Edited by kikilala_comei at 15-3-2019 12:45 PM
Selepas kata2 biadap penyampinya mengenai kes di Pasir Gudang, Ini tindakan yang di ambil STESEN radio Hot FM.
STESEN radio Hot FM membuat permohonan maaf terhadap kata- kata penyampainya ketika segmen Geng Pagi Hot hari ini yang telah menyentuh sensiviti orang ramai berkaitan musibah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor Bharu. Menerusi kenyataan di Twitter pihak Hot FM berjanji untuk memperbaiki penyampaian dan berterima kasih terhadap teguran pendengar yang prihatin. Fizie, Shuib (Sepahtu) dan Syuk.
Merujuk kepada pengisian Geng Pagi Hot pagi ini, kami memohon maaf sekiranya ia menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasan orang ramai.
[size=15.008px] Kami akan terus memperbaiki penyampaian dan ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pendengar. Teguran dan sokongan anda sangat kami hargai,” ujar kenyataan itu. Segmen yang dikendalikan Shuk, Shuib Sepahtudan Fizie menerima kritikan ketika menemubual Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkaitan kes penceraman sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal. Perkara itu mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta. Semasa temubual itu, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara tersebut berbunyi kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti. Dalam kenyataan maaf itu pihak Hot FM turut mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah.
Sumber: sinarharian
|