|
|
MUSUH DALAM SELIMUT
Percayalah setiap dari kita ada musuh dalam selimut.Firman Allah
firman-Nya,
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya diantara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah terhadap mereka”. QS. At-Taghabun (64): 14.
Anak dan isteri kekadang menjadi alat untuk syaitan menghalang perkara kebajikan dan mereka berada didalam tempat tinggal kita.Halangan mungkin tidak secara terus,tetapi secara tidak langsung dg menyibuk kpd perkara dunia semata, agar melalai ibadat,atau tidak menambah ibadat sunat,tidak ke masjid,ke majlis ilmu,tidak bersedekah dsbnya.Shopping hingga melewati waktu solat,keluar makan malam selepas solat maghrib,abah terlepas solat di masjid,terlepas majlis ilmu,boros berbelanja menyebab tiada peruntukan untuk bersedekah dsbnya.Cubalah setiap dari kita bermuhasabah,apakah apa yg disebut Allah ini sedang menimpa diri kita.
Dalam masyarakat pun ada musuh dlm selimut ini yg lebih merupakan orang talam dua muka.Nampak baik pada satu pihak,tetapi bila ada krsempatan ia akan memburukkan Islam.Sabda nabi “Sesungguhnya termasuk orang terburuk di sisi Allah pada Hari Kiamat, adalah orang yang bermuka dua.” (HR. At-Tirmidzi dari Abu Hurairah)
Tidaklah sukar untuk melihat mereka yg bermuka dua ini pada dunia hari ini.Menerusi percakapan mereka bila mereka memberi pendapat pun sudah nampak muka keduanya.Contohnya bila berbicara kes maahad tahfiz yg terbakar,mereka yg menyurakan agar ditutup semua maahad tahfiz,menyuruh didakwa pengendalinya,yg memaki hamun pentadbiran tahfiz,mengeji sistem pendidikan tahfiz dan pengajian agama adalah antara mereka yg menampakkan muka kedua yg tersembunyi selama ini.Mereka yg mengaku Islam tetapi tidak berbicara hal untuk mengamal Islam seperti orang politik,artis, dll tetiba membuka mulut memberi komen yg bagai meracun usaha memperkembang Islam.Hingga pengacara yg menunjuk makan cara loqlaq,tak beradab,lebih sesuai dikata mentekedaghah,pun menghina pantadbiran tahfiz,padahal siapalah dia pada sisi agama.Mereka ini adalah munafik,ketika mereka bersuara ia ibarat Allah ingin mendedahkan siapa mereka sebenarnya walaupun mengaku Islam.Jika mereka dikalangan anda, jauhkanlah diri,jika pemimpin, singkirkanlah,jika ia satu ikon masyarakat,buangkanlah ke laut.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)
Saya menyeru anda semua sentiasa memeriksa diri,mengawal lidah dari memberi pandangan yg jelek,ukurlah diri sendiri sebelum mengukur orang lain.Jangan beri pandangan yg merugikan Islam,sebaliknya berilah sumbangan ke arah pembangunan Islam.Wallahua'lam abd ghaniharon |
|