Post time 19-3-2020 11:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pon plan nak membaca tapi baru layan 1 page anak dara ajak berzumba. Belum sempat selak satu page lagi anak bulus mintak garu perut. Kemudian abahnya pulak mintak jahitkan seluar koyak. Sambil2 tu reply email ofis. Rasa macam lagi sibuk pulak duduk rumah
1. berpuasa.
sebabnya malas nak masak. takat ni aku sorg je. lagipon bkn kaki makan.
harap tabiat tak mengunyah ni kekal selepas 14 hari..sampai puasa..
so raya boleh lah berkebaya size fit..
2. eratkan sillaturrahim..
disebabkan boring yang teramat, smpai group wasap yg aku pandang sepi silent reader selama ni pon aku jadi rajin menyampuk sampai kawan tu ckp..ko hidup lagi rupanya..hahaha.
mana2 laki yg aku selalu buat dek..hah..rajin gak aku berborak.
hahahah...tetiba jadi peramah.