Paling sedih bila penghujung cerita tu,macam tahu je dia nak meninggal...memang touching habis ceritanya..dari kita tengok cerita cinta cintan,cerita seram,baik buat cerita macam ni yg penuh dengan pengajaran dan lakonan yg berkesan oleh syazwan ..
Post time 15-9-2019 11:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Walaupun saya non muslim...actually saya sangat2 suka cerita2 macam ini.. Macam memberi satu kesedaran, pengajaran dan keinsafan..
Nanti nak cari la telemovie ini
Post time 15-9-2019 11:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I tgk gak bila dah ramai share kat sosmed.
Memula tu biasa je.. tapi part he tgk kaabah kat dinding tu buat i tak tahan terus nagis.... part cicak tu pun sama
Post time 16-9-2019 12:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mula2 tengok kat tv aku x tau plk syazwan.mls mak tengok sbb rs mcm mesti watak ni akan kena buli dan ending mati.tadi tgh dok lyn YouTube citer ni keluar.adui...menangis2 aku kat airport. Siap pkai sunglasses nak cover
ni hah kisah sbnar INSAN TERPILIH.. iols copy paste je
Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pkul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
SubhanALLAH saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengrnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.
saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.
Sumber: Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan klang selangor.
………………………………
aku nangis macam org mati laki tgk cerita ni, tersedu2 sampai laki aku marah, katanya aku over bebenor! eh suka aku la, aku ni nampak je ganas, hati tisu tau!