POLIS menahan pelajar kolej dan teman lelakinya masing-masing berusia 18 tahun bagi membantu siasatan kes bayi baru dilahirkan dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi tadi.
Remaja yang dipercayai ibu kepada bayi itu ditahan di kediamannya pada 11.55 pagi.
Difahamkan dia menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga.
Susulan tangkapan itu, teman lelakinya yang juga penganggur dan mempunyai satu rekod jenayah lampau ditahan di sebuah rumah di Jalan Penawar jam 12 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi perempuan itu di parkir tingkat empat bangunan pada jam 8.25 pagi daripada penduduk.
"Siasatan awal, ibu bayi itu mengaku dia terjaga dari tidur jam 6 pagi kerana sakit perut. Selepas 30 minit, dia ke tandas untuk membuang air besar.
"Dia mendakwa ketika itu bayi terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan sempat mendengar tangisan kecil.
"Dia kemudian membungkus bayi itu dengan baju T yang dipakainya dan mencampakkan bayi itu melalui tingkap," katanya hari ini.
Bayi itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan beberapa ahli keluarga suspek berada di rumah ketika kejadian namun tidak menyedari apa yang berlaku.
Soffian berkata, pelajar kolej dan teman lelakinya itu di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Sementara itu, penduduk, Ahmad Nizam Bakar, 46, dia mengetahui kejadian itu pada 8.18 pagi menerusi kumpulan WhatsApp.
Dia yang juga setiausaha persatuan penduduk bergegas turun ke tingkat empat dan mendapati mayat bayi itu dalam keadaan tersembam.
"Saya segera memanggil pengawal keselamatan untuk membawa kotak bagi menutup mayat manakala penduduk lain menghubungi polis," katanya.
Menurutnya, dia mengenali keluarga suspek dan mereka kelihatan baik.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 3:48 PM
aku bukan nak sokong zina bebas,tapi ko xtau ke pil perancang,kondom,segala pencegahan kehamilan? x belajar biologi or basic sains ke klu dah bersetubuh,sperma dipancut kedalam rahim,bole disenyawakan dgn ovum? jadi segumpal darah? jadi embrio? pastu jadi bayi? aku ingatkan kes yg campak baby ting 4,rupa ada yg baru pulak..ingat ni trending ke?
Post time 10-7-2020 11:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nahnukutu replied at 10-7-2020 05:27 PM
Campak bayi dari tingkat 13: Pelajar kolej dan teman lelaki ditahan [METROTV]
MyMetro Utama
Kenapa manusia sebegini senang ja nak beranak??? Sakit perut.. lepas 30 minit buang air besar.
Jilake.
Aku susah payah nak mengandung, aku jaga diri & baby. Punya la precious anak tu. Time nak beranak astaga... Allah je tau betapa sakit nya nak beranak. tp manusia cenggi boleh plak beranak macam berak pastu buang anak.
Post time 10-7-2020 11:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 10-7-2020 11:41 PM
Memang ada orang, senang beranak sis. Macam video di bawah ni ha. Baik betul babynya senang ja kua ...
Tapi kalau baca cerita mak mak yg buang anak ni.. semuaaaaa okay yg jenis cenggini. Mana la mak gini tak buang anak? Macam berak kot. Kalau dorang merasa betapa sakit nak beranak mesti ada kurang rasa nak buang anak huhuhu