|
|
Kes Bunuh Zulfarhan UPNM: Pembelaan Tutup Kes Selepas Panggil 20 Saksi
[Copy link]
|
|
|
|
May justice be with the family. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keputusan nanti adil |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 9-4-2021 12:37 PM
School biasa pun anak aku komplen buli skit skit laa .. inikan plk asrama.. mmg aku takkan bagi.. ...
Betul tu kak. Anak2 i kecik2 lagi semuanya. I n husband pun decide tak nak hntar asrama. Skolah dekat2 je..nak spend masa dgn anak2 kami puas2 sblum depa p kolej. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila aku baca artikel ni rasa macam suspek semua bakal terlepas hukuman mati. kalau betul, memang sial la semua yg terbabit. kena tunggu mahkamah akhirat baru dapat keadilan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni jadi sebab ade ajaran sesat dikalangan pelajar hostel especially kt tmpt askar, it's ok to dera org bersalah atau suspek jenayah..klu yg parah ... pemikiran "Kene tahan dera sebab nk traini askar.tkut dera sket bocor rahsia negara ."..mindset arwah pn dh diset utk terima..patut tmpt cmni mindset Kene utamakan Allah dlu ..apa tuhan redha ke dorg buat cmni?nabi mana la ajar dorg dera smpai mati ? Nabi terlibat perang pn xpnah dera junior bagai?patut pelaku2 cmni Kene buang dari masyarakat.jail smpai mampus. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yer ... betul jugak idea ni ...
ptg blh g kelas renang / menunggang / memanah...
kalau dok asrama,, petang kne g prep ,, lps tu riadah ..
hmmm blh di ketengahkan utk bg cadangan ke inche suami ...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga arwah mendapat pembelaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hazzy0304 replied at 12-4-2021 01:23 PM
yer ... betul jugak idea ni ...
ptg blh g kelas renang / menunggang / memanah...
Kannn.. klas balet klas renang pun hokkay.. tp mmemandangkan area aku ni yilekss so jd laaa klaas mcm masak.. musik.. koh koh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam 10 Mei. Masih menunggu kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keadilan berpihak kepada Allahyarham Haji Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain dan keluarga
Aamiin Allahumma Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa update kes ni ye? Pembunuh farhan terlepas ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fatimahmarkonah at 29-9-2021 09:31 PM
Update terbaru dr igs adik arwah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa keputusan kes zulfarhan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes bunuh Zulfarhan: Nasib 18 penuntut UPNM diketahui 2 Nov
Bernama
September 30, 2021 21:33 MYT
KUALA LUMPUR: Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas, akan diketahui pada 2 Nov depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.
"Selepas mengambil kira kelapangan pihak-pihak, mahkamah menetapkan 2 Nov ini, pada 10 pagi untuk keputusan," katanya
Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim dan Datuk Hazizah Kassim.
Terdahulu, Kalmizah berhujah bahawa keterangan pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad, yang merupakan saksi pendakwaan keenam (SP6) mengenai punca kematian Zulfarhan, adalah konsisten dan tidak pernah bercanggah dengan sebab kematian yang lain.
"SP6 mendapati kematian Zulfarhan adalah kesan luka bakar manakala menerusi laporan mikroskopi yang disediakan ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan yang merupakan saksi pembelaan ke-19 (SD19), mendapati terdapat 'granulation tissue' pada paru-paru si mati.
"Jadi si mati mengalami radang paru-paru di antara 10 hingga 14 hari selepas jangkitan. Oleh itu, jangkitan berlaku sebelum atau pada hari kejadian manakala keterangan saksi pendakwaan ke-31 Dr Mohamad Azaini Ibrahim telah menyatakan 'granulation tissue' boleh dikesan pada minggu kedua selepas jangkitan iaitu tujuh hingga 14 hari," katanya.
Kalmizah juga berhujah, bekas pegawai perubatan UPNM Dr Harniza Kosnan (SP30) turut menyatakan Zulfarhan tidak pernah mengadu sesak nafas atau sakit jantung.
Semalam, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi berhujah bahawa terdapat percanggahan keterangan antara dua pakar perubatan mengenai punca kematian Zulfarhan.
Sementara itu, Kalmizah turut berhujah kaedah yang digunakan oleh SP6 dalam menentukan sebab kematian Zulfarhan adalah wajar dan berpatutan.
"SD19 bersetuju sebagai pakar yang melihat dan memeriksa atau melakukan autopsi ke atas jasad, SP6 yang dapat buat anggaran terdekat tentang peratus kebakaran sebab beliau melihat sendiri jasad itu," katanya.
Kalmizah juga berkata pihak pendakwaan menegaskan bahawa keterangan SD19 langsung tidak mematahkan dapatan SP6 seperti mana yang dihujahkan oleh Amer Hamzah.
"Keterangan SD19 mengenai ujian mikroskopi ke atas Zulfarhan yang mendapati mangsa mempunyai masalah kesihatan antaranya otak berdarah, radang otak dan pernah mengalami sakit jantung, adalah tidak selari kerana Zulfarhan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan lasak di UPNM.
"Ini jelas menunjukkan keterangan SD19 terhadap ujian mikroskopi itu meragukan dan ia adalah satu yang ditokok tambah," katanya.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan penuntut UPNM terbabit membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi dan Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 dan 5.45 pagi 22 Mei 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama dengan 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah sebaliknya memutuskan mereka bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh mangsa di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
https://www.utusan.com.my/terkin ... ti-bunuh-zulfarhan/ |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|