CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Asas Sekularisme - Updates NEW Webinar AQIDAH 15 JULAI 2021 #48

[Copy link]
 Author| Post time 30-4-2021 07:12 PM | Show all posts
29.        Maslahah pada dasarnya menayangkan hasil daya usaha manusia untuk memperoleh manfa’ah dan menghindari madarrah. Maslahah menggambarkan matlamat manusia ke arah mencapai kebajikan dan kebahagiaan sebenar dalam kehidupan. Maslahah dikaitkan dengan kewajiban seseorang Muslim untuk memelihara matlamat Shari’ah (maqsad al-shar‘i).  Oleh sebab itu, jika sesuatu usaha bagi menzahirkan kebudayaan itu ditimbang dan diukur agar menepati dengan matlamat tertinggi yang ditetapkan dalam Shari‘ah, maka amalan itu layak digolongkan sebagai ‘amal soleh. Usaha ini adalah pancaran daripada adab yang turut mengembalikan keindahan yang lengkap-sempurna (al-hasanah) bagi sesuatu perkara dan benda supaya sesuai dengan hakikat penciptaannya. Usaha ini berlawanan dengan amalan-amalan yang merosakkan (fasad/corrupted actions) kerana usaha itu melanggari faham hikmah, faham keadilan (‘adl), dan faham hakikat dan kebenaran (haqq) sehingga mengakibatkan sesuatu itu tidak lagi berada pada tempatnya mengikut darjat dan martabat yang sedia layak teradat padanya dalam hubungannya dengan daya dan keupayaan sesuatu itu dari segi jasmaniyyah, ‘aqliyyah dan ruhaniyyah. Sehubungan dengan itu, ukuran sesuatu usaha bagi mencipta budaya itu tidak diukur hanya berlandaskan kegunaannya secara zahir, tetapi dari segi niat yang menjadi pemacu utama usaha itu yang kemudiainnya dizahirkan mengikut ketetapan prinsip dasar perencanaan Islam.

nota kaki:
  Lihat al-Ghazali, al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul (Baghdad, 1294 (A.H), I, p. 286.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2021 07:13 PM | Show all posts
30.        Ini mensharatkan bahawa orang yang terlibat dalam usaha ini tidaklah boleh sekadar menguasai bidang sains dan pengetahuan teknologi, malah yang teramat mustahak dan paling utama sekali adalah ilmu tentang prinsip dasar agama yang membolehkannya mengenal diri yakni mengenali fitrah dan tabiat yang sedia teradat dalam dirinya, menyedari dari mana asal-usulnya, apakah tujuan manusia berada dalam dunia fana’ (non-eternal world) ini, ke mana manusia hendak pergi akhirnya, dan apakah sebenarnya bahagia dan apakah sebenarnya derita. Ini disebabkan setiap usaha yang berdaya melahirkan kebudayaan tidak boleh dipisahkan daripada pencapaian kebenaran yang muktamad. Ini bermaksud, setiap usaha tersebut mesti melibatkan penjelasan, penetapan, penentuan, dan pengikraran tentang hakikat dan kebenaran sesuatu yang meliputi ruang lingkup ruhani dan jasmani dalam hubungannya dengan pelbagai tingkat kedudukan dalam sistem kewujudan dan kejadian. Hanya usaha yang lahir dalam keadaan sedemikian sahaja yang dilihat secocok dengan maksud hikmah, adil, benar, dan lengkap sempurna lalu layak disebut sebagai ‘amal saleh serta layak berada dalam ketegori perbuatan sama ada wajib, sunat, dan harus. Pertimbangan ini berdasarkan kepada sejauh mana usaha itu sejajar dengan fitrah insan, sejauh mana usaha itu menepati konsep taklif yang menjadi jalan yang menghubung antara mukallaf dan Mukallif, sejauh mana usaha itu sejajar dengan martabat fard hingga usaha itu diangkat tarafnya menjadi ‘ibadah, sejauh mana usaha itu menepati prinsip mas’ul yang melibatkan pertimbangan dan hisab dari segi Shari‘ah, dan sejauh mana usaha itu menjadi wajib kerana usaha tersebut berfungsi melengkapkan kewajipan yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 07:13 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-4-2021 10:22 PM

31.        Apabila kerangka pemikiran seseorang yang terlibat dalam membentuk kebudayaan dibangunkan berdasarkan ilmu dan kebenaran, maka dia akan berupaya untuk melahirkan kekuatan terpendam atau daya dalaman yang baik yang terdapat dalam sesuatu benda dan perkara secara halus sehingga manfaat daripada usaha tersebut meliputi lima aspek penting yakni ilmu, pengetahuan, peradaban, kemahiran dan kepakaran, Dia akan berupaya memastikan bahawa segala usahanya tidak mendatangkan kemudaratan dan kesukaran dalam kehidupan masharakat serta tidak meruntuhkan nilai kemanusiaan. Banyak usaha daya cipta dalam budaya hiburan yang dilihat merosakkan seperti daya cipta dalam teknologi perfileman yang digunakan untuk menerbitkan cerita-cerita yang tidak mempunyai manfaat dari segi adab dan akhlak.

32.        Setiap orang Islam yang terlibat dalam daya cipta bagi menghasilkan kebudayaan perlu sentiasa diperingatkan supaya dia membawa sikap sebagai orang yang berilmu dan beriman dalam usaha itu. Masanya hendaklah dimanfaatkan tanpa sia-sia bagi menghasilkan kebudayaan yang wajar dan mempunyai tujuan yang betul dan benar yang menyaksikan keshukurannya kepada limpahan nikmat Ilahi. Dia juga perlu pastikan bahawa pertimbangan agama mesti melangkaui pertimbangan dunia dan kebendaan. Ini dapat memungkinkan kebudayaan yang dihasilkannya itu berserta manfaatnya dapat menyumbang kepada kebahagiaan sebenar (al-sa’adah) seperti yang dihuraikan oleh Prof Syed Naquib Al-Attas :
“Kesejahteraan” dan “Kebahagiaan” itu bukan dianya merujuk kepada sifat badani dan jasmani insan, bukan kepada diri hayawani sifat bashari; dan bukan pula dia suatu keadaan akal-fikri insan yang hanya dapat dinikmati dalam alam fikiran dan nazar akali belaka.  Kesejahteraan dan kebahagiaan itu merujuk kepada keyakinan diri akan Hakikat Terakhir yang Mutlak yang dicari-cari itu”.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:23 PM | Show all posts
33.        Kebudayaan dalam rencana dasar ini sahaja yang akhirnya mencetuskan tamadun yang tinggi kerana ia bukan terhasil secara kemahuan emosi melalui daya khayalan liar yang terikat dengan sifat-sifat yang terkeji. Perkara ini perlu diberi perhatian utama kerana kebebasan dalam menzahirkan kebudayaan pada zaman ini dilihat sebagai kelangsungan daripada budaya hedonistik bagi tujuan memuaskan hawa nafsu semata-mata. [/b]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:24 PM | Show all posts
34.        Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, kita boleh simpulkan bahawa kebudayaan dalam Islam boleh dikatakan sebagai salah satu wasilah (means) yang berteraskan hikmah untuk mencapai tujuan akhir kehidupan yakni kesempurnaan diri insan. Oleh sebab itu, kebudayaan sebagai daya cipta insan untuk menzahirkan daya dan kekuatan terpendam sesuatu boleh dilaksanakan terhadap diri insan itu sendiri dan juga terhadap alam sekeliling. Usaha bagi melahirkan segala daya terpendam yang terkandung ini pada hakikatnya berfungsi sebagai pelengkap dalam usaha insan untuk menyempurnakan dirinya.

Dalam hal ini, daya cipta bagi menghasilkan kebudayaan ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek mengikut keutamaannya:

  • Pertama, daya cipta bagi menzahirkan kekuatan terpendam yang berkaitan dengan diri (nafsiyyah), iaitu yang melibatkan ilmu dan sifat yang terpuji;
  • Kedua, daya cipta bagi menzahirkan kekuatan terpendam yang berkaitan dengan badan (badaniyyah) seperti kesihatan tubuh badan dan keselamatan; dan
  • Ketiga, daya cipta bagi menzahirkan kekuatan terpendam yang berkaitan dengan sesuatu yang selain daripada diri dan badan (kharijiyyah) seperti kekayaan dan selainnya yang menggalakkan kesejahteraan diri, badan, dan perkara-perkara yang berkait dengannya.


nota kaki:
    Syed Muhammad Naquib al-Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam, terjemahan oleh  Zainy Uthman (Kuala Lumpur: ISTAC:2002), hal. xxxv


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:26 PM | Show all posts
35.        Segala kekuatan terpendam yang ingin dizahirkan ini mensharatkan adanya kesebatian antara prinsip sebenar kehidupan dan matlamat akhir insan supaya daripada ini akan lahir satu pengalaman, keadaan dan persekitaran yang luhur yang sesuai dengan fitrah insan. Tinggi atau rendahnya taraf sesuatu kebudayaan itu bergantung kepada kesempurnaan rencana ‘aqliah dan hubungannya dengan unsur-unsur ruhaniah. Contohnya, daya cipta melulu yang berasaskan ‘aqal yang cetek dalam membudayakan seni tidak semestinya menayangkan kehalusan budi pekerti kerana ada masharakat yang aktif dalam daya cipta seninya tetapi seni yang dilahirkan itu tidak menghasilkan budaya yang luhur dalam masharakat tersebut, malah kandungan seni itu menayangkan keruntuhan akhlak dan kehilangan makna diri. Daya cipta dalam bahasa dianggap mengelirukan serta merosakkan ilmu jika istilah-istilah yang dihasilkan bagi membudayakan sesuatu bahasa itu mengenengahkan konsep palsu dan menghapuskan hakikat makna yang hendak dikemukakan dalam satu-satu bidang ilmu.


Daya cipta dalam reka bentuk bangunan tidaklah dianggap sebagai bertaraf sempurna jika bentuk-bentuk bangunan itu menyemakkan dan menyakitkan mata. Daya cipta dalam penyusunan musik bukanlah daya cipta yang sebenar jika yang terhasil hanyalah sekadar bunyi-bunyi bingit yang mengganggu halwa telinga. Begitu juga daya cipta dalam tadbir urus negara yang tidak dikaitkan dengan ilmu tentang tujuan akhir kehidupan insan, maka daya cipta itu sekadar mencapai cita-cita palsu yang disebatikan dalam konsep pembangunan dan kemajuan moden yang sebenarnya tidak mampu untuk mengecapi nikmat kehidupan abadi.


Daya cipta kebudayaan sebeginilah yang mengakibatkan keadaan yang disebut sebagai fasad yang meliputi makna kerosakan, kezaliman, penyelewengan, kemorosotan, pembaziran, kekacauan, dan sebagainya dari pelbagai sudut dan jenis kegiatan manusia.  Apabila berlakunya fasad, maka keadaan ini akan mengakibatkan keburukan pada manusia tetapi juga huru-hara (chaosity) pada ketertiban aturan alami (cosmological order) bagi tiga spesis kejadian iaitu mineral, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan, contohnya daya cipta dalam pembangunan yang merosakkan struktur muka bumi, mencemarkan alam sekitar, dan memusnahkan habitat binatang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2021 10:27 PM | Show all posts
36.        Walaupun usaha bagi menghasilan sesuatu budaya itu kelihatan baik untuk manusia tetapi menyimpang daripada rencana dasar ihsan maka usaha itu juga tetap dikelompokkan sebagai fasad. Contohnya yang paling lumrah adalah usaha bagi membudayakan sistem pentadbiran yang berintegriti. Jika sistem itu diamanahkan kepada seorang anggota perkhidmatan yang tidak berakhlak, tidak mempunyai daya fikiran yang tinggi, dan seringkali cuai serta tidak cekap dalam melaksanakannya, maka sistem itu jelas dilaksanakan dalam konteks fasad. Contohnya yang lain adalah pembinaan taman perumahan yang kononnya mencukupkan tempat kediaman rakyat. Jika manusia yang bakal menetap di kawasan perumahan itu merasa resah, tidak selesa, tidak aman, dan cemas kerana kawasan perumahan itu terlalu dekat dengan jalan raya yang sibuk, tanpa kemudahan kenderaan awam, tidak sempurna dari segi kemudahan asas seperti api, air, dan tempat membuang sampah, maka projek perumahan itu jelas dilaksanakan dalam ruang lingkup fasad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:29 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-4-2021 10:30 PM

37.        Oleh sebab itu, daya cipta insan ke arah menzahirkan kebudayaan adalah meliputi usaha untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya semula sesuai dengan darjat dan martabat perkara tersebut yang diukur dari segi hakikat kejadiannya; menyelesaikan atau melengkapkan sesuatu yang belum selesai dan lengkap; mempermudahkan suatu yang rumit dan sukar dalam urusan keduniaan; dan, memperbaiki sesuatu yang salah.




Persoalannya, adakah usaha itu dapat dilaksanakan untuk mencapai maksud sebenar kejadian insan jika manusia pada ketika ini semakin lupa akan dirinya dan tidak lagi mengenali makna dirinya sehingga sering berlaku zalim pada dirinya sendiri? Seramai mana manusia ketika ini yang berusaha memulihkan dirinya supaya sesuai dengan keadaan yang dapat menyatakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan dalam satu tugas dan khidmat khas yang disebut sebagai ‘ubudiyyah sehingga dirinya dapat dapat diasuh untuk mencapai satu peringkat diri yang istimewa yang disebut sebagai diri yang aman tenteram (al-nafs al-mutma’innah)?


Semua persoalan ini adalah sesuai dalam ruang lingkup sekarang apabila segala amalan sosio-politik dan ekonomi dipengaruhi oleh budaya kebendaan dan budaya hawa nafsu sebagaimana yang diperakui sendiri oleh John Locke:


Things are good or evil only in relation to pleasure or pain…….Happiness, in its full extent, is the utmost pleasure we are capable of……The necessity of pursuing true happiness is the foundation of all liberty.
  John Locke, Essay Concerning Human Understanding (Chicago: Encyclopedia Britannica, 1952), buku. 2, bab. 20, halaman 176.

Bayangkanlah, apakah rupa bentuk kebudayaan yang akan muncul berkembang jika ‘aqal sebahagian besar individu yang terlibat dalam hal ini tidak disuburkan dengan kefahaman dan kesedaran agama yang mencukupi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2021 10:30 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-4-2021 10:32 PM

Perihal Seni Islami



38.        Seni pada masa kini hampir sebahagiaan besarnya tidak dapat bebas daripada pengaruh kebudayaan Barat sekular. Sebahagian penggiat seni di kalangan orang Islam adalah golongan yang berpendidikan sekular dan cetek dari segi ilmu tentang Islam.         Contohnya, kelompok yang terlibat dalam bidang sastera moden sering mengabaikan prinsip ilmu dan kebenaran dalam hasil kreatif mereka serta enggan mengambil manfaat daripada karya-karya agung ilmuwan Islam seperti Sa‘di Shirazi, Jalaluddin al-Rumi, Abdul Karim Jili, Hamzah Fansuri, dan Nuruddin al-Raniri. Karya-karya moden ini lebih ghairah melayani hawa nafsu dan banyak menayangkan unsur-unsur hiburan, tahyul, mitos, khayal, dan dongeng dengan dibantu oleh berbagai-bagai teori sastera Barat yang mengelirukan. Sikap mereka ini secara jelas menafikan peranan Islam dalam kebudayaan dan seni.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:32 PM | Show all posts
39.        Seni penulisan dalam Islam perlu mengandungi penelitian dan usaha mengenengahkan kebenaran, menjelaskan secara tuntas dan mendalam sebab dan asal-usul sesuatu perkara, menampilkan penjelasan yang bersifat zati (substantial and essential) tentang suatu peristiwa, sambil pada masa yang sama, menghuraikan kenapa terjadinya peristiwa itu. Seni tidak boleh sama sekali dirosakkan dengan menokok-tambah perkara-perkara yang tidak benar atau yang direka-reka. Penceritaan tentang bangun dan jatuhnya sesuatu bangsa tidak boleh disajikan seadanya sahaja tanpa mengenengahkan suatu yang betul-betul bermakna. Seni juga harus membolehkan kita memahami hal-ehwal sesuatu bangsa melalui perilaku mereka, dan menzahirkan hikmah-hikmah yang terselindung di sebaliknya. Melalui seni, kita dapat menteladani watak peradaban yang unggul dan menuruti nilai-nilai luhur yang dibawa olehnya.



40.        Oleh sebab itu, pendidikan tidak boleh sama sekali mengabaikan perkara lampau yang berfungsi membentuk struktur asas tamadun bagi umat Islam dan tidak menitikberatkan manfaat daripada inti-pati pemikiran-pemikiran agung yang terkandung dalam khazanah keilmuwan Islami. Perbendaharaan ilmu Islami ini telah menggambarkan pencapaian nilaian yang luhur dalam seni. Seni dalam Islam membantu mengasuh jiwa dan akal orang Islam. Nilai-nilai bawaan seni Islami inilah yang perlu dikemukakan semula dengan jelas dalam pendidikan. Hal ini memerlukan pertimbangan ilmiah yang jujur-ikhlas berasaskan penegasan tentang Islam sebagai asas kebudayaan. Seni Islami telah terbukti sebagai salah satu perkara yang menyumbang kepada peradaban yang cukup cemerlang yang menampilkan kehalusan dan keunggulan dari segi sosial, budaya, dan peri laku.        


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:33 PM | Show all posts
41.        Nilai seni dalam Islam berkait rapat dengan nilai pemikiran insan yang         dipandu oleh ilmu dan iman yang bebas dari unsur jahiliyyah dan segala faham sekular Barat. Seni berakarumbikan segala intipati makna yang terkandung dalam al-Qur’an yang berkisar di sekitar prinsip-prinsip ‘alami yang menjadi asas kepada susun atur dan tertib yang sempurna bagi alam semesta. Prinsip-prinsip ini pula ternyata dengan jelas dalam diri Rasulullah s.a.w. Bermula daripada sinilah maka mengalirlah Barakah Muhammad yang boleh dipancarkan dalam segala rupa bentuk, ruang, dan masa yang berperanan dalam menyatakan kecintaan insan terhadap Tuhan dan Rasul pilihanNya. Seni yang lahir dalam ruang lingkup ini akan berupaya mendokong (support) dan menggenap (complement) hal-ehwal kerohanian seseorang dan membantu seseorang ke arah kembali menjadi dirinya yang sebenar. Oleh sebab itu, sesuatu seni tidak boleh disifatkan sebagai Islami (Islamic) jika tidak ada hubungan langsung dan akrab dengan al-Qur’an dan barakah Muhammad. Setiap satu seni dengan seni yang lain perlu lahir dalam satu kesatuan yang diikut kukuh dengan prinsip tawhid supaya setiap hasil karya seni itu bermakna dalam kaitannya dengan hakikat kejadian insan. Oleh sebab itu, seni dalam Islam bukan sekadar merujuk kepada sifat berdaya cipta (creativity) insan berlandaskan daya khayalnya. Seni khat, misalnya, adalah pernyataan seseorang dalam menyahut risalah Tuhan dan kegiatan itu sendiri mensharatkan lahirnya adab dan tertib dalam jiwa dan aqal seseorang. Seni bina pula adalah penyataan kepada pengaruh unsur-unsur alam tinggi terhadap rupa bentuk, sudut, dan ruang suatu bangunan. Seni musik pula dihubungkaitkan dengan ketenangan jiwa bagi mengukuhkan daya tafakkurnya dan musik juga berperanan dalam merehatkan aqal. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan utama, bukan untuk mengekang penglibatan pelajar seni, tetapi membimbing dan mengasuh mereka untuk tidak menghasilkan bentuk-bentuk seni yang hanya bertujuan untuk melayani hawa nafsu dan kemahuan yang bersifat hayawani. Sebaliknya, seni yang luhur perlu diajar kepada pelajar dengan cara membimbing mereka untuk menjadikan seni itu sebagai wadah untuk memurnikan sifat jiwa insan.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:42 PM | Show all posts
So. kesimpulannya secularism mempunyai beberapa ciri tertentu dan antara elemen terpenting secularism adalah mencairkan unsur spiritual atau menyah-nilaikan apa apa sahaja yang  bersifat tauhidik atau elemen yg berunsurkan sistem nilai. Oleh itu , adalah penting untuk kita menimba ilmu dan mempelajari ilmu ilmu yang dapat memberikan satu asas kepada minda kita untuk menilai dan  menimbulkan kesedaran tentang implikasi dan signifikan sesuatu unsur yang mendasari sesuatu polisi , dan pemikiran serta pendekatan. Elemen secularism memang meluas dan tidak dapat kita kita tak dapat menghadang diri daripadanya,  namum begitu sebagai seorang Muslim yg beraqal dan dan dapat berfungsi/ beroperasi pada tahap individu elok persiapkan diri dengan ilmu , so that you coulbe be aware  and be able to appraise certain issues dalam perspektif worldview Islam.


u  can see Islam  itu luas kan?

dan itu lah ujian umat akhir zaman.

dan itulah signifikan kenapa kalimah : tiada  tuhan yg layak disembah melainkan ALLAH , itu ketika disebarkan pada kalangan Quraisy  Mekkiah  menimbulkan polemik besar pada manusia yg bernama  Muhammad bin Abdullah  , SAW. hmm itu maknanya actually.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 10:43 PM | Show all posts
semoga bermanfaat.

Sorry i sibuk Cassano hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:01 AM | Show all posts
persoalannya,

tak perlu belajar definisi takrifan dia pun dah tau salah....

jadi awal awal lagi org yg menginginkannya sudah memilih....


saya cuba fahami kalau kalau ada kekeliruan ketika kita belajar di mana ada samar2 dalam hal ni....


rupanya kegampangannya menentang Tuhan terserlah secara terang terangan jadi membuat langkah pertama itu tidak perlu pun.....

sy fikir di dalamnya ada kesamar samaran mungkin ada unsur spiritualiti tp masih terpisah dgn Tuhan.....


rupanya memang ideanya dari awal lgi terpisah,

maka siapa yg memilih hal ini, tidaklah terkeliru melainkan ada niat yg jelas menentang Tuhan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 04:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 12:31 PM | Show all posts
SAINS DAN ISLAM - Sejarah Pengislaman Sains

Bersama En. Muhammad Husni bin Mohd Amin, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM

Konsep Ilmu Science ( scientia ) dalam Islam , apa  itu sains  dari kacamata Islam dn letak duduk sains and falsafahnya dalam Islam.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2021 10:17 PM | Show all posts
Webinar Akidah bersama Prof.Madya Dr.Khalif Muammar bin A Harris.

Saksikan secara live di Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.





https://www.facebook.com/PMWPCaw ... 8/1672196469642019/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2021 10:21 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-6-2021 10:58 AM

FB Live - Webinar Akidah

Islam dan Liberalisme: Pertembungan Pandangan Alam

Tarikh: 9 Jun 2021 - 26 Syawal 1442H (Rabu)
Masa: 10:00 Pagi

Panel:
Prof. Madya Dr. Khalif Muammar bin A Harris
Pengarah RZS-CASIS, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UTM Kuala Lumpur





https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan/photos/a.427172850756033/2129328520540449/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 11:00 AM | Show all posts
ini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 07:26 PM | Show all posts
the pdf version
on the worldview of Islam
apa yg ditakrifkan dengan konsep pandangan alam Islam
https://media.neliti.com/media/p ... rldvie-f5ebe500.pdf

Pengertian 'Nilai'

https://dirasat.id/JSIP/article/view/92/60
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.101414 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list