Nabilah seperti keliru. “I’m hungry. Atok, shall we go to Mc Donalds?”
Abah dan bapa mertuaku yang berjalan seiringan tersenyum dan memimpin cucu kesayangan mereka.
**************************************************************************************
“lia, waktu kau takda, ada surat surat mak amik dari postbox rumah kau mak simpan dalam kotak dalam laci almari tu” mak bersuara lepas kami habis makan malam dan sedang beristirehat.
“takpalah mak, nanti lia senang, lia tengok. Lagipun takda yang important sangat. Mak, besok lusa lia nak balik rumah”
“Kau kan belum sihat lagi”
“dah lama lia tinggalkan rumah mak, nak tengok apa yang perlu dibuat. Mungkin kalau mak ok, lia tinggalkan budak budak sebab susah nak buat kerja kalau ada dorang.”
Entah kenapa malam ni aku tak boleh tidur pulak. Mungkin kerana perubahan cuaca dan masa. Kalau di Sydney, waktu sekarang aku sedang rehat rehat bersama uncle dan auntie sambil menghirup hot chocolate dan makan kuih muih buatan auntie. Auntie memang rajin buat kuih muih. Dah menjadi kebiasaan katanya.
Lantas ku hampiri meja study ku, ku capai kotak di dalam laci dan terburai semua isi kandungan dalam kotak itu. Mungkin terlalu berat untuk menampung berat isinya.
Satu persatu surat surat itu aku kutip. Semua surat surat itu aku lihat berenvelopkan yang sama dan tulisan pada surat surat itu pun semuanya dari orang yang sama aku jangkakan.
Aku mula aturkan mengikut haribulan yang tertera pada stamp di envelope. Ada dari dalam negeri dan ada yang dari luar negeri. Memang aku tak dapat jangkakan isi kandungan surat itu atau siapa penghantarnya.
Surat pertama ku buka dan seterusnya. Semua isi kandungan surat itu mencerminkan kesedihan, perpisahan dan yang sewaktu dengan nya. Walaupun terusik hati ini tapi aku tidak lagi mengharapkan apa apa lagi dari si pengirim surat surat itu. Tapi bila ku buka surat yang terakhir, ku rasa macam nak putus jantungku. “Majlis Perkahwinan Hans Isac dengan Iylia” Rupanya dah bernikah pun dia. Dia berkahwin sewaktu aku sedang melahirkan Amirul, what a coincidence. Aku terus memujuk hatiku. Baguslah, sekurang kurangnya aku tak sangat rasa bersalah terhadapnya. Lagipun dah lebih dari setahun peristiwa ini aku tinggalkan, mungkin dia pun dah terus melupakan aku. Itu yang aku inginkan.
“Lia, jangan lupa minggu depan ada jemputan makcik timah jiran lama kita. Anak dia si Maisarah tu nak kahwin”. Mak peringatkan aku.
“Ya ke mak. Dah besar lah budak maisarah tu. Dulu teringat masa dia kecik kecik cengeng”. Aku terkenang zaman dulu
“Nasib baik minggu depan sebab kalau minggu selepasnya, lia ingat nak sambutkan birthday amirul setahun”
“kalau kau tak nak bawak budak budak, kau tinggalkan kat rumah mak mertua kau”
“taklah mak, nabilah tu da lama ngoyok nak makan nasi orang kahwin”
“hei, lia, how are, lama betul kita tak jumpa”. June, kawan sekolah lama aku, menghampiriku dan terus memeluk ku erat.
“yes, its really a long time. What you doing now” aku mulakan bicara
“Anak I dah lima, I cant afford to work, jadi full time housewife”.
“alhamdulillah. Where are your kids?”
“budak budak, dah ramai ramai gini entah mana dorang main”
Sedang kami berbual tiba tiba, seorang wanita manis menghampiri kami sambil bawa air pencuci tangan
“ah lia, kenalkan my sister. Iylia”
“Ni adik you yang mana satu ni?” sambil aku hulurkan tangan untuk bersalaman
“you wont remember anyway”
Aku melirik adik June yang namanya mula bermain di benak fikiran ku sambil mata ku mencari cari kalau aku ternampak seseorang yang pernah aku kenal.
**************************************************************************************
“mak, besok lia nak pergi interview kerja. Mak tolong tengokkan budak budak ya”
“kat mana kau cari kerja”
**************************************************************************************
“Ms Camelia, your interview will take place in Hibiscus Room. Please proceed to seventh floor” receptionist itu mengarahkan aku sejurus dia mendapat panggilan.
“thank you”
“Aku rapikan duduk ku dan perkemaskan document document ku.
“Camelia Eliza” terdengar suara memanggil nama ku.
Ya allah, memang dunia ini terlalu kecil. Aku dapat rasakan muka ku panas. Tak mustahil bertukar menjadi merah samada malu atau gementar, aku pun tak tahu.
“Hans Isac” dia menghulurkan tangannya.
Aku serba salah tapi untuk tidak menampakkan yang aku ni tak professional, aku pun hulurkan tangan ku. Belum sempat aku menyambut tangannya, dia pun menarik tangannya dan mencelah “oh sorry, some people do not shake hands”.
“I’m sorry”
“its not your fault. Some people just don’t know where they stand. Well, let me see your documents”
Aku serahkan file aku dan aku jadi tak tentu arah dengan tiba tiba. Aku rasa di saat itu juga aku nak tinggalkan tempat itu
“hmm…. I believe everything that we need of you is in this file. Excuse me while I make copies of your documents” macam takda apa apa dia berlalu meninggalkan ku.
Kenapa mesti aku nak perasan. Kan dia dah pun bernikah. Tapi patut tak aku memberi tahniah ku atas perkahwinan nya atau aku buat tak tahu macam yang dia sedang buat sekarang ni. Sedang aku bermain dengan perasaan ku, dia kembali lagi.
“alright Ms Camelia, we’ll contact you if you are shortlisted. It’s a pleasure meeting you” dia terus berlalu meninggalkan aku yang sedang menggelapah.
bersambung......... |
|
|
|
|
|
|
diDiEaNA This user has been deleted
|
(part 9)
“…………this is to inform you that your application for the position of Executive Coordinator is unsuccessful………” signed Hans Isac, Senior Regional Manager – UPS
Ni mesti dia nak balas dendam pada aku. Kenapa aku tak layak sedangkan kelayakan ku lebih dari mencukupi berserta pengalaman kerja yang luas dalam bidang ini. Takpalah, mungkin ini balasan aku. So sekarang dah even. Apa yang aku buat dia, dia dah dapat balas. Puaslah hati dia.
“Mami, theres someone looking for you” nabilah menjerit bila aku menyuruh dia membuka pintu
“I’m coming”
Aku mencapai selendang dan pergi mendapatkan tetamu.
Berderau jantung ku bila melihat siapa yang didepan mataku.
“is this visit suppose to be official or personal” aku kuatkan semangat untuk bertanya.
“how else can I locate you”
“any reason for this visit, you are wasting your time” aku sengaja garangkan diri supaya dia tahu yang aku dah takda perasaan pada dia lagi, apatah lagi dia dah jadi suami orang.
“memang banyak masa I dah terbuang kerana you.
“you cant blame me. Anyway, congrats atas perkahwinan you”
“so you do get my invitation, then why dun you come”
Aku terdiam. Sedang aku mencari cari jawapan pada persoalan itu, dia menambah “you’ve changed”
“manusia berubah mengikut peredaran masa. As long as the change is for the better, why not”
Tatkala itu juga, amirul yang sedang tidur dari tadi terjaga.
“excuse me” aku minta diri
“well, kalau takda apa apa yang mustahak, I hope you can excuse me. Lagipun tak elok kalau orang nampak dan apa nanti suami I dan isteri you ingat bila nampak kita berduaan begini.”
“I just want to tell you…” dia terhenti dan suara amirul semakin nyaring minta disusukan.
“I’ll see you out” aku menghantarnya ke pintu.
Sebelum kami berpisah, dia menoleh pada ku dan berbisik
“I am never married to anybody. I datang ni pun dengan harapan dapat mencari Camelia Eliza. I cuma ingin tanya kan satu soalan padanya………..Masih adakah cinta di hatinya”
selesai daaa.....byeeeee
[ Last edited by diDiEaNA on 25-10-2004 at 08:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
Gemini82 This user has been deleted
|
dah habis dah..
cepatnyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
hishh....
tak puas ati....
tak puas ati....
cam ne ending bleh jadi gitu????
banyak lagih persoalan yang tak terjawab...
ilyia tu sapa??
adik june kawan dia ke?
naper hans tak kawin?
dah ada invitation card lagi tu
pas tu.. apa jadi ngan wife to be dia???
aku tak pahammmmmm!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|