CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] ECRL : PH Selangor nak laluan N9 dan Putrajaya. Laluan asal Gombak dan Serendah.

[Copy link]
Post time 27-3-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul pencacai cari yg sokong ECRL nak lalu Gombak.  Lalu NS......jimat RM20 billion dan pendek sebanyak 40 km. Lu nak gi KL.... lu naiklah MRT SSP kat Putrajaya.  Kat Gombak berselirat dengan rail line....... KTM,  LRT,  MRT,  LRT2 dan 3. ECRL lalu Gombak do not give any economic impetus to the nation as a whole.  Nak harap orang Pantai Timur pergi balik KL........sampai kiamat pun ECRL akan rugi. Not many rail operators can make money.  Yang kaki kipas ECRL lalu Gombak....... please belajar transportation and logistic. Kawasan pembangunan selatan Greater KL terutama MVV is something of interest.  This need good transportation. ECRL lalu kawasan yg dah banyak rail.......wont increase traffic volume of each rail system. Wee Kah Siong is no brainer.....a waste of time dengar argument dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 27-3-2021 10:46 PM

Lalu NS...... shorter 40 km jadi dia akan sampai Putrajaya 15min lebih awal. Ikut fakta sains OK  Bukan semua orang nak gi KL.  RM 20 billion save........bukan RM20 juta ya.  Katalah interest 5%pa.........bayaran interest je RM1 billion setahun. Dalam satu keretapi tu....... yg betul2 nak gi KL mungkin tak sampai 30% yg lain intertown (eg KB-Dungun contoh)  travellers.  Besok bosan (mula2 je syiok) .......mulalah naik flight. Satu tiket ECRL KB-KL katalah RM100. Satu family of 5, pergi balik RM1,000. Not economics
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek yg bnyk ding dong, sekejap A, sekejap B akan jd projek sampah akhirnya. percaya lah.

Kalo tny aku, baik cancel je projek ni. Projek ni x bukak bnyk peluang pekerjaan kat rakyat tempatan pun. 99% dr mainland.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jajaran ph lagi better  .checkpoint bertambah.x membazir. Even Passenger x ramai tp barang kargo pasti hari2 ada.Xde la nmpk circulate dlm kl-sel jah before lencong naik ke east coast plak .
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 07:22 AM | Show all posts
kuala klawang kemasul tu bukan ada org. kuala klawang bdr koboi.kemasul tu felda. membazir je buat hentian kt situ.better la lalu bentong mentakab
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 27-3-2021 09:59 PM
plan PH
dari Bangi masuk ke Kajang
corner balik

Itu kalau ikut Star punya lukisan memang pelik sikit lah why konar mcm tu. Lukisan yang satu lagi takde pun Kajang/Bangi.

Sequencing ni technical details takde kena mengena dgn PH ka BN.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2021 02:36 PM | Show all posts
batu kikir replied at 27-3-2021 10:21 PM
Bodoh betul pencacai cari yg sokong ECRL nak lalu Gombak.  Lalu NS......jimat RM20 billion dan pende ...

betul ka beza RM20 billion? biar betul 5x klia2 tu


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 28-3-2021 07:22 AM
kuala klawang kemasul tu bukan ada org. kuala klawang bdr koboi.kemasul tu felda. membazir je buat h ...

Kena compare Bentong/Mentakab dengan Seremban/Nilai

Gombak dengan Bangi/Putrajaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat N9 ramai sskjp masuk askar. Lepas tu beli rumah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang fikir..... bila lalu NS terus Putrajaya...... dia dah detour dan akan lambat ke KL. Jangan jadi bongok nak mampus.  Ini keretapi......kelajuan more or less sekata.....short 40 km meaning that sampai Putrajaya cepat 15 minit berbanding Gombak. Then naik MRT atau KTMB untuk ke KL atau Seremban/JB. Saling lengkap melenkapi.  See the connection lagi mantap. Bukan layan orang Pantai Timur punya argument tiga suku. Takde lah nak compete dengan MRT,  LRT 1,2,3, KTMB. Kalau tak compete pun .....masing2 akan looking at the same pool of passenger. Next development area will be at the south Greater KL. Much better banding duduk Bentong.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-3-2021 02:40 PM
Kena compare Bentong/Mentakab dengan Seremban/Nilai

Gombak dengan Bangi/Putrajaya

You got the point.  Satu lagi KLIA.  Next PD sebagai pusat peranginan selepas penat bekerja.  MoT Wee Ka Siong csn never think that far.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2021 08:32 PM | Show all posts
ECRL: Kerajaan rugi RM1.25 juta sehari akibat kelewatan kerajaan negeri Selangor - Mohd Zuki
Fareez Azman
Mac 29, 2021 19:08 MYT

PUTRAJAYA: Kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.25 juta sehari bersamaan hampir RM450 juta setahun, susulan pendirian kerajaan negeri Selangor untuk tidak bersetuju dengan cadangan penjajaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang juga Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali, tindakan kerajaan negeri Selangor itu hanya akan menganggu perjalanan keseluruhan projek yang dijangka siap Disember tahun 2026.

"Kita kena ingat projek ini melibatkan peruntukan atau kos yang besar jadi sekarang ini akibat kelewatan dan lambatnya kerajaan negeri Selangor membuat keputusan, ia mengakibatkan kita menanggung kerugian RM1.25 juta sehari, jadi projek sudah tertunda setahun akibat kelewatan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Buku 365 Hari Mohd Zuki Ali: Aspirasi dan Cabaran di Putrajaya pada Isnin.
Malah tambah Mohd Zuki, kerajaan Pusat terutamanya di peringkat MRL telah memberikan semua penjelasan kepada kerajaan Negeri Selangor berhubung semua isu yang dibangkitkan agensi kerajaan negeri itu.

"Kita di peringkat ECRL telah berikan semua penjelasan kepada kerajaan Negeri Selangor, jadi saya rasa perkara ini tidak ada alasan untuk nak melengah-lengahkan.
"Sebab semakin lama kita lengahkan, ia akan menganggu keseluruhan projek, ikutkan perancangan projek ini dijangka siap tahun 2026," jelas Mohd Zuki lagi.
Malah beliau turut khuatir, akibat tindakan kerajaan negeri Selangor itu akan mengakibatkan imej negara turut tercalar kerana ia melibatkan kerjasama dengan negara China.

"Dengan kelewatan ini, saya khuatir dengan apa yang kita rancang tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual. Ini saya khuatir melibatkan imej kerajaan juga, sebab projek ini melibatkan kerjasama kita (Malaysia) dengan kerajaan China," katanya lagi.
Justeru ujar Mohd Zuki, kerajaan negeri itu diharap dapat mempertimbangkan semula pendiriannya dalam meneruskan projek ECRL melalui beberapa daerah di Selangor.
"Sekarang kita masih berharap kerajaan negeri Selangor akan pertimbangkan semula dan perkara ini kita akan bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.

"Bila mesyuarat? Secepat mungkin, kerana saya telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan akan menyediakan kertas untuk dibawa ke mesyuarat," katanya lagi.
Sebelum ini, Exco Selangor membuat keputusan mempertahankan pendiriannya untuk tidak bersetuju dengan cadangan penjajaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Ia melibatkan Seksyen C iaitu jajaran (Mentakab-Pelabuhan Klang).
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli tanah siap2
Ala2 penthouse2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2021 04:40 PM | Show all posts
Jajaran Seksyen C ECRL kembali ke cadangan asal, kata Wee
Dikemas kini 5 minit yang lalu · Diterbitkan pada 5 Apr 2021 4:33PM · 0 Komen


JAJARAN Seksyen C projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Mentakab ke Pelabuhan Klang kembali ke jajaran asal seperti yang dicadangkan pada tahun 2016-2017, kata Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong.  

Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 September 2020 telah meluluskan jajaran tersebut dan Kabinet pada 31 Mac lepas mahu pelaksanaan Seksyen C ECRL itu dilaksanakan serta-merta.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 04:45 PM | Show all posts
Kalau tuan tanah Selangor tak setuju boleh proceed ka?

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
susah2 sgt, buat je dua laluan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2021 08:19 PM | Show all posts
Isu ECRL: 'Tindakan Putrajaya macam pembuli besar' - Exco Selangor
Diterbitkan 5 Apr 2021, 8:08 pm

Exco Selangor dan Negeri Sembilan mengkritik Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong kerana bertegas melaksanakan Jajaran Utara projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Exco Selangor Teng Chang Khim menyifatkan Putrajaya bertindak seakan "pembuli besar" dan mengatakan kerajaan negeri tidak akan membantu perolehan tanah untuk projek tersebut.

“Selangor tidak akan melakukan perolehan tanah untuk kerajaan persekutuan jika ia bertegas mahukan Jajaran Utara untuk ECRL (yang dicadang ketika) era BN itu.

"Kerajaan persekutuan bertindak seperti pembuli besar untuk membuat keputusan secara sepihak setelah gagal meyakinkan kerajaan negeri mengenai Jajaran Utara," katanya pada catatan Facebook.

Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa atas tanah.

Teng mengulas Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong yang sebelum ini berkata kementerian itu berhasrat meneruskan ECRL walaupun Selangor menentang Jajaran Utara.

Wee berkata dia kesal penentangan berterusan Selangor walaupun kementeriannya telah bertemu dengan agensi negeri sebanyak 37 kali selama sembilan bulan terakhir untuk menyelesaikan kebimbangan mereka.

Wee menegaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah ditanganinya

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk mendapatkan maklum balas.

'Negeri Sembilan tercicir'

Sementara itu, Exco Negeri Sembilan Teo Kok Seong menuduh Wee menganaktirikan negeri itu.

Jajaran Utara tidak melalui Negeri Sembilan tidak seperti Jajaran Selatan sebelum ini yang melintasi negeri itu.

"Langkah ini untuk kembali ke jajaran ECRL yang asal sebagaimana yang diusulkan oleh pentadbiran BN itu bermaksud untuk mengecualikan Negeri Sembilan.



"Ini tindakan diskriminasi terhadap orang Negeri Sembilan. Pengumuman ini meletakkan perbezaan politik melebihi kepentingan nasional [...],” kata Teo pada satu kenyataan.

Oleh itu, dia mendesak Putrajaya mempertimbangkan semula keputusannya.

Teo memegang portfolio exco kesejahteraan bandar, perumahan, kerajaan tempatan dan kampung baru.

'Desakan Wee mencurigakan’

Sementara itu, Teng berkata Selangor telah menyelesaikan "kerja-kerja awal" perolehan tanah untuk Jajaran Selatan ECRL.

Exco pelaburan, perindustrian dan perdagangan, perusahaan kecil dan sederhana itu membidas Putrajaya kerana membuang masa.

Dia juga mempersoalkan desakan Wee terhadap Jajaran Utara ECRL.

"Desakan terhadap Jajaran Utara dan tindakan tergesa-gesa kementerian tidak dapat dijustifikasikan dan jelas mencurigakan," kata Teng.

Wee mengadakan sidang media hari ini menggariskan kelebihan penjajaran laluan terbaru projek ECRL, yang dijuluki "ECRL 3.0".

Katanya, bukan saja kosnya lebih murah walaupun jaraknya 25km lebih jauh, ia juga akan membawa lebih banyak kargo dan penumpang.

Menurutnya, dijangkakan cuma terdapat sedikit kesan negatif projek ini terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2021 08:20 PM | Show all posts
ECRL: Jajaran Utara tak rentas Empangan Batu, Permatang Kuartza
April 5, 2021 @ 7:17pm


Permatang Kuarza Gombak atau turut dikenali sebagai Bukit Tabur tidak termasuk laluan projek ECRL. - Foto NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

PUTRAJAYA: Jajaran Utara projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Mentakab ke Pelabuhan Klang yang kembali ke jajaran asal cadangannya, tidak akan merentasi kawasan Permatang Kuartza Gombak dan Empangan Batu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ini kerana Jajaran Utara direka untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Oleh itu, Kementerian Pengangkutan akan memastikan projek ECRL tidak akan menjejaskan Permatang Kuartza Gombak yang sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Reka bentuk laluan rel yang dicadangkan untuk bahagian jajaran itu adalah laluan bertingkat yang akan menyusuri jalan sedia ada yang merentasi permatang itu.

"Pendek kata, laluan ECRL akan dapat mengelak Permatang Kuartza Gombak serta tidak akan menjejaskan zon perlindungannya," katanya dalam sidang media mengenai ECRL, hari ini.

Jajaran Utara juga tidak akan menceroboh kawasan tadahan air seperti Empangan Batu iaitu antara empangan yang membekalkan air kepada penduduk Selangor dan Lembah Klang serta mengelak kawasan berpenduduk padat di daerah Gombak.

Walaupun terdapat tujuh hutan simpan antaranya Ulu Gombak, Templer, Serendah dan Rantau Panjang yang mungkin dilalui Jajaran Utara, beberapa terowong sepanjang 15.22 kilometer (km) akan dibina untuk mengurangkan penebangan hutan simpan.

ECRL Jajaran Utara dijangka melintasi tiga kawasan tadahan air antara Mentakab dan Pelabuhan Klang manakala Jajaran Selatan dijangka melintasi sekurang-kurangnya empat kawasan tadahan air.

"Impak sosial Jajaran Utara juga tidak sebesar Jajaran Selatan. Contoh di bawah Akta Pengambilan Tanah, Jajaran Utara dijangka membabitkan 4,302 lot berbanding Jajaran Selatan, 6,038 lot," katanya.

Beliau berkata semakin kurang jumlah tanah diambil bermakna semakin kurang pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada pemilik tanah kerana kebanyakannya membabitkan tanah dan trek Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Secara amnya, Jajaran Utara mungkin memberi kesan kepada 11 kawasan perumahan di sepanjang 201km Jajaran Utara berbanding 19 kawasan perumahan di Jajaran Selatan.

"Daripada aspek pembabitan Orang Asli, ia memihak kepada Jajaran Utara kerana hanya dua kebarangkalian kawasan Orang Asli mengalami kesan berbanding tujuh kawasan di Jajaran Selatan," katanya.

Berhubung isu pembabitan Tanah Rizab Melayu pula, Jajaran Utara menjejaskan dua kawasan iaitu di Gombak dan Rantau Panjang manakala Jajaran Selatan akan menjejaskan sekurang-kurangnya tiga kawasan iaitu di Beranang, Jenderam serta Dengkil.

– BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:35 PM | Show all posts
kalo PH naik balik dia sambung plan ke n9
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus

kembali ke jajaran idea asal oleh DS Najib

tak pasal2 rugi 3 tahun sebab korang kena kencing ph dap

patut siap 2024, sekarang 2027

jahanam betul korang undi ph dap

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043915 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list