|
|
[Politik]
Pakar Kesihatan Rayu Campur Tangan Agong Henti PRU15, Barisan Hadapan Tertekan
[Copy link]
|
|
|
Edited by Rogue98 at 7-1-2021 09:13 PM
Sabar lah...Pru15 lambat lagi. Nanti vaccine sampai oklah tu. Korang x tau ke yg aniaya korang skrg ialah Abahcow n kerajaan PN sendiri lah... Singapore last mth dah start bagi vaccine kat rakyat dia. Tapi gang Abahcow? Dah lah harga vaccine pun nak manipulate....saja lambat2 kan deal sampai Agong pulak yg kena pi UAE mintak tolong. Pastu takde pemantauan....polis askar pun dah tak serbu dah tempat2 public mcm mall , asrama2 pekerja, kat penjara pun xde sop. Korang ingat Umno BN tak bengang ke....berpuluh tahun diaorang bangun kan negara skrg hancur tak sampai separuh penggal pun di tangan PHanching n PNtat...rakyat merana sampai hilang rumah, kerja, pendapatan, terpaksa keluar Kwsp etc. Korang komplen penat tapi patut syukur masih ada kerja. So kalau ada yg taknak Pru15...fikir2 lah rakyat lain yg menderita hilang job ,ekonomi jatuh sbb kerajaan skrg x reti nak manage....tgk ajerlah KJ naik basikal pun boleh jatuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zjen at 7-1-2021 10:02 PM
'beberapa pihak' yg nak PRU segera ? setahu iols cuma UMNO satu pihak je yg beria ia ... PAS pon x nampak ada minat , PPBM genti lagi takut
MCA MIC senyap je
belah sana DAP pon x nampak ada minat, PKR, PAN, Pejuang konpem lagi kecut
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa la nk jd..benci aku dgn org politik ni..muka x tau malu.sama je semua mana ada ikhlas nk tlg rakyat nk merompak duit rakyat adalahhh..reta 7 keturunan pon x hbs..lg tamak loba. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah bangnon nye pon bila nak cukup numbers...peluang keemasan nih nak buktikan kat rakyat mcmn bangnon tangani kobid..tapi masih krik krik, kobid je yg numbers meningkat tiap hari  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buat pru juga nanti bawa penyakit masuk negeri orang lain pula kan {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harap semua ahli politik yang tamak kuasa kena covid tahap terteruk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri2 umno tu takde dalam senarai yg presiden umno bagi masa nak pilih kabinet...nama mcm kj , h20 , annuar musa xde dlm list pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila laaaaa drama2 politik ni nak berakhir. janji2 ditabur masa sebelum pru je. lepas pru nasib rakyat tetap sama. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ari tu agong dh nasihat ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 7-1-2021 06:02 PM
Rakyat boleh main peranan..jgn pgi mengundi
Yeppp.. betul.. ko buatlaa pilihanraye ke ape kee.. kita kikikiki pi duk rumah rehat.. bior politaik nangis seko seko beekempen.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asudau replied at 8-1-2021 07:41 AM
harap semua ahli politik yang tamak kuasa kena covid tahap terteruk
Depa ni selagi tak.kena tanam dlm tanah selagi tuu laaa.. moga semua ahli politaik dpt pnyakit misteri terus kojol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mana pakar2 kesihatan ni semua bila muhyiddin lepas rentas negeri time kes covid ribu2, tak tutup sempadan sabah awal2, tak kuarantin wajib, singkatkan tempoh kuarantin, mp positif pun lps masuk parlimen, blabla. frontliner sendiri pun sampai jd kluster knp tak nasihat ikut sop mcm rakyat marhaen yg kena? pi la nasihat muhyiddin tu. dah berbulan2 kes ribu2, blh dibaginya rentas sempadan. sana sini kluster punca dpd rentas negeri
dah berbulan2 kes ribu2, apa yg kerajaan sekarang buat? jaga ekonomi? ekonomi pun dah dah nak sampai level tapak kali indon dah kita ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
stop respecting stupid politicians. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Elokla kalo kerajàan lain plak yg ambik.abah dah gagal dah...3 ribu kes tetap x de sekatan mmg fail..aku ni dok la tunggu kes reda nak balik kampung.risau my mom ada diabetic .ujung ujung dok melepet kat rumah sampai nak bukak sekolah balik...ni dok tekan nak bukak sekolah ikut takwim plak...bang non pls buat langkah syaitann |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tertekan kehulu, tertekan kehilir....
Resign sudah la ......
macam siyallllllll....gebang konon pandemik masih terkawal
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bulalof replied at 8-1-2021 09:08 AM
stop respecting stupid politicians.
They dont need your respect...they just do anything that will ensure they sustain their positions.
faham? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 8-1-2021 07:44 AM
menteri2 umno tu takde dalam senarai yg presiden umno bagi masa nak pilih kabinet...nama mcm kj , ...
Akak dah cross check belom senarai nama penerima jawatan glc yg byk dimonopoli umno? Punya la ramai org umno dpt jawatan dr abahcow termasuk la Anak jahid pom dapat laa...secara keseluruhan mlysia ditadbir oleh org umno tp pm jah dr bersatu..alaa bersatu pom dr dna umno gak..negeri2 pon byk jatuh dkt owg umno gk..so kenapa nk pru? Umno kan sebahagian dr kerajaan la ni...kalau akak nampak pn tu buruk, bn pon buruk jgk la...jgn nmpak salah pn jah, bn pura2 x nmpak plak...  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gawat Covid-19: 'PN hentikan berbalah, membawa celaka'
Diterbitkan Hari ini 11:11 pm
Dikemaskini Hari ini 11:24 pm
Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata dengan kes positif melepasi 125,000, kematian melebihi 515 dan hari ini merekodkan kes terbanyak 3027, Malaysia berada dalam posisi yang amat gawat.
Ini, katanya dapat dilihat apabila kemudahan kesihatan awam khasnya hospital Covid-19 sudah hampir sarat dengan pesakit, manakala bagi mereka yang tidak bergejala tidak lagi dimasukkan ke hospital dan menjalani kuarantin di rumah.
Semalam KKM memaklumkan sistem penjagaan kesihatan awam negara sedang berada pada "tahap genting."
Justeru, Dzulkefly menyeru kepimpinan gabungan politik negara supaya menumpukan usaha menangani pertambahan kes Covid-19.
"Berhenti berpolitik termasuk berbalah sesama sendiri dalam Perikatan Nasional, sekaligus membawa celaka dan ketidakstabilan buat rakyat dan negara," tegasnya pada hantaran di Facebook malam ini.
Menurut Dr Dzulkefly "pemimpin negara semakin kaget dan cenderung untuk sekadar mengenakan PKP sahaja."
"Sementara itu ada sebahagian pemimpin politik berangan-angan untuk membubarkan parlimen dan mengheret rakyat untuk berpilihan raya," katanya.
Ahli parlimen Kuala Selangor dan pemimpin Amanah itu mengulas kemelut antara dua parti teras utama PN, Umno dan Bersatu.
Mesyuarat MT Umno yang dipengerusikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno, yang dijadual 31 Januari ini.
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.
Menurut laporan, sebanyak 189 bahagian Umno membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat bahagian masing-masing.
Bagaimanapun bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa berkata dia mendapat maklumat hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan parti serpihannya itu.
Selain itu, terdapat gesaan yang kuat supaya PRU15 diadakan segera daripada pemimpin Umno.
Sementara itu, Dr Dzulkefly juga mengulas surat terbuka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang ditandatangani lebih 40 pakar perubatan negara.
"Surat terbuka ini sememangnya tepat dan wajar untuk perdana menteri kelapan bertindak!
"10 pelan tindakan kritikal yang disarankan dalam surat terbuka ini adalah amat mustahak dilaksanakan segera," katanya lagi.
Menurut surat terbuka itu, pakar-pakar mengambil maklum "pengurusan pandemik Covid-19 negara memberi gambaran yang suram dan tidak terkawal."
"Walaupun dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain, laporan harian kes masih tidak menunjukkan tren penurunan.
"Kadar Insiden Terkumpul (bagi setiap 100,000 penduduk) dan Kadar Kebolehjangkitan (kes aktif bagi setiap 1,000 penduduk) tidak melandai, dengan Kadar Kebolehjangkitan berada pada tahap 0.879 bagi setiap 1,000 penduduk.
"Ini bermaksud antara 8 hingga 9 orang telah dijangkiti untuk setiap 10,000 orang," kata mereka.
Lantaran itu, pakar-pakar ini mengusulkan sepuluh tindakan yang boleh dilakukan kerajaan, antaranya dengan memindahkan semua pesakit bukan Covid-19 ke hospital kerajaan dan swasta yang tidak merawat pesakit Covid-19.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|