CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: FOTHER-MUCKER

Kami keluar beli barang bukan ‘jalan-jalan’, kata penduduk pedalaman Sabah selep

[Copy link]
Post time 2-2-2021 12:13 PM | Show all posts
Kalau Bas lebih 50% kapasiti, bukan ke patut saman syarikat bas tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 12:13 PM | Show all posts
Polis2 yg menyaman ni pndidikan tahap mana eh ? ke polis bantuan jah spm cukup2 makan ? tu yg bebal common sense ke lautan hindi... nak saman pun agak2 la... org pedalaman tu kadg mn la tahu sgat perihal sop terbaru... dah la pkp pkpb pun kejap berubah2 diorg pun confuse gamaknya psal update terkini....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku heran org yg sah2 berkumpul ramai2 .. dgn pakai mask nya tak betul kt tempat aku ni xde pulak polis datang ziarah.. yg dok sorang2 pulak dia gi kacau
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku heran org yg sah2 berkumpul ramai2 .. dgn pakai mask nya tak betul kt tempat aku ni xde pulak polis datang ziarah.. yg dok sorang2 pulak dia gi kacau
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:14 PM | Show all posts
Kes macam ni patut kena guna budi bicara bukan semua boleh by book
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:18 PM | Show all posts
xde hati perut sungguh saman org miskin..menteri aman2 dok merayau xde hala tuju tu boleh pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimek lar org kg miskin pun disaman
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
reaksi pulisi, NO KOMEN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw aiols suke kopi tenom...dappp
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:57 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 2-2-2021 11:47 AM
Kerjaan tebuk atap terbukti dable standard.

kena dapat penjelasan dulu.  kadang2 ada kakitangan yg mmg celaka.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis tu xda budi bicara ke? Org tua kot.. bkn budak remaja nak berjalan2 ke hulu hilir..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:04 PM | Show all posts

Beli Barang Bukan ‘Jalan-Jalan’, Penduduk Pedalaman Sabah Kesal Dikompaun RM1,0

KOTA KINABALU: Hasrat sekumpulan penduduk keluar membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan di pekan Tenom bukan saja tidak kesampaian malah mereka dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).


Dalam kejadian 27 Jan lalu, lapan penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.


Bagaimanapun, beberapa penduduk ditemui menyatakan kesedihan kerana kesalahan itu bukan disengajakan, lebih-lebih lagi jarak kampung mereka yang agak jauh dari pekan Tenom dan sukar berulang-alik semata-mata untuk membeli barang keperluan.




Kredit foto: Free Malaysia Today




Seorang penduduk Irip Pang berkata, tujuan dia mengikuti perjalanan itu untuk membeli barang keperluan cucunya yang masih kecil dan berstatus orang kurang upaya (OKU).


“Bukan saya turun untuk jalan-jalan, saya mahu membeli (barang keperluan) untuk cucu saya, susu dengan lampin pakai buang, tiada yang menjaga dia (cucu) sebab ibu dia sudah meninggal dunia, suami saya pun sudah terlalu berusia dan tidak mampu keluar.


Seorang lagi penduduk Buriat Alipan berkata, dia terpaksa ke pekan pada hari itu kerana mahu membeli ubat kakinya yang sakit selain bekalan makanan.


“Mereka (polis) beritahu PKP, tetapi macam mana saya tidak turun (ke Pekan Tenom), saya mahu beli ubat kerana kaki saya pun sakit, sampai sekarang sakit sebab itu saya terpaksa pergi ke pekan.


“Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja melakukan kesalahan itu, bukan keluar untuk suka-suka,” katanya.




Foto: Free Malaysia Today




Sementara itu, pemandu bas Ruil Taligi berkata dia pada mulanya tidak mahu membenarkan bas berkenaan dinaiki lapan penduduk kampung terbabit kerana sudah melebihi kapasiti asal.


Katanya, bagaimanapun dia kasihan dengan penduduk kerana ada dalam kalangan mereka yang benar-benar perlu ke pekan untuk membeli barang keperluan.




Foto: Free Malaysia Today





“Polis memberitahu saya yang telah lebih muatan (penumpang bas), saya sudah beritahu mereka (penumpang) tetapi mereka mahu ikut juga dan saya kasihan kerana mereka bukan selalu dapat keluar untuk membeli barang keperluan.


“Saya merayu kepada polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya itu, kalau boleh beri amaran dulu atau saman saya seorang saja, bukannya mereka (penumpang) kerana mereka golongan susah yang hanya mahu keluar membeli barang keperluan, bagaimanapun anggota itu tetap mengarahkan kami pergi ke IPD (Tenom),” katanya. -CARI


Sumber: Free Malaysia Today
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:05 PM | Show all posts
Orix replied at 2-2-2021 12:13 PM
Polis2 yg menyaman ni pndidikan tahap mana eh ? ke polis bantuan jah spm cukup2 makan ? tu yg bebal  ...

aku tau 2 orang kawan skolah aku yg jd polis (atau polis bantuan).
dua2 kat kelas nombor belakang2.

but aku rasa tu bukan alasan. dalam latihan mesti lah dah meliputi semua aspek kan termasuk empati dan critical thinking?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa en polis x blh fikir ke? Tu kn kat kg bkn bandar
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk mata pun sayu..
Mmg nak.kerja badan uniform ni Hati mmg kena kering..
Kalau aku..mau semua selamat Jenis Hati mudah kesian kat org..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Weyhh.. Kesiannya.. Sampai hati orang yang menyaman. Mana pergi rasa ihsan sesama manusia. Disebabkan covid ni, rata-rata orang dah hilang sifat kemanusiaan.

Rumah pelacuran buka tak apa, ahli politikus tarik mask bawah dagu takpa..

Orang susah pi beli makanan, terlebih muatan kena kompaun. Apa salahnya nasihat dan bagi amaran dulu. Ataupun laporkan pada adun tentang masalah pengangkutan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Huru hara penguatkuasa malaysia ni. Dr dulu lg sbnrnya. Aku pun x paham mcm mn org yg bijak pandai dlm kerajaan ni.

Cth simple. Smpi skrg isu cermin gelap antara jpj dan polis x ada kata putus. 2 standard yg berbeza dlm negara yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri bukan main rmi langgar sop tk kena saman plak.. dah temtu3 lebih dr mampu.. siap dpt diskaun lg u know who.. rakyat marhen yg gaji kdg tak smpai 1k pon sbulan plak kne saamann
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hati betul yang saman tu.

Btw memang kena kejar quota saman ke macam mana? Teruk betul kalau memang ada quota kena saman berapa orang sebulan.

Ni orang2 tua kot dik, bukannya orang muda. Orang tua dah tak larat macamni takkan la saja2 nak keluar jalan2. Lain la muda mudi remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:34 PM | Show all posts
siannya tgk cucu n nenek tu..
mcm mana laa nasib cucu tu bila nenek da tiada..

takde rasa simpati ker masa nak keluarkan saman tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.156610 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list