CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: covidjahat

Kisah Seram Sendiri

[Copy link]
 Author| Post time 4-4-2020 11:53 PM | Show all posts

Teman cuba sambung ye. Tq tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2020 12:14 AM | Show all posts
Edited by covidjahat at 5-4-2020 12:46 AM

Assalamualaikum semua..
Yuhuuu.. Kome buat ape tu? Udah megheluh kee?

Malam ni teman sambung cerita ketiga ye. Cerita ni pendek sikit memandangkan teman tak berapa nak sempat menaip panjang hari ni.

Cerita bertajuk makcik menyanyi.

       Peristiwa ni terjadi masa teman baru mula-mula start kerja dulu. Dah lebih sepuluh tahun namun masih segar diingatan teman. Antara kenangan yang tak berapa nak manis masa tu.

       Beberapa bulan lepas grad, teman bersama-sama dengan beberapa orang kawan teman ditempatkan di sebuah hospital daerah di sebuah negeri di semenanjung. Hospital daerah ni takdela besor mana, tak macam hospital-hospital besar standard tu. Saje teman pilih hospital tenang-tenang macam ni. Bajet tak busy la. Hahaha.

      Hari pertama pegi kerja, semangat betui keme semua. Berkobar-kobar dengan niat hati suci murni nak berbakti pada masyarakat ni. Sekali dah masuk kerja baru tahu sepak terajang dunia perhospitalan.

      Posting pertama teman masa tu di wad perubatan. Geng-geng seangkatan dengan teman masa tu tak ramai. Dalam satu wad yang besar tu, cuma diletak sorang je housmen. Bayangkan masa tu udahla teman ni baru grad, benak lagi bab-bab keja ni, kelam kabut jugakla teman nak membiasakan diri dengan situasi keja masa tu. Wad perubatan ni biasanya pesakit yang masuk ramai tua-tua, lepas tu kebanyakan akan duduk lama dalam wad.

      Memandangkan teman sedar diri dengan tahap kelembapan teman buat keja masa tu, setiap hari teman akan datang keja sangat awal. Pukul 4 pagi ye kawan-kawan, teman dah terpacak kat wad tu. Habis kalu pukui 4 dah siap terpacak, pukui 3.30 pagi le teman mandi weii.. nasib baik sepanjang buat amalan mandi sebelum sahur ni tak pernah kena apa-apa dalam toilet. Fuhh..

      Pada satu pagi yang biasa, teman pun dah terpacak kat wad awal macam biasa. Misi teman mula-mula sekali setiap hari ialah ambik darah pesakit. Banyak pesakit, banyak darah, berpinau jugak mata nak menyucuk orang. Satu satu teman cucuk, sampaila ke giliran makcik ni. Teman namakan makcik A la ye. Makcik A ni dah masuk wad lebih kurang seminggu. Teman tak berapa ingat penyakit nya masa tu. Cuma teman perasan, keadaan kesihatan makcik A makin merosot. Mula-mula masuk makcik A masih sedar, boleh bercakap-cakap lagi. Dua ke tiga hari sebelum tu makcik A dah start tak berapa sedar. Senang kata tak bercakap langsung. Mata pun tutup je. Kalau teman panggil ataupun tepuk-tepuk dia pun, haram tak ada respon. Makcik A ni ditemani oleh sorang anak lelaki dia. Teman perasan sorang ni je lah waris yang menjaganya.
     Pagi tu makcik A dah ditempatkan dalam bilik pengasingan. Kalau tak silap teman, sebab imuniti badan dia lemah masa tu. Kalau letak bercampo dengan pesakit lain, senang dapat jangkitan kuman pulak nanti. Jadi dengan sopannya teman ketuk pintu bilik makcik A sebelum masuk. Tak payah tunggu respon, lepas ketuk terus teman terjah je masuk. Teman nampak makcik A sorang je kat situ. Anak dia tak nampak bayang pun. Teman pun terusla nak memulakan misi menyucuk macam biasa.

Teman: Assalamualaikum makcik A.. saya cucuk sikit ye.. nak ambik darah

Makcik A takdak respon macam biasa. Senyap je, mata pejam, takde pergerakan melainkan bernafas je. Baru je jarum teman masuk, tetiba....

Makcik A: Bila izrael datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan...

Dia menyanyi uolssss.... mata pejam, mulut je menyanyi, suara jelas bebenor, muka takde perasaan. Adusssss, cuak terus teman masa tu.

Teman: Makcik.. makcik sedar tak ni.

Makcik A: Bila izrael datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan

Dia ulang balik rangkap tu. huhuhu. Kalau ikut perasaan, nak je teman terus cabut masa tu. Tapi memandangkan aktiviti menyedut darah belum selesai, teman tabahkan hati sambil purak-purak kontrol macho. Siap je, terus teman lari keluar. Teman pun pesan kat misi, tengok-tengokla makcik A ni ye.. dia dah menyanyi komeeee...

     Tengahari tu teman kena naik ambulans hantar patient ke hospital besar. Bila teman sampai balik wad petang tu, makcik A dah takde dalam bilik. Rupa-rupanya makcik A dah dipindahkan ke ICU sebab semakin tenat. Beberapa hari lepas tu teman dapat tahu makcik A meninggal dunia. Al Fatihah.

     



Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Best la teman ni buat cerita. Cerita banyak2 lagi ye...
Yg makcik tu seramm. Iols baru ni admitted sbb allergic reaction. Ddk 1 mlm dlm wad x dpt tido punn sbb ada makcik mcm kena rasuk. Asyik ckp yg bukan2 n asyik panggil2 nama ntah nama siapa dia sebut2 n jerit2 "dia dtg dia dtg, ni covid 99 ni, covid 99"

Yer macik tu sebut covid 99. Jelas sgt iols dgr.

Pastu sbb dia x pandai ddk diam asyik nak turun katil nurses terpaksa ikat macik tu.
Keaian tp iols tetap x sedap hati. Seramm.
..




Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
polluxsstar replied at 5-4-2020 08:33 AM
Best la teman ni buat cerita. Cerita banyak2 lagi ye...
Yg makcik tu seramm. Iols baru ni admitted ...

Kepala aku otomatik imagine speed 99
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2020 01:36 PM | Show all posts
che_yatt replied at 4-4-2020 02:24 PM
ingatkan zaman Tok nenek kita ja Ada pakai susuk susuk ni. rupanya zaman sekarang pun ramai jugak  ...

Ramai jugak. Yang muda muda pun ada, katanya sebab bapak suruh. Huhuhu.

Kalau dari seberang pun ramai ada. Biasanya sebab nak kerja berat kat sini kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
chilly replied at 5-4-2020 01:03 PM
Kepala aku otomatik imagine speed 99

Haha. Kedai 99speedmart.
Iolss pun mcm... Mmm apa laa makcik ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2020 09:02 AM | Show all posts
polluxsstar replied at 5-4-2020 08:33 AM
Best la teman ni buat cerita. Cerita banyak2 lagi ye...
Yg makcik tu seramm. Iols baru ni admitted ...

Kesian makcik tu.

Selalu orang-orang tua masuk wad ni ada je kena kacau dengan benda-benda ni. Kebanyakan nya tak nak cerita sampaila kita tanya betui-betui. Nanti tetiba deme ada yang minta tukar katilla, ada yang mintak nak discaj cepat.
Benda ni tak semua katil kena. Dia ada tempat spesifik mungkin memang laluan deme la kot. Contohnya katil dekat dengan tiang-tiang besar.

Ada makcik masuk wad tak boleh berjalan. Malam-malam makcik cerita ada budak kecik datang geletek-geletek kaki dia. Sebab makcik tak boleh lari, hanya mampu berhuhu je la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2020 09:04 AM | Show all posts
chilly replied at 5-4-2020 01:03 PM
Kepala aku otomatik imagine speed 99

syok kedai ni, semua ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 10:10 AM | Show all posts
chilly replied at 5-4-2020 01:03 PM
Kepala aku otomatik imagine speed 99

hahhaha...sama la..

makcik tu gian nak gi shoppong kat speedmart kot..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2020 12:13 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua..

Cerita teman yang seterusnya bertajuk koridor..

        Kisah koridor ni terjadi kat hospital yang teman kerja lebih kurang 5 tahun lepas. Hospital ni besar jugak. Ada beberapa blok bangunan wad kat situ. Hospital ni bukan standard hospital lama-lama yang seram tu. Design bangunan dah moden. Tapi tak lepas dari kisah-kisah yang boleh menaikkan bulu roma teman.

        Macam teman cakap tadi, disebabkan ada beberapa bangunan wad, bangunan-bangunan ni dihubungkan dengan koridor-koridor yang boleh tahan panjangnya. Ada koridor jenih terbukak, maksudnya sambil menyelusuri koridor tu, teman bolehla melihat pemandangan persekitaran. Kalau hari siangla kan. Kalau hari malam kirim salam je lah. Ada koridor jenih tertutup yang kiri kanan berdinding. Pada teman, koridor tertutup ni lagi seram dari terbukak. Kalau koridor terbukak, kalau ada entity yang tak diingini mungkin teman boleh teghojun ke bawah. Kalau jenih tertutup, ada entity menunggu, payah nak lari komee..

        Koridor mistik yang teman nak cerita ni ialah jenih yang tertutup tu. Koridor ni menghubungkan bangunan wad blok A dengan blok B. Panjangnya lebih kurang 80 meter. Terletak di tingkat 3 bangunan. Katakan kalau teman berjalan dari blok A ke B, bila nak masuk ke koridor ni kena lalu 1 pintu bertutup. Pintu ni pintu kayu yang biasa ada kaca kat tengah-tengah tu, supaya boleh nampak dua-dua side. Yang jenih kena scan dengan kad baru boleh masuk tu. Masuk je melalui pintu tu, akan jumpa lif di sebelah kiri. Lepas lift tu, sebelah kiri koridor ialah dinding yang panjang, takde tingkap langsung. Dinding ni sebenarnya bahagian belakang wad. Sebelah kanan koridor pulak, 50 meter pertama ialah 1 wad lain. Wad ni jenis wad pengasingan yang takde tingkap terbukak. Cuma ada 1 pintu untuk masuk. Selepas wad tu, 30 meter yang akhir, ada tingkap sepanjang-panjang. Tingkap tu mengadap taman mini sebelah bangunan wad tu. Disebabkan design yang macam tu, memang koridor ni lampu dia ala-ala malap sikit. Lampu ada, tapi macam hidup segan gitu.

        Masa mula-mula teman kat situ, memang tak tahu menahu la pasal kisah-kisah ni. Kalau time kerja malam, koridor ni merupakan laluan ruji teman sebab kat wad blok A tu ialah tempat bilik rehat teman. Manakala blok B pulak ialah bahagian kecemasan. Jadi bila-bila ada kesempatan yang agak-agak boleh rehat, walaupun setengah jam, memang teman akan balik ke blok A ni. Gigih lalu koridor ni walau dalam keadaan meremang pukul 3 pagi. Satu je yang pelik, setiap kali lalu bahagian tingkap yang panjang tu, memang akan dengar riuh bunyi burung berkicau. Memang sungguh-sungguh meriah kicauan tu. Macam busy bebenor deme kat luar tu. Biasa teman dengar kalau area rumah teman tu, burung busy berkicau ni masa nak masuk maghrib. Bila deme semua pulang ke sarang selepas mencari rezeki. Tapi burung kat koridor ni, kalau tak salah teman, lalu lah koridor tu pukui berapa pun, mesti ada kicauannya. Start lepas maghrib sampai la subuh kot. Walaupun teman lalu situ pukul 3 pagi. Teman ada jugak menjengok ke luar nak tengok burung-burung yang busy tu. Tapi tingkapnya tinted. Tak nampak. Nak harap teman bukak tingkap tu idok la ye.

        Cerita koridor ni ada beberapa yang teman dengar. Yang pertama jadik kat kawan perempuan teman bernama Z. Z ni memang jenih bergaya cun memanjang. Sentiasa pakai kasut 3 inci tapaknya meskipun malam-malam buta. Memang gigih. Kejadian ni berlaku masa Z berjalan dari blok B ke blok A, pun selepas tengah malam. Masa Z tengah catwalk lalu koridor tu sambil kasut beliau keletuk keletak, tetiba Z rasa bulu romanya meremang, macam ada orang follow dari belakang. Tapi takde bunyi. Z pun apa lagi, terus melajukan catwalk sampai nak berlari-lari anak dah menuju ke pintu yang kena scan tu. Panik kot time-time macam tu nak kena scan kad bagai.

        Sementara nak scan kad, melalui kaca kat pintu tu, Z boleh nampak seekor kucing kat luar pintu tu. Sememangnya kewujudan kucing kat situ bukanla perkara pelik pun. Memang selalu ada je deme melepak situ. Z ni pulak memang jenih manusia yang suka kucing, stok-stok bela kucing 10 ekor kat rumah. Jadi bila Z nampak kucing tu, terus Z rasa lega. Bajet macam ada kawan yang temankan dia di saat mencemaskan tu. Malangnya, bila kucing ni nampak je muka Z dari sebalik kaca pintu yang kecik tu, kucing tu terus berubah dari tenang ke posisi sedia untuk bertempur. Siap pakej menderam sambil Z imagine kucing tu dah siap keluar kuku. Bila pintu terbukak je, kucing tu terus lari menyelamatkan diri. Memang tak pandang belakang dah. Z apa lagi, sambil menyumpah dalam hati, sambil terus melajukan larian ke tempat yang selamat. Memang dia tak mandang belakang dah. Mujur keseraman tu berenti takat tu je. Sampai je bilik rehat, selamat la Z tido sampai ke pagi.

        Kisah satu lagi jadi kat junior lelaki teman, bernama H. Malam tu memang turn keme berdua kerja malam. Teman masa tu ada kat wad blok A. Waktu tu dah dekat nak subuh, dalam pukul 4 ke 5 pagi. H masa tu ada kat wad blok B. Teman mintak tolong H ni bawakkan 1 dokumen dari blok B untuk bagi kat teman. Bukannya teman buli dia. Dah H kata dia memang nak datang ke blok A pun, jadi teman kirimla dokumen tu. Tak payahla teman susah payah exercise 1000 langkah subuh sepi’i tu. Teman pun tunggu la si H ni. Dari pukui 4 membawak ke pukui 6, idok sampai-sampai. Nasib baik posisi teman tunggu tu atas katil sambil pejam mata. Idokla rasa lama bebenor. Sampai pagi pun haram tak nampak si H ni bersama dokumen yang teman pesan tu.

        Esoknya selepas naik matahari barula teman nampak H kat wad blok A tu. Teman pun apa lagi, nak menyound la sepatah dua kata.

Teman: H, berkurun aku tunggu ko punya dokumen tak sampai-sampai ye. Ko pergi mana?

H: Sorry wei, sebenarnya ada benda jadi tadi.


H buat muka kesian.


Teman: Apekah? Ko tertido lettew

H: Takla, aku memang nak pegi dah ke blok A, tapi masa aku lalu koridor tu, sebelah lift tu, ada bendaaaa..

Teman: Apekah?

H: Benda buruk gila. Baju buruk, lusuh, muka buruk, bau pun busuk tengah tunggu aku tepi lift. Huhuhu

Teman: HAH.. pastu ko buat apa?

H: Aku larila.. buruk sangat benda tu.. Aku lari lepak surau sampai subuh..


        Mendengar alasan H, tak jadile teman nak marah. Nasib baik bukan teman yang kena. Sorryla ye H.
       
        Cerita koridor mistik ni menjadi gossip hangat masa tu. Dikatakan ramai staf yang jenih ada deria ke enam ni boleh nampak entity pelik kat situ. Teman tak boleh imagine sebenarnya sampaila teman nampak sendiri gambar. Gambar tu diambik oleh staff yang kerja malam. Masa deme nak lalu koridor tu nampak ada penampakan pelik di situ, lantas deme mengambik gambar. Dalam gambar yang teman tengok tu, berdepan dengan pintu wad tu ada 2 makhluk. Satu makhluk berdiri pakai baju putih mengadap pintu. Satu makhluk lagi macam kecik sikit duduk berlunjur depan pintu. Teman payah nak husnuzhon dah. Sebabnya, apa jadahnya manusia nak duduk kat koridor tu malam-malam buta. Takdenya waris pesakit nak tunggu kat situ kalau ye pun. Dengan lampu malap segan-segannya. Memang tak logic kalau manusia. Dahla posisi duduk berlunjur gitu. Huhu. Teman idokla mintak member teman share gambar tu. Karang berhantu pulak henpon teman. Tak sanggup.

        Dengan peristiwa-peristiwa mistik ni, teman mengambik keputusan drastic untuk menjauhi koridor ni. Maksudnya insafla. Teman takkan lalu dah koridor tingkat 3 tu. Teman mengambil langkah bijak untuk lalu ground floor je. Koridor jenih terbukak tapi panjang ya ampuun. Ingatkan Langkah bijak teman ni selamatla. Kahkah. Rupanya tidak, groud floor pun ada certita jugak. Yang ni nantila teman cerita ye.
       

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 01:12 PM | Show all posts
Lps miker udah balik dari Pulau Pangkor tu mende tu x nunggu kat rumah ker..kak limah tanya jer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun ada kisah sendiri.tergerak hati pulak nak share.cerita ni i alami sendiri.kisahnya...

Masa i kecik setiap kali tiba cuti sekolah parents i akan bawa balik kg dekat rumah nenek i sebelah mak.mmg akan jadi rutin sebab mak i seorang guru even ayah dpt join or tak mmg kitaorang akan balik melawat n tedo dirumah nenek.

rumah nenek i kawasan dia sangat sejuk sebab pokok2 sekelilingi yg masih terjaga dan kawasan rumah nenek jugak luas jadi seronoklah nak buat apa2 riadah dekat luar tu.

belakang rumah nenek terdapat bnyk pokok buah buahan yg pelbagai jenis dan disitulah bila jln jauh ke dlm hutan yg tidak jauh dari rumah nenek satu tasik cetek yg cantik sgt susunan batu batanya.dsinilh bermula peristiwa yg tak akan i lupakn hingga ke hari ini.

Hari tu nenek bwa  i dgn 1 lgi sepupu i sma2 kutip buah untuk dsedekah kn jiran2 nenek yg lh dari dok membazir gugur lebih baik beri kat orang kn.
Bila selesai tu tiba2 tasik tu menarik perhatian i sblum ni tak adalh rasa nak main air ke apa tp tiba2 hari tu msa yg lain kutip buah tu i plk jln tengok tasik tu.

Msa pergi ka tasik tu i ternampak satu batang kayu yg persis bentuknya  dgn kayu tongkat apa yg menarik perhatian i bentuk atas kayu yg serupa tongkat tu berbentuk kepala siap mata dan mulut sekali.terus i ambik,bila nenek nampak i berdiri dekat situ terus marah n arahkn untuk tingalkn cepat tempat tu dan jgn kacau atau ambik apa2

I yg degil ni terus pegi smula kat nenek tp kayu tu ttp i bwa dan sembunyikn kat blkang



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hazfy at 8-4-2020 04:11 PM

Bila kita semua selesai kutip smua buah2an tu kmi pun naik semula ke rumah bila kaki kanan i msuk dlm rumah tu ttiba je i terjatuh kebwh dan kayu tu skli jatuh.bila nenek tengok terus dia marah dan minta pulangkn semula kayu tu cepat ke tempatnya.itulah first time nenek menjerit marah dekat i.dlm hati i berkata.apalah nenek ni sebab ni pun nak mrah.

Malam tu selesai mkn mlm tak tahu tiba2 badan i terasa gatal n rasa demam.suhu panas badan i naik mendadak mbuatkn parents i panik.nenek lgi lh susah hati cuba.minta cepat2 bwa kklinik berdekataan.semasa keluar rumah tu angin bertiup sgt kencang..

Nanti i sambung ya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_Maxx at 8-4-2020 09:10 PM

TT ni doktor rupanya. Time covid ni terlibat juga as frontliner?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 8-4-2020 03:58 PM
Bila kita semua selesai kutip smua buah2an tu kmi pun naik semula ke rumah bila kaki kanan i msuk dl ...

Sambunglah lagi u sementara tunggu cerita baru dari tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 12:26 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 7-4-2020 01:12 PM
Lps miker udah balik dari Pulau Pangkor tu mende tu x nunggu kat rumah ker..kak limah tanya jer...

hehe.. pandai-pandai je kome menebak pulau pangkor yek..
Nasib baik bende  tu tak nunggu kat rumah. Kalau idak terpaksa teman pindah pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2020 12:27 AM | Show all posts
hazfy replied at 8-4-2020 03:58 PM
Bila kita semua selesai kutip smua buah2an tu kmi pun naik semula ke rumah bila kaki kanan i msuk dl ...

Saspen jugak ni.. sambung lagi..
kayu tu apa sebenarnya.. imagine macam tongkat kepala ular..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 12:28 AM | Show all posts
cmf_Maxx replied at 8-4-2020 08:59 PM
TT ni doktor rupanya. Time covid ni terlibat juga as frontliner?

Takde le frontliner bebenor.
Sipi-sipi je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 01:17 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua.. Lama teman tak menjengah ke sini.

Teman sambung sikit kisah koridor ground floor tu yek..

          Macam teman kabo itu hari, koridor ground floor ni jenih koridor terbukak. Tapi lebih panjang dari koridor tingkat 3 yang mistik tu. Sebab koridor ni menyambungkan 3 blok bangunan terus. Blok C, Blok A dan Blok B. Jadi kalau keme berjalan tu, nak nampak sampe ke hujung koridor tu agak sayup-sayup mata memandang le. Mula-mula teman tak berapa gemor nak lalu ikut koridor ni. Sebab bila malam-malam tu, part yang tak nampak tu, mulala teman imagine benda bukan-bukan. Tapi disebabkan kisah koridor tingkat 3 tu lebih menggerunkan, jadi teman pun tukar tapak laluan teman ke koridor ground floor.

       Laluan rutin teman ialah ulang alik antara Blok A dan Blok B. Blok C tu bukan bangunan wad, jadi teman tak pernah lalu situ malam-malam. Kat pertemuan antara Blok A dan Blok C ada pintu grill yang berkunci. Jenih yang kena scan kad baru dia terbukak. Walaupun Blok A dan Blok B ni bangunan wad, tapi kat ground floor ni takde wad langsung. Yang ada cuma bilik-bilik daycare dan klinik yang ada orang waktu siang je. Malam-malam memang sunyi dan kosong, cuma ada pak guard je sebagai penguat semangat. Disebabkan koridor ni kat ground floor, dan bilik rehat teman kat tingkat 3, maka bila sampai ke hujung Blok A, dekat pintu grill tadi, teman terpaksalah naik tangga atau lif ke tingkat 3.

       Jadi pada malam yang sepi, teman pun mulala guna koridor ni dan mengavoid koridor tingkat 3. Semua nampak biasa dan tenang. Seram memang seram, takut kat orang jahat ada jugak. Maklumlah kawasan terbukak. Mujur ada pak guard sorang tunggu situ. Dalam seram-seram tu, setiap kali lalu depan pak guard tu harusla teman control macho jugak. Semua berjalan dengan lancar. Teman pun hepi-hepi jalan situ, sampaila satu malam ni.

      Macam biasa teman dari Blok B nak balik bilik rehat kat Blok A waktu tengah malam. Tengah teman berjalan sorang-sorang sambil seram sikit-sikit, tetiba teman terdengar bunyi katil ditolak dari belakang. Kalau kat hospital ni, memang perkara biasa katil/troli pesakit ditolak ke mana-mana oleh staff walaupun malam-malam. Maklumla, orang sakit ni bukannya mengenal masa. Jadi teman pun terus berasa sedap hati sambil hepi-hepi selalu sebab ada orang lain jugak tengah jalan kat koridor ni, bukanla teman sorang. Tapi teman idakla menoleh ke belakang pulakkan. Tak cool la macam tu. Dalam separuh perjalanan bunyi katil tu pun hilang. Teman terus berjalan sampai hujung dan naik tangga ke tingkat 3.

       Sampai ke atas, macam biasa teman sembang-sembang kejap dengan staff geng kerja malam sebelum masuk ke bilik rehat. Tetiba sorang staff ni cerita, malam ni ada sorang doctor yang oncall, tapi bukan team teman. Teman namakan dia Z ye. Z tu telefon wad Blok A ni untuk tanya keadaan pesakit dia, sebab kalau pesakit dia stabil, dia tak mau datang ke wad Blok A ni lepas pukul 12 malam. Ate teman tanye le udah kenapa pulak gitu? Maka staff ni cerita, masa Z tu oncall minggu lepas, masa dia jalan kat koridor ground floor tu, Z terdengar bunyi troli kat belakang. Bila dia toleh belakang je, takde apa benda. Bunyi troli pun ghaib. Jadi sedarlah Z bahawa beliau telah terkena.

      Mendengar je cerita staff tu, terus teman terimbas kembali kejadian tadi. Bila teman fikirkan balik, memang tak logic ada staff tolak pesakit kat ground floor tu. Sebab, malam-malam memang takde wad pun situ. Dan bunyi tu pulak, hilang di tengah-tengah koridor. Yang mana, kat situ, tak ada lif, tak ada pintu wad, pendek kata, tak ada tempat pun untuk katil tu ditolak pergi. Macam bunyi katil tu ghaib tiba-tiba. Hmmm.. mujur teman tak pusing ke belakang tadi. Habis, teman nak lalu mana pulak lepas ni. Huhu.

    Lepas kejadian ni, senior teman ada pesan kat teman. Kalau naik tangga kat hujung Blok A dekat grill tu, hati-hati sikit. Sebab ada orang pernah nampak budak kecik main sorang-sorang kat koridor Blok C, di sebelah grill tu. Macam teman cerita tadi, grill antara Blok A dan Blok C ni berkunci. Kena bukak dengan scan kad. Jadi hanya staff je yang boleh lalu sini malam-malam. Ini kalau teman cuba nak husnuzhon cakap budak tu mungkin sedara-mara pesakit sinila. Lagi satu, Blok C ni bukan bangunan wad, Jadi  waktu malam memang gelap gelita. Takde maknanya ada budak nak main sorang-sorang kat situ. Jadi setiap kali lalu tepi grill tu, teman pasti menundukkan pandangan dengan harapan dapat avoid eye contact dari sebarang entity yang tidak diingini.



      

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
covidjahat replied at 11-4-2020 01:17 AM
Assalamualaikum semua.. Lama teman tak menjengah ke sini.

Teman sambung sikit kisah koridor groun ...

Boleh bayangkn takutnya kalau sendiri mengalami seperti u ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.476323 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list