View: 2750|Reply: 23
|
Najib Dipilih Jadi Perdana Menteri Untuk Kali Kedua
[Copy link]
|
|
BEIRUT, Lebanon – Jutawan dan ahli politik Lebanon, Najib Mikati dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu negara itu buat kali kedua, lapor United Press International (UPI) semalam.
Najib dilantik menjadi Perdana Menteri ketika Lebanon bergelut untuk mempertahankan jalinan kerjasama dengan negara-negara jiran yang bertanggungjawab memantau pilihan raya umum negara itu pada tahun hadapan.
Najib, 65, yang merupakan hartawan telekomunikasi, dicalonkan ke jawatan itu oleh 72 timbalan menteri daripada 118 anggota parlimen semasa rundingan kerajaan camuran diadakan oleh Presiden Michel Aoun di Istana Presiden di Baabda, utara Beirut.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/28/133118uws7w34ogipgnqvo.png) Foto: AFP
Seramai 40 ahli Parlimen tidak menamakan sesiapa, sementara seorang timbalan menteri menamakan bekas duta besar Lebanon untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nawaf Salam untuk jawatan tersebut.
Pencalonan Najib diadakan 11 hari setelah Aoun menolak barisan kabinet terakhir yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang terdiri daripada 24 anggota pakar bukan politik lantas memaksa beliau untuk mengundurkan diri.
Sejak sembilan lalu, Saad menyalahkan Aoun dan menantunya, Gebran Bassil yang merupakan Ketua Gerakan Patrotik Bebas Kristian kerana mahukan sekatan ketiga untuk mengawal pemerintah.
Saad juga mengisyaratkan bahawa sekutu terdekat mereka, Hizbollah, tidak memberikan tekanan yang cukup untuk membantu membentuk Kabinetnya.
Sementara itu, Najib memberitahu wartawan bahawa beliau berdepan misi sukar sebaik sahaja memegang jawatan tersebut.
“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membentuk kabinet dengan misi pertama adalah melaksanakan inisiatif Perancis.
“Anggota kabinet akan merangkumi pakar daripada pelbagai bidang dan akan melakukan reformasi negara yang membolehkan Lebanon menerima semula bantuan luar,” ujar Najib.
Najib sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 2011 hingga 2014. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ingt td najib 1mdb. Apa da tt, tulis la nama pnh kat title. |
|
|
|
|
|
|
|
Suspen je berita nie![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHAHAH
Tahniah Najib. |
|
|
|
|
|
|
|
Mati2 ingat laki rosmah tadi ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh . similar features,cuma ni xde laa pinky sgt bibir n pipi glowing2..{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg click bait betul la tajuk |
|
|
|
|
|
|
|
haa haa haa.... lawak arrrrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xim replied at 28-7-2021 02:02 PM
Ni kalau @Tinot7 nampak ni mau kena mrh lg ni
Benang ni dah ada smlm.. iols dah komen kat situ.. takde la marah.. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
berita ni mmg dapat hamunan dalam hati dgn baca tajuk jer! |
|
|
|
|
|
|
|
mengungdang je tajuk diaa. malaysia elegik dgn org nama najib taw. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan najin razak td..laju ja nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
org panggil dia boskur jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
errrr hidup najib i guess? |
|
|
|
|
|
|
|
Puahahahahah nasib ada gambor. Tidok ler den tertipu.{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
kurang hajar. click bait sungguh xD |
|
|
|
|
|
|
|
luruh jantung dibuatnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|