CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Kerajaan Digesa Benar Solat Jumaat, Aidilfitri

[Copy link]
Post time 6-5-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 6-5-2020 11:29 AM
Bodohnya, siapa dia ni ? Serupa tak payah bukak lgsg masjid tu kalau hanya org yg dikenali jah boleh ...

Ntah... Sibuk dgn solat aidilfitri kat umah, yg wajib 5 kali sehari tu make sure lengkap ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nenekglamer replied at 6-5-2020 12:07 PM
Abes tu.  Klu dh dtg sejid tapi dah cukup org.. kena patah balik or mcmana?

A'aah.... Tak ke keje bodo namanyee tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlis still tak bukak masjid sampai 31 mei
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nini_azmi replied at 6-5-2020 12:27 PM
Iols rase perhimpunan mass gathering still tak boleh lg even though most of industri dah start beker ...

Itu yg ditekankan kkm tapi diaorang tak paham paham
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan hadir kenduri kawin kena covid. Dalam lift pun boleh kena covid  Ni kan pulak ko bersolat sebelah sebelah.

Nabi suruh remain duduk di rumah bersabar ketika terdengar wabak.  Apasal tak boleh ikut kata nabi? Nak ikut ckp ko pulak.

Pastu nak semua orang timbulkan cerita macam kes seri petaling?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha, ia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tentang taun.  

                                      

Kemudian beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengkhabarkan kepadaku bahwa wabak taun itu azab yang Allah kirim kepada orang yang Dia kehendaki. Allah jadikan wabak sebagai rahmat bagi orang-orang beriman. Tidaklah seseorang yang di negerinya berlaku wabak tau  lalu ia tetap berada di rumahnya dengan sabar dan berharap pahala, ia yakin bahwa tidak ada musibah yang menimpanya kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagi dirinya melainkan baginya pahala seperti pahala seorang syahid." (HR. Al-Bukhari, al-Nasai, Ahmad. Lafadz ini milik Imam Ahmad)

“Ia tetap tinggal di rumahnya dengan sabar dan berharap pahala serta yakin musibah terjadi dengan takdir Allah” dijanjikan dengan pahala besar. Iaitu pahala syahid.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

            

“Konsekuensi manthuq (makna eksplisit) habis ini adalah, orang yang memiliki sifat yang disebut pada hadis tersebut akan mendapatkan pahala syahid walaupun tidak meninggal dunia.” (Fathul Bari: 10/194)

Syaikh Prof. Dr. Khalid bin Utsman al-Sabt saat menjelaskan hadis ini berkata,

“Perhatikan bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: ia tahu (yakin) tidak ada yang menimpanya kecuali apa yang telah Allah catat untuknya melainkan ia mendapatkan pahala seperti orang mati syahid. Beliau tidak bersabda: apabila ia mati atau apabila ia tertimpa wabak taun maka ia mendapatkan pahala syahid. Berdasarkan zahirnya –wallahu a’lam- menunjukkan ia tetap mendapatkan pahala syahid walau ia tidak terkena (sakit) wabak, walaupunakhirnya ia meninggal karena sebab penyakit lain. Inilah makna zahir hadis. Inilah yang difahami sebahagian ulama' dan pensyarah hadis ini, salah satunya Ibnu Hajar rahimahullah.”

Salah satu jihad kaum muslimin –secara umum- di tengah musim wabak Corona Virus ini adalah tetap tinggal di rumah, walau dirinya tidak sakit. Tujuannya, salah satunya, agar wabak tidak semakin menyebar. Dirinya tidak tertular dan tidak menularkan kepada orang lain. Wallahu A’lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2020 01:54 PM | Show all posts
aaaa.. sadap u.

orang tengah risau hal covid.. ko plak boleh rengsa pasal nak solat jumaat & raya. solat kat rumah tak berkat? choiii. dahulukan berjemaah dengan keluarga ko sendiri dari fikirkan hal org kat luar. keluarga sendiri tanak jemaah. dgn org luar ko nak pula.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
....

.....

...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah! Apakah aku patut menambat untaku dan bertawakkal, atau aku melepaskannya dan bertawakkal?”. Jawab Nabi s.a.w: “Tambatlah unta itu, dan bertawakkal” (Riwayat al-Tirmizi. Ibn Hibban mensahihkannya. Hadis berstatus ‘hasan’ pada sisi al-Albani dan al-Arnaut).

Maka, di sini datangkan peranan keyakinan terhadap kehendak Allah boleh mengatasi segala jika DIA kehendaki, atau DIA memberikan pahala yang besar atas ujianNYA.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia manusia ngok yg tak patuh pkp. Bolej selesai sekejap. dah meleret leret tak habis habis sebab perangai anat masing2 tak reti duduk rumah gatal merayap kulu kilir lawat sana sini. Hujung2 merempan tak boleh sembahyang masjid.

Kluster apa yg disebut tak habis lagi tu.  Tak habis2 nak suruh agama lain tuduh ckp orang islam ni degil . Cukuplah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahahahahahhahahahhaaa......
Lawak apakah ini? 50 org saje dibenar berjemaah? Yg lelain kempunan lah nk dpt pahala berjamaaah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
  apa kriteria pemilihan org yg layak ke meajid tu??  suda pasti yg kroni kpd si penyenarai je yg akan dpat pegi mesjid..  ada la nanti yg kcik hati xdpat ke mesjid..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:08 PM | Show all posts
sibuk sgt nak bukak masjid. aku menyampah betul tgk kat mana2 pun ada org komen - keje boleh, gi masjid tak boleh. ofis bukak, masjid xbukak blablabla

derang ni suka sgt kot tgk habih org2 islam yang warak mati. yang bising2 ni biasanya yg jenis biasa2 je..bkn warok sgt pun, saja nak tunjuk alim je  
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
50 org yg dikenali shj? So nk pilih bulu juga la. Baik be fair utk semua, tak perlu buka masjid lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah kalo 50 org tu semua lobai2, biar kojol semua kena covid
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:27 PM | Show all posts
disebabkan iols tak kenal sape atuk ni, terpaksalah iols gugel...

Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid
Penasihat Shariah
Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab . Majid dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1945. Persekolahan beliau bermula pada tahun 1950 di bawah bimbingan ayah beliau sendiri di Madrasah Majidiyah, Kg. Kayu Redang , Melor, Kota Bharu, Kelantan. Di peringkat menengah beliau belajar di Mahaad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Pengajian tingginya juga bermula di negeri itu, iaitu di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan yang kemudiannya diserapkan sebagai Akademi Islam Universiti Malaya.

Beliau memperoleh pelbagai ijazah berkaitan Shariah dari dalam dan luar negara, seperti Ijazah Sarjana Muda Shariah dari Universiti Al-Azhar dan Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara dari University of Kent di England. Tambahan lagi, beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam Shariah dari Universiti Malaya. Dalam bidang akademik, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Shariah Universiti Malaya selama 5 tahun. Kemudiannya beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Beliau menjadi Profesor di bidang Shariah di Universiti Malaya sejak tahun 1995 dan berpindah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh pada tahun 2008 sehingga Julai 2016. Dalam tempoh tersebut, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Dekan, Dekan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dan Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS). Pada tahun 2011 beliau telah dianugerahkan oleh Universiti Malaya kedudukan sebagai Profesor Emeritus.

Di bidang kewangan Islam, beliau sekarang adalah seorang ahli Lembaga Pengarah bukan Eksekutif Public Islamic Bank Berhad (PIBB) merangkap pengerusi Jawatankuasa Shariah PIBB. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Shariah AIA Public Takaful serta Pengerusi Jawatankuasa Shariah bagi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Securities. Selain itu, beliau merupakan ahli jawatankuasa Shariah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Mutual Berhad (AMB), dan as-Salihin Trustee Berhad. Selain ini beliau pernah menjadi ahli kepada The Council of Scholar for International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia selama enam tahun.

Dalam bidang-bidang yang lain, beliau adalah Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Timbalan Pengerusi Lembaga Pendidikan Islam Malaysia (LEPAI), Ahli Lembaga Universiti Islam Malaysia (UIM), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM), Ahli Lembaga Penasihat Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia (MPI), dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah bagi Pensijilan MS 1900: 2005 SIRIM.

Antara Khidmat beliau yang pernah diberikan sebelum ini ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan (1990- 2012), Panel Hakim Mahkamah Rayuan Shariah Negeri Kelantan (1990-2012), Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (2006-2012), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) (2004-2013), Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (2010-2016) dan Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam Malaysia (2012-2014). Sehingga ke hari ini, beliau telah menghasilkan sebanyak 34 buah buku dan menyumbang 26 artikel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bunuh semua muslim malaysia ke
Ntah apa2 lah
Kalau dibenarkan ke masjid pun i xkan benarkan anak n hubby pergi
Bahaya betul
Skrg pun kami masih diam kat umah x keluar jalan2 cm org lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Solat raya kluster incoming
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:55 PM | Show all posts
cadangan x masuk akal...xper pon kalau x solat jumaat asalkan jgn tinggal solat wajib jahh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 02:58 PM | Show all posts
sila pilih kluster anda

1. kluster lrt
2. kluster jakel
3. kluster masjid india
4. kluster pavillion
5. kluster sembahyang jumaat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.203758 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list