CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
Post time 4-10-2019 10:15 AM | Show all posts
OMG Damm is back.. Rasa nak menjerit lompat2 kegembiraan bila nmpk thread damm. Seronok dia mcm dpt kete baru..

Jgn berhenti damm..teruskan share citer ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknya..terima kasih Dam. Masa kena tahan wad hari tu aku habiskan baca thread lama yag dah kena kunci tu. Now ade thread baru yak yak yeay!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:31 AM | Show all posts
terbaikk bosss...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:58 AM | Show all posts
baca nanti. nak reply dulu kat sini. yess dammerung is backkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dammerung the Legend is back. How's life bro?

Takut la baca your story bro.. scammer mistik pun wujud gak dalam dunia nyata ni. (One of the reason could be Sam punya mulut takde insurance kut..). Kirim salam dgn Sam. Next time cakap baik2, buat baik2, insyaa Allah menghasilkan kehidupan yg baik2 (especially for myself).
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg dammerung dah jumpa jalan balik ke mps. Alhamdulillah. Thanks ya. Lama akak tunggu kau dik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2019 03:46 PM | Show all posts
Waalaikumsalam..terima kasih banyak2 kerana sudi memunculkan diri..terubat rasa rindu di hati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 04:20 PM | Show all posts
yeaahhh

bookmark la dulu
nak balik kerojeeee dah

c u later dam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 04:23 PM | Show all posts
dia dah balik..hrmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 04:50 PM | Show all posts
whoahhhhh...  funk:
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 05:00 PM | Show all posts
wow .. am refresh .. i followwwww
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay!!!
Akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.... Dammmmm hepinya aku tt muncul kembali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2019 07:43 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 10-10-2019 03:05 PM


Baru-baru ini aku berborak dengan seorang rakan lama menerusi applikasi Whatsapp. Syam bertanya kepada aku apa jadi dengan thread aku di Forum Cari, lama tak update. Aku maklumkan yang dah sibuk, tak ada masa nak karang cerita sampai berpuluh ribu perkataan macam dulu.

"Alaah, aku baru nak submit citer kat ko. Aku pun nak famous juga" seloroh Syam.

Aku cuma balas dengan emoji

Typing...

Dekat lima minit aku tunggu, Syam masih 'typing...'

"Mende ni Syam? Kau jangan nak promote MLM plak. Aku block ko nanti" belon mesej aku muncul di layar Whatsapp. Bunyi macam kelakar tapi aku serius.

Typing...

Malas nak tunggu, aku letak handphone ketepi dan buat apa yang patut.

5 hours later...

Ting, ting, ting, ting, ting...

Itu dia mesej masuk bertalu-talu. Mesej terakhir dari Syam;

"Dam, terserah macam mana nak citer ikut ko..."

Kes 01/2019 : Tuntutan Notis Guaman

TM: Tn SYAMAIZAN, pegawai akn melawat kediaman/pejabat anda untuk menghantar NOTIS TUNTUTAN FA/2018 dr Tetuan Pai Zhu Zhu & Co. 032727xxxxx

Itu adalah SMS yang entah keberapa diterima sejak bulan Oktober tahun lepas. Selama ini Syam tak pernah mempedulikan SMS tersebut kerana dia tak pernah ada melanggan perkhidmatan TM.

Adalah sekali dua dia membalas SMS tersebut menanyakan tuntutan apa? tapi tak pernah berbalas. Pernah dilaporkan ke TM juga tetapi cuma dimaklumkan bahawa TM akan ambil tindakan dan meminta dia untuk tidak melayan.

Tetapi selepas melaporkan pada TM, makin menjadi-jadi pula SMS nya. Dari sebulan sekali ke seminggu sekali dan sekarang ini setiap dua, tiga hari. Sudah di block tapi masih diterima, menggunakan nombor lain pula. Takkan dia nak tukar nombor telefon semata-mata kerana scam bodoh macam itu.

Akhirnya, Syam nekad untuk berhadapan dengan 'scammer' tersebut. Nombor telefon tertera di mesej paling baru di dail. Syam aktifkan loudspeaker supaya dia dapat memaki hamun dengan lebih selesa.

Panggilannya diangkat.

"Siaplah kau" getus Syam dalam hati antara sabar tak sabar. Dah lama dia tak memetir. Kali terakhir dengan pengutip hutang kad kredit tiga minggu sebelumnya.

Syam menunggu pembuka kata dari scammernya. Sepuluh saat berlalu. Sepi. Apa yang kedengaran hanyalah bunyi nafas.

"Hello, ini tetuan pai zhu zhu dan ko ke?" Syam ambil keputusan untuk memulakan dulu. Ini sudah langgar prinsipnya ketika berkonfrontasi dengan scammer atau pengutip hutang di telefon tapi dia malas nak meleretkan panggilan kerana dia juga yang kena bayar bil nanti.

Tiada jawapan. Masih kedengaran bunyi nafas sahaja.

"Wei celaka!"

"Iyeee" suara garau wanita persis suara nenek tua kuat merokok membalas. Dah kena maki baru terhegeh-hegeh.

"Ini tetuan pai zhu zhu dan kompeni kan?!" tanya Syam dengan nada marah.

"Iyeee"

"Aku call pasal SMS-SMS tuntutan notis kepala abah kau ni. Sejak bile aku ade akaun TM la mangkuk? Ko nak menipu pun bla bla bla" bertalu-talu maki-hamun Syam berikan kepada nenek itu. Bab-bab maki hamun memang aktiviti kegemaran Syam sejak dari zaman sekolah lagi. Aku masih ingat perdebatan Syam dengan budak perempuan kelas sebelah. Sampai meraung budak perempuan itu dikerjakannya.

"Rini buat apeee...masak telur goreng lagi kee"

Syam tersentak diam. Rini adalah isterinya dan memang hari-hari mereka makan telur goreng disebabkan masalah kewangan. Macam mana pula mangkuk ayun boleh tahu nama isteri? Ini sudah melampau.

"Woii sape ni. Jangan memain la. Tak kelakar la sial!" Syam mula mengesyaki ada siapa-siapa kenalan bergurau senda tak kena tempat dengannya. Walaupun dia tahu, tiada rakan-rakan yang berperangai setan sanggup main-mainkan dia, tapi sampai tahu sekeluarga makan telur goreng itu dah kira pelik. Syam dan isteri nekad untuk menghadapi masalah kewangan meruncing dan itu hanya antara mereka berdua sahaja. Tiada siapa tahu selain dia dan isterinya.

"Hihihihihihi...." nenek itu ketawa terkekek-kekek. Syam matikan panggilan tersebut dan segera menghubungi isteri. Deringan berlanjutan. Panggilan tidak berangkat. Dengan pantas panik menyelubungi diri dan tubuh terasa seram sejuk.

Tergesa-gesa Syam meninggalkan pejabat tanpa memaklumkan kepada siapa-siapa. Dia mahu segera sampai ke rumah. Rini keseorangan di rumah dan sarat hamil anak pertama mereka.

Tiba di rumah, Syam memanggil nama isterinya. Tiada jawapan. Masuk bilik tidur, kosong. Bilik tidur pun kedua, kosong, dapur, kosong dan hampir setiap corok ruangan di apartmen kecil itu dicari.

Rini tiada di rumah. Kemana pula pergi Rini. Syam cuba menghubungi masih tidak berangkat dan kesemua mesej Whatsapp ke Rini tidak dibaca. Dihempas tubuh ke satu-satunya sofa di rumah. Dia melihat refleksi diri di skrin TV gelap yang sudah lama tidak dihidupkan. Terdapat kertas berlipat terletak di bawah TV.

"I dah tak sanggup hidup macam ni. Makan tak cukup, duit selalu tak ada..." Syam terduduk di lantai. Tak sangka bahawa Rini sanggup lari dari rumah. Sebelum ini mereka sering bertegang leher disebabkan masalah kewangan dan memang beberapa kali Rini mengugut untuk meninggalkannya. Rini menyalahkan Syam bagi semua masalah dalam hidup mereka. Syam juga akui dia bersalah, kalau tak kerana memujuk isteri supaya berhenti kerja kerana hamil, mungkin tak separah ini masalah mereka. Tapi sebelum dia berangkat pagi tadi, tiada masalah apa pun. Rini macam biasa, tiada tanda-tanda akan terjadi pertengkaran. Tapi dia mengerti, sarat mengandung, keseorangan di rumah berjam-jam dan ibubapa pula jauh di Sabah. Sudah berapa kali Rini memujuk Syam untuk menerbangkan ibunya ke KL tapi jangan kata beli tiket pesawat, nak isi minyak kereta pun tak mampu. Kalau mentuanya ada di rumah bermakna bertambah lagi mulut untuk diisi.

Syam terbaring. Dadanya berat, jiwanya tertekan. Sepatutnya pada saat itu dia sudah bergegas cari di stesen LRT, Komuter atau paling afdalnya hubungi polis. Pelbagai persoalan dan kemungkinan menghimpit minda membuatkan Syam tidak dapat berfikir secara rasional. Sejujurnya, kata Syam, jauh disudut hati terdapat sekelumit, sebesar zarah mungkin, bahawa dia lega Rini lari dari rumah.
Sekurang-kurangnya pada waktu itu, dia dapat bersendirian dengan tenang. Syam melelapkan mata, menikmati ketenangan beberapa ketika yang tak tahu bila dapat dirasakan lagi.

Tak sempat berdering buat kali kedua, handphone segera di angkat.Tiada suara di hujung, cuma hembusan nafas.

"Rini! Rini!"

"I mintak maaf okey? apa-apa lah yang I dah buat, I tak sengaja, I minta maaf ok?" Syam cuba memujuk. Tak ada masa hendak tahu apa punca permasalahan kali ini. Dia risaukan kandungan anak pertama mereka.

"Rini kat mana?"

"Bini kau dekat Apartmen Sri Kemboja, rumah nombor 13 bilik tengah" suara garau dari panggilan scammer awal tadi membuatkan Syam kaku. Hilang semua tekanan jiwa dan sebagainya, hingga persoalan tentang kehilangan Rini juga lenyap ketika itu.

Telefon dimatikan. Syam pantas mengambil kunci kereta dan keluar rumah. Pintu pun dia tak kisah nak kunci kerana situasi yang terlalu sureal untuk otaknya proses. Objektif utama ketika itu adalah untuk mendapatkan Rini...

...di rumah yang disewa sewaktu belajar, hampir 20 tahun lalu.

Dengan minyak tinggal separuh, Syam memandu mengharungi kesesakan lalulintas orang pulang kerja dan menggunakan duit terakhirnya pada bulan itu membayar tol, menuju ke negeri Melaka.

Hampir 4 jam kemudian, Syam tiba di bekas rumah sewanya. Perlahan dia mengelilingi blok-blok di komplek rumah pangsa kos rendah. Tiada banyak berubah dari sewaktu dia menetap disana. Kereta terhuyung-hayang melewati lubang-lubang di jalan yang sudah lama tidak diperbaiki.

Suasana di ruang bawah blok gelap gelita. Parkir pula banyak kosong, kalau berisi pun hanya kereta-kereta dan motor-motor yang dah ditinggalkan. Syam mendongak di atas. Hanya terdapat beberapa unit berlampu, selainnya gelap.

Kereta diberhentikan di laluan masuk ke blok H. Segera dia memanjat tangga yang tidak dihidupkan lampu. Sudah berpuluh tahun meninggalkan rumah, memori tentang rumah sewa bujangnya masih segar di ingatan. Kegelapan tidak menyulitkan Syam untuk meluru ke salah satu pintu tidak bertanda di tingkat 3.

Pintu tak berkunci. Tangannya mencapai suis di dinding sebelah pintu. Gelap.

Berkali-kali jari cuba menghidupkan lampu. Tak terfikir dek Syam mungkin rumah tidak lagi mempunyai bekalan elektrik kerana sudah lama tak dihuni. Melihat kegelapan di luar, mungkin kesemua empat unit di tingkat berkenaan juga kosong.

Ahh persetankan. Syam menuju ke bilik tengah, bilik lamanya ketika menyewa. Menggunakan aplikasi torch dari handphone, dia menyuluh ke Rini yang sedang duduk berpeluk lutut di sudut ruangan kosong. Rini menangis teresak-esak sambil berbuai-buai tubuh.

Syam pantas menutup mulut dengan tangan. Tekupnya erat sehinga mengigil-gigil tangan. Setelah beberapa ketika, dia menuju ke Rini.

"Rini kita balek ye?" kata Syam sambil perlahan-lahan memeluk Rini. Segala misteri kenapa dan bagaimana akan ditanya kemudian hari.

"Apesal you tipu I!?" marah Rini diselangi raungan. Syam tidak menjawab, cuma membantu isteri berdiri. Seluar Rini basah dan bau hancing menyengat hidung. Tapi Syam hanya mendiamkan diri. Dia mahu segera keluar dari bilik, dari rumah, malahan dari komplek perumahan itu secepat mungkin. Peluh menitik-nitik recik di dahi ibarat ada yang menuang air di atas kepala dan jantung berdegup kencang.

"Takpa perlahan-lahan" Syam memapah Rini berjalan. Berjam-jam mengerekot, ditambah pula kesaratan membuatkan kaki Rini kebas dan bengkak. Sedaya mungkin Syam cuba mempercepatkan langkah Rini dan memastikan isterinya tidak berpaling ke tingkap bilik.

Lembaga berwajah seperti wanita tua kedut seribu bergayutan di luar tingkap. Syam dan makhluk tersebut bertentang mata semasa dia mendekati Rini. Kuku panjang tajam mencengkam kemas palang besi tingkap dan Syam yakin, mata buntang makhluk tersebut masih merenung mereka. Kalau tak kerana dia menekup mulut, dah terpekik terlolong agaknya, menambah kepada haru biru situasi sedang dihadapinya.

"Syam" suara garau di belakang menghentikan langkah Rini.

"Syam, nenek tu datang balekkk!" sebaik Rini berkata sedemikian, tubuhnya terus longlai, tak sedarkan diri.


Kes 01/2019 : Tuntutan Notis Guaman (Bahagian II)


Dengan perut kosong, kepenatan, kehausan dan kepanikan, bukan senang Syam nak papah Rini yang berbadan dua kini terkulai di lantai. Air matanya berjujuran sambil berusaha membangunkan isteri.

"TOLONG! TOLONG!" jeritan terdesak Syam bergema. Lembaga berwajah nenek masih utuh di palang tingkap, mata buntangnya semakin mengembang seolah mahu terkeluar dari soket.

Syam menyeret tubuh Rini tetapi kudratnya hanya mampu menggerakkan inci demi inci.

Dua lelaki menerjah masuk ke bilik. Seorang menolong Syam mengangkat Rini manakal seorang lagi menendang-nendang tingkap sambil memaki hamun dalam bahasa yang tak difahami.

"Tenang pak, tenang. Biar kami urusin"

Syam tersandar ke dinding. Dia hanya mampu melihat kedua warga Indonesia itu bertungkus lumus menyelamatkan Rini dan menghalau lembaga yang berdesir-desir seperti ular melawan. Pandangannya gelap, minda kabur. Tak tahu kenapa lagu Ayda Jebat, Pencuri Hati berkumandang di telinga. Sempat pula dia ber aduh,duh sendirian.

Muka ditekup dan Syam mengulang-ngulang korus lagu dangdut tersebut, makin lama makin kuat 'aduh' 'aduh' nya.

"ak, pak" bahu Syam digoncang. Perlahan dia membuka tangan dari wajah.

Rini sudah berdiri tapi masih perlu dipapah. Lembaga di tingkap sudah tiada. Dia dibantu untuk berdiri.

"Bisa berdiri pak?" tanya salah seorang penyelamatnya. Syam anggukkan kepala dan seorang lagi membantu Rini untuk merangkul suaminya. Mereka dibawa keluar blok dan menuju ke blok bersebelahan. Blok itu terang benderang, atau sekurang-kurangnya koridor dihidupkan lampu. Tembok-tembok koridor bersidar lelaki-lelaki melihat Syam dan Rini. Beberapa orang berborak dengan penyelamat Syam dan Rini dalam bahasa Indo, mungkin bertanya akan situasi sebentar tadi.

Pasangan suami isteri itu dibawa ke sebuah unit tingkat paling bawah. Syam habiskan segelas air masak yang diberi dengan sekali teguk dan tanpa segan silu meminta tambah, begitu juga dengan Rini. Seorang wanita berumur duduk sebelah Rini sambil membawa sehelai kain batik. Tanpa sebarang kata, Rini ikut wanita itu ke dalam bilik.

"Nama saya Tarmizi" kata penyelamatnya sambil menghulur tangan.

Tanpa menyambut salam Tarmizi, Syam terus memeluk susuk lelaki berumur sekitar 50 tahun itu. Tubuh kecil kurus itu dipeluk erat sehingga terasa tulang-tulangnya. Syam teringat kepada arwah ayahnya yang mempunyai tubuh yang sama. Sekali lagi air matanya deras turun, belakang terhinjut-hinjut menangis sambil membenam muka di bahu Tarmizi. Suara-suara penonton yang memenuhi laman luar rumah semakin meninggi, ibarat menonton klimak sinetron.

"Lagi bikin apa disini Pak?" tanya Tarmizi.

Syam menceritakan semuanya, dan dia benar-benar maksudkan, dari A sampai Z. Tak kisahlah, wak Indo itu faham atau tak, kisah atau tak, sampai macam mana kisah cinta tiga segi antara dia, Rini dan seorang lagi waktu belajar dulu pun dibantainya cerita.

Lebih kurang sejam lebih, baru selesai. Wanita yang menolong isterinya turut serta mendengar kisah Syam. Rini sudah berdengkur di bilik.

"Kita ke polisi pak" cadang Tarmizi.

Tak tahu apa yang melanda rasionalisasi Syam ketika itu. Tegas dia membantah. Difikirkan semula, Syam juga tak pasti kenapa risau sangat hendak laporkan ke pihak berkuasa. Ada kemungkinan paranoia takut bahawa masalah kewangan mereka diketahui keluarga. Ibu Syam tak berkenan dengan Rini dan bermacam drama dilalui sewaktu mahu bernikah dulu, dan kalau keluarga tahu masalah kewangan meruncing, pasti lagi bertambah masalahnya nanti.

Lelaki muda, mungkin sekitar 20an yang turut membantu menyelamatkannya tadi sudah siap mengambil kunci motor. Syam merayu-rayu supaya tidak melibatkan polis. Lelaki yang mungkin anak Tarmizi tercengang-cengang.

"Gini aja, bapak mau gimana terusnya" tanya Tarmizi.

"Wak, wak boleh jampi tak halau hantu tadi tu?"

"Ga, saya bukan dukun"

"Ada kenal tak sesapa yang boleh?"

"ak, permasalahan ini ga bisa diselesai cara gitu, bapak perlu lapor ke polisi" jelas Tarmizi yang mungkin mula menyampah dengan Syam.

Syam terdiam. Salah seorang masuk ke rumah membawa makanan. Syam melahap dengan penuh selera. Setelah beberapa bulan mengisi perut dengan nasi dan telur goreng ditambah kicap, itulah makanan paling enak pernah dimakannya.

Tak perasan bila dia tertidur, sedar-sedar dah subuh. Isteri Tarmizi memaklumkan bahawa Rini ada terbangun sebentar dan telah diberi makan olehnya. Syam dinasihatkan untuk membawa isteri ke hospital untuk diperiksa untuk memastikan kesihatan ibu dan kandungan selamat.

"Syammm" Rini memanggil dari bilik.

"Apasal you tipu I?" tanya Rini dengan mata yang masih bengkak. Syam memegang tangan isterinya lalu meminta menceritakan bagaimana boleh sampai di bekas rumah sewanya.

"Tengahari semalam ada polis datang rumah..." Rini memulakan cerita.

Dari penerangan Rini, tiga orang polis datang ke rumah sekitar pukul 2.30. Seorang wanita berumur 50an, bertudung dan berkaca mata hitam ditemani dua lelaki berkepala botak. Ketiga-tiga mereka lengkap berseragam polis warna biru navy. Wanita yang mungkin ketua antara mereka, meminta Rini ke balai polis. Ini untuk membantu siasatan atas kejadian bunuh diri. Salah seorang polis lelaki menghulur 'nota bunuh diri' ke Rini dan saat dia membuka nota tersebut, terus terjelepok ke lantai. Tanpa perlu membaca isi kandungan, lihat saja tulisan tangan, dia tahu itu tulisan Syam.

Polis wanita itu menenangkannya lalu tanpa membuka kasut, selamba ketiga-tiga 'polis' masuk ke rumah dan melakukan pemeriksaan. Tengok bawah meja, belakang katil, tepi sofa, dalam kabinet, almari, TV dan sebagainya.

Rini ikut menaiki kereta bersama 'polis' tersebut. Di dalam keserabutan dan kekacauan jiwa dan minda, Rini tak perasan bahawa dia menaiki van buruk yang tak mungkin kepunyaan pihak polis. Dia juga tak sedar dibawa berjam-jam melalui jalan kampung yang bersimpang siur. Sepanjang perjalanan Rini hanya menangis tak henti-henti.

Sedar-sedar sudah di perkarangan komplek rumah pangsa yang tak diketahui dimana. Anehnya kata Rini, dia tak melawan langsung ketika dibawa ketiga-tiga orang asing itu menuju ke bekas rumah sewa Syam. Apa yang dia ingat ialah keliru dan curiga, perasaan Rini ketika itu ibarat seperti hendak menghadiri kenduri kahwin tapi tersesat jalan, kemudian tertanya-tanya 'aku kat mana ni?'.

Boleh jadi dipukau, Rini menurut apabila disuruh duduk di sudut bilik. Paling terkesan, sebelum meninggalkannya sendirian, polis wanita itu bertekuk lutut betul-betul di depan Rini lalu menanggalkan kaca mata hitam. Terpampang sepasang mata buntang seolah-olah tidak berkelopak. Wanita itu kemudiannya membuntangkan mata sehingga berair-rair dan merah-kemerahan. Kedua anak mata buntang itu perlahan-lahan berputar-putar terus ke belakang dan bahagian putih memenuhi soket mata. Waktu itu Rini 'tersedar' dan menjerit sekuat hati.

Pitam.

Rini terbangun. Sekelilingnya gelap. Ubun-ubun kepala terasa sakit. Dia cuba mengusap atas kepala, lalu terpegang sesuatu, sesuatu yang terasa seperti tangan, tangan yang mencengkam rambutnya. Dia mendongak, terlihat lengan terjulur dari tingkap di atas, kemas mengenggam rambutnya. Air hangat membasahi seluar. Kelesuan tidak makan seharian membuatkan Rini hanya membiarkan tangan itu menarik-narik kepala sehingga terhantuk-hantuk ke dinding, sehingga Syam sampai.

"Kita balik rumah" kata Syam.

Berbekalkan sedikit makanan dan seratus ringgit pemberian Tarmizi, Syam dan Rini memulakan perjalanan pulang ke KL. Syam melambai ke Tarmizi dan pekerja-pekerja buruh Indonesia yang akan refurbished komplek apartmen tersebut di bawah pemilik baru. Sengaja Syam berputar-putar sekeliling Bandar Hilir, kerana secara teknikalnya itulah pertama kali dalam tahun itu mereka berjalan-jalan. Rini masih membisu, mukanya masih merah kerana menangis.

Syam mencadangkan mungkin ini waktu sesuai untuk menghubungi polis tapi Rini berkeras tak setuju.

"Nak kate ape kat polis? Yang kita ni kena sampuk hantu sebab tak bayar hutang?! Suke ke nanti family you suruh kite cerai? Ke memang you nak cerai?"

Lain pula jadinya.

Sampai rumah, Rini berkurung dalam bilik sendirian. Tak nak pergi hospital, tak nak bagi Syam masuk, dan Syam pun tak larat dah nak memujuk. Sambil bersantai di ruang tamu mengenang nasib malang tak selesai-selesai, Syam bermain dengan aplikasi sosial media. Perit hatinya melihat rakan-rakan seuniversiti, persekolahan, sekerja dan sebagainya memaparkan kebahagiaan dan keselesaan hidup dengan gahnya, sedangkan Syam hendak beli burger ramly depan rumah pun kena fikir dua kali.

Dia teringat akan sesuatu. Segera dibuka aplikasi SMS dan terdapat 20 mesej 'tuntutan mesej guaman'. Nombor yang sama. Selama ini dia tak terfikir nak google firma guaman 'Pai Zhu Zhu'. Hasil carian menunjukkan sejumlah laman web tapi tak ada satu pun yang mengena apa yang dicari. Satu demi satu laman diperiksa.

Akhirnya, terjumpa satu petikan mengutarakan nama 'Tetuan Pai Zhu Zhu & Co'. Ia merupakan dokumen PDF yang diimbas dari laporan pembicaraan kes muflis sebuah syarikat yang diuruskan firma perundangan Pai, Zhu, Zhu dan Sekutu. Penelitian terhadap dokumen hasilan mesin taip itu, kes tersebut dibicarakan pada tahun 1982. Syam tidak berminat untuk mengetahui kronologi kes, dia hanya mahu tahu cara menghubungi Tetuan Pai, Zhu, Zhu & Co ini.

'...Armenian Street, Penang'

Nombor telefon kod Pulau Pinang tertera dibawah alamat. Tanpa membuang masa, Syam mendail.

"Nombor yang anda dailt tiada dalam perkhidmatan kami"

Tidak menghairankan. Syam juga tak harap nombor telefon dari dokumen berusia hampir 40 tahun itu masih aktif. Dia menuju ke balkoni, menikmati pemandangan hutan konkrit di bibit cahaya senja. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

"Long, aku nak minta tolong kau sangat-sangat ni..." Syam menutur kata yang telah dipraktikkan dalam kepala sebaik panggilan ke kakak sulungnya diangkat.

Dengan fokus bak laser, Syam mahu selesaikan tiga perkara ini,

Pinjam 5 ribu dari adik-beradiknya yang 3 orang itu;

Bawa datang mak mentuanya ke KL sampai Rini melahirkan; dan

Dia nekad nak pergi Penang, bagi gegar pejabat 'Tetuan Pai Zhu Zhu'.

(bersambung)


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:07 PM | Show all posts
Tak tahu kenapa lagu Ayda Jebat, Pencuri Hati berkumandang di telinga. Sempat pula dia ber aduh,duh sendirian.

Muka ditekup dan Syam mengulang-ngulang korus lagu dangdut tersebut, makin lama makin kuat 'aduh' 'aduh' nya.


hihi dam maksudkan lagu temberang eh sebenarnya. lagu pencuri hati takde aduh aduh. paling dekat pun lirik dia "semuanya ada ada pada dirimu"
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:07 PM | Show all posts
La sambung lagi.
Ade bape part nak khatam ni dam.
Haha.
Potong stim tgh klimaks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah aku tergelak bab ayda jebat punya lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamakkk.. Tasabar nak baca selanjutnyeee..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
yeayyy Dam tulis cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.492318 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list