|
[Tempatan]
Kluster Sivagangga. Pemilik kedai nasi kandar dipenjara lima bulan dan denda RM1
[Copy link]
|
|
apa syarat2 PR?
tak boleh ada kes jenayah kan?
ada tak state kat mana2?
kalo ada good please revoke PR musibat ni & halau balik leluhur kesayangan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah meninggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian dengan berada di Bank Rakyat Cawangan Jitra, Kubang Pasu pada jam 4.40 petang, 14 Julai lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa telah meninggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian dengan berada di Agro Bank Cawangan Jitra pada jam 3.58 petang dan Pusat Khidmat Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kubang Pasu pada jam 3.35 petang pada hari yang sama.
Bagi pertuduhan terakhir, Nezar Mohamed juga didakwa telah meninggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian dengan berada di premis Public Bank Cawangan Jitra, pada jam 3 petang, juga pada hari yang sama.
Susulan itu, tertuduh didakwa telah melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencetus Kluster PUI Sivagangga Dipenjara Lima Bulan, Denda RM12,000
Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000 selspas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian.
Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh itu mengaku bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.
Berita Harian melaporkan, Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada jam 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada jam 3.58 petang, 14 Julai 2020.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada jam 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak.
Namun hukuman penjara masih belum dijalankan berikutan tertuduh masih dalam proses pemantauan di Hospital Alor Setar. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
i aharap sangat family yang di sarawak tu ambik tindakan undang-undang. kasi ajar itu amoi..sedap-sedap bercuti lepas tu buat bodoh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedai dah kena tutup. Tokey pun kena jel. Semoga jadi pengajaran untuk yang lain agar mengikuti peraturan |
|
|
|
|
|
|
|
Revoke aja PR dia
Hantar balik negara asal
Blacklist seumur hidup drp masuk Malaysia
Xde keuntunganpun simpan dia kat Malaysia ni
Menyusahkan kerajaan lg ada |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus. Semoga jd pengajaran pd yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
dh lame niage sini, die gune bahase ape sbg pengantara die dgn pelanggan? ke mmg stended pakai jurubahasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
anyway iols bru nk maki hamun sbb denda RM 1..tajuk misleading/tak penuh
tp 12k tu celah gigi die je kot..ptt 120k |
|
|
|
|
|
|
|
TIADA KES BAHARU DALAM KLUSTER PUI SIVAGANGGA
Sehingga 8 Ogos 2020 jam 1200, seramai 4,198 org telah disaring di negeri Kedah, Perlis & P. Pinang;
43 kes positif COVID-19;
3,235 negatif & 920 masih menunggu keputusan
Saringan kontak rapat & “Active Case Detection” diteruskan
|
|
|
|
|
|
|
|
ni je yg mampu? ptt halau je keluar dari malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
12k ajer
Harap lebey banyak....... 120k ker untuk cover kos swab covid semua yang terlibat gara2 kedegilan org tua nih |
|
|
|
|
|
|
|
Takat 12k tu mungkin dia mampu bayar. Yang rugi nya masyarakat kat sana yang kena akibatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak hantar balik negara asal je? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ni..tak adil kot...batalkn PR humban balik negara asal paling bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
|