|
|
[Tempatan]
Tular anak hantar ayah OKU jual kerepek. Penjelasan anak tiri #24
[Copy link]
|
|
|
sama je cam yg antar ayah pi china mintak simpati tapi dimalukan kaw kaw
ancurrrrrrrrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada je anak2 kqndung gini, terganak gunakan status oku dan warga emas ulntuk meraih simpati. paling ringan penah tgk anak laki guna ayah die utk potong queue no. giliran urusan bank, atascalasan warga emas, padahal anak yang nak berurusan. moga besok ko mereput dilayan anak ko macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anak bijak marketing nie...suruh ayah OKU berniaga supaya cepat laku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ayah 'ketegaq' nak juga berniaga, takkan saya nak ikat kaki dia” – anak tampil perjelas video pakcik OKU jual kerepek
23 Ogos 2018 2:26 PM

PETALING JAYA: Video yang tular di laman sosial menunjukkan seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) sedang memaut pada alat bantuan berjalan (walker), sambil berjalan bersendirian menjual kerepek bukan sahaja mengundang simpati, tetapi dalam masa sama mencetuskan kemarahan netizen.
Dalam keadaannya yang uzur dan sukar berjalan, pakcik itu dikatakan dihantar anaknya untuk berniaga di pekan Jitra, Kedah, sekali gus menyebabkan netizen termasuk individu yang berkongsi video tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang amat tidak wajar.
Anak kepada peniaga kerepek berkenaan kemudian tampil mendedahkan perkara sebenar berhubung video yang tular susulan dirinya dikecam hebat di media sosial.
Aisyah Sudin, 22, ketika dihubungi mStar Online berkata, OKU warga emas di dalam video yang dikongsikan pada malam Selasa lalu adalah bapa tirinya, Azmi Che, seorang peniaga kerepek dan kuih.
“Itu memang bapa tiri saya, dan wanita yang dirakam dari jarak jauh tu adalah saya bersama seorang rakan. Memang ayah saya berniaga kerepek dan kuih.
“Ayah dah lama berniaga sejak bersama arwah ibu lebih 10 tahun. Jadi, berniaga tu memang dia yang nak, bukan saya yang paksa.
“Dah nasihat pun ayah masih ketegaq (bermaksud degil dalam loghat utara), takkan saya kena ikat kaki dia,” katanya ketika dihubungi, Khamis.
Anak keempat daripada enam beradik itu turut mengakui bahawa bapanya kini dalam keadaan uzur berikutan demam kepialu yang dihidapinya kira-kira 30 tahun lalu.
Aisyah yang berhenti bekerja di kantin sekolah bagi menjaga bapanya yang tinggal di rumahnya sejak Jun lalu memberitahu, dia pernah menasihatkan bapanya itu supaya tidak lagi berniaga atas faktor kesihatan, tetapi bapanya tetap berkeras untuk berniaga dan sebagai anak, dia perlu mengikut kemahuan itu.
“Kalau saya tak hantar (pergi berniaga), dia akan minta tolong kawan-kawan dia hantarkan. Saya risau pula kalau nanti dia seorang kat tepi jalan.
“Jadi, saya kena hantar dia ke tempat yang dia nak berniaga, lebih selamat dan mudah saya tahu pergerakan dia di mana-mana,” katanya yang menetap bersama bapa dan suaminya yang merupakan penoreh getah di Padang Sera, Kodiang, Kedah.
Selain itu, jelas Aisyah, bapanya yang merupakan pemegang kad OKU tidak mahu diikut semasa berniaga, menyebabkan dia terpaksa memantau bapanya dari jarak tertentu.
“Dalam video yang tular tu sebenarnya ayah saya belum mula berniaga. Dia nak duduk di meja di gerai. Jadi, saya pergi ke kedai sebentar.
“Kalau hendak diikutkan, saya memang pantau dari dekat bagi membuatkan ayah selesa dan demi keselamatan ayah,” katanya sambil menambah bapanya menerima bantuan kira-kira RM400 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, pakcik berkenaan, Azmi Che yang berusia 62 tahun mengakui tindakannya yang berniaga bersendirian itu adalah kemahuan sendiri dan bukannya atas paksaan anak-anak.
“Saya memang suka berniaga, macam-macam saya dah berniaga dulu. Jadi, saya bosan kalau duduk saja kat rumah tak buat apa-apa.
“Lebih baik saya keluar pergi menjual. Memang saya lebih selesa berniaga sendiri, tak nak anak mengikut saya ke sana sini,” katanya.
Kisah mengenai pakcik Azmi tular selepas dua video mengenainya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook pada malam Selasa, menjelang Hari Raya Aidiladha.
Dalam pada itu, Aisyah meminta supaya pengguna Facebook yang memuat naik video tersebut sehingga tular supaya memadamkannya di laman sosial.
“Video-video tersebut mengaibkan saya sebagai anak. Dia tak tahu cerita sebenar, sehingga netizen kecam saya macam-macam. Saya minta dia untuk berjumpa dengan saya bagi mendapatkan penjelasan daripada saya sendiri,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yo lah tu dikkk..ikut sangat la bapak mung tuu..pandai konar cerita puih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pak cik ni pesen nenek aku... Suka meniaga dr muda smpi skrg umur nk dkt 90 dh. Tp nenek aku nmpk lebih sihat drpd pak cik ni. Gi niaga pakai baju buruk org ingt miskin. Pdhal akaun bank dia ada cash lebih 100k gak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat pakcik masih menten bisnis
ada org tu, bukak kedai roti, melingkup bisnis.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Praktis la kamu awal2 merangkak minta ampun dengan anak2 pakcik tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sediakan lah satu gerai supaya takla org tua nie nak bergerak...tak pun minta ehsan tuan punya kdai nak duduk kat satu korner nak niaga kat situ..
kan byk kdai yang sediakan kiosk kecik2 utk acik2 niaga kerepek
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kenapa tak bagi ayah makan dulu..sebelum pi niaga |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 23-8-2018 12:09 PM
Jom kita berjemaah sumpahkan anak pakcik ini menjadi emas 100 kg supaya pakcik dapat menjualnya dan ...
Hahahaha! Agree. Amin allahuma amin! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 23-8-2018 03:34 PM
“Ayah 'ketegaq' nak juga berniaga, takkan saya nak ikat kaki dia” – anak tampil perjelas video pa ...
Engkau bukan paksa bapa tiri engkau ikut skrip engkau kan Aisyah. ....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lol. Plot twist betul ni. Pakcik tu sendiri yg mintak rupanya. Kesiannya anak dia kena kecam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memang pangai melayu PH jahanam, suka perkuda atuk tua
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh caya ke???ke hang dah ugut pak ko tu twist citer??kalau x ko xnak bg dia makan ke halau kuar umah ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah org tua xnak ikut cakap, yg mengata pun hipokrit lebih. Belum sampai masa agaknya.
Datuk aku 72, musim panas sikit ke sejuk panjang ke, confirm 3 kali masuk gas sampai dapat puff sumbangan kerajaan. Anak2 berbuih ajak duduk rumah. Free2 kene maki, nak jugak duduk sorang2. Walaupun anak masing2 dah 50-an, sedih jugak kene maki kut. Kita yg muda pun sedih, lagilah yg dah otai. Kan?
Dulu dia drebar lori, jenis yg masa zaman xde highway bagai, satu trip sampai 1 bulan xbalik kadang2. Sampailah 60-an, last trip pergi puspakom hantar lori and retire, masa tu pencen 55, so dia extend 6-7 tahun lagi. Duduk rumah buhsan agaknye, buat prebet sapu (grab versi hipster). Anak2 marahlah, xkasik kerja keras dah. Dah degil jugak. Nasib baik gearbox kete dia jahanam, kalau x sampai skrg buat prebet sapu.
Orang luar yg tgk, senang cakap anak2 cucu2 xnak jaga sampai orang tua kene kerja sendiri. Padahal duit dia bukan xcukup, cuma dia nak bebas buat apa dia nak. Dia rasa dia larat. Orang2 yg xpernah jaga orang tua cergas ni mmg xpaham perangai derang mcm mana. Tau cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
orang yang dh ada bapa tua je tahu kisah sebenar. jadi kena dengar dua side story. nak viralkan tp versi kak hasanah. jangan sampai kena ketuk dengan lemang toki |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kosser la semua nak hassanah dah makan ke belum bla bla bla.. hakikatnya, kalau dalam ktm, lrt, semua perangai mcm jing nak conquer spot walau yg mengandung pun tak nak bagi duduk.. so hasanah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Sabak Bernam dulu view macam ni biasa je zaman 40an 50an 60an, mbah2 jual barang seperti sayur kampung dalam raga sandang.
Orang zaman sekarang je batak malu berniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|