|
eyansss replied at 25-3-2021 11:12 AM
iye weih... gelak aku masa dia explain... gigih benau hantar birth cert ke mekah sana untuk dapa ...
Oh wow!!! Zaman nie pun masih ada pemikiran gini???? |
|
|
|
|
|
|
|
Sajat setelah umur 20an baru tahu dia perempuan kut... |
|
|
|
|
|
|
|
pergh first time diorang ada keluarkan birth cert sendiri.. watehekkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
katanya menjaga nasab keturunan mulia rasulullah katanya... hahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... kat situ tercatat salahsilah dari keturunan mulia rasulullah yang mana satu... siap bagitau keturunan yang keberapa... nak terjeluak aku masa dia explain dengan penuh bangganya...
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 23-3-2021 12:12 PM
terutama Syed Sharifah n yes zmn skg masih begitu. nak jaga keturnan diorg. ntah ape istimewa x ta ...
Sapa tuhh? Aku xpernah lagi jumpa keturunan jakun cmni. Btw kawan aku orang kampung Jawa plak tu selamber bapak dia letak nama Sharifah Najiha dengan kakak dia Sharifah Munirah. Hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 25-3-2021 11:12 AM
iye weih... gelak aku masa dia explain... gigih benau hantar birth cert ke mekah sana untuk dapa ...
Kali pertama dgr ni.
Iols kenal jahh org ada nama syed, syarifah tapi kawen selain sedara mara deme. Kalau mcm sed sedik tu, kena la kawen dgn syarifah??? Mcm inbreeding pulakk... pastu syok sendiri dgn kaum sendiri, mcm puak zionis yg pikiaq depa ni the chosen ones siap dgn promised land...
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4199-irsyad-al-fatwa-siri-ke-422-bolehkah-syarifah-berkahwin-dengan-bukan-syed
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-422: BOLEHKAH ‘SYARIFAH’ BERKAHWIN DENGAN BUKAN ‘SYED’?
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Asas Perkahwinan
Perkahwinan merupakan perkara yang sangat dituntut dalam agama Islam. Ikatan pernikahan yang sah dianggap sebagai salah satu wasilah menjaga maqasid agama;hifz nasbdanhifz nasl. Nabi SAW menyeru kepada umat Islam untuk melangsungkan perkahwinan bagi sesiapa yang berkemampuan. Nabi SAW bersabda melalui hadis yang diriwayatkan Abdullah Ibn Masud RA,
.
Maksudnya:Wahai para pemuda! Barang siapa daripada kalian yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya pernikahan membantu untuk menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu perisai bagi dirinya.
Riwayat Abu Daud (2046)
Berbalik kepada persoalan di atas, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan diperhalusi, antaranya:
Pertama:Siapakah golongan ‘syed’ dan ‘syarifah’?
Gelaran ‘syed’ dan ‘syarifah’ diberikan kepada mereka yang berketurunan Nabi Muhammad SAW atau disebut sebagai Ahlul Bait. Definisi Ahlul Bait menurut pandangan Ahli Sunnah merangkumi isteri-isteri Rasulullah, anak menantunya, serta kaum kerabatnya daripada keturunan Bani Hashim dan Bani Muttalib. Barang siapa yang mempunyai bukti bahawa susur galur keturunannya sampai kepada Rasulullah SAW melalui jalur-jalur di atas, maka mereka berhak dianggap sebagai ahlul bait walaupun nama mereka tidak mempunyai gelaran ‘syed’ mahupun ‘syarifah’. Boleh rujuk artikel kamiAL-KAFI #1613: SIAPAKAH GOLONGAN AHLUL BAIT MENURUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?
Kedua erbahasan ulama’ berkaitan perkahwinan syarifah dengan selain syed.
Umumnya, suatu perkahwinan akan dianggap sah jika kesemua pihak yang terlibat menepati rukun dan syarat sahnya. Rukun perkahwinan yang lima iaitu suami, isteri, saksi, wali dan akad. Manakala berkaitan syarat asas bagi pemilihan pasangan lelaki, Syariah menetapkan mestilah beragama islam dan bukan dalam kalangan mahram.
(Lihat:Fiqh al-Manhaji, 4/60)
Namun, melihat kepada realiti masyarakat arab ketika dahulu yang melihat ‘sama taraf’ dalam perkahwinan merupakan salah satu elemen penting bagi melindungi aib keluarga, ulama Syariah meletakkan satu kriteria lain iaitu sekufu (al-Kafaah).
Abu Bakar al-Dimyathi Rhm. (wafat 1310H) daripada kalangan ulama’ kontemporari mazhab Syafie menyebut bahawaal-Kafaahataual-Kufu’menurut Syarak ialah sesuatu ketetapan yang mana jika tidak dipenuhi akan menyebabkan keaiban kepada keluarga. Garis panduan yang diletakkan bagi mengelakkan keluarga diaibkan adalah memastikan kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan sekufu dalam segenap aspek melainkan aspek kecacatan.
(Lihat ’anah al-Thalibin,3/377)
Bertitik tolak daripada objektif ‘sekufu’ yang ingin dicapai, ulama berbeza pandangan menjadikan ‘sekufu’ sebagai syarat perkahwinan kepada dua pandangan:
1) Sekufu bukan sebahagian daripada syarat pernikahan. Pernikahan tetap sah walaupun tidak sama taraf. Pandangan ini menjadi pegangan mazhab Maliki.
(Lihat:al-Mudauwanah, 2/107)
2) Jumhur ulama pula menyebut sekufu sebahagian daripada syarat pernikahan hanya mereka berbeza sama ada tergolong di bawah kategorisyarat sahataupunsyarat lazim. Perbezaannya;
a- Syarat sah jika tidak dipenuhi maka tidak sah suatu perkahwinan sejak dari awal akad. Pandangan ini dipegang oleh mazhab Hanafi melalui riwayat Hasan dan satu riwayat daripada Imam Ahmad.
(Lihat:al-Bahru al-Raiq, 3/117)
b- Syarat lazim pula merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagimeneruskan sesebuah perkahwinansedia ada kerana jika wali atau pengantin perempuan tidak merasakan ‘sekufu’ dengan suaminya, maka wali mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan tersebut. Pandangan ini merupakan pandangan jumhur ulama.
(Lihat:Atsna al-Mathalib, 3/139)
Seterusnya, berdasarkan soalan di atas, kami akan memfokuskan perbahasan sekufu dari sudut keturunan atau disebut sebagaial-kafāah al-nasabiyyah.
Jumhur ulama menganggap ‘keturunan’ merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan status setaraf antara kedua-dua bakal pengantin melainkan mazhab Hanafi yang meletakkan sekufu hanya dari sudut agama dan terpelihara daripada kecacatan fizikal dan mental sahaja.
(Lihat:al-Syar al-Kabir, 2/249)
Hujah yang Menyokong
Dalil Jumhur bersumberkan hadis nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Abdullah Ibn Umar RA,
Maksudnya:Kaum Quraisy sekufu antara satu sama lain. Manakala kaum arab tidak kira dari mana kabilah sekalipun adalah sekufu antara satu sama lain. Begitu juga sesama hamba, mereka sekufu antara satu sama lain.
Nashbu al-Rayah (3/197)
Selain itu, Imam al-Ramli (wafat 1004H) dalam kitabnyaNihayah al-Muhtaj(6/257) memberi komentar bahawa kaum Arab sangat berbangga dengan keturunan mereka sehingga sesiapa yang ibu bapanya bukan daripada keturunan arab atau hanya salah satu sahaja yang berbangsa arab, maka mereka dianggap tidak sekufu dengan mereka yang berketurunan tulen daripada arab.
Keistimewaan dan ketinggian martabat kaum Quraisy seperti dinukilkan dalam kitab di atas bersandarkan sebuah hadis lain yang diriwayatkan Watsilah Ibn al-Asqa’ RA bahawa dia mendengar baginda SAW bersabda,
Maksudnya:Sesungguhnya Allah memilih dan memuliakan Kinanah (kabilah arab yang diketuai oleh Kinanah Ibn Khuzaimah) melebihi anak-anak Nabi Ismail AS (kabilah-kabilah arab yang lain). Dan Allah memuliakan kaum Quraisy melebihi Kinanah. Seterusnya, memuliakan Bani Hashim melebihi kaum Quraisy dan akhirnya Allah memilih dan memuliakan diriku (Nabi Muhammad SAW) berbanding Bani Hashim.
Riwayat Muslim (2276)
Syeikh Ba’alawi (wafat 1320H) membahagikan sekufu dalam aspek keturunan kepada empat darjat secara turutan menaik; Kaum arab, kaum Quraisy, Bani Hashim dan Bani Muttalib, dan darjat tertinggi merupakan anak-anak keturunan Fatimah RA melalui Hasan dan Husain R.anhuma. Tiada sesiapa yang menyamai darjat Fatimah RA dan keturunannya melihat kepada keistimewaan kedudukan mereka yang bersambung nasab secara terus kepada Rasulullah SAW.
(Lihat:Bughyah al-Mustarsyidin, m/s 259)
Dalil-dalil di atas menjadi sandaran jumhur fuqaha’ menunjukkan kesamarataan keturunan menjadi perkara penting yang mesti ditekankan sebelum memilih pasangan.
Bahkan sebahagian ulama dalam mazhab Syafie khususnya dalam kalangan ulama ‘Alawiyyinmelarang secara mutlak perkahwinan di antara syarifah dengan selainnya sehingga pelakunya dianggap melakukan maksiat. Hanya dibenarkan dalam keadaan darurat semata-mata seperti menghalang daripada terjatuh ke kancah zina dan mafsadah-mafsadah lain.
(Lihat:al-Ijabah al-Ghaliah, m/s 111-112)
Hujah yang menolak
Perkara ini ditentang oleh ulama yang lain melihat kepada beberapa sudut:
Pertamanya, dalil yang digunakan jumhur fuqaha kebanyakannya statusdhaif(lemah) bahkan sampai ke tahap palsu. Contohnya, hadis Abdullah Ibn Umar RA di atas dihukum ulama hadis seperti Abu Hatim Rhm. sebagai palsu yang tiada asalnya. Ibn Abdul Barr Rhm. juga mnyebut hadis tersebut munkar dan palsu.
(Lihat:Bulugh al-Maram, 297)
Keduanya, walaupun sebahagian dalilnya sahih namun penghujahan tidak menepati konteks hadis tersebut bahkan bercanggah dengan nas-nas lain khususnya amalan Nabi Muhammad SAW. Perkara ini jelas terbukti apabila Nabi mengahwinkan sahabat dan kaum kerabat Baginda tanpa mengambil kira darjat dan keturunan.
Antaranya, nabi mengahwinkan Zainab Binti Jahsy R.anha (sepupu) daripada kerabat Bani Asad (kabilah Quraisy) dengan hambanya, Zaid Bin Harithah RA.
(Lihat:al-Ishabah Ibn hajar, 8/153)
Selain itu, nabi memberi arahan kepada Fatimah Binti Qais R.anha daripada Bani Fihri (Kabilah Quraisy) agar mengahwini Usamah Bin Zaid RA (hamba Rasulullah SAW)
Riwayat Muslim (1480)
Begitu juga Rasulullah sendiri mengahwinkan Uthman RA dengan dua anak perempuannya, Ruqayyah dan Umi Kalthum R.anhuma sedangkan Uthman RA datang daripada kabilah Bani Umawi yang mana kedudukan keturunannya lebih rendah daripada keturunan anak-anak perempuan Nabi Muhammad SAW yang lahir dari leluhur Bani Hasyim.
(Lihat:al-Ishabah, 4/377)
Tarjih
Berdasarkan huraian dan keterangan di atas, kami berpandangan bahawa pandangan yangtidak mensyaratkan sekufu dalam aspek keturunan lebih tepatbersandarkan dalil-dalil umum daripada al-quran dan pengamalan Nabi SAW sendiri yang menunjukkan bahawa tidaklah seseorang itu lebih mulia daripada yang lain melainkan tingkatan takwa.
al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya,Fathul Bari(9/133) sendiri memberi komentar bahawa hadis-hadis yang mensyaratkan sekufu dalam aspek keturunan kesemuanya tidak sahih.
Namun begitu, melihat kepada isu ini dengan lebih menyeluruh, adalah suatu yang difahami bahawa aspek keturunan kadangkala perlu diberi perhatian bagi mengekalkan kestabilan rumah tangga selain daripada menjamin kegembiraan kehidupan suami isteri seharian di samping mengelakkan pandangan serong masyarakat terutamanya saudara-mara terhadap kedua mempelai dan keluarganya dek perkahwinan yang tidak sama taraf kedudukan dan kemuliaan susur galur keturunan.
Walau bagaimanapun, faktor ini hanya boleh dijadikan sebagai faktor pelengkap sahaja, bukanlah syarat sah sesebuah perkahwinan apatah lagi jika pengantin perempuan dan walinya sendiri sudah redha dengan kehadiran bakal pengantin yang bukan berketurunan ‘syed’.
Nasihat dan syor
Syariah memberikan beberapa panduan berkaitan kriteria pemilihan pasangan yang sewajarnya diikuti bagi menjadikan suatu perkahwinan berada dalam kedudukan yang terbaik. Antara hadis yang menjadi rujukan utama sepertimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA,
:
Maksudnya:Wanita dinikahi kerana empat perkara; harta, kemuliaan keturunan, kecantikan dan agama. Namun begitu, carilah yang baik akhlaknya nescaya kau akan beruntung.
Riwayat al-Bukhari (5090)
Hadis lain yang lebih spesifik menyifatkan bahawa kriteria utama bagi pemilihan pasangan untuk anak perempuan kita ialah agama dan akhlak yang baik. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya:Apabila datang kepada kamu (golongan wali) mereka yang kamu redha akan akhlak dan agamanya maka kahwinkanlah dia (dengan anak-anak perempuan kamu). Sekiranya kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan juga kerosakan yang besar.
Riwayat Ibn Majah (1967)
Hadis-hadis di atas menerangkan bahawa sebenar-benar kayu ukur kejayaan sesebuah rumah tangga adalah memilih pasangan yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia kerana perkara tersebut menjadi tunjang utama keharmonian rumah tangga. Akhlak yang baik memberi jaminan kebahagiaan rumah tangga berbanding kecantikan, kekayaan mahupun keturunan.
Wallahua’lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku kenal dengan keturunan yang feeling suci ini memang menyampah laa..konon dorang la keturunan terbaik diatas muka bumi allah ini..jangan kutuk keturunan dorang sbb secara automatik ko akan mengutuk Nabi muhammad saw.![](static/image/smiley/default/sweat.gif) ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun terkejut masa dia cerita tu... lawak je perangai diorang ni... menjawab pada persoalan:
1. boleh ke syed kawen ngan bukan syarifah... boleh tapi anak jadi mudblood... bukan pure...
2. boleh ke syarifah kawen dengan bukan syed... boleh tapi anak dah tak jadi keturunan mulia bak kata deme la... dan biasanya akan ala2 dipulaukan masa gathering... biasanya kalau yang kawen bukan dengan syed akan limitkan pergaulan dengan pure blood syed syarifah ni...
masih ramai tau yang pandang benda ni tapi ada jugak syed syarifah yang ok n tak layan menda2 camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya selaku mak kepada beberapa orang anak, berharap semoga anak2 saya kelak tidak bercinta dengan keturunan syed sharifah.
Tak sudi saya melihat perasaan anak2 saya bakal dipermainkan. Satu lagi, nak bermenantukan deme pun saya lebih2 lagi tak sudi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan i syed ada kawin dgn syarifah..
Dh lakk tu hensem..die pn cute...ada baby comel..life is not fair!! Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-5-2021 11:15 PM
actually isi artikel ni tragic dan serious
tapi bila ditulis dengan sebegitu gaya , i minta maaflah i tergelak tang part akhir tu yg doktor tu hanya refer dia ke psychiatrist je?
awat tak pi urologist or endocrinologist , psychologist etc?
ya ALLAH
i mean....kesian kan dia?
ni kesan consanguinous marriage , tak digalakkan tau, sebab ada implikasi pada sebaran kandungan genetik dan teraktifnya gen gen ynag berbahaya dan dormant.
ingat ye kita share 1/8 genetik material dengan kita nyer 1st cousin ye.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 25-5-2021 11:13 PM
actually isi artikel ni tragic dan serious
tapi bila ditulis dengan sebegitu gaya , i minta maafl ...
Yes. Treatable. Dengan hormon. Ade lady kat UK sampai burjaye preknen. She was born with male kromosoms. Teknikally a male but loox juz like any other female.
Pegi la korang gugel.
Baidewei apehal timbol kes Syed/Syarifah ney? Bukannye inbreeding. Biaq pi la depe nak mengaku keturunan nabi ke.. Aku ney keturunan firaun teros hade haku kesah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Geng syed sharifah ni tahu tak queen Elizabeth tu keturunan ke 43. Korang keturunan nombor berapa? Elizabeth tu keturunan dari princess zaida (andalusia) yg murtad. Jelas terbukti iman tak dpt diwarisi & hanya nabi bersifat maksum. |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 25-3-2021 11:12 AM
iye weih... gelak aku masa dia explain... gigih benau hantar birth cert ke mekah sana untuk dapa ...
Jangan euw sangat, hari2 dok at least 5 kali salawat ibrahimiyyah kan?
Ke xbaca? |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 25-5-2021 08:26 PM
aku pun terkejut masa dia cerita tu... lawak je perangai diorang ni... menjawab pada persoalan:
...
Kat ganu mak ayah keturunan tuan. Anak2 syed, syarifah. Aku pelik asal tak jadi tuan gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu x silap ada je gelaran syed syarifah tapi keturunan tamil ...celah mana arabnya....ada kawan i mmg sah2 keturunan tamil walau nama syarifah...tapi dia ni baiklah x berlagak dgn gelaran dan komited tang kerja...i suka bila org tu buat keje sungguh2..kita pun termotivate dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu kalau pangkal nama2 camni aku macam susah nak percaya sangat... cam pelik kenapa jadi tak sama... jpn pun mcam dah tak strict sangat dah pasal pangkal2 nama ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
kena senaraikan eh segala amal ibadah aku eh... kalau aku senaraikan, boleh tak aku mendabik dada sebab keturunan syed syarifah pun belum tentu amalkan selawat tu... apatah lagi ibadah lain... hahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni pernah dengar... katanya untuk anak yang lahir jadi jumaat akan diletakkan gelaran ni...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|