|
[youtube]cWhLlWO6LcE[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]PGJ7sdhbJxM[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
berapa RM TT bagi dia ? banyak ke?
Saya ni org ada berhutang, byr sikit2 pastu senyap, sampaikan saya rasa, saya tak akan dapat balik duit saya ni |
|
|
|
|
|
|
|
agak byk...
bila pikir balik biarla dh mmg rezeki dia
wpon dlm hati tetap menyesal x sudah
biasa la tu..ms nk pinjam lembut gigi drp lidah
nk byr...hancusss lebur mcm tu jek
|
|
|
|
|
|
|
|
tu laa awak... insyallah ada rezeki awak nanti kan..
kes saya, org tu mmg ckp nak "pinjam" pastu katanya nak byr sikit2..
bila di minta, dia buat cerita sedih... ni pun dia duk hint2 lagi pasal kesusahan..
janji nak bayar sikit2, sampai kesudah baru RM3k je dia byr... hutang masih banyak lagi ni
sama macam awak, sakit hati rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 30-12-2019 09:39 PM
Dalam Islam, Allah swt menjelaskan beberapa perkara mengenai soal hutang-pemiutang.
Yang memberikan hutang, perlu sedar, Allah swt sebenarnya ada menggantikan yg lebih baik dari itu jika benar2 kenal Allah swt.
Menagih hutang itu TIADA SALAHNYA. akan tetapi, bila sahaja seorg yg memberikan hutang, langsung Allah swt tambahkan lagi rezeki yg lain utk dirinya, lalu yg berhutang BELUM DIMAMPUKAN OLEH-NYA utk membayar hutang tersebut, nasihat saya BERHATI2LAH. Takut2 nanti, murka Allah swt itu kepada pemiutang, bukan pula kepada penghutang.
Hidup ni, jgn hanya lihat diri kita ini disayangi oleh Allah swt kerana diberikan kelebihan oleh-Nya. Sebaliknya, tiap sesuatu yg berlaku, ada hikmah dari-Nya.
Ada org, yg berhutang utk rosakkan dirinya sendiri. Ada org, yg beri hutang utk rosakkan org lain. Yg sebenar2 taqwa itu apa yg sebenar2nya?
Dulu, saya pernah byk kali beri hutang kepada org. Ada yg bayar, ada yg tak bayar langsung hingga kini. Yg pastinya, saya lebih bersyukur kepada DIA, kerana DIA bagi saya LUPA semua yg saya berikan hutang itu. Yg paling penting, DIA berikan IMAN kepada saya yg JAUH LEBIH MAHAL berbanding apa yg DIA ciptakan.
Nak masuk syurga, tak ada iman, tak ada syurga yg sebenar2nya. Hatta, kita pun belum tentu beriman, jika kita hanya memandang diri kita LEBIH BAIK berbanding org lain. Itulah tanda2 tamparan syaitan menurut baginda Rasullullah saw.
Ketahuilah, org yg terkena tamparan syaitan, layak utk dipancung meskipun mereka itu BERSOLAT dan kelihatan warak. Menerusi merekalah, fitnah terhadap agama berleluasa menurut baginda Rasullullah saw. Itu antara hal ehwal Alquran dan Sunnah utk dijadikan rujukan kepada mana2 yg belum mengingati Allah swt.
Moga2 bermanfaat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk kali ini patut letak, "jadi kedekut lebih baik dari mengenal Allah".
Semua dok tayang skill bodoh, tanda tamparan syaitan laknatullah.
Solat aje tak cukup, kalau tak beriman kepada Allah swt.
Kita duduk dizaman agama difitnah kerana yg menguruskan hal ehwal agama itu terkena tamparan syaitan. Buktinya?
Kalau lafaz bercerai diluar mahkamah pun kena denda, celah yg lain2 itu, tak cukup lagikah bukti, ramainya ulama2 dan umarak2 yg terkena tamparan syaitan dizaman ini? Tu pun masih rasa diri itu lebih baik berbanding org lain?
Ada manusia, Allah swt ciptakan utk menguji, dan ada juga utk diuji. Samaada diuji dan menguji, urusan iman itu hanya DIA shj yg tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya letak sekali lagi utk ingatkan.
[youtube]cWhLlWO6LcE[/youtube]
Hidup ini, ada ilmu yg luas sekalipun, tanpa akhlak, terutama kepada DIA, dan atas apa yang DIA ciptakan, sebenarnya, belum lagi diberikan-Nya penghormatan yg selayaknya oleh-NYA.
Saya pernah mengingatkan kepada kedua ibu bapa saya "sekiranya org2 di dalam pejabat agama itu TIDAK BERADAB dalam urusan dunia, lantas tidak layak langsung kepada mereka utk masuk ke syurga-Nya. Malah mereka KEKAL di dalam neraka BUAT SELAMA-LAMANYA". Sesuai dgn hadis, lagi sehasta nak masuk syurga, Allah swt masukkan mereka ke dalam neraka-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sebenarnya kasihan, kepada mereka2 yg memberikan hutang, akan tetapi ada org yg tak bayar hutang tersebut.
Meskipun demikian, yg paling saya kasihankan adalah, mereka2 yg memberikan hutang, terlupa hutang mereka kepada Allah swt. Iyalah kan, mana ada manusia yg bayar hutang kerana diberikan nyawa oleh-Nya, diberikan rezeki oleh-Nya yg tidak terhitung byknya. Cuba jelaskan, berapa harga sebiji mata yg kamu miliki langsung kamu bayar terus kepada DIA.
Byk mana pun hutang yg kita berikan kpd manusia, sebenarnya teramat SIKIT disisi Allah swt. Jika mahu dinilai dgn harga sehelai sayap nyamuk, sayap nyamuk lebih tinggi harganya berbanding yg kita beri hutang. Lagi pula, kita semua pasti akan mati di alam dunia ini.
Jika benarlah, harta yg dimiliki itu mampu utk merasuah para malaikat, jika itulah tahap iman kita selama ini, jgn lupa, buatlah wasiat, suruh tanam semua yg dimiliki berserta jasad yg diambil roh oleh-Nya. Itupun jika benarlah itulah ISLAM yg diajarkan oleh Allah swt dan rasul2-Nya.
Ada yg kaya, ketika mati, hartanya menjadi milik Allah swt. Akan tetapi, kebanyakkan yg mati, sepanjang hidupnya tak ingat kematian yg dijanjikan oleh Allah swt kepada semua.
Nilai hutang disisi Allah swt bukan letaknya berapa jumlah nilai hutang itu, akan tetapi yg dinilai-Nya adalah adab2 hutang berkenaan.
Takutlah kepada Allah swt, sekiranya kita merasa diri itu lebih baik dari org lain, tanpa menyedari, boleh jadi kitalah yg dimaksudkan-Nya Qarun, sedangkan kita tidak menyedarinya. Takutlah kepada Allah swt, ketika kita mengadap dihadapan Allah, langsung kita tuntut agar Allah swt menilai hutang2 yg diberikan, langsung Allah swt tuntut semula SEMUA yg diberikan-Nya utk beriman dan bertaqwa, membungkam jua kita diakhirnya. Takutlah kepada Allah swt, bila JELAS diri kita sebenarnya diizinkan-Nya utk mendapat tamparan syaitan, hingga terlupa utk memperbanyakkan syukur berbanding kufur kepada Allah swt. Takutlah kepada Allah swt, bila apa yg kita rencanakan itu, menunjukkan kitalah dari kalangan ahlul muflis diakhirat kelak, sedangkan kita merasa senang utk mengingati selain Allah swt berserta Allah swt.
Hidup ini sebentar cuma. Bertaqwalah, mudah2an beroleh syafaat-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 31-12-2019 05:38 PM
Ilmu itu ibaratnya lautan. Ilmu yg dimiliki oleh kita ibaratnya setitis air laut yg masin. Tahukah kita, setitis air laut yg kita miliki, perlu dikongsi dan bukan pula utk dibanggakan diri?
Nak buat roti, setitis air laut, boleh buat roti yg cukup byk bukan sahaja utk diri sendiri, malah utk dikongsi. Seandainya setitis air laut itu hanya utk diri sendiri, semua yg Allah swt berikan pasti DIKUFURI. Amatlah janggal, bila ada yg sudah nemiliki setitis air laut, akan tetapi mahu merompak setitis air laut milik orang lain. Suka ataupun tidak, setitis air yg dirompak, sekadar setitis, sedangkan lautan yg luas BELUM dikuasai. |
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]VTpDUp4gWTQ[/youtube]
Renung2kanlah tahap kelayakkan utk diri sendiri diakhirat kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 26-12-2019 03:25 PM
Walaupun baru tahu yg beri kepada orang yang salah, jika pemberian itu ikhlas maka ada ganjara ...
Terbaik.....
Tapi tu lah...hati dah sakit kannn...susah nk ikhlas...memang niat memula nk tlg dgn ikhlas....rupa nys org tu tak layak ditolong & menyakitkn hati....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 2-1-2020 08:08 PM
[youtube]d1_kyzYChs4[/youtube]
Sekiranya, mana2 org beriman, dgn sengaja membunuh org yg beriman, boleh dihukum KAFIR.
Apa yg akan berlaku, bila yg mengaku beriman, dgn sengaja cuba membunuh org yg beriman, langsung Allah swt selamatkan org yg beriman berkenaan? Seandainya Allah swt menyelamatkan org beriman berkenaan dari dibunuh oleh org yg mengaku beriman, HANYA org yg diselamatkan oleh Allah swt SAHAJA boleh menghukum KAFIR kepada mereka yg sengaja hendak membunuhnya, sebagai ujian serta peringatan dari Allah swt, dan amaran-Nya.
Apakah org2 yg beriman itu perlu bertaubat sesudah DISELAMATKAN oleh Allah swt dari dibunuh oleh org2 yg mengaku beriman berkenaan? Jawapannya adalah tidak! Kerana Allah swt menyelamatkannya atas tajuk taqwa, manakala yg cuba membunuh perlu belajar utk bertaqwa. DIHARAMKAN SYURGA kepada sesiapa jua yg bersubahat cuba membunuh org yg beriman, sedangkan Allah swt menyelamatkan org berkenaan, LANGSUNG MENYURUH org beriman utk bertaqwa dan berguru kepada selain Allah swt kerana, kelayakkannya IMANNYA ITU TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT kerana adanya saksi bagi pihak Allah swt, yg merupakan alasan bagi pihak Allah swt, menghalangnya keluar dari neraka. (kekal dalamnya)
Apakah kamu rasa selamat dari diazab-Nya kekal dalam neraka jahannam? Renung2kanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Hutang cuba bunuh org2 yg beriman, langsung Allah lindungi org2 beriman berkenaan BUKAN setakat pergi minta kepada Allah swt, lalu Allah swt AMPUNKAN. Ini kerana, mereka2 yg diselamatkan oleh Allah swt DAN TAHU HAL EHWAL BERKENAAN itu saksi bagi pihak Allah swt.
Apakah seorg saksi bagi pihak Allah swt akan mengampunkan dosa2 awak dgn apa yg awak lakukan selama ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 2-1-2020 08:33 PM
Apasal saya reply? Pasalnya, hari ini cuaca gelap yg agak pelik. Tiada guruh atau apa2, seakan2 mengingatkan saya kepada kisah kaum A'ad, yg pernah disabdakan oleh baginda Rasullullah saw.
Berhati2lah ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum terlupa, tadi ada seorg lelaki dtg lalu cuba nak marah kepada saya, Allah swt hilangkan terus apa yg dinamakan ilham syaitan berkenaan. Dan paling menariknya, org ini dihantar oleh AWAK utk suruh saya berguru?
Sudah2 le tu. Awak yg patut kembalikan segala urusan awak itu kepada Allah. Yg perlu berguru itu AWAK. |
|
|
|
|
|
|
|
Saja nak tanya, hutang cuba bunuh org lalu Allah swt selamatkan org itu BILA NAK BAYAR? |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ini dok perasan rasa ikhlas kerana Allah? Dah tak ikhlas nak bayar hutang ke tu menurut hukum Allah? Ataupun nak rasa azab-Nya baru nak menyesal? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 2-1-2020 08:52 PM
Al-Kahf:34 - Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Al-Kahf:35 - Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.
Al-Kahf:36 - Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Al-Kahf:37 - berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
Al-Kahf:38 - Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
Al-Kahf:39 - Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
Al-Kahf:40 - Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
Al-Kahf:41 - Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
Al-Kahf:42 - Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Al-Kahf:43 - Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
Hingga saat ini, masih lagi menyekutukan Allah swt langsung tak sedar2 diri? |
|
|
|
|
|
|
| |
|