CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

Persatuan Kesihatan Mental kecam persembahan Aina

[Copy link]
Post time 10-2-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg akak, kalau betul langgar guidelines, minta maaf je lah. Tp tak semua org aware pasal guidelines ni. Kalau diorang tau, I don't think diorang akan buat. Mungkin awareness dari kementerian kesihatan tak cukup kot mungkin dah sampai masa kementerian kesihatan kerja rapat2 dengan kementerian media & komunikasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada iols darah2 ni tak yahlah kalau rancangan tu ratingnya U. Budak2 tengok, org sakit mental tengok. Fikiran budak2 tak matang, nanti dia saje cucuk dgn pisau ke sebab nak tiru darah membuak keluar tu. Org yg tengah depressed ke putus cinta ke mungkin terdorong nak cederakan diri. Tambah pulak lagunya tentang patah hati. Bagus lah  aina dah minta maaf tapi seeloknya pull out ajelah gambar2 dia ber toto berdarah tu drp ig dia. Iols suka idea sorang forumer kat thread lagi satu. Yg diikat pada kerusi ke,lepas tu meronta-ronta sambil nyanyi ke. Lepas tu berjaya lepaskan ikatan & terus nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 10:59 AM | Show all posts
hati berdarah? hati kt mana sis?.. beza ok posisi leher dan hati. iols mula2 mmg kagum dgn persembahan tu. sbb unexpected. tp bila dah melampau sgt curah2 air merah tu, dari leher pulak, dah jadi disturbing pulak. nk buat simbolik tu biar la kena pada tempat.. lesson learned yer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:00 AM | Show all posts
fazamania replied at 10-2-2020 10:34 AM
Mentaliti rakyat malaysia belum sampai lagi ke tahap nak terima simbolik mcm ni.

Ummah internasional pun lagi tak boleh terima konsep mcm ni ditayang kepada umum... lagi diorang kecam... broadcasting rules and regulation sis semua orang patut tahu benda basic ni kot? Kalau persembahan tertutup tu lain cerita la pulak


Mujurlah AJL ni acara sendu negara je... tunggu je la youtuber2 yindon pinoy buat reaction kalau nak nampak mendonia sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:02 AM | Show all posts
laa... mcmana la boleh fikiur sampai bunuh diri
aku tgk smlm tak rasa mcmtu pun
rasa mcm kuntilanak berdarah2 seram saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:03 AM | Show all posts
From FB Ini Sains Beb

Anugerah Juara Lagu semalam kita dikejutkan dengan satu persembahan yang tidak dijangka. Persembahan 'darah' yang bernada sayu dan sesal.

Secara ringkasnya: Aina Abdul menyampaikan lagunya Sumpah, yang berkisar tentang perasaan kesal melukakan hati orang yang tersayang. Gimik persembahan yang dibuat memperlihatkan dakwat merah meleleh membasahi baju putihya dari kawasan leher. Kemudian dakwat ini berterusan membasahi hadapan bajunya sehingga lecun di akhir persembahan. Di samping itu, terdapat montaj video gumpalan dakwat merah bergelumang di dalam air sebagai latar belakang.

Secara peribadi, kami anggap ia satu luahan isi hati daripada si penyanyi. Akan tetapi, ia bukan bermakna beliau boleh menunjukkan aksi berdarah itu sewenang-wenangnya.

"Tapi itu cuma cara dia meluahkan perasaan!"

Ya, tak salah untuk seseorang meluahkan perasaannya. Malah, kita semua digalakkan untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Namun cara luahannya perlu dengan cara yang sihat dan tidak memudaratkan orang lain. Amat merbahaya apabila cara yang tidak sihat ditayangkan kepada masyarakat umum.

Kenapa ia bahaya? Sebab yang menontonnya mungkin boleh dapat idea untuk melakukan perkara sama. Bayangkan, seorang yang merasakan lagu tersebut sangat kena dengan situasi hidupnya, kemudian dia melihat persembahan tersebut. Apa agaknya yang terlintas di fikirannya? Salah satunya mungkin "mencederakan diri adalah satu jalan untuk hilangkan rasa sakit hati ni".

Ia juga bahaya kerana tindakan mencederakan diri boleh dilihat sebagai satu perkara yang normal apabila terlampau sedih. Cara ini sangat tidak elok bagi seseorang itu menguruskan perasaannya. Lebih menakutkan lagi, ia boleh menyebabkan komplikasi lain pada masa akan datang.

Artikel Public Health Malaysia (rujuk tangkap layar di bawah) mengecam persembahan tersebut kerana melanggar garis panduan media tentang bunuh diri. Ini kerana elemen-elemen seperti ini boleh mendorong mereka yang mempunyai kecenderungan bunuh diri untuk merealisasikan apa yang terbuku di hati. Kami di ISB menyokong penuh artikel ini.

Tapi adakah itu bermaksud kami mengongkong kreativiti?

Tak ada masalah nak kreatif, kak. Tapi kreativiti ni perlu bertempat. Tak boleh semberono sahaja. Kalau elemen bunuh diri boleh diagung-agungkan di media, kenapa berhenti setakat itu sahaja? What if lagu Dinda oleh Masdo mengagungkan pedofilia? What if lagu Peneman oleh Hazama mengagungkan pelacuran? Macam-macam what if kreatif yang melanggar segala macam hukum dan amalan di Malaysia yang boleh saya bayangkan. Tapi tak semestinya itu adalah satu-satunya bentuk kreativiti yang MESTI saya terokai.

Ya, Aina dan pasukannya ada mengakui mereka tidak berniat nak menggambarkan elemen bunuh diri dalam persembahannya (let’s face it, who’s suicidal enough to do that, right?), sebaliknya ingin menggambarkan analogi lain. Namun kita patut lihat kembali:

1. Lagu ini berkisar tentang DIRI yang menyesal kerana melukakan hati orang lain. Kalau dia nak menggambarkan hati yang terluka, bukanlah hati DIA yang patut berdarah. Hati orang lagi satulah.

2. Kalau hati yang terluka, mengapa berdarah di leher? Hati kat abdomen, kak, bawah rusuk kanan. Kalau nak guna rujukan Melayu yang mana hati itu bermaksud jantung, ia terletak di dada di sebalik sternum.

3. Kalau hati yang terluka, perlukan darah itu digambarkan secara vivid tumpah membasahi dada macam karotid yang putus?

Kami menggunakan TIGA kritikan di atas untuk mengetengahkan bahawa kekeliruan yang timbul di kalangan orang awam adalah BERASAS. Sebagai warga kreatif, seniman perlu faham bahawa hasil karya kita adalah subjektif dan boleh diintepretasi dalam pelbagai bentuk. Namun apa yang kita perlu elakkan ialah elemen-elemen yang menjurus kepada maksud lain yang lebih besar, melampaui dari maksud kita yang sebenar.

Lebih-lebih lagi jika maksud yang besar dan jelas ini jauh menyimpang dan memberikan gambaran negatif!

Kami berharap agar pihak media dan artis Malaysia lebih cakna akan isu kesihatan mental dan bagaimana ia seharusnya dipaparkan di media. . Persembahan yang mengandungi elemen bunuh diri, pedofilia, rogol, seks rambang, nuditi, bahasa kesat, racism dan sebagainya tidak seharusnya dipertontonkan ke khalayak ramai. Carilah audiens yang sesuai, berikan mesej yang positif dan jelas dan seeloknya sama-sama menjaga sensitiviti masyarakat awam.

Wallahualam

#inisainsbeb #aisairi #azarimy

Rujukan:

Hooley, J. M., & Franklin, J. C. (2017). Why Do People Hurt Themselves? A New Conceptual Model of Nonsuicidal Self-Injury. Clinical Psychological Science, 6(3), 428–451. doi: 10.1177/2167702617745641

Whitlock J (2010) Self-Injurious Behavior in Adolescents. PLoS Med 7(5): e1000240. doi:10.1371/ journal.pmed.1000240

Lewis, S. P., Heath, N. L., Sornberger, M. J., & Arbuthnott, A. E. (2012). Helpful or Harmful? An Examination of Viewers Responses to Nonsuicidal Self-Injury Videos on YouTube. Journal of Adolescent Health, 51(4), 380–385. doi: 10.1016/j.jadohealth.2012.01.013


Kita anggap je lah PHM nak create awareness pasal hal2 sensitif tu.

Memanglah masing2 ada pandangan sendiri, tapi tak perlulah sampai nak berbahas ini tak betul, itu tak betul.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2020 11:06 AM | Show all posts
nama pun artistik, seni persembahan
boleh la nak berdarah kat mana2 pun, hati, leher, kaki...
kalau nak logik, lepas bunuh diri tu tak boleh menyanyi dah pun, terus mati
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:08 AM | Show all posts
haihhh retis ni klu org dh tegur tu terima jelaa. say sorry sudah. ni lg nk menangkan ckp seni laa, artifak laa ape laa. pls laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2020 11:09 AM | Show all posts
kalau nak tunjuk berdarah pun xkan la sampai dah berbunkus macm pocong....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 10-2-2020 10:45 AM
inspire dari ais krem mekdi kot...

Hiwaa.dah la aku suka salted caramel.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
amal12bh replied at 10-2-2020 10:59 AM
hati berdarah? hati kt mana sis?.. beza ok posisi leher dan hati. iols mula2 mmg kagum dgn persembah ...

Yes disturbing.....

Lagu psl patah hati je kot dik....takyah nak deep2 sgt la
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:16 AM | Show all posts
dah namanya pun utk tontonan seisi keluarga tak payah acah2 deep, madah pujangga, metafora, metabolism bagai..kosser la aku nak pikir maksud persembahan hang..so lepas ni kalau pompuan putus cinta boleh la cucuk2 hati bagai..bodo punya penyanyi pompuan tak cantik..selayaknya kena tinggal dgn boifren
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kain gebor hotel mana kau rembat tu deknon??
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda simple je Dah langgar guideline, yg 1st complain pun public health malaysia... btul la apa yg dikatakan tu bknnya sbb netizens x open x faham seni semua tu. Iol pun tgk psembhan aina ni rasa mcm biasa je tp mngkin disturbing kt org lain kanak2, yg ada mental illness... ajl ni kn tontonan Umum.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:19 AM | Show all posts
Edited by fish at 10-2-2020 11:23 AM

aku mcm ok je dgn psembahan dia mlm td
sbb mungkin aku takde fikir yg bkn2 pun
mula2 aku tgk mcm cantik pulak corak2 merah kat baju dia tu, lama2 baru perasan makin byk

kalau semua nak fikir negatif
psembahan kat dlm hutan2 mcm hazama tu pun tak ok
sbb nanti takut yg ada masalah kesihatan mental terdorong nak masuk hutan sorg2, buatnya sesat ka, mati ka
yg  naim daniel tu pun bahaya, takut nanti ada pulak yg makin sakit sbb nak p bulan, nak berdiri atas tu, mcm2 laa...
yg hafiz pun tak ok, buatnya yg sakit takde pasangan, tgk manis2 bersemut mcmtu pun boleh bertambah sakit

pendek kata nak selamat menyanyi tegak saja la lps ni

pengalaman... ada arwah adik sakit dulu
bila dia tgk kapal terbang terhempas pun dia boleh ingatkan aku suruh berhati2 sbb selalu naik

tp bila aku ckp yg naik kereta lg byk excident, hari2... ok je dia boleh terima & diam nasihat tak henti2

diorg ni mmg mcm2 fikir

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:23 AM | Show all posts
Awal pun ada cakap dia terkejut tetiba baju dia merah bila dia tikam dada dia?
Iols takde nampak pun dia tikam dada dia? Nampak tetiba merah je baju dia tu
Tikam tu minit ke berapa ishh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2020 11:37 AM | Show all posts
anak aku pun tak takut, cuma dia ckp hantu je
mungkin sbb dia dah biasa tgk cerita yg ada hantu berdarah2 mcmtu kot

yg drama band baru dia takut, sbb weird sgt muka
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:39 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 10-2-2020 11:23 AM
Awal pun ada cakap dia terkejut tetiba baju dia merah bila dia tikam dada dia?
Iols takde nampak pu ...

aku pun tak perasan
sbb tgk tiba2 merah saja, yg mula2 berdarah tu kat dada
sbb mula2 aku ingatkan corak, siap puji cantik jalur2 lurus kebawah masa mula2 tu




Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:40 AM | Show all posts
Overnya Persatuan Sakit Mental ni, dia pepandai interpret, dia yang kritik bagai nak rak.

Aku tengok tak terasa pun nak tafsir konsep bunuh diri?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:51 AM | Show all posts
fish replied at 10-2-2020 11:39 AM
aku pun tak perasan
sbb tgk tiba2 merah saja, yg mula2 berdarah tu kat dada
sbb mula2 aku ingatk ...

Sebab terkejut tengok merah sikit-sikit
Lama-lama makin banyak
Tapi takde pulak nampak cucuk dada ke cucuk mata ke
Nk tengok balik mana ada dah video nya
Kesian aina, baru first time masa AJL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.063558 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list