CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Lima Beradik Meninggal Serentak, Makan Telur Ikan Kurau Beracun

[Copy link]
Post time 23-11-2017 10:53 AM | Show all posts
Edited by ex_klia at 19-12-2017 03:04 PM

Ya saya masih lagi ingat peristiwa ini seperti yang pernah diceritakan oleh penduduk kampong kandang di Melaka. Ketika kejadian ayah mangsa lima beradik yang meninggal tu gigih memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda supaya mereka sekeluarga dapat meminum air kelapa bagi menghalang racun tersebut menjadi melarat. Tetapi apakan daya, tuhan lebih sayangkan anak2 mereka itu semua & hajat si ayah tidak kesampaian untuk memberi anak2nya air kelapa apabila kelima orang anak mereka meninggal dunia akibat racun telur ikan tersebut telah melarat keseluruh badan. Ketika selepas majlis pengkebumian, cina penjual telur ikan di pasar Melaka (masa ni pasar kat kampong jawe) tu menangis datang untuk berjumpa keluarga mangsa bagi meminta maaf walaupun pada hakikatnya adalah bukan salah beliau. Menurutnya telur ikan yang disangka telur ikan kurau yang dijual itu hanya diambil dari perkampongan nelayan sekitar kampong Limbongan Melaka & kalau beliau tahu itu telur ikan buntal sudah pasti beliau tidak akan menjualnya di pasar kerana tahu ianya beracun. Namun diatas dasar berasa simpati cina penjual ikan itu menghulurkan sedikit wang derma kepada mereka sekeluarga yang menjadi mangsa telur ikan beracun itu serta seluruh keluarga mangsa telah pun memaafkan si penjual telur ikan tersebut (kisah memohon maaf peniaga ini ade masuk paper).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 23-11-2017 10:48 AM
ironi, cerita ni fatimah busu keluarkan dulu dalam tahun 1972

kes adik beradik mati ramai2 di m ...

Kisah ni sama dgn kisah my adik angkat. Tggl Kat ceruk Kat gerik. Sama lebih kurang kisahnya. Jumpa cendawan berguni diambil. Ada yg mati. Dahlah jauh dari jln besar.. bayangkan taun 70an.. nanti2 Tanya balik. Tapi bestnya depa kaitkan dgn puaka. Konon sbb tamak ambik cendawan tu banyak3.. hadoilah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:55 AM | Show all posts
sofiazara replied at 23-11-2017 10:48 AM
ironi, cerita ni fatimah busu keluarkan dulu dalam tahun 1972

kes adik beradik mati ramai2 di m ...

owh,... cerpen ni dulu wujud then baru kes kematian telur kurau ni?


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:55 AM | Show all posts
pittjie replied at 23-11-2017 10:47 AM
cerita ni buat drama kan. drama minggu in .. RTM punya la of cos. dulu2 kan ngetop drama minggu in ...

tajuk ape u? x sangka ade dibuat cte.

nt iols nk try tgk cte ni nt
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:56 AM | Show all posts
arasham replied at 23-11-2017 10:53 AM
Kisah ni sama dgn kisah my adik angkat. Tggl Kat ceruk Kat gerik. Sama lebih kurang kisahnya. Jump ...

meols sekeluarga, since terbaca cerpen ni mmg tak makan kulat sisir

takut sgt weols kalo dikutip kat mana2 kebun getah

dah tua2 ni baru la sekali sekali beli kulat sisir kat pasar tani buat masak lemak or masak sayur pedas (macam dalam cerpen huhu). cium bau dulu kalo bau pelik campak tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:58 AM | Show all posts
isu semasa ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2017 10:58 AM | Show all posts
chinta89 replied at 23-11-2017 10:55 AM
owh,... cerpen ni dulu wujud then baru kes kematian telur kurau ni?

ye begitulah
rasanya zaman dulu mmg banyak kejadian mati beramai2 termakan makanan beracun ni tak kiralah ikan ke, kulat ke buah ke dsb

zaman dulu susah so main kutip je bahan2 last2 rupanya beracun
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. ....memang banyak kes kematian menyayat hati terutama kes penganiayaan ctjh topik ni dianiaya pekedai .....paling terkesan  penganiayaan kematian berpuluh pelajar tahfiz yg kena bakar hidup2 tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 10:59 AM | Show all posts
ex_klia replied at 23-11-2017 10:53 AM
Ketika kejadian ayah mangsa 5 beradik yang meninggal tu gigih panjat pokok kelapa untuk ambik buah k ...

so, dpt detect tak pemborong penipu tu? kiranya pemborong tu la salah, dia jual telur buntal pahtu ckp telur kurau?
Ketika majlis pengkebumian cina penjual telur ikan di pasar melaka tu datang jumpa keluarga mangsa menagis2 mintak maaf walaupun bukan salahnya keerana telur ikan yang dia jual hanya diambil dari pemborong atas dasar rasa simpati
ape tindakan lps kejadian tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:00 AM | Show all posts
arasham replied at 23-11-2017 10:53 AM
Kisah ni sama dgn kisah my adik angkat. Tggl Kat ceruk Kat gerik. Sama lebih kurang kisahnya. Jump ...

nt u cet kat sini ye..

allahu blh plk dikaitkan ngn mistik2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:01 AM | Show all posts
pittjie replied at 23-11-2017 10:47 AM
cerita ni buat drama kan. drama minggu in .. RTM punya la of cos. dulu2 kan ngetop drama minggu in ...

ahakan.. marlia musa kecik lagi masa tu..
diala kakak yg amik cendawan beracun tu..
sedih dan best sgt cite2 macam tu zaman2 80an dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:01 AM | Show all posts
sofiazara replied at 23-11-2017 10:26 AM
teringat cerpen nasinya tumpah:

SINOPSIS NASINYA TUMPAH-

Sama! I pun teringat cerita makan kulat ni juga. Ingat lagi i baca cerita ni dalam buku komsas mak i . Eh buku komsas kot yang pasti koleksi cerpen. Dia kata buku sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 23-11-2017 10:56 AM
meols sekeluarga, since terbaca cerpen ni mmg tak makan kulat sisir

takut sgt weols kalo dikuti ...

Now dah ok nak beli sbb org ternak/ tanam Kat rumah. Tapi hadoilah mahalnya haha.. pernah beli Kat pasar siti khadijah.. nasiblah Tak de pa yg buruk. Kami sekeluarga gatal2 Satu badan je.. since that mmg Tak beli dah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:04 AM | Show all posts
sofiazara replied at 23-11-2017 10:26 AM
teringat cerpen nasinya tumpah:

SINOPSIS NASINYA TUMPAH-

Cerpen ni di Dramakan.Ingat lagi antara pelakonnya Marlia Musa. Dia jadi kakak rasanya.
Mmg mencuit jiwa kisahnya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:08 AM | Show all posts
First time dengar cerita ni. Sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:08 AM | Show all posts
Herlina replied at 23-11-2017 11:04 AM
Cerpen ni di Dramakan.Ingat lagi antara pelakonnya Marlia Musa. Dia jadi kakak rasanya.
Mmg mencu ...

cerpen ni bahasanya cantik sangat. bahasa melayu yang betul dan penggunaan kosa kata yang tepat. respek sangat kat fatimah busu.

tengok ni:

“Daun pisang benggala itu sudah dikait. Buah jering itu sudah dilerai. Bunga melur dan bunga cempaka itu juga sudah dicucuk. Semuanya oleh Jarah. Cuma daun pisang benggala belum dilerang dari pelepahnya. Zabidah tidak boleh melerang, takut akan carik dan putus. Bedolah juga tidak boleh disuruh melerang, takut koyak dan punah.
“Bidah, kau ikat tali bunga-bunga!”
“Bedolah, kau buang tangkai-tangkai jering baik-baik.”
“Adik, duduk baik-baik ye, kakak nak lerang daun!”
Ketiganya bekerja. Mereka bekerja dengan tekun dan tidak berkata-kata. Jarah dengan pisau siang sayur melerang daun pisang satu-satu. Makin lama makin banyak pelepah jadi permainan Hani. Hani ketawa-ketawa. Membedal kiri kanan. Kadang-kadang merangkak selutut dua. Duduk balik. Membedal belakang Bedolah. Bedolah ketawa-ketawa. Kadang-kadang Bedolah sergah nakal. Hani ketawa-ketawa, tergaru-garu. Nyamuk-nyamuk terbang dengan perut kembung. Dan Zabidah cepat cuba membunuh nyamuk jahanam yang mencuri darah adiknya. Mati satu ekor. Belakang Hani bertanda tiga bengkak-bengkak kecil. Merah bunga jambu.Selesai melerang, daun pisang benggala itu dilipat Jarah. Empat belah satu lipat. Sudah lipat susun pula setinggi lutut. Lepas susun ikat pula dengan tali pelepah pisang kering. Dan habislah pekerjaan itu. Kalau emaknya akan bertanya dia akan menjawab:
“Berkas ini dua puluh lipat.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 11:13 AM | Show all posts
chinta89 replied at 23-11-2017 10:59 AM
so, dpt detect tak pemborong penipu tu? kiranya pemborong tu la salah, dia jual telur buntal pahtu ...

Pasal pemborong tu saya tak tahu la pula tindakan yang dikenakan pada zaman itu, cuma diambil keterangan & disoal siasat. Sejak dari kejadian itu orang kat sekitar melaka trauma nak makan telur ikan yang dibeli kat pasar.....harga telur ikan jatuh & tak laku. Lama juga tiada orang jual telur ikan kat pasar melaka selama berbulan2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:14 AM | Show all posts
sofiazara replied at 23-11-2017 10:26 AM
teringat cerpen nasinya tumpah:

SINOPSIS NASINYA TUMPAH-

i baca news ni mmg i teringat ngn cerpen nasinya tumpah
i suka gilos baca cerpen tu masa kecik2 dlu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:18 AM | Show all posts
chinta89 replied at 23-11-2017 10:55 AM
tajuk ape u? x sangka ade dibuat cte.

nt iols nk try tgk cte ni nt

tajuk drama tu pun sama jugak rasanya. Nasinya Tumpah. Drama tu dah lama. Zaman marlia musa budak2 belum akhil baligh lagi kut. hehe. tu la .. RTM patut tayangkan balik la drama2 dari slot Drama Minggu Ini. Banyak yang best. kita org rasa best sbb zaman2 dulu belum banyak drama kat tv pun iya la kut. jadi mlm RTM tayangkan DMI mmg tertunggu2. Lagi satu drama RTM yang meols ingat .. kisah Azean Irdawati bercinta dgn Razali Buyong kalau tak silap. Razali Buyong ni yang berlakon jadi bapak budak2 ni dlm drama Lauknya Tumpah. Yang cerita dgn Azean tu .. dia org bercinta tp terhalang oleh orang tua. Ada adegan Razali bawak Azean membonceng basikal .. duduk kat palang depan tu. cute sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:18 AM | Show all posts
sofiazara replied at 23-11-2017 11:08 AM
cerpen ni bahasanya cantik sangat. bahasa melayu yang betul dan penggunaan kosa kata yang tepat. r ...

Iya...suka sangat baca cerpen2 atau novel lama. Penulisannya bagus, nama watak pun x perlu berbelit2 lidah nak menyebutnya.
Novel Senjakala pun bagus, Baharudin Kahar berjaya membawa pembaca menyelami hati dan kecekalan seorang ayah yg sudah tua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049135 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list