|
[Tempatan]
Demo RUU355 - kelantan umum cuti peristiwa untuk hadiri demo ruu355
[Copy link]
|
|
Najib ni yg main api sgt, zmn mahathir awal2 dah kene block |
|
|
|
|
|
|
|
tak lah
ada orang sponsor van 3biji
dengarnya, van ada
driver takde
nak cari driver
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Saya merayu YAB tidak menyokong RUU355 kerana ia akan menyulitkan lagi kelemahan ekonomi negara dan seterusnya merosotkan sentimen terhadap nilai matawang ringgit. .
Akibat nilai ringgit yang lemah ia lah inflasi meningkat dan harga barangan dan kos kehidupan rakyat akan merosot dan yang akan menanggung bencana ini kebanyakkan nya orang Melayu kita juga.
YAB tentu maklum bahawa sentimen sekarang sangat lemah kerana isu isu urus tadbir negara atau " governance" berkaitan 1MDB yg masih belum diselesai.
Walau apa pun YAB berkata tentang kekuatan economic fundamentals, nilai ringgit dan sentimen pelaburan tidak akan pulih jika isu isu ini masih tergantung di leher negara.
Jika YAB menyokong RUU355, para pelabur dalam dan luar negara akan mentafsir bahawa ianya satu permainan politik untuk berlari dari tanggungjawab yang amat mendesak ia itu memulihkan ekonomi negara.
RUU355 akan memecah-belahkan rakyat dan membawa mereka merasa bimbang atas masa depan negara yang berbilang kaum ini. Bila rakyat tidak yakin dengan masa depan Malaysia, ekonomi kita akan hilang kekuatan nya dan rakyat akan menjadi mangsa semata-mata kerana kepimpinan yang suka bermain politik dengan ugama.
Dengan kata kata demikian saya sebagai bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan Ketua Pangarah Unit Pearancangan Ekonomi suka menasihatkan YAB untuk melupakan sahaja RUU355 kerana ada tugas lain yang lebih penting untuk YAB menyelesaikan dulu.
Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim
15 Februari 2017
|
|
|
|
|
|
|
|
UMNO pernah mencadangkan RUU355 ni dulu tapi di bantah oleh arwah TGNA sebab katanya nak buat apa, ni bukan hukum Allah, ni bukan hudud..!
so sekarang untuk memecahkan PAS dari gabungan pembangkang, isu ini lah yang mereka guna. Agen agen UMNO dalam PAS serap usaha RUU ini untuk dijadikan matlamat utama PAS, supaya secara automatic PAS akan terpisah dari gabungan kerana DAP dah tentu tak menyokong hudud dan PKR still berdiplomasi. Sudah tentu RUU ini tidak akan jadi isu penting PAS sekiranya Husam and the gang, pengikut setia arwah TGNA masih ada lagi didalam PAS, jadi sebelum memulakan acara mereka, kumpulan ini kena buang dulu. Yang tinggal dalam PAS hanya kaki angguk sahaja.
So sekarang ni isu ini lah yang dimainkan sebelum PRU dan kalau himpunan H355 ini berjaya maka PRU akan dijalankan dalam masa terdekat, kalau tidak, Hadi akan mintak tangguh lagi kat parlimen, himpunan demi himpunan sehingga lah mereka yakin untuk PRU. 90 juta kot.. kata husam.
pandai strategi najib yang guna falsafah hidup dia CASH IS KING...
|
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 replied at 16-2-2017 01:33 PM
Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Saya merayu YAB tidak menyokong RUU355 kerana ia ak ...
Rayuan bodoh retarded liberal
Awal2 lagi bakal dibakulsampahkan |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 16-2-2017 01:38 PM
UMNO pernah mencadangkan RUU355 ni dulu tapi di bantah oleh arwah TGNA sebab katanya nak buat apa, ...
Mana bukti ko kata dibantah arwah nik aziz?
Mana? |
|
|
|
|
|
|
|
so true!!..too bad lobai2 dlm PAS terlalu bendul utk baca permainan politik UMNO ni
![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ni aku tepek teks arwah bantah 355 UMNO...tp knowing macai cam ko, tepek 1jota bukti pun takkan caya sbb otak dah mental blok!
TEKS PERBAHASAN TOK GURU SELAKU MP PENGKALAN CHEPA, 11 OKT 1984, JAM 4.48 PTG MEMBAHASKAN PINDAAN AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965
Berikut teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg.
Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat (Pengkalan Chepa):
Tuan Yang di-Pertua,
Berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia.
Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua.
Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat",
"Al-hudud" bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke atas
kita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya.
Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini.
Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku.
Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama.
Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.
Tuan Yang di-Pertua,
Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya.
Tuan Yang di-Pertua,
Mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati.
Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang, kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana.
Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui.
Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwa
dirinya sebagai "Saidina Ali" atau wali Allah dan sebagainya.
Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar.
Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undangundang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar.
Tuan Yang di-Pertua,
Akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja.
Sekian terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 replied at 16-2-2017 01:33 PM
Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Saya merayu YAB tidak menyokong RUU355 kerana ia ak ...
Sherip lobo ke ni?
Sherip lobo dah pencen |
|
|
|
|
|
|
|
sabar_sabariah replied at 16-2-2017 01:32 PM
tak lah
ada orang sponsor van 3biji
dengarnya, van ada
Ooh. Ingatkan van jenazah sbb kat surau van jenazah ajelah yg ada.
Pakai van jenazah pun sesuai gak. Bagi dorang ingat mati sikit |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan mak kuu tu pasal mati, dah tua2 pun mak kau check in hotel berkhawat dengan bangla...apa hal?
|
|
|
|
|
|
|
|
sis..kalu pakai bju purple biasanya tu color utk rogayah or dlm lemari gitu...![](static/image/smiley/default/funk.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dorang je kena ingat
kita yg berforem ni sambil2 tu ingatlah jugak...
![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tolomana? replied at 16-2-2017 02:12 PM
ingatkan mak kuu tu pasal mati, dah tua2 pun mak kau check in hotel berkhawat dengan bangla...apa ...
Lava ke nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pas buat hari peristiwa lg tawww dorg plak lebeh2..hudud mana hudud???![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Xde 2 2 parti tu pn tp parti kt srwk tu ikut telunjuk umno jer..rendah taraf![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan pindaan itu pernah dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984
Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat.
Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam.
Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya.
Nama pun Rang Undang Undang... dulu masa menteri UMNO bawa usul tak ada pun nak buat himpunan besar besar, tak ada pun orang pandai pandai jatuh hukum kafir la, menentang Islam lah jika tak sokong, kenapa sekarang dah jadi lain?
rakyat dah pilih wakil masing masing kat parlimen tu, kau orang yang dah di bayar jadi wakil tu bergasak la kat parlimen, kalau majoriti sokong atau tak sokong rakyat ada pilihan ker?
kalau rakyat sokong bagai nak rak kat perhimpunan lepas tu malu malu kucing atau cari helah nak delay perbahasan kat parlimen nak buat apa sokong buang masa kat perhimpunan?
kalau majoriti perwakilan kat parlimen tu dah sokong, dah jadi akta, rakyat marhaen akan ikut jer, selaras dengan rukun negara, so apa kesah nak orang sokong ke tak sokong ke sampai nak kena buat perhimpunan?
kalau tak gimik politik apa lagi nak kata... |
|
|
|
|
|
|
|
Relevan lagi ker PAS nie .. ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
I thought diorang ni dah lama sesat dalam cahaya. ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu la uols..tapi yg ni ada
Memusnahkan atau mencemarkan masjid, surau, dsb. RM5000 @ 3 tahun penjara @ 6 kali sebatan @ dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|