|
kak_sall replied at 2-4-2018 10:34 AM
dah dapat info dari agent... premium naik tapi masa isi auto debit form tu hadkan jumlah dia.. so. ...
Insya Allah... Polisi tak akan lapsed. Asalkan kak_sall bayar takaful dan akaun takaf aktif, masih boleh buat sebarang tuntutan |
|
|
|
|
|
|
|
I ambil Prudential, walaupun dapat coverage dari company. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mama_ann at 15-5-2018 09:42 AM
tahniah... Dah Ada back up plan....
Kalau blh add sekali income replacement
|
|
|
|
|
|
|
|
JUVENILE LIEN
--------------------
Saya tujukan pesanan ini kepada ibu-bapa yang mencarum insurans atau takaful untuk anak-anak.
Tahukah anda didalam polisi atau sijil anak anda ada dinyatakan JUVENILE LIEN?
JUVENILE LIEN akan dikuat kuasa jika umur anak-anak kurang dari usia 5 tahun. Bila ia boleh berkuat kuasa? Ia berkuat kuasa jika anak itu meninggal dunia, atau mengalami total permament disability atau didiagnose penyakit kritikal. Jika berlaku akan
3 perkara yang disebut itu, jumlah pampasan akan dikira berdasarkan peratus dibawah.
Peratus JUVENILE LIEN.
Umur %
1 20
2 40
3 60
4 80
5 100
JUVENILE LIEN diguna pakai oleh semua syarikat insurans dan takaful. |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT PEMBACA BENANG INSURANS DAN TAKAFUL. Moga Aidilfitri kali ini memberi seribu kecerian dan dilimpahi rezeki. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
BILA ANDA SANGKA MEDICAL KAD ADALAH SEGALANYA
Satu benda yang anda tak tahu pasal medical kad sekarang adalah, walaupun penyakit kanser itu dilindungi sekiranya ia terbukti wujud selepas 120 hari, rawatan chemotherapy dan radiotherapy hanya akan dilindungi secara PAY & CLAIM, seperti rawatan kanser pesakit luar. Tak kira medical kad anda cover 50,000 setahun ke, mahupun cover 1.5 juta setahun. Ia hanya cover secara BAYAR DULU, CLAIM KEMUDIAN
Contoh kena buat radiotherapy di hospital swasta dengan kos RM26,000, anda kena bayar RM26,000 tu dulu, baru boleh buat rawatan di hospital swasta.
Nak buat di hospital awam? Kena tunggu giliran. Melainkan keadaan anda sangat kritikal dan dapat recommendation dari doktor pakar supaya dapat rawatan segera.
Tu belum masuk kena rawatan stemcell yang kosnya boleh melebihi RM300,000. Doktor pakar di hospital awam sendiri rekomen rawatan tersebut, namun hospital awam tak sediakan ubat tu. Anda kena order dan bayar sendiri, baru mereka buatkan. Tak kira anda kakitangan awam atau orang biasa, kena bayar dulu beli ubat stemcell tu sebab kerajaan tak tanggung!
SO, ANDA ADA CUKUP DUIT TAK NAK BAYAR CASH?
Saya cakap berdasarkan pengalaman pesakit kanser sendiri. Bukan nak takut takutkan anda. Tapi ni realiti.
PASTIKAN ANDA ADA FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL RM200,000 dan ke atas sebab kanser adalah penyakit MAHAL. YANG MAHAL ADALAH KOS RAWATAN, BUKAN CARUMAN TAKAFUL. |
|
|
|
|
|
|
|
Polisi dalam kandungan.
1. Dulu saya rasa tak penting. Sebab itu anak sulong saya tak ada perlindungan dalam kandungan.
2. Saya pernah argue dengan agen prubsn yang buka booth di kbmall. Kenapa saya perlu ambil perlindungan dalam kandungan? Sedangkan sakit congenital tidak cover.
3. Anak saya mengalami masalah prolonged jaundice (breastmilk jaundice). Permohonan takaful anak saya ditolak. Kena tunggu umur 1 tahun dan kemudian apply balik.
4. Pernah dimasukkan kedalam wad tempat saya bekerja ketika umur 5bulan, hanya bertahan 1malam sahaja. Isteri menangis nak balik. Sukar untuk jaga anak dan menyusu dalam keadaan wad terbuka. Pelawat lelaki mundar mandir.
5. Kami ke hospital swasta, ketika itu sanggup bayar sendiri demi anak dan isteri.
6. Sudah ada sahabat2 hubungi saya untuk ambil perlindungan untuk anak baru lahir. Tapi sayang nya, permohonan telah ditolak/ditangguh.
7. Sebab utama;
a) bayi pra-matang
b) pernah dimasukkan kedalam wad
selepas dilahirkan akibat HIE, congenital
pneumonia dan etc.
c) prolonged jaundice
d) congenital disease
8. Tak rugi mohon awal, sebab anak kecil sangat fragile. Jangan jadi macam saya, sudah terhantuk baru nak sedar, duit pun dah habis beribu ringgit..
Kredit: Dr Muhammad Rahmat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg terbaik polisi yg cover anak dalam kandungan dan ibu yg sedang pregnant....
PM me for detail |
|
|
|
|
|
|
| |
|