|
saya nak share pengalaman masa study kat uitm sebelah pantai timur
1. masa nie uitm nie masih baru, depan ade gunung & sawah padi...sy x ingat, klu musim menuai, ade banyak kumbang sampai kalau jemur baju, bole nampak kumbang2 nie melekat kat baju...nk pegi kelas pon, atas jalan penuh dengan kumbang...mase tue uitm nie xde dewan kuliah, hanya ade kelas jer, macam sekolah asrama...kolej kediaman pon x banyak, rase 2 blok jer, iman & takwa...blok kitaorg share dengan budak lelaki...kalau nk pegi dewan makan, kena lalu satu laluan & dari atas bole nampak 1 batu nie...klu bulan mengambang, bole nampak batu tu seolah2 macam org tgh sujud...makcik dewan makan selalu pesan, klu lalu situ, jangan tenung batu tu sebab ade sorang ustaz letak jin yg degil xnak pindah dalam batu tu...mmg betul, sorang kakak secara x sengaja tertenung batu tue & ade benda yg follow dia...kitaorg nampak dia pelik, malam2 selalu menangis, kadang2 dia mengadu ade orang pegang kaki dia, tp kitaorg buat dono je la...satu ari mase kitaorg nk ambik makanan kat dewan makan, member kitaorg bgtau, makcik dewan makan suruh kitaorg bawak kakak nie pegi berubat sbb ade benda ikut dia, tp dia xleh nak ubatkan...abis sem 1, kakak tue x continue sem 2, x tau sbb ape...senyap camtu jer
2. sem 2 kitaorg dapat aras paling atas...aras nie yg paling scary, klu nak mandi @ ambik wudhuk, better sblm maghrib sbb kol 7 lebih, tiba2 banyak kelawar terbang & kitaorg akan berlanggar dengan kelawar2 nie...bukan sekor 2, tapi banyak ok...tp yg paling scary, klu nak berlaku histeria, lampu aras kitaorg akan terpadam dengan sendirinya...x lama tu, kitaorg akan dengar bunyi budak2 pompuan menjerit kena histeria...kitaorg dapat antara 6 bilik hujung...last2 kitaorg dapat tau, 6 bilik nie managemnat x pernah bukak after sorang ustaz bawak jin2 tu ke tempat lain...part paling seram, jin degil xnak ikut pindah yg last2 dimasukkan dalam batu, rupanya dulu ddk dlm bilik kitaorg...malam2 sebab takut punye pasal, kitaorg akan biar je lampu terpasang, tapi bile bangun pagi, tengok2 lampu dah dipadam...kalau bukak ayat quran kat laptop, esok tengok ayat tu pause sendiri
saya stop dulu kat sini...sori x pandai sgt karang ayat & sori klu x seram |
|
|
|
|
|
|
|
bezita60 replied at 17-5-2019 03:41 PM
Sebaik sahaja kami melangkah masuk, terlihat ustazah dan suaminya baru selesai solat maghrib. Tengah ...
syokknya cerita... sambung please.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-6-2019 09:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
iceage replied at 27-6-2019 05:18 PM
saya nak share pengalaman masa study kat uitm sebelah pantai timur
1. masa nie uitm nie masih bar ...
Terimakasih kongsi cerita.. Bestttt tak seram takpe la.. Ok aje |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak kongsi citer bunian ada yg nak dgr x |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-6-2019 08:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Latyfaisaac replied at 28-6-2019 05:17 AM
Aku nak kongsi citer bunian ada yg nak dgr x
Kongsi je.. Mesti ada yg baca.. Aku pun nak baca.. Aku nak cerita lagi, tapi tengah kumpul bahan |
|
|
|
|
|
|
|
Sila2...dialu-alukan sesiapa yg nak bercerita di sini. Dpt jugak memeriahkan bod mps yg sendu
Eh sorry tuan tanah kedaung, hakak pulak mcm tuan tanah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini ialah cerita saya.
Sedang lalu saya membaca di sekitar pos rawak di Techgara, Reddit, ... dan menemui kanak-kanak India berusia 15 tahun dalam masalah pada Reddit. Dia akan membunuh diri kerana ayahnya yang menyakitkan menyangka dia berbohong tentang grednya, dan anak itu berperang besar dengannya. Kanak-kanak itu menumbuk ayahnya dan berlari, kemudian diposkan ke Reddit bahawa dia akan melompat jambatan, dan sedang mencari seseorang untuk membincangkannya.
Seorang lelaki menjawab, mengatakan bahawa dia tahu di mana OP adalah berdasarkan cerita itu, dan melalui sana. Dia berkata dia boleh memilih OP dan bawa dia ke rumahnya sehingga OP boleh mencari sesuatu. Beliau berkata dia berada di mana kanak-kanak itu beberapa tahun yang lalu dan ingin menyelamatkannya seperti dia telah diselamatkan. Anak itu bertindak balas sejam kemudian berkata dia bersama lelaki itu dan pulang ke rumahnya.
Beberapa minggu kemudian, kanak-kanak itu menyatakan bahawa dia melakukan lebih baik, dan mempunyai tempat baru untuk dibarisi. Kemas kini ini menjadi salah satu jawatan teratas dalam subreddit ini. Jadi saya memutuskan untuk menyelamatkannya. Itu sekurang-kurangnya beberapa tahun lalu. Saya terjumpa pasca kemudian dan memutuskan untuk memeriksa kanak-kanak itu. Dia telah mengemaskini kemas kini yang lain. Beliau berkata beliau akan hilang pada masa yang dibaca oleh sesiapa. Itulah jawatan terakhir dalam akaunnya, dibuat 2 tahun yang lalu.
Saya sangat sedih, walaupun saya tidak tahu anak ini. Saya fikir dia berada di tempat yang lebih baik, tetapi saya rasa dia tidak pernah mendapat bantuan yang diperlukannya. Saya kembali kepada lelaki yang mengambil anak itu, dan cuba mencari tahu apa yang berlaku. Saya mendapat jawatan selamat tinggal sebagai jawatan terakhirnya. Juga dibuat 2 tahun yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
BAWAH
Kerja yg banyak buatkan pekerja terpaksa ambik overtime. Ada yang terpaksa kerja sampai lewat malam semata nak siapkan kerja yg nak kena hantar.
Kejadian ni berlaku dekat kawan aku, Yam. Sebab dia ni kerja bahagian akaun, manager pulak tu, jadinya dia terpaksa siapkan segaa bil, akaun, statement apa semua sebelum tutup akaun akhir bulan.
Tengah sibuk Yam buat kira-kira, dia terdengar bunyi orang bercakap..
"Lambat balik?"
Jadi Yam terkejut la, sebab dia sorang je dekat opis malam tu. Kerja orang lain semua dah siap.
Perlahan-lahan dia jenguk kepala dekat pintu masuk jenis kaca pejabat.
Tak ada orang.....
Dia cuba tenangkan diri. Cuba sejukkan hati konon dia penat sangat sampai dengar suara tadi. Dia kembali sambung kerja yang tergendala..
Tiba-tiba..
"Tengok apa tu?"
Hampir terkejut Yam.
Mana taknya, siapa lagi yang ada dekat pejabat selain diri dia sendiri. Malam pulak tu. Sekali lagi dia jenguk ke pintu kaca. Tak ada apa.. Yam takut.. sebab baru dia perasan bunyi suara tu bukan datang dari luar, tapi dari dalam pejabat.
Dia cepat-cepat kemas segala barang dia. Nekad nak pergi dari situ walaupun kerja ada banyak yang perlu disiapkan.
"Cari saya ke..... Hehehehe"
Berderau darah Yam..
Perlahan-lahan dia menunduk ke bawah mejanya...
"Saya dekat sini........... Hahahahahahaha"
Hampir pengsan Yam sebab di depannya lembaga perempuan yang hampir putus lehernya tersenyum lebar dengan mata yang putih sedang mencangkung di bawah mejanya sambil kedua tangan hantu tu cuba menarik kerusi Yam.
Dengan segala tenaga, dia tolak ke belakang kerusi dan lari dari situ. Dari jauh dia dengar hantu perempuan tu ketawa diselangi dengan tangisan mendayu..
Nasib baik Yam opis kau cuma satu tingkat je.. hehe
Lepas ni aku cerita pasal aku pulak masa raya hari tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
KAMI NAK RAYA
Raya tahun ni aku raya sorang. Aku tak ikut keluarga aku balik kampung. Raya ketiga baru aku balik kampung, tu pun balik hari.
Malam raya kedua, aku tidur lewat sebab layan movie Bollywood lama dekat channel 108.
Dalam leka layan movie, ada orang ketuk pintu rumah aku. Terkejut jugak sebab siapa yang nak datang rumah orang lewat malam. Bunyi ketukkan tu macam diketuk ramai orang.
Bertalu-talu.
Aku intai bawah pintu, takde bayang pun, tapi bunyi ketukan ada lagi.
Aku buat pandai walaupun hati aku dah mula cuak.
Aku pulak, kalau nampak tau rasa benda tu, aku suka tegur ? pergi dekat benda tu dalam keadaan spontan walaupun aku tau benda tu depan aku.
Aku cakap perlahan "nak apa pulak datang malam ni?"
"KAMI NAK RAYA........"
Terkejut aku sebab macam benda tu boleh dengar apa aku cakap walaupun aku cakap sangat perlahan.
Apa yang buat aku takut, bukan suara kanak-kanak, tapi suara yang sangat-sangat garau, bergema pulak.
"Bukak pintu.. Kami nak raya.. Kalau tak bukak, kami masuk ikut tingkap. tengok terbukak luas je tingkap tu.. Boleh kami masuk.."
Aku cepat-cepat tutup tingkap lepas tu bukak youtube bacaan al-quran.
"Ala.. Dia bukak mengaji pulak.. Esok la datang lagi.."
Aku toleh dekat tingkap rumah aku, aku nampak makhluk seakan-akan kanak-kanak dalam 4-5 ekor terlompat-lompat dekat beranda tingkap sambil tepuk tangan.
Jadi, korang dah tau kan kenapa aku balik kampung raya ketiga? Nasib baik family aku ikut balik kl malam tu jugak.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm saya nak share jugak la pengalaman saya. Satu kali ni, masa saya Form 1 kalau tak silap, mama saya kena histeria (memang selalu histeria sebab lemah semangat). Tapi malam tu paling seram la bagi saya. Malam tu mama saya tetiba senyap saja, so kami spray minyak wangi. Dia terus gosok-gosok hidung lepas tu komplen busuk.
Jadi, saya dan adik saya standby la sebab dpt rasa mama saya ni tak okay. Tak lama lepas tu dia start meracau-racau. Makin lama makin kuat, anjing pun start menyalak.
Masa tu saya dan adik saya baringkan mama kami di living room sebab kawasan tu luas. Ada sliding door kalau buka terus ke porch. Jadi, masa mama saya makin kuat meracau tu, lepas tu anjing pun makin kuat bunyi mata saya tiba-tiba terpandang lantai. Tak nampak porch sebab sliding door tu ditutup langsir tapi boleh nampak la bayang-bayang dari lampu porch tu di lantai sebab langsir tu agak senteng.
Jadi saya terpandang lantai tu, boleh nampak reflection dr lampu porch tu.. saya nampak ada bayang-bayang mcm orang tgh berjalan kat luar porch tu. Tapi saya tau mustahil ada orang kat luar sebab gate dah kunci dan tak dengar langsung bunyi kaki orang jalan-jalan kat luar. Dan pasti bukan kami kat rumah tu sebab masa tu kami semua tgh duduk. Memang seram betul la masa tu esok harinya terus saya demam hehehe
Tak tau la macam mana nak explain harap2 u guys faham la cerita saya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 28-6-2019 05:10 PM
KAMI NAK RAYA
Raya tahun ni aku raya sorang. Aku tak ikut keluarga aku balik kampung. Raya ketiga ...
Kira Kurex boleh berinteraksi terus? Fuhh..hat ni lagi bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine replied at 29-6-2019 09:10 PM
Hmm saya nak share jugak la pengalaman saya. Satu kali ni, masa saya Form 1 kalau tak silap, mama sa ...
Kak faham.. Makhluk tak berfaedah tu sebenarnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-6-2019 12:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 29-6-2019 10:22 PM
Kira Kurex boleh berinteraksi terus? Fuhh..hat ni lagi bahaya
Bukan interaksi, tapi senang nampak.. Masa belajar, selalu nampak dekat koridor. Benda ni boleh tau siapa yg boleh nampak dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 30-6-2019 12:22 AM
Bukan interaksi, tapi senang nampak.. Masa belajar, selalu nampak dekat koridor. Benda ni boleh ta ...
Magnet bagi depa sebenarnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-6-2019 12:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
RAK BUKU
Kali ni cerita dari pengalaman kawan aku, Arip. Berlaku masa zaman sekolah. Dia ni pengawas pusat sumber, macam aku jugak.
Satu hari ni, sekolah kitaorang buat kem utk pengawas sekolah & pengawas pusat sumber. Arip dipilih jadi ajk aktiviti.
Ada satu aktiviti ni, dinamakan dengan "Cari Keberanian". Ye, peserta kena cari barang yang disembunyikan dekat kawasan sekolah. Aku tak tau kenapa aktiviti ni diluluskan.
Tugas Arip ni kena sembunyikan barang dekat pusat sumber. Disebabkan tak sempat utk sembunyikan petang, Arip terpaksa sorokkan waktu malam.
Balik pada cerita, cuma Arip je dalam perpustakaan sekolah. Dia cari dekat mana dia patut sorok barang tu.
Disebabkan nak cepat, dia sorokkan dekat rak buku. Dia panjat rak buku yg tinggi tu dan...
Arip balik dekat tempat berkumpul. Tenang je, sambil tersenyum.. "Good luck la korang, aku sorok dekat tempat senang punya". Kata Arip. Utk pengetahuan korng, Arip tak jadi letak dekat perpuastakaan, jadi dia letak dekat depan pintu kelas sebelah je.
Masa nak tido, ada aktiviti cerita hantu. Arip cerita..
"Aku jujurlah dengan korang, masa aku nak sorok barang tu tadi, aku ternampak ruang kosong dekat rak buku. Aku cadang lepas dah letak barang tu terus aku selit dengan buku. Aku panjat rak buku, aku tengok dekat ruang kosong tu, sekali ada kepala orang pandang aku! Terkejut aku. Korang ingat tak masa kita tangkap gambar tadi lepas tu muka Amir macam orang lain? Muka yang sama aku nampak tadi. Kepala je tinggal, hahahaha" cerita Arip.
Arip ni memang berani, ada lagi cerita pasal Arip ni. Tapi, nanti aku cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-6-2019 11:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
KILANG
Sebelum ni aku pernah keje kilang. Tahun 2013 tak silap aku. Lama jugak la dalam setahun. Sementara dapat kerja tetap, aku kerja la mana yg ada. Jadilah dapat rm900 sebulan.
Berbalik pada cerita, tak terjadi dekat aku pun, tapi dekat akak bahagian production. Dia ni selalu balik lewat jugak, sebab kena pastikan segala mesin ditutup sebelum balik.
Kilang yg aku kerja ni kilang buat pakaian. Ok, jadi akak ni pun cek mesin satu-satu.
Lepas puas dia check dan pastikan tak semua mesin ditutup, dia pun turun ke bawah. Masa tu guard semua balik sebab kilang pun bukan besar mana, waktu kerja pun dari 9pagi -6.. Paling lambat guard balik, pukul 7.
Akak ni baru teringat, dia tertinggal kunci motor atas meja opis..
Dia naik balik dekat atas kilang tu, sekali....
Dia nampak perempuan mencangkung dekat tangga nak ke arah bilik menjahit. Apa yg buatkan dia terkejut, perempuan tu tak bermuka langsung!
Dia pengsan sebab takut. Sedar je, dia tengok dekat rumah. Doktor kata dia pengsan seminggu.
Tak tau la betul ke apa, sebab aku bukan rapat dengan akak tu pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 30-6-2019 11:16 PM
KILANG
Sebelum ni aku pernah keje kilang. Tahun 2013 tak silap aku. Lama jugak la dalam setahun. ...
Sebenarnya.. Kalau makhluk x faedah.. Biasanya mmg tak ada muka.. Based apa yg pernah tertengok. |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 ni aku mengalami mimpi pelik disiang hari
seperti dalam cerita aku ingatkan sudah jaga rupanya mimpi itu seperti nyata aku jaga
aku jerit2 tak keluar suara tapi sepertinya tersekat
tidak seram sgt..tapi aku rasa ada sesuatu dirumah ku itu
sesuatu yg terlebih dahulu menghuni disitu sebelum aku
tapi mimpi pelik aku mesti ada bayi/budak kecil
jin barangkali
bingung seharian lepas kejadian tu
|
|
|
|
|
|
|
|
rentetan dari cerita anak sulongku melihat sesuatu merangkak dari dalam kamar tidurku
dia tidur di luar kepalanya menghala ke arah sliding dan sisi bilik tidur.
tiba2 terjaga melihat ke sisi arah bilik ku..ada sesuatu merangkak dari arah bawah katil/almari
hanya kelihatan 4 kaki bercahaya merah terang
cepat2 dia tutup mata utk tidak menghiraukan
mungkin mimpi katanya
tapi dia sedar apa yg dia lihat itu semasa dia jaga
anak ku itu memang biasa melihat sesuatu..kami yg lain tidak nmpk.
tapi ap aboleh buat..dimana saja ada jin dan syaitan
aku juga percaya rumah yg selalu dijaga solat dan bacaan Al Quran dilindungi
mungkin tidak mengusir jauh tapi menghalang dari lebih mudarat.
|
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 1-7-2019 02:29 PM
rentetan dari cerita anak sulongku melihat sesuatu merangkak dari dalam kamar tidurku
dia tidur di ...
Skrg mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|