|
Foto Cium Kepala Risteena? Isa Khan Bakal Umum Sesuatu
[Copy link]
|
|
berlumba2 eh adik kakak dok cite pasal jantan dekat socmed. dulu suka jugak dia ni tapi dah lebih kurang si adiknya pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sorang je ke x kenai laki ni sapa |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu aku baca dorg mmg dh couple 7thn kan.. Pastu kata clash.. Tiba2 si risteena ni konon dgn si ikhwan p kursus kawen bagai kan.. Pastu kelmarin si ikhwan lak ckp bkn dia yg nk kawen dgn risteena.. Pls laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa tahun dia dok malaysia
Berapa tahun plak dok indon
Tulis mcm skolah kat sana je
Umum ke x umum ke ada org kesah ke dek
Korang tu bkn nama besar pun...berangan much! |
|
|
|
|
|
|
|
entah, kalau idol kat luar negara dengar bisik2 je pasal idol kesayangan ada makwe, dah meroyan sakan peminat. Ni jenis stok, sebelum nak umumkan 'sesuatu' acah2 nak buat teaser. Padahal, takde sape kesah pun. Kelakar much.
Artis : saya tengah bercinta
Fans: bercintalah
Artis: saya nak kawin
Fans: eh kawin je lah (tolong cepat2 berambus)
begitulah kejadiannya... sendu ya amats korang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosannazmia at 1-11-2019 02:52 PM
kaklimahcomot replied at 1-11-2019 02:34 PM
acik tnya sape risteena ni? tapi tau plk pasal derang tutup muke boipren derang. sebnarnya acik ni ...
Kan ade kat ataih tu kak limah.. Tu yang meols tanya.. Huwaaa.. Kekeke seme meols cedok dr thread je makhluk bbnus ni.. Kalu idok ya ampon meols nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Ada video kat Instagram risteena dia curah2 air kat kaki tu sebab apa? Aku tgk 2 kali still tak paham apa dia cuba sampaikan. Scene dlm drama dia ke camana. Lately diorang ni kuat berteka teki |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmna blh stat kuar name isa khan ni? Gigih la aku gugel sape ikhwan. Katanya plakon dr taun 2011 tp da kurg aktif. Xprnah aku tgok cite dia. Tgok video suap mkn tu mcm tngn debab ckt x mcm isa tgan penuh urat. Rsanya tngan ikhwan kot.
Ni artikel aku jumpa releven dgn risteena bgtau pakwe dia da kawan 7 taun. Si ikhwan la cmna leh jd isa khan plk.
Kredit: METRO
Ikhwan, Risteena nikah November ini
[email protected]
PELAKON dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon, Risteena Munim, 30, pada November ini.
Bagaimanapun, Ikhwan, 29, belum dapat memberikan tarikh sebenar pernikahan mereka kerana masih dalam perbincangan.
“November adalah bulan kelahiran Risteena. Kalau nak buat majlis nikah pada tarikh lahirnya iaitu 19 November, ia jatuh pada hari Selasa.
“Jadi, kena bincang dan tengok mana yang sesuai. Kena tengok keadaan dan masa sama ada sebelum atau selepas. Dalam masa sama, masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
“Apa pun, kami berdoa semoga segala dirancang berjalan lancar. Saya juga berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya.
Menurut Ikhwan, mereka mengambil masa lama untuk membawa perhubungan itu ke fasa perkahwinan walaupun sudah enam tahun bercinta.
“Ramai bertanya kenapa bercinta lama sangat. Namun bagi saya, ia adalah proses untuk saling mengenali. Apatah lagi perkahwinan bukan perkara main-main. Jadi, banyak perkara perlu diambil serius.
“Paling penting adalah persediaan nak menjadi suami isteri dan menjalani tanggungjawab dalam perkahwinan. “Alhamdulillah, sepanjang perhubungan ini kami okey dan tidak ada masalah. Walaupun Risteena sering digosipkan dengan lelaki, saya memahami kerjayanya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 12:50 |
|
|
|
|
|
|
|
Poyo ckp Indon. Ajet betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Kredit: hmetro
PELAKON, Ikhwan Khairudin menafikan dirinya lelaki yang menyuap pelakon, Risteena Munim seperti dimuat naik di Instagram (IG) pelakon itu.
Ikhwan, 29, berkata dia perlu menjelaskan perkara itu kerana mendapat banyak pertanyaan di IG selain tidak mahu timbul salah faham.
“Lelaki dalam video itu bukan saya. Saya tak pasti siapa. Memandangkan ia dimuat naik Risteena, jadi lebih baik dia yang menjelaskan perkara itu. Sebab dia berada di tempat kejadian.
“Apabila saya mula mendapat mesej peribadi (DM) di IG dan bertanyakan mengenai perkara ini ditambah pula ada beberapa portal hiburan sudah membangkitkan isu berkenaan, jadi saya perlu tampil memberi penjelasan.
“Bukan apa, dalam pada ramai yang puji ‘sweet’, ramai juga mengeji dengan aksi itu. Sedangkan bukan saya pun. Jadi, tak adil untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.
Video berdurasi 13 saat itu memaparkan aksi suap manja seorang lelaki kepada Risteena di sebuah kedai makan.
Namun, wajah lelaki itu diletakkan emoji ‘love’ hingga menimbulkan persoalan banyak pihak.
Dalam masa sama, Ikhwan turut menafikan dia lelaki yang berada dalam kereta dan memberikan bunga kepada Risteena seperti dimuat naik di IG.
Selain itu, Ikhwan juga menafikan dia lelaki yang menjirus air ke kaki dan tangan Risteena seperti dimuat naik Risteena.
“Itu juga bukan saya,” katanya ringkas.
Sementara itu, Risteena yang juga pelakon Playboy Itu Suami Aku dalam kenyataan di IG sebelum ini berharap semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan spekulasi.
“Diharap semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang tidak keluar daripada mulut saya.
“Jangan hanya mendengar sebelah pihak supaya tidak timbul spekulasi yang tidak benar. Terima kasih,” tulisnya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Risteena dan Ikhwan bakal berkahwin bulan depan bersempena bulan kelahiran kakak kepada pelakon, Ruhainies itu.
Malah, pasangan itu juga sudah mengikuti kursus kahwin selepas tujuh tahun menjalin hubungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelli replied at 1-11-2019 11:38 AM
A'ah..adik Miller n Sabrina Ali
Waaa. Adik beradik dgn Sabrina ali? Baru tau. Ingatkan dgn miller jak. Hihiii |
|
|
|
|
|
|
|
rosannazmia replied at 1-11-2019 01:21 PM
Soalan satu. Sapa resteena ni?
Soalan dua. Adik siapa sheols ni?
Soalan tiga. Kenapa bbnus retis s ...
Sheols sebok suruh org up nama sheols ni dlm forom.cari...ni cubaan2 nk up diri sendu..bakat takde |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf..iols bukan acah2 x kenal, tp serius mmg x kenal sape isa khan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak adik sama je perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun nak tau jugk sape isa khan ni siap gugel tadi.
Isa khan adik kepada pelakon miller khan,farali khan n sorg lg abgnya nama aliff khan
Dan tiada kena mengena dgn sabrina ali,hanya nama ayah je sama ali khan.
Semua adk bradik ni menapak di indon jadi retis
|
|
|
|
|
|
|
|
isa ni nyanyi hauk mcm mana boleh terpilih af. tone deaf. tapi dia confident je nyanyi letak kat IG dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|