Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan
Lagi kes langgar lari penunggang Grab Food tercedera akibat kecuaian pemandu yang menukar lorong secara tiba-tiba. Tiada sivik betul!
Sakit pula hati melihat video yang dikongsikan sahabat mangsa menerusi Facebook ini.
KAWAN DIBIARKAN TERKULAI GARA-GARA PEMANDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
"Kejadian berlaku pada Ahad sekitar jam 1.13 tengah hari di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.
"Sahabat saya, Nizam Mazlan bekerja sebagai penghantar makanan sambilan dan sewaktu kejadian beliau sedang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan sebelum sebuah BMW hitam (plat nombor pendaftaran tidak dapat dicam) telah menukar lorong menghala ke Jalan Kelang Lama secara tiba-tiba.
Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan
Katanya, Nizam tidak sempat untuk membrek motosikalnya dan terus melanggar belakang bonet BMW tersebut.
"Diakui Nizam melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan laluan motosikal, tetapi kami sangat ralat kerana pemandu tersebut tidak bertanggungjawab atas kelalaiannya dan hanya melihat sahaja Nizam terkulai di atas jalan raya.
Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan
"Akibat kejadian itu, Nizam telah patah bahu kiri dan mengalami kecederaan dalaman. Saya dan kawan-kawan memohon kerjasama daripada sahabat FB semua untuk bantu mendapatkan maklumat pemandu tersebut dan meminta dia bertanggungjawab," katanya.
Kredit foto: Facebook Amerul Izuwan
Menurut Amerul Izuwan, mungkin ada di kalangan warganet mahir dalam mengedit video bagi membantu mengecam nombor pendaftaran kereta tersebut.
"Mohon Share dan Viralkan seeta PM saya, Amerul Izuwan atau laporkan ke balai polis jika ada saksi atau maklumat kes ini.
"semoga abang-abang rider sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan pekerjaan mereka," pesannya.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat bagi mengesan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kes langgar lari ini. Sampai bila nasib mangsa kemalangan langgar lari sebegini tak terbela, kan? - CARI |