Edited by boca120879 at 2-1-2020 12:09 PM
Sebab itu kita kena belajar pasal hadith2 ini,sebagaimana kita kena belajar pasal al-Quran.
Barulah amalan kita terjamin
sebagaimana Hadith Nabi yang berbunyi,
Daripada Abu 'Ashim, daripada Tsaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma'dan, daripada Abdur Rahman bin 'Amr, daripada 'Irbadl bin Sariah,
"Rasulullah s.a.w. solat Subuh bersama kami,
kemudian Rasulullah s.a.w. memberikan nasihat yang sangat menyentuh perasaan hingga air mata (kami) bercucuran dan bergetarlah hati- hati (kami),
kemudian seseorang bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w., seakan-akan nasihat ini adalah nasihat terakhir (yang engkau berikan), maka berikanlah kami wasiat.
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah s.w.t.
dan selalu mendengar dan ta'at (kepada para pemimpin), meskipun dia seorang budak dari Habsyah,
sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup setelahku nescaya dia melihat perbezaan yang banyak,
maka kalian harus mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang lurus,
gigitlah dengan gigi geraham kalian (peganglah dengan teguh),
berhati-hatilah dengan segala sesuatu yang baru (perkara bid'ah), kerana sesuatu yang baru itu bid'ah."
Abu 'Ashim berkata, "Hendaklah kalian berhati-hati terhadap perkara-perkara yang baru (dalam agama), kerana setiap bid`ah itu sesat."
(Hadith Darimi no. 95)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|