CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Azza

Pelajar Saman Guru Lagi - 'Banyak Saman Ni, Kementerian Tak Buat Apa Ke?'

[Copy link]
Post time 25-12-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 25-12-2020 11:21 AM
Aku dulu masa form 4,cikgu fizik aku sethn tak masuk. Mcm2 alasan die kasik, tgh amek lesen motor la ...

Tu le uols..guru yg betul mengajar dan mendidik mmg kita akan kenang jasanya sampai mati..ustazah iols tak pernah marah weols...takde bebel tak tentu pasal.tp ada sekali dia tegur mcm mak2 bab aurat...huhhhu..mmg tak dinafikan jaman sekolah tu pakai tudung waktu sekolah ja...pi koko seme tudung melayang dah...
Cikgu kt sabah ni 7 bulan tak masuk kelas hilang mia..pengetua tak buat apa.,ppd tak buat apa..mendapat la masing2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu sejarah aku dulu mengajar silibus tak abis..tiap kali dia masuk kelas asyik ulang ajar bab 1..selebihnya blajar sendiri jer..nasib baik subjek sejarah je pun. Even cikgu tak abis ngajor pun still boleh dapat A.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 25-12-2020 08:11 PM
Tu le uols..guru yg betul mengajar dan mendidik mmg kita akan kenang jasanya sampai mati..ustazah  ...

Ntahla tp mmg ada ppd tu saje nk protect cikgu2 mcm ni. Yelah cikgu kalau kene buang nnt deme nk keje ape, camne nk byr loan gaji dah sedap kan. Org keje kerajaan ni kalau kene buang mmg sbb dh terlalu bermasalah la tu, swasta pun tak berani nk amek keje. Sbb tu ada sesetgh cikgu tu walaupun ada masalah mental ke panas baran ke tetap la jd cikgu gak. Kalau kt unit lain dh lama kene medica board, pencen awal atas masalah kesihatan. Cuma lately je org dh celik skit takdela membabi buta nak agungkan kerjaya cikgu.

Hopefully kes ni membuka mata cikgu2 jgn smbl lewa je ngajo. Ujung2 salahkan anak murid buat cikgu takde mood nk ngajar hhhmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nape cikgu english lain sikit dia punya peel ya?cikgu english iols dulu kat sekolah peel dia irritating sgt.sampaikan markah exam ktorang dia main sapu je.jarang masuk kelas.last mnute nk spm baru terhegeh2 nak habiskan silibus novel the pearl.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ai respect cikgu cina india ai.bersungguh ajar anak murid.kalau cikgu melayu lebih lebih lagi cikgu lelaki macam tu la perangai .
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni aku setuju cikgu2 ni disaman sebab tak jalankan tugas dengan baik. Alkisah sorang kawan sedara aku ni cikgu perempuan dia kena ngajar di sabah/sarawak tapi dia dah ada anak dan suami. So lepas beranak dia tinggal anak suami dia di semenanjung. Kemudian dia buat hal jadi meroyan sedih2 menangis rindu anak suami. Kemudian dia lari balik semenanjung tak nak balik mengajar dah. Tapi paling buruk perangai ialah dia sanggup ambil duit gaji, dia bukan tak tau haram makan gaji buta mengikut ajaran agama islam. Kemudian selama 9bulan juga la dia makan gaji buta. Ada orang buat report ke atau kementerian datang siasat, dia akhirnya diberhentikan kerja. Kemudian takde kerja mula rasa menyesal sebab ikutkan hati. Begitulah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Kini beliau selalu mengenang nasib dirinya yang menolak rezeki. Mungkin setiap perkara ada hikmahnya. Kesian anak2 murid, cikgu buat hal anak murid dizalimi. Jangan benci kerja cikgu yang mulia tu, bencilah si pelaku durjana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2020 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
[quote]kroit92: masa aku tingkatan 4, (2008)  dapat cikgu Sejarah, cikgu lelaki.setahun tu, dia masuk kelas beberapa kali je. selebihnya dia "sibuk", kami kena

Aku ada kawan yang pandai matematik/sains tapi sejarah out gagal. Dia tak suka membaca hafal fakta barangkali. Setahu aku sejarah ni subjek paling 'kacang'. Hanya perlu hafal fakta saja. Kau tutup mata tulis exam goreng sana sini pun dah boleh dapat A1 atau B paling busuk. Sebab nak dapat A dalam sejarah hanya perlu ingat beberapa fakta dan pandai 'goreng'.  Aku membaca dan minat sejarah sejak aku darjah enam. Aku baca buku sejarah tingkatan 3 kakak aku punya time tu. Entah apa yang buat aku sangat minat sejarah, mungkin sebab waktu tu aku anggap buku sejarah ni macam buku cerita hahaha. Aku siap curi baca buku sejarah tu sampai kakak aku naik angin marah kat aku sebab selalu curi pinjam buku dia. Nak minta izin dia tak bagi, jadi terpaksa curi2 hahaha{:laugh{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
SayaSayangMama: Aku plak mmg malang betul la cikgu add math yg sama dr form 4 ke form 5. Masa tu duk asrama xde la tusyen. Klu duk dgn parent aku mesti pg tusyen. Cik ...


Mungkin kau malu bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Memang betul ke dia tak mengajar langsung time mengandung tu atau kau propa lebih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah pergi 3 buah sekolah, dua sekolah ada prestij satu lagi sekolab baru nak up, kiranya sebelum ni takde apa2 prestij tetiba dinaikkan taraf. Aku dapati cikgu2 di sekolah berprestij tu sangat2 rajin dan siap sanggup mengajar dengan penuh dedikasi. Di sekolah satu lagi tu yang baru dapat taraf tu pula asalnya sekolah yang taraf sekolah bukan favorite ramai, sekolah takde bintang orang kata. Lepas tu cikgu2 dia ada yang rajin dan ada yang sangat2 malas. Ada sekali aku nampak banyak kali kelas sebelah takde guru masuk. Bilik kelas tu sangat bising, pelajar2 perangai macam beruk mengalahkan beruk di hutan atau kanak2 darjah satu. Padahal umur dah boleh mengawan dah. Memang sangat2 giler masa aku bertukar ke sekolah tu. Aku bertukar ke sekolah tu sebab aku nak tukar aliran. Tapi sayang cikgu2 sekolah tu banyak yang tak berapa dedikasi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah pergi 3 buah sekolah, dua sekolah ada prestij satu lagi sekolab baru nak up, kiranya sebelum ni takde apa2 prestij tetiba dinaikkan taraf. Aku dapati cikgu2 di sekolah berprestij tu sangat2 rajin dan siap sanggup mengajar dengan penuh dedikasi. Di sekolah satu lagi tu yang baru dapat taraf tu pula asalnya sekolah yang taraf sekolah bukan favorite ramai, sekolah takde bintang orang kata. Lepas tu cikgu2 dia ada yang rajin dan ada yang sangat2 malas. Ada sekali aku nampak banyak kali kelas sebelah takde guru masuk. Bilik kelas tu sangat bising, pelajar2 perangai macam beruk mengalahkan beruk di hutan atau kanak2 darjah satu. Padahal umur dah boleh mengawan dah. Memang sangat2 giler masa aku bertukar ke sekolah tu. Aku bertukar ke sekolah tu sebab aku nak tukar aliran. Tapi sayang cikgu2 sekolah tu banyak yang tak berapa dedikasi. Aku sangat sedih cikgu2 melayu beragama islam tak amanah pada tugas kerja mereka. Tahukah mereka makan gaji buta itu haram? Makanan pakaian etc yang dibeli dari gaji tu juga haram,no wonder ramai umat islam sekarang doanya tak makbul. Bukan cikgu2 je yang suka memonteng, hampir kebanyakan kakitangan kerajaan mempunyai masalah sama. Mereka suka ambil mudah waktu bertugas dan time makan pula boleh berehat lama2. Tak tahu ke mereka itu juga dah dianggap sebagai curi tulang? Akan efek keberkatan gaji kerja anda. Wahai umat islam sila berubah, jangan nanti anak2 isteri/suami anda terima kesan akibat kelalaian anda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 25-12-2020 07:04 PM
Macam mana nak define mengajar ala kadar tu? Asal pelajar masuk tuisyen terus dicop mengajar ala k ...

Masa aku darjah lima enam dulu, mak bapa aku dah hantar aku ke tusiyen bahasa ingeeris matematik dan sains. Aku akui aku ni agak lembab subjek2 ni. Tapi ada juga kawan aku yang pintar dari aku masuk ke tuisyen. Sejak aku masuk tuisyen aku jadi lagi pintar dari kawan aku tu hingga kawan aku tu jadi jeles dengan kebolehan baru aku. Bila aku tak pergi seminar bahasa yang dianjurkan guru kelas, dia pun ikut sama. Hasilnya keputusan exam dia dapat kureng dari aku. Kemudian cikgu tuisyen puji aku kata aku dah banyak berubah lepas kena marah dengan beliau sebab lembab. Kadang2 guru mengajar terlalu membosankan sampai aku mengantuk buat pelajaran tak masuk otak padahal makan di kantin cukup. Cuma lembab2 aku pun aku sentiasa masuk kelas A dari darjah satu hingga darjah 6 wakkakakakaka. Itulah pengalaman aku mengenai kekurangan pengajaran di sekolah. Kadang2 karisma seorang guru mainkan peranan. Seorang guru yang tegas dan garang boleh buat pelajar lembab cam aku ni jadi cerdik. Hasilnya aku berlatih ulangkaji bersungguh2 sampai aku boleh kuasai subjek tu sebab aku takut dan malu kena marah di kelas tak boleh jawab soalan math. Mak aku pun hairan aku tak tido tengah malam asyik belek buku saja. Menurut pandangan 50sen aku, style pengajaran, karisma seorang guru, taraf sekolah etc mainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar cemerlang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni punya kes pun ada. Apa kt srh bdk2 ni bukak sekolah sendiri. Abah ko jd pengetua, mak ko jd cikgunya.

Ha mudah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa kat ipt ada srg lecturer math ni dia ajar math 1 jam..lg 1 jam dia ajar falsafah hidup yg berkait dgn teori yg dia ajar cth jajang arimetik .jajang geometri...setgh dr bdk klas i x suka cara dia ajar sbb x faham tapi setgh lg suka termasuk i...i blh score A+ subjek dia sbb i suka cara dia ngajar...dr sek dulu i x suka cikgu yg ngajar ikut silibus dan tertakluk skena jwo..i suka cikgu yg buatkan pelajar dia think out of the box dan bila i jd pendidik i try to implement the same method..sadly gen z ni adalah gen manja yg minta disuap walau x semua
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu tengok anak2 Cikgu yg jenis makan gaji buta ni xmenjadi ape pon...sbb makan duit haram.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cayok dik...semoga adik berjaya jadi org yang berguna....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu i dulu. Malas yang amat. Masuk kelas suruh buka buku text dan salin balik dalam buku. Dia duduk termenung hingga masa habis. Sakit hati i.

Lagi satu cikgu tak masuk kelas 6 bulan kerana salah laku sentuh2 pelajar. Kerana di complain dan malu tak masuk kelas. Tiada cikgu ganti. Dah lah nak spm.

Sigh.. Tak ikhlas mengajar langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu2 ni bukan nak sangat jadi cikgu pun..
Sebab tak boleh survive swasta, masuk la jadi cikgu.
Ada yg sandaran/kontrak lama2 sebab tak cukup syarat nak jadi tetap, kpm serap jadi cikgu.
So itu la level cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:46 AM | Show all posts
Itzy replied at 26-12-2020 03:24 AM
Masa aku darjah lima enam dulu, mak bapa aku dah hantar aku ke tusiyen bahasa ingeeris matematik d ...

Cerita seperti ini sangat tak jelas untuk dijadikan asas bagi menyalahkan atau lebih berat lagi untuk menyaman guru. Selain ianya terlalu terpencil, ianya juga bersifat sehala, penilaian dari satu perspektif, tidak adil, boleh didebatkan dan kesan yg mungkin tak sihat kepada komuniti pendidikan.

Contohnya seperti belajar di tempat tuisyen.

Pertama sekali situasi seorang guru sekolah dan guru tuisyen tidak sama, langsung tak boleh buat perbandingan.  Selain dari komiten yg berbeza, guru sekolah handle berpuluh-puluh mentaliti, perangai dan tahap iq pelajar yang berbeza sedangkan guru tuisyen pada asasnya hanya handle tahap iq pelajar dalam beberapa orang sahaja. Oleh sebab itu, memang akan ada keistimewaan yang diberi guru tuisyen berbanding disekolah, maka sebab itu ianya perlu dibayar berasingan..tetapi ini tak boleh digunakan untuk menyalahkan guru sekolah tetapi ianya perlu dilihat lebih kepada pelengkap pembelajaran.


Lihat pulak dari segi usaha pelajar, walaupun lembab misalnya, tetapi lepas sekolah dia teruskan usaha belajar, samada belajar sendiri atau hadir tuisyen maka hasilnya akan berbeza berbanding dengan pelajar yang lepas sekolah merayau dan merempit. Memang betullah, tak dinafikan peranan guru tuisyen membantu, tetapi bila menghadiri tuisyen perlu difahami peranan dan elemen usaha pelajar itu sendiri dah berlaku. Klu hadir tuisyen pun klu tak mau belajar tak akan ada pandainya pun.. pointnya tak usaha maka mcm mana nak dapat sesuatu.


Motivasi pelajar yang datang tuisyen juga berbeza kerana niat itu dah berbeza, ada pelajar datang sekolah sebab dah jadi kebiasaan, datang sekolah nak berborak nak kongsi perasaan, dtg sekolah nak minta perhatian, jiwa nak bermain shj, sebab tujuan pelajar kesekolah dipengaruhi perkara negatif maka ini sebabkan mereka tak fokus kepada pembelajaran, lepas itu jadik bosan etc...Takkan semuanya nak letakkan kesalahan pada guru semua tu. Tetapi pelajar yang datang tuisyen automatik niat tu dah perlu betul, kerana kalau tak nak belajar, buat apa nak datang tuisyen.

                                                                                                ***

Sekarang ini pula pasal bosan semasa belajar disekolah. Kenapa jadi bosan? Kenapa pelajar kalah dengan perasaan bosan? Kenapa perasaan bosan itu lebih besar dari tanggungjawab belajar? Kenapa perasaan bosan boleh mengalahkan cita-cita pelajar? Kenapa pelajar tidak dapat melawan perasaan bosan itu sendiri. kenapa pelajar lain tidak bosan dan boleh ikut pembelajaran? Pentingkah kebosanan pelajar seorang individu ini diambil kira? Sejauh mana kroniknya kebosanan ini? ada banyak lagi soalan yg boleh ditanya, ni semua mesti ada penyebabnya..


Usaha dari guru itu misalnya bolehlah menambah elemen yg menarik sewaktu mengajar tetapi ini semua ada had, ianya bukan jawapan sempurna. Malah terkadang tujuannay nanti boleh lari iaitu dari belajar dgn tujuan akademik jadik berhibur pulak, aku rasa tak ada masalah kalau guru ni nak bawak pelajar bergembira tetapi jangan pula sampai mengorbankan akademik. Aku boleh bayangkan susahnya nak cari balance diantara kedua perkara tersebut yg boleh memberikan kepuasan kepada berpuluh-puluh pelajar dalam kelas. Kalau nak tengok secara umum, cuba tanya setiap pelajar guru kesukaan mereka, mereka akan beri jawapan yang berbeza. Sekarang.. aku pun tak pasti adakah kita boleh salahkan guru dan saman mereka yang dikatakan kurang mampu untuk menambah elemen menarik semasa mengajar, atau guru yang kurang karisma, atau muka tak hensem?

Sekarang kita cuba lihat dari sisi peranan ibubapa pasal masalah bosan ini. Adakah Ibubapa ini tak didik anak mereka tentang tanggungjawab itu perkara penting dalam mencapai sesuatu perkara sehingga perkara yg tak penting seperti kebosanan hendaklah diabaikan dan dilawan. Atau pun adakah ibubapa hanya menyerahkan tugas memotivasi pelajar kepada guru sahaja, disebabkan mereka ingat, mereka tidak ada peranan seperti itu dirumah. Atau adakah ibubapa terlalu memanjakan anak mereka sehingga anak yang semakin besar itu masih ada perasaan keanak-anakan, self-centered, selfish atau narsis yang begitu dominan sehinggakan mereka mempunyai kefahaman yang salah tentang pentingnya berusaha bagi mencapai sesuatu dan memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak mereka. Atau adakah ibubapa tidak memberikan kesedaran tentang baik dan buruknya tentang sesuatu perkara atau begitu addictivenya sesuatu yang bersifat hiburan sehingga boleh mempengaruhi perkara2 penting dalam hidup.. pointnya itu ialah pendidikan mesti bermula dari rumah. Kalau itu pun tak dibuat maka kelemahan akademik anak2 perlu ditanggung bersama oleh ibubapa.

Sekarang kita cuba lihat pulak pasal kesukaan pelajar kepada guru tertentu. Ianya sangat bervariasi. Mungkin ada yang suka kepada guru tegas misalnya tetapi sering kita dengar diforum, ada yang cerita, ada yang tak suka guru seperti itu malah ada yang ingat itulah penyebabnya mereka gagal dalam pelajaran kerana ketegasan ini sering melalui hukuman dan kemarahan. Ada pelajar yang boleh maju bila guru berkarisma tetapi ada pelajar yang tak perlu semua itu untuk handle pelajaran sebab mereka tetap boleh mempelajari pelajaran yg diajar. Jadinya bila kesukaan pelajar dijadikan asas untuk menyalahkan atau menyaman guru maka ianya adalah childish kerana tak masuk akal untuk menurut semua kesukaan berpuluh2 pelajar dalam kelas terutamanya untuk pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Ianya berbeza bila guru itu betul2 melakukan kesalahan dan kesilapan yang jelas seperti tak masuk mengajar tanpa ada sebab jelas, kesalahan memukul kerana nak tunjuk kuat, kesalahan memeras ugut untuk dapatkan duit.. etc, maka yang itu kesalahan jelas untuk dibuat prosedur undang2.


Akhirnya kalau perkara2 tak jelas seperti ini dijadikan asas dalam menyaman maka at least cuba berlaku adil, seperti benarkan guru pulak boleh menyaman balik pelajar dan ibubapa sekiranya mereka telah melakukan perkara yang boleh menyekat mereka untuk belajar spt tak fokus dikelas kerana selalu terbayang hibran kpop... atau ibubapa tak memberi perhatian kepada pelajaran anak mereka sendiri.. aku tak boleh bayang betapa huru-haranya komuniti pendidikan..







Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zmn spm dulu. F4 and F5 choiii dpt cikgu yg sama. Masa memula dpt, helok lah heols sdp mata memandang. Then bila stat dia buka mulut, hensem tu terus jd buruk. Pgg kapur pun acah2 geli sbb takut tgn kasar. Kalau lah time tu iols biadap, maybe iols baling kasut sekolah kat dia. Hahaha! Geram! Paling best, soalan math dia x dpt jwb, dia tanya student balik. Hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:48 PM | Show all posts
ntah la cikgu aku dia ajar...suh copy dekat papan putih je...dia soh kita bljr sndri je la kot....

bosan kelas dia...subjek ponn bosan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.467199 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list