Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan antara punca utama Jho Low sukar dijejaki adalah kerana alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh pihak berkuasa negara yang disyaki menjadi tempat dan lokasi persembunyian Low Taeok Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Antara alasan tidak masuk akal yang diberikan adalah ahli perniagaan yang menjadi buruan polis itu telah membuat pembedahan wajah menyerupai beruang.
Memetik laporan Sinar Harian, Abdul hamid memberitahu antara alasan pihak berkuasa tempatan negara berkenaan adalah kononnya Jho Low telah berubah wajah dengan menjalani pembedahan wajah.
"Muka Jho Low sama seperti beruang, saya pun tak tahu tapi kononnya dia (Jho Low) sudah ubah bentuk mukanya," ujar Abdul Hamid.
Ketika ditemui, Ketua Polis Negara itu telah mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis yang mendedahkan Jho Low didakwa turut memiliki pasport negara Cyprus selepas skandal 1MDB-nya itu terbongkar.
Pihak berkuasa negara kepulauan Mediterannean itu mendakwa sukar untuk menjejaki keberadaan Jho Low atas alasan dia telah mengubah bentuk wajahnya.
Tambahnya lagi, mereka mendakwa Jho Low berjalan seperti seekor seladang, jika lihat dari belakang nampak seperti haiwan tersebut. Saya tak nampak logik di sebalik alasan yang diberikan pihak berkuasa negara itu,"- ujarnya lagi.
Foto: Carian internet
Jho low sebelum ini telah dituduh sebagai dalang utama selain daripada mantan perdana menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak dalam transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat 1MDB. Beliau kini masih diburu di oleh pihak kerajaan Malaysia dengan bantuan polis dunia.- CARI
|