CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

Ambillah keseluruhan konteks , jangan cubit sana sikit sini

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2017 12:40 AM | Show all posts
  • Doa Yang Diajarkan Oleh Nabi SAW
Terdapat juga doa yang boleh dijadikan amalan bagi kita yang mana doa ini telah dibacakan oleh Nabi SAW dalam memohon agar diri Baginda dilindungi dari fitnah dan azab kubur. Doa Nabi SAW tersebut adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon perlindungan kepadamu daripada azab kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah masih al-Dajjal”.

Riwayat Al-Bukhari (1377)

Doa ini boleh diamalkan bahkan terdapat banyak lagi riwayat yang sama maknanya dengan doa di atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2017 12:41 AM | Show all posts
Teladan Kisah Dari Imam Ibn al-Jauzi Rahimahullah

Terdapat sebuah kisah berkenaan seorang tokoh hadis yang terkenal iaitu Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi Rahimahullah yang wajar diteladani oleh kita semua. Di dalam kitab al-Maudhu’at, beliau menceritakan bahawa dirinya telah melazimi bacaan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, dua ayat daripada surah Aali Imran iaitu ayat ke-18 dan 26 yang dibaca sesudah solat dengan fadhilat seperti berikut:

  • Allah akan memberikan Syurga bagi siapa yang membaca kesemuanya selepas setiap kali Solat.
  • Allah akan memandangnya sebanyak 70 kali dalam sehari.
  • Allah akan melaksanakan 70 hajat keperluannya dalam sehari.
  • Allah akan menyelamatkannya dari setiap musuh.
  • Allah akan memelihara dirinya.
  • Kata Al-Hafiz Ibn al-Jauzi: Hadis ini adalah hadis Maudhu' (palsu).

    Kemudian sambung beliau:

Aku telah mendengar hadis ini sejak kecil lagi dan aku beramal dengannya selama 30 tahun disebabkan sangka baikku kepada para perawi. Ketika mana aku tahu yang ia adalah palsu lalu aku tinggalkannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 12:41 AM | Show all posts
Seorang bertanya kepada Ibn al Jauzi: Bukankah ia digunakan untuk amalan baik?

Maka jawab Ibn al Jauzi Rahimahullah:

اسْتِعْمَالُ الْخَيْر يَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ مَشْرُوعًا فَإِذَا عَلِمْنَا أَنَّهُ كَذِب خَرَجَ عَنِ المَشْرُوعِيَّة

Maksudnya: Menggunakan sesuatu untuk amalan kebaikan hendaklah pada perkara yang disyariatkan. Apabila kita tahu yang ianya palsu maka ia terkeluar dari perkara yang disyariatkan.

Perhatikan sikap insaf yang ditunjukkan oleh Imam Ibn al-Jauzi yang meninggalkan beramal dengan hadis tersebut setelah mengetahui bahawa tiada asal baginya sekalipun beliau telah beramal dengannya selama 30 tahun di atas sangka baik beliau terhadap para perawinya. Kami akhiri penulisan ini dengan doa berikut:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah pergi mendahului kami dalam keimanan dan janganlah kau menjadikan di dalam hati-hati kami ini perasaan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Surah al-Hasyr (10)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 12:41 AM | Show all posts
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pandangan dan pendapat semua pihak, maka kami katakan seperti berikut:

Pertama: Amalan ini dilakukan oleh sebahagian kecil sahaja orang-orang soleh terdahulu. Sedangkan, kebanyakan ulama-ulama terdahulu tidak melakukannya seperti yang dimaklumi.
Kedua: Amalan yang disandarkan kepada athar dan juga hadith adalah tidak sahih qiyasnya. Sebaliknya dalil yang nyata seperti qaul Ibn Umar R.Anhuma menyatakan sebaliknya.
Ketiga: Menjanjikan fadhilat selamat daripada azab kubur amat perlu kepada dalil yang qati’e dan sahih. Justeru, dalam isu ini tidak terdapat dalil yang sahih.
Keempat: Berpandukan kepada dalil yang sahih daripada Al-Quran dan al-Hadith adalah perbuatan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi pegangan umat Islam.
Akhir kalam, kami menyeru kepada semua pihak agar mengambil agama dari sumber yang sahih dan menjarakkan daripada sumber yang kabur dan keliru. Cukuplah kita mengamalkan amalan yang warid dalam al-Quran dan hadith agar amalan kita benar-benar menepati neraca syariah dan diterima oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.



Akhukum fillah,



S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

14 Julai 2016 bersamaan 9 Syawal 1437H
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 12:42 AM | Show all posts
14 Julai 2016 bersamaan 9 Syawal 1437H



[1] Kutub al-Sittah merupakan kitab-kitab hadis utama yang enam iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaie, dan Sunan Ibn Majah.

[2] Ibn Kathir. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Dar Tayyibah, (4/496)

[3] Abd al-Rahman al-Sa’di. Tayseer al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Muassasah al-Risalah, hlm. 425.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kopipas Acong pun boleh buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2017 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 10-1-2017 12:39 AM
  • Menjaga Sempadan (al-Ribat) Pada Jalan Allah SWT
    Iaitu mereka yang berterusan menjaga sempadan ...

  • Hadis ini menarik utk dikupaskan.

    Bagi pandangan saya, ianya antara hadis yg menjelaskan kisah di dalam surah Al-A'raaf.

    Tq for sharing... Alhamdulillah
    Reply

    Use magic Report

    12
    Return to list New
    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    7-2-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.135646 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list