CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NBM

Insiden Seram, Mistik di Lebuhraya@highway

[Copy link]
Post time 2-1-2018 03:06 PM | Show all posts
batu kikir replied at 1-1-2018 11:14 PM
2 insiden yang aku hadapi kat jalan raya biasa (bukan highway). Pernah cerita kat bod MPS dulu. Kira ...

Nasib tak singgah minum makan dan berjimba...kalo tak tak tau la makan apa ek? hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 04:03 PM | Show all posts
batu kikir replied at 1-1-2018 11:14 PM
2 insiden yang aku hadapi kat jalan raya biasa (bukan highway). Pernah cerita kat bod MPS dulu. Kira ...

cerita kedua tu...sebijik macam saudara saya cerita. kat tempat yg sama. waktu pun lebih kurang
saudara saya ni otw balik kg. dia drive. laki dia membuta
pukul 2/3 pagi, dia lalu kat satu area kat k.klawang ni lah...pastu ternampak kat tepi2 jalan tu ada orang berjual beli. tapi dia fikir2 balik, sape lah yg nk berjual beli pagi2 buta tu kan?
dia pun apa lagi...pecut lah

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus thread ni.... mcm2 misteri ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman terkena di lebuh raya takdelah. Tapi aku nak cerita pengalaman aku dan suami melalui jalan biasa je.

Kg mak mertua aku di gua musang kelantan. Aku dan suami pula menetap di perak. Jadi jalan yang selalu aku dan suami guna nak balik kg adalah jalan dari simpang pulai-cameron higland. Pendek kata jalan yang nak g cameron highland la.

Nak dijadikan cerita. Aku dah suami bertolak dari gua musang nak balik ke perak semula. Kitaorang bertolak agak lewat. Maklumlah suami aku banyak hal yang nak diuruskan di kampung.

Masa kat lojing (nama tempat) yang kawasan hutan2 tu, tapi aku dah lupa start dari mana, kedengaran bunyi loceng yang agak mengikuti kereta kitaorang. Time tu.. dah dekat nak senja rasanya.

Mulanya aku ingatkan bunyi tayar yang bergesel dengan jalan. Pelik pula, selalunya bila kitaorang lalu jalan tu sebelum2 ni takde pula bunyi loceng. Suami aku pun dengar juga. Tapi takpelah kitaorang biarkan je sampailah melepasi simpang nak masuk ke cameron higland tu. Kan selepas tu jalan bersimpang siur.

Masa tu kalau tak silap aku, waktu dah hampir ke 7.30 mlm. Hari pun dah nak gelap. Kereta pun tak de yang lalu. Bunyi loceng yang mengikuti kami bertambah kuat pula. Suami aku jadi pelik, takut ada masalah ngan tayar. Jadi suami aku pun berhentikan kereta di tepi jalan. Kat kawasan hutan.

Jadi akupun turun. Suami aku standby dalam kereta je. Aku pun pusing2lah keliling kereta tengok kalau2 ada masalah ataupun ada benda yang tersangkut. Tapi, takde pula. Okey je kereta aku.

Tergerak hati pula aku na tengok sekeliling tempat tu. Hutan banat. Dah la hari dah mulai gelap. Tiba2 rasa tak sedap hati pula. Lekas2 aku masuk kereta dan suruh suami aku cepat2 bawa kereta untuk sampai bawah. Masa kereta kitaorang gerak tu, bunyi loceng tu tetap ada. Aku cakap kat suami aku. Buat tak tahu je lah. Jang n singgah2 lagi.

Dalam 5 minit lepas tu bunyi loceng tu takde dah...

Persoalan yang tidak terungkai sehingga sekarang. Dari mana datangnya bunyi loceng tu?

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 01:29 PM | Show all posts
Edited by auza_chiyoko at 3-1-2018 01:32 PM

Pernah juga ada pengalaman macam ni kat highway PLUS lepas terowong tu...

Masa tu aku dapat news yg tok ayah aku meninggal dan satu famili aku bertolak dari KL ke Kedah malam tu juga dan sampai kat area terowong tu lebih kurang jam 2-3 pagi...aku duduk di depan dan adik aku yg drive...parents dan adik2 lain di belakang...masa tu hanya aku dan adik aku je berborak sebab yang lain dah tido...tengah borak2 tu...aku perasan depan aku ada motor tapi slow je...aku suruh adik aku potong motor tu dan aku sempat toleh tengok...ok seorang pemuda..tapi muka xbrapa nak clear sebab samar2 malam dan berkabus....masa tu xde la fikir ape pun...and kami continue berborak utk hilangkan mengantok....beberapa meter lps potong motor tu, alih2 depan kami ada lagi motor tu....aku n adik aku saling berpandangan dan terdiam...sbb tadi mmg sah dia dah potong motor tu....last2 adik aku terus potong lagi skali dan pecut terus....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 03:23 PM | Show all posts
yeayyy thread baru... byk pengalaman kt highway mungkn sbb org malaysia ni byk masa atas jalan.

nak share juga tapi tak berapa seram.

aku dgn kawan aku lepak di damansara. kawan aku ni menyewa di damansara manakala rumah makayah di area KLIA sana. habis melepak aku balik (putrajaya) aku tk ingat lah nama highway.

sedang berangan sambil memandu aku ternampak satu kereta kt depan lane kanan, aku kt lane tengah. eh, sebijik kete kawan aku ni. terfikir mungkin dia balik rumah mak ayah. bila aku ckp sebijik- model kereta sama, warna sama, nombor plat? huruf sama. nombor depan dan nombor belakang sama. yg aku tak nampak adalah nombor tengah. so dalam pada tu aku pun rem sikit minyak nak kejar dia, tapi rasa macam jauh sangat. padahal selang satu kereta je. terdetik nak call, rasa mcm dah call tapi takde org jawab. lama jugak aku mengikut kereta dia sambil kepala otak terawang-awang.

follow punya follow, sekali terdengar suara googleMap suruh exit highway utk ke putrajaya. damn. dah tak sempat sbb aku tgh laju kt lane tengah. googleMap reroute perjalanan aku. kete tadi aku tengok menyusup ke lane tgh, ke lane kiri pastu aku dah tak perasan ke mana sbb kepala pening terlajak jalan.

esok aku contact kawan aku tnya dia balik rumah mak ayah dia ke. dia jawab "aku dah sedap tido dah masa tu".

boleh jadi ni mistik gangguan setan atau kebetulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 03:43 PM | Show all posts
anaktoyol replied at 2-1-2018 01:38 PM
try dgr segmen jgn tutup lampu kat you tube...pasal en rahman yg buat clearence accident amoi putus  ...

berapa hb punya.. susah la nak klik satu2. dia tak letak tajuk kt video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ferr_Remy at 3-1-2018 04:33 PM

Aq igt lg waktu kecik2 mak pak aku slalu citer pasal hantu yg potong kepala kat hiway tu tiap2 kali kitorg lalu hiway. Ala, citer laki bini tu. Huhuhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 06:39 PM | Show all posts
NBM replied at 31-12-2017 03:33 PM
Masih cerita di LPT, ni terjadi kat jiran aku (dah arwah pakcik tu..alfatihah). Satu haritu arwah dg ...

yang ni misteri

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:04 PM | Show all posts
duri_durians replied at 3-1-2018 03:23 PM
yeayyy thread baru... byk pengalaman kt highway mungkn sbb org malaysia ni byk masa atas jalan.

n ...

Bukan nak menidakkan cerita ko...
Mungkin ada benar nya....
Tapi sekarang kereta ramai orang buat "duplicate"...........model, warna, no plat (kecuali chassis number).
Tujuan...........nak elak kena saman, buat jenayah bagai.
My 2 cents

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 10:04 AM | Show all posts
fuhhhh seramnya baca...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 10:27 AM | Show all posts
batu kikir replied at 3-1-2018 10:04 PM
Bukan nak menidakkan cerita ko...
Mungkin ada benar nya....
Tapi sekarang kereta ramai orang bua ...

harap bukan yg itu sian kawan aku nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2018 11:51 AM | Show all posts
besarkecik replied at 2-1-2018 11:48 AM
Jangan keluar di waktu senja yakni sewaktu maghrib.. Sebab ada yang mengikut..
Pengalaman saya ni t ...

yang ni serammm, aku kadang2 balik dari ofis time2 maghrib mmg suspen gak la time nak balik tu, selalu terfikir takut ada benda menumpang kt belakang seat kereta. Tapi bila sampai kt federal highway takut tu dah hilang la sebb byk kereta dah time tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 12:10 PM | Show all posts
NBM replied at 4-1-2018 11:51 AM
yang ni serammm, aku kadang2 balik dari ofis time2 maghrib mmg suspen gak la time nak balik tu, se ...

Kalau federal highway, jalan motorsikal yang menghala ke Kerinchi tu memang angker!Ada cerita jugak pasal gerbang sempadan KL dgn Selangor tu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik replied at 4-1-2018 04:10 AM
Kalau federal highway, jalan motorsikal yang menghala ke Kerinchi tu memang angker!Ada cerita juga ...

Kt pintu gerbang tu tahun lepas ada orang bunuh diri.. dia gantung diri kt belah kl ke selangor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2018 02:52 PM | Show all posts
Edited by NBM at 4-1-2018 03:19 PM
dhyayaya replied at 4-1-2018 01:39 PM
Kt pintu gerbang tu tahun lepas ada orang bunuh diri.. dia gantung diri kt belah kl ke selangor

laa ye ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 02:57 PM | Show all posts
dulu dekat sebelah federal highway tu, dekat2 dgn menara pucuk rebung tu, ada pasaraya terbakar. ada yg mati dgr cite..

kawan kakak aku penah call kakak aku, ajak sembang2..

lepas 10min tu, baru mamat tu ckp kat kakak aku "i call sbb td ada benda duduk belakang seat co-pilot, perempuan.. muka terbakar. i takut sbb i drive sorang2, so i call u ajak sembang harap2 'dia' hilang"

kira masa mamat tu ckp pasal benda tu, benda tu dah hilang dr kete dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yang kata, gerbang tu ada penunggu..


Diceritakan oleh makcik aku..
Sewaktu nak balik ke rumahnya dari Shah Alam, makcik aku akan lalu gerbang tu, lepas tu tu dia dengar suara dekat kerusi belakang dia..

"kalau ada yang bawak laju sampai langgar anak aku, aku langgar dia biar terputus dia!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2018 03:21 PM | Show all posts
dhyayaya replied at 4-1-2018 01:39 PM
Kt pintu gerbang tu tahun lepas ada orang bunuh diri.. dia gantung diri kt belah kl ke selangor

kawan aku ckp lelaki india yg bunuh diri tu, masa tu gerbang tu baru nak siap
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
NBM replied at 4-1-2018 07:21 AM
kawan aku ckp lelaki india yg bunuh diri tu, masa tu gerbang tu baru nak siap

Haah, ada masuk paper.. dh la waktu org pegi keje, nasib baik aku tak lalu situ masa dia gantung diri.. sereeemmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.608462 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list