CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Artis Kecewa Persembahan Ketika Penutupan Sukan SEA Belum Dibayar Lagi

[Copy link]
Post time 30-10-2017 04:51 PM | Show all posts
duh..

petugas opis ku pon x dpt payment
dia suh sukarela

terang2 menteri itu kata no payment

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun: Tp masalahnya ada bajet/peruntukkan utk benda tue.. lain la kalau awal2 KBS bgtau kena bt sukarela..



Setujuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Idokla nak kate songlap duit ke hape. Mcm biasa la perangai suka peruk kerja ni. Haku mmg x suka ngn jenis2 peruk kerja nih. Mcmla byk sgt kerja smpai bz nk release payment. Time nak gunakan org bukan main lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 05:25 PM | Show all posts
MH3707 replied at 30-10-2017 03:45 PM
alah...berapa sen sngt...anggap korang bagi sumbangan kat negara...lagipun sukan sea ni kan kita hos ...

Betol ... Agreed 1000%

Jangankan tenaga .... Uang dan nyawapun wajib dan ikhlas kita serahkan untuk negara dan Imam Besar dan Khalifah Agong kita ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukarela kalu dari awalnya memang no payment like sukarelawan tuh. Ni dah janji aign surat sekian s3kian pastu tak byr...takkan nak minta orng halalkan. Pastu dia tu sapa pulak yg mkn senyap senyap
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku rasa kementerian belum byr. Tu yg payment belum release dari com to retis. Biasanya paument ambik sebulan to 3 bulan gak. Mcm mcm hal dokumentasi kena buat. Nak salahkan orang tukang urus takleh sebab kalu byr tak cukp doc n peraturan mahu kena teruk masa audit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2017 06:07 PM | Show all posts
kj  seorg menteri yg gagal.mcm2 hal yg tak kena .booooo
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 06:26 PM | Show all posts
Telolet replied at 30-10-2017 04:18 PM
standard letew gomen bayar lambat. zaman2 iols sekolah dipaksa masuk perarakan merdeka pon berbulan2 ...

mmg, I pon pnh terlibat ms sekolah dl, dah lah tidur kat sekolah ramai2, besoknya pagi2 dah ke stadium...huhmmm...tp seronok gak time tu. Time jd pembanci pon sama, mmg lambat wlpon ciput n byr bukan lumpsum, tp 2 -3 kali byr. jd sabar ek, lmbt laun dptlar pymnt tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut awal2 ckp je la sukarela. Semacam bentuk pengorbanan artis utk negara. kalo x berminat x payah join.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
amik job dgn company cendawan cam ni la, modal ciput, payment back too back, paid capital silap2 rm1 je
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:11 PM | Show all posts
adakah company ini melaksanakan back to back payment?

once dapat payment dari government, baru release payment to relevant parties.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:14 PM | Show all posts
meteorspeed replied at 30-10-2017 04:16 PM
Ngapa ada yg ckp takpa sumbangan tuk negara..eh hello tue periuk nasik dorank n benda nyer dah janji ...

puak2 tu juga yang lebih dulu menggelupor kalau kena bayah lebih untuk tiket atas alasan khidmat negara.....

sama konsep orang buat tak boleh, dia buat tak pe.... spesis yang sama




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:56 PM | Show all posts
KBS dah byr 50% payment kpd syarikat yg uruskan artis, sepatutnya sebahagian payment dah dapat dah.  so artis kena tanya syarikat tu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tender tu dah dot payment kan. Masuk poket siapa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Me nampak 1 lah..knp klu isu ada kaitan dgn kj jer laju jer wartawan report..klu bab menteri lain sepi..sesepinya?
Why???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit tu stop banyak tempat ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapikan memang banyak artis2 kita ni selalu kena tipu bab bayaran kan.?  Bayar lambat la, organiser cabut lari la. Kesian kot dorang pun cari makan gak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 10:53 PM | Show all posts
ingat make up artist, hair stylist, pakaian, minyak keta, bulu mata pelesu free ke dekk??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cakap ada syarikat dilantik melalui tender. Dia tak cakap dah bayo ke belum.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
KENYATAAN MASOC

Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 melahirkan rasa dukacita berhubung dakwaan beberapa artis dan pihak tertentu yang masih belum menerima sebarang pembayaran atas khidmat mereka pada temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 baru-baru ini.

Untuk makluman, pihak MASOC telahpun melunaskan pembayaran lebih 70% daripada nilai kontrak syarikat yang dilantik menerusi proses tender Kementerian Belia dan Sukan untuk mengendalikan upacara perasmian dan penutupan kedua-dua temasya berkenaan pada 28 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Kuala Lumpur 2017, Dato’ Seri Zolkples Embong berkata, MASOC telah menetapkan sasaran untuk melunaskan semua pembayaran kepada pihak yang telah dilantik bagi menjayakan kedua-dua temasya berkenaan selewat-lewatnya sehingga hujung November ini.

“Pada mesyuarat MASOC bersama Menteri Belia dan Sukan pada 23 Oktober lalu, YB Khairy Jamaluddin telah memberikan arahan agar MASOC mempercepatkan segala proses pembayaran mengambil kira peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa terhadap semua syarikat yang telah dilantik memberikan perkhidmatan mereka pada Kuala Lumpur 2017.

“MASOC kini bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mempercepatkan proses pembayaran berkenaan dengan sasaran kita dapat melunaskan semua bayaran itu sebelum akhir November ini,” katanya.

Dato’ Seri Zolkples berkata, terdapat dua jenis perolehan untuk Kuala Lumpur 2017 iaitu yang dibuat oleh Sekretariat MASOC sendiri selain daripada yang disempurnakan oleh 16 jawatankuasa kecil di bawah MASOC.

“Perolehan yang dilakukan oleh 16 jawatankuasa kecil MASOC akan dibayar sekiranya setiap jawatankuasa berkenaan telah mengemukakan permohonan pembayaran yang lengkap mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kewangan Kuala Lumpur 2017.

“Segala perolehan yang dibuat oleh Sekretariat kebanyakannya sudahpun mendapat bayaran awal antara 70 hingga 90 peratus daripada nilai kontrak dan seharusnya syarikat atau agensi berkenaan dapat melunaskan bayaran kepada pihak ketiga yang telah memberikan perkhidmatan mereka.

“Bagaimanapun semua permohonan pembayaran yang dilakukan perlu melalui proses dokumentasi yang lengkap dan teratur mengikut peraturan Perbendaharaan yang ditetapkan,” katanya.

Berhubung rungutan sukarelawan yang dikatakan masih belum menerima bayaran elaun mereka, hampir kesemua daripada mereka yang telah mengemukakan tuntutan dan menepati prosedur yang ditetapkan, telahpun dibayar oleh MASOC.

“Bagaimanapun ada juga yang masih belum dibayar terutama atas sebab-sebab teknikal seperti kesalahan nombor akaun bank dan kesilapan butiran peribadi namun jumlah aduan semakin berkurang. MASOC telah menetapkan setiap aduan berhubung kelewatan pembayaran sukarelawan ini diselesaikan dalam tempoh lapan hari bekerja,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pembayaran atas khidmat yang telah dilakukan boleh menghubungi [email protected] bagi memastikan semua pembayaran berhubung pengelolaan Kuala Lumpur 2017 berjalan lancar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053722 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list