Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya merupakan antara pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan suasana yang dihadapi oleh pelakon dan juga model, Daler yusuf Khamrokulov Bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Daler Yusuf.
Gara-gara membandingkan kecantikan Dato Siti Nurhaliza (Tok Ti) dan pelakon popular Korea Lee Sung Kyung, Daler Yusuf telah dihentam dengan teruk oleh para peminat artis Korea, K-Drama.
Daler telah menimbulkan kemarahan ramai apabila dia mengatakan mengatakan kecantikan artis Korea tersebut adalah disebabkan pembedahan plastik pada ruangan komen salah satu foto yang dimuat naik oleh Tok Ti sempena majlis K-Wave & Halal Show in Malaysia yang bertempat di Kompleks membeli belah 1 Utama, Petaling Jaya.
Kredit foto : Ig Tok Ti
"Akak (Tok Ti) lebih cantik. Dia (Lee Sung Kyung) pula penuh dengan pembedahan plastik dan akak tetap nampak lebih cantik," tulis Daler.
Kredit foto : Ig Makcik Puaka
Ramai yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan kenyataan Daler tersebut.
Merendahkan orang lain tak menjadikan kita lebih baik..
Kredit foto : Ig Tok Ti
Tak tanya pun siapa lebih cantik..
Kredit foto : Ig Tok Ti
Pelakon Korea berlakon jauh lebih baik dari Daler..
Kredit foto : Ig Tok Ti
Menerusi tinjauan kami, Daler telah memadam komen tersebut dan telah memohon maaf atas keterlanjuran kata, namun ramai yang seperti enggan menerima permohonan maaf tersebut.
Maaf takkan merubah pandangan negatif terhadap Daler..
Kredit foto : Ig Tok Ti
Apa pun rasanya Daler tak berniat pun hendak menghina atau merendahkan Lee Sung Kyung. Mungkin lain kali Daler perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata kerana tersilap sedikit buruk padahnya. -CARI |