CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BomBoLoniS

Indonesia pinda cuti umum Hari Raya Aidilfitri ke bulan Disember

[Copy link]
Post time 10-4-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bace betul2 guys.. raya tetap raya (raya sendiri dlm rumah) cuti rasmi dlm kalender kerajaan derang tu je dibawa ke disember
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lesprincesse at 10-4-2020 06:28 PM

Iols sorang je ke rasa idea ni agak bernas.

Kalau cuti umum dipendekkan therefore orang memang unlikely utk balik kampung especially yg jauh, dan beri kekangan utk orang pegi beraya sana sini (therefore in a way limit movement)

Lepas tu compensate dengan waktu yg lain, i suppose tak panggil lah cuti aldiflfitri more like cuti ganti aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hokeh la. Boleh happy merry raya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 06:30 PM | Show all posts
rakyat malaysia pun
ada yang merempan kot nanti pkp sambung tak dapat balik raya
kau ingat jenguk mak ayah sedara mara
bermaaf-maafan tu time raya je ke?

dasarrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ajelah tajuk x sama dgn contents
igt sesedap rs nk tukar 1Syawal
just cuti umum yg dipinda
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 raya ni ada lemang ketupat..kuih raya xde pun takpe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rynaf at 10-4-2020 06:38 PM

Raya tetap raya. Cuma tarikh rasmi untuk cuti umumnya sahaja, ditunda. Bukannya 1 Syawal yang ditunda. Ok la tu. TT kena edit sedikit tajuk tu. Agak misleading.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
lesprincesse replied at 10-4-2020 06:26 PM
Iols sorang je ke rasa idea ni agak bernas.

Kalau cuti umum dipendekkan therefore orang memang u ...

ya setuju...

sb klu x buat gini sohih la pakat2 balik kg...
25mei tu fragile lagi...

malaysia ni pun sama je, klu kerajaan xde buat apa2, brsedia je lah takut kena balik..
igt rajyat nesia ji dgr kata ke, jgn salam, jgn peluk cium sedara mara ke apa ke..damn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2020 06:54 AM | Show all posts
Edited by rykall at 11-4-2020 06:58 AM

Ni saya tolong jelaskan buat yang tak faham:

Di Indonesia, Cuti Hari Raya Idulfitri adalah cuti umum paling lama di Indonesia, di Malaysia, kita cuti rasmi 2 hari sahaja, tetapi di Indonesia selain 2 hari cuti umum (1 dan 2 Syawal), ada seminggu lagi cuti rasmi dinamakan "Cuti Bersama" maksudnya Cuti Hari Raya dipanjangkan kepada seminggu (cuti lebih lama). Jadi Cuti Bersama inilah yang akan dianjakkan ke hujung tahun nanti (Disember 2020).
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Hari Libur Nasional dan Cuti Bersama yang disepakati antara lain:
  • 1 Januari, Tahun Baru 2020 Masehi
  • 25 Januari, Tahun Baru Imlek 2571 Kongzili
  • 22 Maret, Isra Mikraj Nabi Muhammad SAW
  • 25  Maret, Hari Suci Nyepi Tahun Baru Saka 1942
  • 10 April, Wafat Isa Al Masih
  • 1 Mei, Hari Buruh Internasional
  • 7 Mei, Hari Raya Waisak 2564
  • 21 Mei, Kenaikan Isa Al Masih
  • 24-25 Mei, Hari Raya Idul Fitri 1441 Hijriyah
  • 1 Juni, Hari Lahir Pancasila
  • 31 Juli, Hari Raya Idul Adha 1441 Hijriyah
  • 17 Agustus, Hari Kemerdekaan RI
  • 20 Agustus, Tahun Baru Islam 1442 Hijriyah
  • 29 Oktober, Maulid Nabi Muhammad SAW
  • 25 Desember, Hari Raya Natal
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Cuti bersama sebagai berikut:
  • Tanggal 22, 26 dan 27 Mei (Hari Jumat, Selasa dan Rabu), Cuti bersama untuk Hari Raya Idul Fitri.
  • Tanggal 24 Desember (Hari Kamis), Cuti Bersama untuk Hari Raya Natal.

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 10:22 AM | Show all posts

Indonesia Tangguh Cuti Raya Aidilfitri Ke Hujung Tahun


Kredit : lifepal.co.id





Indonesia memutuskan cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya jatuh pada 26 Mei hingga 29 Mei depan akan dipinda ke hujung tahun ekoran penularan wabak Covid-19.


Menurut laporan portal Jakarta Post, tarikh baru cuti umum perayaan umat Islam tersebut dianjak kepada 28 Disember hingga 31 Disember depan.


Menteri Koordinasi Pembangunan Sumber Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata, keputusan drastik itu terpaksa dibuat berikutan kebimbangan gelombang balik kampung untuk menyambut raya yang merupakan tradisi rakyat Indonesia.





Kredit : aksi.id





"Kita menganggarkan aktiviti mudik lebaran (balik kampung sempena raya) biasanya melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta penduduk Indonesia.

"Sekiranya acara tahunan ini diteruskan, kita bimbang penularan wabak Covid-19 semakin sukar dibendung di Indonesia," katanya.


Seperti Malaysia, penduduk yang menetap di bandar-bandar besar secara tradisinya akan pulang ke kampung masing-masing pada penghujung Ramadan untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga.





Kredit : hetanews.com




Muhadjir berkata, penyusunan semula cuti umum Aidilfitri tahun ini selaras dengan rayuan Presiden Indonesia, Joko Widodo agar rakyat republik itu tidak melakukan mudik lebaran pada tahun ini  bagi mengekang wabak Covid-19.



Begitupun beliau menjelaskan tiada larangan rasmi terhadap mudik lebaran, namun individu yang berbuat demikian akan dikategorikan sebagai Orang Dalam Pemantuan.


Sebelum ini, dua pertubuhan Islam terbesar negara jiran itu iaitu Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah juga memberi nasihat sama. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 10:36 AM | Show all posts
bagus lah..pindah puasa ramadan sekali ya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 10:42 AM | Show all posts
nesloice replied at 10-4-2020 06:19 PM
tunda tahun depan la
bersangka baik

so tahun depan dpt straight 4 hari raya holiday

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lesprincesse replied at 10-4-2020 06:26 PM
Iols sorang je ke rasa idea ni agak bernas.

Kalau cuti umum dipendekkan therefore orang memang u ...

Yess.. kat sana diorang punya balik kampung atau "Mudik" mmg dahsyat.. kita kat malaysia balik kampung dh mengeluh jem bagai.. kat sana berpuluh juta manusia mudik ke kampung bila tiba syawal. Kalau kerjaan deols x bendung dr awal mmg MALAPETAKA menanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya ja la mcm biasa tp versi duduk rumah..xyah pi ziarah rumah sedara mara
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya bersama keluarga sendiri je laa.. Semoga dipnjgkan umur berjumpa ramadhan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 10-4-2020 06:35 PM
Harap2 raya ni ada lemang ketupat..kuih raya xde pun takpe

Sila masak sendiri


Atau... COD heheee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah aku baca yang buat ayat sedih tak dapat beraya dan terawih. Terawih boleh buat dekat rumah. Kunjung mengunjung dan maaf bermaafan tu hari lain pun boleh. Cubalah jadi positif macam iamph dan fikir pasal benda lain. Bukannya saje2 tak boleh buat. Keadaan mendesak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
diss69 replied at 13-4-2020 05:31 PM
Raya bersama keluarga sendiri je laa.. Semoga dipnjgkan umur berjumpa ramadhan..

Yes true... dgn infectious disease ni... belum ada jaminan kita semua dpt sambut ramadhan atau aidilfitri... kenyataan yg pahit
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 13-4-2020 05:34 PM
Yes true... dgn infectious disease ni... belum ada jaminan kita semua dpt sambut ramadhan atau aid ...

Ye laa.. Virus ni xmengenal sesiapa.. Bersyukur laa kalau kita masih dpt berpuasa n hari raya lagi.. Saling bermaafan xpyh tunggu hariraya.. Akk rasa hiba jugak, sebab baru pndh ke kg halaman.. Sepatutnya raya taun ni adik2 beradik seme berkumpul kt kg.. 2 taun skali berkumpul raya.. tahun dpn dh umh mentua masing2.. Mak ayh dh xada... Sori, ter ot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
diss69 replied at 13-4-2020 05:51 PM
Ye laa.. Virus ni xmengenal sesiapa.. Bersyukur laa kalau kita masih dpt berpuasa n hari raya lagi ...

Suruh diorang delay.. tahun ni punya raya jadik tahun depan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.083709 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list