CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] Cacing bawa penyakit ditemui dalam tin sardin dari China

[Copy link]
Post time 27-6-2018 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
I bli King cup je
Dan guna utk buah kuah laksa je skrg
Senang. Sbb i x sggup renyah perisi ikan de tulang etc.
Sama je sedap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_sssara replied at 27-6-2018 08:53 AM
Nauzubillah, harap tak masuk Malaysia.

Teringat filem korea, Deranged. Satu Negara kena virus cac ...

Iols tengok muvi tu

Simptom dia pesakit kuat makan dan dahaga teruk

Takut oiiii bapak besor cacing tu kuor dari badan
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
brand Indon yer? patut let @mesube tongong, terlebih cacing  DLM perut
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:32 PM | Show all posts
ewwwwwwww.... so grosss
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kt fb kertas dia warna ijau.bkn merah. aku biasa beli cap ayam ngn pertima.  adabi pun ok gak. sardin made in china mmg murah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 03:26 PM | Show all posts
6 lagi tersenarai antaranya jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 29-6-2018 03:32 PM

Ambik korang rupanya bukan babi jah ada cacing tak mati2 even dah masak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 05:29 PM | Show all posts
Edited by roac at 29-6-2018 05:30 PM



KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.



Beliau berkata, KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
“Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
“Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 05:37 PM | Show all posts
clarizsa replied at 27-6-2018 11:26 AM
I bli King cup je
Dan guna utk buah kuah laksa je skrg
Senang. Sbb i x sggup renyah perisi i ...

KING CUP salah satu dr 6 brand tu..alahai dhla smlm br bli brg dapur smpai 4 tin amik kena buangla nmpk gayanye takut nk mkn

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:13 PM | Show all posts
Ikan tongkol dll pun banyak cacing
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ni Najib lah ni, sikit2 China, apa aje China.... Sib baik  dia kalah, kalu idak kembong lah perut ngan cacing  komunis
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-6-2018 03:26 PM
6 lagi tersenarai antaranya jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy katanya

Semua brand ni aku tak lalu nk makan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:22 PM | Show all posts
Brand MALAYSIA King Cup pun ada cacing rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 tua selalu sebut jgn selalu makan ikan sbb ada cacing. Masa tu budak2 dengar ajelah org tua cakap.
Satu lagi jgn makan keropok udang nnt kecacingan. Aku dgn adik aku duk gelak2 betul ke org2 tua ni cakap? Ada bukti saintifik ke? Ada satu hari tu adik aku makan keropok udang habis sepeket besar, tiba2 perut berbunyi2. Sampai esok tak hilang. Makan ubat cacing baru senyap perut tu. Kadang2 kata2 org tua ni ada benarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 07:05 PM | Show all posts
time mengidam sardin, ai beli ayam brand jah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 27-6-2018 09:19 AM
Akak yaqin brand Malaysia seperti Ayam Brand, Yeo's, Adabi ngan King Cup (brand Malaysia ke brand Je ...

King Cup brand Mlysia sis. juga trlibat ada cacing


BY DG OF HEALTH ON JUNE 27, 2018
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan. Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC, hasil pemantauan terkini mendapati produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungi cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Di samping itu, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Sehubungan itu, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.

KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara. Tahan, Uji dan Lepas  merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.. Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM.

Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukan mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 09:10 PM | Show all posts
MissVixen replied at 26-6-2018 05:23 PM
Kenapa la semua nak blur? Terbukti ada, tunjuk je la brand apa.

Sebab di tin sardine tu ada gambar kemaluan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-6-2018 09:10 PM
Sebab di tin sardine tu ada gambar kemaluan

Setakat kemaluan ikan, takpe je
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 27-6-2018 11:26 AM
I bli King cup je
Dan guna utk buah kuah laksa je skrg
Senang. Sbb i x sggup renyah perisi i ...

king cup bkn ada cacing ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
misz_sanggul replied at 29-6-2018 05:37 PM
KING CUP salah satu dr 6 brand tu..alahai dhla smlm br bli brg dapur smpai 4 tin amik kena buangla ...

Itulah
Terkejut gak i tgk yg terbaru ni
Dahla i pun borong byk hari tu
X pernah belek lak selama ni
Malang betul
Haih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067294 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list