Baru-baru ini terdapat seorang netizen memuat naik sebuah video di media sosial yang menunjukkan seorang budak lelaki yang hampir mati lemas di dalam kolam renang tanpa disedari oleh orang ramai yang berada di sekelilingnya.
Kejadian tersebut berlaku di ibu kota Finland iaitu Helsinki, menurut netizen yang memuat naik video itu, ketika itu ibu kepada budak 5 tahun itu telah masuk ke dalam bilik sauna, dan tinggalkan anaknya seorang diri di kolam renang.
Paparan video kelihatan budak lelaki tersebut cuba sedaya upaya mengeluarkan kepalanya dari permukaan air, namun disebabkan kolam renang itu terlalu dalam dan mengakibatkan kakinya tidak dapat langsung memijak lantai kolam.
Walaupun ketika itu terdapat seorang lelaki bersama anaknya yang kelihatan berdiri di sebelah tepi budak lelaki itu, namun malangnya keadaan cemas budak lelaki itu langsung tidak disedari lelaki itu dan hanya meninggalkan budak itu dengan berjalan melalui tepinya.
Sehinggalah budak yang telah pengsan dalam keadaan terapung itu dihanyut jauh ke arah seorang wanita, barulah ianya disedari oleh wanita itu dan segera menyelamatkannya.
Memetik laporan Daily Mail, budak itu telah sembuh sepenuhnya dan dilaporkan tidak menghadapi kecederaan yang berkekalan.- CARI
Post time 9-6-2017 04:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seriaunya rasa.. tinggi betul confident level mak dia..sanggup tinggal anak sorang2 dlm tu tp dia sedap2 pi bersauna bagai..mujur jugak ada yg perasan..
masalahnya budak ni bisukah? tak kan kalau dia menjerit help me help me org tak tolong. Tak adalah dlm sgt air tu, utk org Findland umur 3 ke 4 tahun lagi teror berenang dari kita. Mula-mula nampak dia just pusing badan dan sampai ke tepi tu, tak faham kenapa dia tak nangis kalau dah penat, napa dia tenggelamkan balik badan dia masuk ke dalam dan tak bergerak, bukan baby sgt, dah 5 tahun.
Mak pun baghal jugalah tinggalkan anak sendiri, mak kat Europe sana kalau anak tak tahu berenang mmg tak tinggal, rasa ganjil sikit
Post time 9-6-2017 07:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
RatuDunia94 replied at 9-6-2017 07:08 PM
Xde pengawal kolam ke?
Ni more like bath house...utk family..mmg takde la guard bagai...sendiri bertanggunhjawab atas diri senirik. Anyhow..kalau i bawak budak tempat camni...takde maknanya nak tinggal2kan. Kalau ke sauna...bawak masuk anak sekali.
Post time 10-6-2017 06:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku dulu pernah lemas sbb tergelincir. Aku masuk bahagian org tua. Masa tu 8 thn. Mmg lama jgk aku lemas. Mata aku mengadap matahari. Terus aku fikir tamatnya la hidup aku. Sekejapnya la idup aku.. macm2 aku fikir. Lama2 tetiba aku ditangkap naik.. mak sedara aku yg angkat. Dia x perasan pun aku lemas cuma dia rasa ada benda kat punggung dia...
Sbb tu dia angkat x thu pulak aku rupanya.. habis terkejut semua org.. katanya ada budak lemas... Dulu pernah terfikir. Keno la aku terselamat. Kan bagus aku pergi awal. X perlu hadap dunia ni yg meresahkan.
Kak, saya ada pengalaman jumpa budak camni. Dia terapung muka menghala ke air, saya cepat angkat dia takut lemas. Kalau saya biarkan memang budak tu lemas camtu je.
Post time 10-6-2017 03:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nasib baik tak sampai tahap cacat otak akibat oxygen tak sampai time lemas tu aku pantang kalau nmpk budak mandi sorang2 mesti dok perati je budak tu smpai ada org dtg kt dia..
Yg org sekeliling tu nape buat tak taw ja? Igt only in China je wujud species cmtu