CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikgukafa

[Tempatan] Tun M Dan Isteri Memulangkan Pingat Sultan Selangor

[Copy link]
Post time 11-12-2017 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Respekkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysiakini
Terkini
Pilihan Editor
Sukan
Seni & Hiburan
Kolum
Surat
TV

Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor
Alyaa Alhadjri
11 Dis 2017, 10:16 pagi (Dikemaskini 11 Dis 2017, 11:50 tengahari)


Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Hal itu disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Malaysiakini hari ini.

"Betul," kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu.

Pilihan Editor

Mencerap mutiara Najib di PWTC
Seorang pembantu Dr Mahathir pula mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama.

"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.

Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri.



Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan pemulangan pingat berkenaan. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.

"Sudah gaharu cendana pula...," katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.

Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi BERSATU itu masing-masing diterima daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003.

Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Anugerah tertinggi negeri

Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan1994.

Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Pada awal Nov lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.



Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Dr Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.


Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.

Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.

Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam temu bual baginda dengan akhbar The Star beberapa hari lalu.

Sultan Selangor bangkit isu Dr M dan forex   5 Dis 2017
Sultan: Dr M akan bakar seluruh negara dengan kemarahannya   5 Dis 2017
Sultan Selangor: Tun M tak mahu PM lain lebih bagus   10 Dis 2017


You Might Also Like
"Doctors` New Discovery: Say 'Goodbye' To Wrinkled & Aging Skin! "
"Doctors` New Discovery: Say 'Goodbye' To Wrinkled & Aging Skin! "
dermacareadvices
Do This Before Bed To Regrow Hair All Night Long
Do This Before Bed To Regrow Hair All Night Long
healthtoday.me
Surprising: Can This Simple Hack Really Reverse Vision Loss?
Surprising: Can This Simple Hack Really Reverse Vision Loss?
Friendly Healthy
Top 10 Highest Paid Actresses In Bollywood
Top 10 Highest Paid Actresses In Bollywood
bollywoodunion.com
Recommended by
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:53 PM | Show all posts
elok la dia bagi balik  sblm dia di arah untuk pulangkan balik...kan tun terkenal dgn tindakan2 dia yg always 10 steps ahead...respek Tun..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 01:06 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 11-12-2017 12:23 PM
tok sah dok mengata sangat la... esok2 ko dah tua ntah2 lagi teruk dari die ni..

kan..bak kata ramli ms dok sekolahkan nabil dgn jihan...kat rumah ada orang tua tak? orang tua tu la bg kau mencekik blabla..engkorang pun belum tau sempat tua ke tidak ntah2 meninggal..terkulat2 muka dua2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku Allah panjangkan usiaTun ni utk membela rakyat...elok sgt ust fadzil noor tu doa..
Hadi taknk doa ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 01:37 PM | Show all posts
dah kat penghujung nyawa pun...  pingat kebesaran bukan bawa apa apa faedah pun untuk di bawa ke alam kubur. nak wasiatkan atau buat harta pusaka pun tak boleh..  lain la kalau cincin berlian ker.. duit berkepuk , rumah rumah dan tanah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2017 01:55 PM | Show all posts
kelana36 replied at 11-12-2017 01:37 PM
dah kat penghujung nyawa pun...  pingat kebesaran bukan bawa apa apa faedah pun untuk di bawa ke ala ...

dah kalau macam tu, pulangkan semua pingat dari semua sultan. gelaran TAN TIN TUN pun pulangkan balik.
pastu suruh bini pakai tudung, dah dekat hujung2 nyawa tu.






Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:05 PM | Show all posts
semua tahu mahathir adalah seorang tyranny

rakyat tidak akan melupakan kezaliman yang berlaku di zaman mahathir
kezaliman yang mahathir lakukan dengan FRU ketika reformasi 1998
kezaliman mahathir menangkap orang dan letakkan di dalam ISA
kezaliman mahathir lakukan ke atas media media. the star, watar, sin chew jit poh semua pernah diban oleh mahathir
kezaliman yang mahathir lakukan ketika operasi lalang
kezaliman mahathir lakukan ketika memali

mahathir membawa UMNO menjadi pertubuhan rasis pada hari ini

bagi saya, apa yang terjadi pada hari ini bukan salah najib sahaja, tetapi kepada orang yang membina foundation corrupt itu. dia tidak lain dan tidak bukan adalah mahathir.

hanya kerana dia melawan najib, adakah kita patut melupakan segala dosa dosa dia kepada negara malaysia

saya dan sekluarga saya akan keluar mengundi barisan nasional buat kali pertama dalam hidup kami untuk mengajar mahathir ini. tidak terbayang dalam fikiran saya pakatan mahu mengambil dia menjadi perdana menteri. selepas ini baru pakatan akan belajar kuasa rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 11-12-2017 11:51 AM
aku mmg ada dgr cerita doa ustaz fadil nor yg minta allah panjangkan umur dr M  untuk melihat sendir ...

Pjg umur pun skrg dah jd bahan....Seolah olah musibah yg Allah bg....

Klu mcm tu...baik kau doa dipendekkn umur....tak de dosa mengumpat, mengutuk mahathir....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:14 PM | Show all posts

Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor

Edited by EJALTI at 11-12-2017 06:15 AM

Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor

https://www.malaysiakini.com/news/405074

Hari ini, 10:16 am      Hari ini, 1:37 pm



Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Hal itu disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Malaysiakini hari ini.

"Betul," kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu.

Seorang pembantu Dr Mahathir pula mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama.

"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.

Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri.



Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan pemulangan pingat berkenaan. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.

"Sudah gaharu cendana pula...," katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.

Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi BERSATU itu masing-masing diterima daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003.

Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.


Anugerah tertinggi negeri
Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan1994.

Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Portal The Malaysian Insight pula melaporkan pihak istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu esok.

Pada awal Nov lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.




Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Dr Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.

Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.

Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam temu bual baginda dengan akhbar The Star beberapa hari lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri kantoi curi duit tapi nak salahkan mahathir??  Alasan2 untuk pencuri,padahal susah payah mahathir bangunkan negara...ini nama pejuang bangsa yang betul, rela dihina dicaci demi negara...mahathir berjuang utk negara.

Umno parti busuk..anak muda takkan undi. Aku tunggu kejatuhan najib mcm terjadi pada marcos, suharto,zein al abidin..ni pemimpin jantan yg ikut nafsu boros bini..habis harta negara janji bini boleh enjoy...

Sejarah melayu berulang, negara hilang maruah...pencuri depan mata tak nampak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 02:18 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 11-12-2017 02:07 PM
Pjg umur pun skrg dah jd bahan....Seolah olah musibah yg Allah bg....

Klu mcm tu...baik kau doa ...

alamak, betul2 tarak guna itu orang tua. kasi orang dosa la pulakkk

heyy tua, duduk rumah la. rumah ibadah, yakni masjid.

apa barang mahu tubuh parti baru lagi??

join PKR ka PAN ka, DAP ka??

tapi, iya la, ini orang tua kalau join parti lain tarak boelh jadi ketua mana dia mahu kan??

dia mesti mahu jadi ketua punya.

sour grapes punya olang.




Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasuah tu punca dari diri individu tu sendiri. ....Melayu mudah sangat tuduh punca org lain penyebab diri yang buat benda tak elok.....alasan mahathir yang penyebab rasuah org lain buat sekarang adalah alasan tidak cerdik sungguh. .....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:21 PM | Show all posts
aku respek die sbb berani menentang golongan kuning tu..kalau rakyat biasa mau la kena tangkap habis...ade lg ke yg in the position berani mcm Tun?? banyak yg berani menyalak je
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:22 PM | Show all posts
semua org akan tua...jgn suka sgt bila kena time org..beringat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 02:22 PM | Show all posts
itu la tua, dulu sepatutnya turn nuar jadi PM. tapi ente sudah halang perjalanan sistem.ente kasi kick sama dia.

sekarang ente menyesal.

sekarang, ente terpaksa join sama parti nuar.

bak kata pepatah melayu, jilat tu ludah sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2017 02:23 PM | Show all posts
palmolive replied at 11-12-2017 02:22 PM
semua org akan tua...jgn suka sgt bila kena time org..beringat

ada je yang mati sebelum tua.

argument ente invalid

tak ada weight


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:24 PM | Show all posts
cikgukafa replied at 11-12-2017 02:23 PM
ada je yang mati sebelum tua.

argument ente invalid

pendapat masing2...takleh bagi pendapat toksah la join forum...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:24 PM | Show all posts
ini pingat apa?gelaran dato seri ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 02:25 PM | Show all posts
palmolive replied at 11-12-2017 02:24 PM
pendapat masing2...takleh bagi pendapat toksah la join forum...

betul tu, tapi kalau salah pendapat, mendapat la ente.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.192976 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list