Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna, diceritakan oleh Ishaq bin Yusuf, diceritakan oleh Al Fudhail bin Ghazwan, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seorang hamba berzina, sementara dia dalam keadaan beriman.
Dan tidaklah dia mencuri, sementara dia dalam keadaan beriman.
Tidaklah dia meminum arak, sementara dia dalam keadaan beriman.
Dan tidaklah dia membunuh, sementara dia dalam keadaan beriman."
Ikrimah bertanya kepada Ibnu Abbas, "Bagaimana iman boleh dicabut daripadanya?
Ibnu Abbas menjawab, "Begini, sambil menjalinkan jari-jemarinya, kemudian dia keluarkan jari-jemarinya.
Maka jika dia bertaubat, iman itu kembali kepadanya, sambil dia menjalinkan jari-jemarinya."
(Hadith Bukhari no. 6311)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|