CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
 Author| Post time 15-7-2016 05:57 PM | Show all posts
~KEJADIAN DI TOILET~

yang ini kejadian selingan. selepas aku dah tau kewujudan entiti di area opis aku tapi sebelum Ain terkena lagi.

Macam biasa la sebelum nak balik, mesti aku singgah ke toilet dulu. Toilet sharing basis, pastu pakai plak motion sensor. meaning lampu akan menyala bila kita melangkah masuk je dari pintu masuk lampu menyala sendiri. maksimum tempoh menyala 20 minit katanya. jadi adalah perkara biasa sangat la bila aku pegi toilet dalam kul 7pm onwards tu selalunya toilet bergelap gelita. Aku pun tau kekadang jiran pintu sbelah ada yang stayback jugak lebih kurang timing aku, so boleh kata aku agak familiar jugak la dengan sorang dua yang guna toilet time senja macam tu.

So senja tu aku ke situ macam biasa. Aku perasan memang gelap, bila aku melangkah masuk je baru dia start menyala. Pada pemahaman aku memang aku jelah yang ada dalam area toilet tu kan. Toilet pulak ada 4 pintu, dan hobi aku pegi buat port dalam toilet paling hujung sekali. Pintu no 4. Memandangkan paling hujung jadi agak terlindung sikit dari lampu, macam redup sikit la taklah terang benderang compare to other 3 doors. Mesti korang pikir aku ni sesuatu jugak kan? dah la kat opis selamba je duk bergelap, buat port dalam toilet pun pilih yang paling hujung ngan tak terang gitu. Hahaha aku pun tak paham apasal laa pulak minat aku macam tuh

Nak dijadikan cerita, on the way ke pintu 4 eh aku macam jadi tertarik pulak nak gi bukak pintu 3. aku perasan pintu 1, pintu 2 memang sedia terbukak dan aku rasa pintu no 4 macam terbukak juga cuma pintu no 3 tertutup tapi tak rapat. Apa gila aku nak gi bukak pintu no 3 tuh pun aku tak paham jugak eh macam tertarik pulak nak buat keja tuh.

Elok je aku tolak pintu no 3 yang tak rapat bertutup tuh tetiba aku ternampak macam ada kelibat kat dalam tuh. Tak tau la tengah guna toilet ke apa, haruslah duk guna toilet kot tapi aku tak pasti memang kelibat manusia ke apa sebab aku terkejut dan pintu pun macam terkatup balik kena tahan. Aku cecepat say sorry dan terus blah. Memang tak jadi aku nak kencing ke apa terus aku keluar dari toilet dan balik ke opis. Ngam pulak time balik so aku sign off dan terus keluar kunci opis dan gerak turun.

Bila aku sampai G floor baru aku terpikir balik. Dah toilet tu kan guna motion sensor. Aku masuk lampu bergelap. Cerah pun time aku masuk baru lampu menyala. Dah tu rupanya ada orang duk dalam pintu 3 tapi kenapa lampu tak menyala time dia guna? Kot ye pun ko stand still kaku kejang je dalam jamban berak batu sepatutnya lampu tetap menyala jugak.

Makhluk apa laa yang sebenarnya aku ternampak tuh? Aku teringat aku je yang berbunyi, dia pun sunyi sepi jah takde pulak kalut nak bagitau occupied ke ada orang ke bagitau kat kita jangan masuk kan.

Betul ke aku jumpa manusia dalam toilet tadi tu persoalannya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2016 06:54 PM | Show all posts
[sambung balik kisah Ain]

Ain ni aku perati orangnya baik je. peramah dan cepat mesra dengan orang. unlike aku, aku agak reserve sikit sebab aku malas nak layan sembang borak lama2 dengan orang. Opis ni time pagi memang chaotic dengan segala jenis budak2 courier datang antar parcels dan mails. Selama aku keja kat mana branch pun, aku cuma cakap benda perlu je. Tak kuasa aku nak ajak sembang dah makan ke belum, bz ke tidak kau nampak hemsem hari ni ooh tidak aku tak kuasa sebab banyak lagi keja lain aku nak kena buat. Tapi Ain ni jenis suka bercakap. Tidak pulak type gedik aku paham, tapi maybe dah nature dia macam tu. Hmm tapi aku still rasa lambat laun dia akan mengundang masalah je. Which I don't know why I have that thought. Setakat nak bergurau lawak bodoh tak kesah tapi entahlah...aku khuatir nanti sending the wrong message to any of them pulak. Hati orang mana kita  tau kan?

Tapi aku berat mulut pulak nak bagitau apa aku pikir tu kat Ain. Takut dia terasa pulak kalo aku tersalah cakap. aku pun buleh tahan jugak mulut lahar. Aku perati jelah sebab most of the time budak2 lelaki tu datang aku pun ada je dekat Ain, so aku perati je lah keadaannya.

Dalam ramai2 budak courier tuh semua, aku perasan mamat posmen yang hantar pos register dah bertukar. Posmen pulak ada 2-3 jenis. yang Poslaju hantar courier mails + documents dan poslaju yang hantar parcels besar berkotak bagai tuh dan yang hantar pos berdaftar (AR pakai kad kuning+international mails). Poslaju memang dah biasa macam2 muka je yang datang sini tapi kalo pos daftar dia maintain je staff tu. Marilah kita gelarkan dia si Botak saje. Sebab Ain yang galok sangat gelarkan dia macam tu. Si Botak tu tinggi biasa je, tubuh pun sekeping dan pendiam. Tak macam budak2 poslaju atau budak2 fedex ke, DHL, skynet ke apa lain. semua mulut cam ayam tak padan laki. si Botak ni diam je kalo datang tu memang sepatah2 jelah bercakap dengan aku, time aku duty sesorang dulu sebelum Ain start keja sini.

Tapi lama kelamaan aku perasan, eh Botak boleh bercakap lebih dari 5 perkataan rupanya. Maybe sebab terikut2 kot dengan si Ain tu yang kepoh. Bagos la, boleh kenal sisi lain si Botak tu rupanya. reti jugak bergurau dengan orang. kalo tak datang sini hantar surat tunjuk muka serius je. Si Ain ni pun dengan segala staff jiran sebelah menyebelah pun habis ditegurnya, punyalah nak kata ramahnya orang ni hehehe. Tak macam aku la, memang tak kuasa pun nak hi hoi hai je manjang

Dan tak berapa lama lepas tu, Ain start mengadu dekat aku. yang pada aku tak rasa terkejut pun. kan aku pernah terlintas hati rasa keramahan Ain ni akan mengundang masalah je, masalah yang aku takleh jangka dari sudut mana.

Ain mengadu satu hari Botak datang hantar surat macam biasa, time tu aku break solat kot. Botak mintak phone no dia. tapi Ain tak bagi. bila tanya kenapa dia cakap takpelah kita kawan2 kat opis jelah. macam geng budak2 lain ah. tapi dia cakap Botak kata dia nak kawan dengan Ain. nak kenal lebih sikit lagi.

padan muka. aku cakap kat Ain. hahaha

lepas tu aku perasan tiap kali Botak datang opis macam biasa hantar surat, kalo tak aku yang handle kalo Ain yang handle pun dia dah tak kecoh2 macam biasa dah. Tapi tidaklah pulak aku menjoyah tanya macam2 lagi kat Ain pastu. Yang aku perati memang nampaklah airmuka Ain kalo nampak Botak datang je berubah. macam tak selesa.

ada sekali botak tak datang. orang lain yang ganti. diorang cakap botak mc. fine. kitorang pun meneruskanlah kehidupan bekerja macam biasa. Ain pun cukup masa dia yang balik dulu dari aku. tak lama lepas tu dia whatsapp aku. dia cakap botak dah tunggu dia kat area parking motor. mintak lagi phone no Ain. bersungguh2 dia cakap nak kawan dengan Ain. haruslaa budak ni rasa takut kan. kau dah kenapa tak datang keja tapi boleh pulak datang tunggu orang balik keja? psiko ke apa?

sampai sudah si Ain tak layan. cepat2 dia trus blah balik rumah. the next day datang keja dia crita ulang tayang balik dekat aku nih. aku pun hadap jelah tadah telinga. sambil bagi tazkirah kan tu la kau. kita nih perempuan. jaga2 sikit batas pergaulan. kita bergurau je tapi pandangan orang kat kita mana kita tau, ok ke tidak.

hari makin hari memang terasa la makin awkward antara diorang tu kalo botak datang hantar surat. Ain memang ada bagitau aku dia rasa tak selesa je ngan Botak selepas tu. Diorang pun tak de cakap banyak, kecuali pasal surat2 je. Nak usik mengusik pun takde, botak pun balik kejadian asal cakap apa perlu je.

sampailah seminggu dua lepas tu bila aku sampai opis pagi tu Ain datang kat aku mengadu dia rasa tak sedap...


[bersambung. aku kena stop ni sekarang duk sorang kat opis dah huhu]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
[sambungan]

Aku tanya apa benda tak sedap dia rasa tuh. Dia jawab tak reti nak explain macam mana tapi macam tak selesa. Dengan botak pun dia makin rasa takut2 lepas tu seboleh-bolehnya dia cuba mengelak dari bertemu ngan botak. Caranya agak2 timing botak nak naik opis kitorang maka Ain akan pegi menyorok kat belakang ke ataupun dalam mail room je.

Selagi dia tak clear mana lokasi botak, selagi tak settle botak naik opis hantar surat selagi tu lah budak Ain ni nampak gelisah. Tak senang duduk. Ada sekali tu dia turun bawah pegi beli air kat 7E dia cakap bertembung pulak dengan botak kat situ. Boleh pulak botak tegur dia tanya Ain ok ke tak. Sihat ke. Ain cakap dia jawab lebih kurang pastu terus blah naik balik opis.

Ada sekali tu pulak time Ain turun kat pigeon hole kat G floor collect mails pon terserempak jugak ngan botak. Walhal dah lewat petang kot, sepatutnya botak pun patut balik ke post office je. Ni tak, sanggup duk melilau kat blok kitorang tunggu Ain. Aku  geleng kepala je time Ain ngadu. Nak tergelak pun ada. Aku saja usik Ain, alah botak dah angau kat kau la nih. Tapi Ain cam cuak je dengar aku cakap macam tu. Tak nak la kak jawabnya. Dia nak kawan macam dia kawan ngan budak2 courier lain la yang boleh dibawak gurau je.

Yang terserempak ngan botak dekat bawah blok kitorang tu Ain cakap paling menakutkan. Sebab dia cakap botak datang cakap ngan dia rapat2 je, pastu cuba pulak nak cuit2 lengan dia tapi Ain cepat2 lari. Tak habis2 tanya Ain sihat ke tidak. Nampak pucat je. Memang la budak tu pucat, kau tu dah macam mental je gayanya.

Lepas tu the next day pulak, bila aku masuk keja Ain cerita dekat aku. Time dia tido malam sebelum tu dia terdengar bunyi tangisan. Bila dia terjaga senyap kejap. Nak sambung tido balik terdengar lagi. Aku dengar je lah tak amik port apa2 pun lagi. Aku pesan sebelum tido baca doa dan surah2 patut je. Tak teringat dah makhluk 2 ekor kat opis ni ke apa, aku cuma pikir Ain ni terbawak2 emo je kot rasa tak selesa ngan si botak lately.

Until dia cakap the next night tu dia terbangun tido lagi tengah malam sebab bunyi tangisan. Dia pasti bunyi menangis tu dalam bilik dia sendiri. Dia beranikan diri pegi on suis lampu dan ternampaklah ada makhluk pelik aku tatau la macam mana tapi Ain cakap macam binatang berbulu duk mencangkung kat ceruk dinding bilik dia. Menangis je pandang dia.

Eii dengar macam tu memang berdiri bulu tengkok aku. Aku cakap benda yang sama macam dia penah nampak kat rumah dia tu ke? Dia cakap lain. Dan benda yang dia biasa nampak tu pulak tak penah masuk rumah pun. Alih2 yang ini boleh pulak duk mencangkung dalam bilik dia tapi menangis.

Aku baru je nak speku kot benda tu sejenis daripada benda yang nak diwariskan pada dia ke apa. Tapi Ain cakap in the same time pun dia terasa2 je teringat kat botak time tu.

Dah kenapa pulak kau teringat kat botak?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt, aku baca as SR.

Ada masa sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku menanti sambungannya...wah bestla citer awk
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 08:55 AM | Show all posts
TT cepat sambung.
cite ko bestttttttt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh thanks mod @medangmru ! Hehe feeling cam dapat duit raya pulok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2016 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts


Dengar macam tu memang aku tak leh tahan2 lagi dah. Aku pun sebenarnya tengah nak settle hal sendiri tapi aku takut gak kang unsur2 macam ni kang tak pasal jadi penyebab pulak hal aku sendiri jadi delay. Cukuplah aku pernah merasa disihir secara tak sengaja dulu, kes salah tuju.

Aku tanya Ain, tak bagitau kakak dia ke? Ain tengah home alone time tu dah kakaknya pegi holiday ke Melbourne pulak. Baru je berlepas. Tapi dia memang dah whatsapp kakaknya la bagitau apa dia nampak. Tunggu kakak dia touch down dan reply mesej je. Elok kitorang bercakap time tu kakak dia pon jawab suh dia take care. Boleh pulak kakak dia pun baru nak bukak cerita sebenarnya dia ada ternampak dah benda tu time Ain takda. Dia nampak kat belakang pintu, dia buat taktau jelah. Nak bagitau Ain tapi terlupa pulak sebab tengah kalut nak ke airport. Eii lap peluh betul la dengar ceritanya pun.

Aku tak paham la, memang calon ahli keluarga yang nak dapat saka warisan ni memang macam ni eh attitude dia? Boleh watlek watpis je dah ternampak benda luarbiasa macam nih? Kalo nampak dek kita2 ni sahih la kau menjerit terus pitam kan? Tapi Ain memang betul2 takut bila dapat tau cerita kakak dia. Aku suruh dia bagitau umi dia kat kampung, tolong cari ustaz ke yang boleh tengokkan dari jauh.

Meantime aku pun contact Lin, kawan baik aku dari zaman sekolah. Lin boleh scan benda2 macam ni jugak, tapi nak berbomoh ke apa Lin taktau. Selalunya dia akan suggest la apa patut kau buat, cari orang alim pegi berubat etc. So aku brief Lin secara overall; sikit background Ain macam mana dan apa kejadian penah dia nampak kat area ofis nih dan kejadian yang dialami waktu tu. Sebabkan aku pun tau Ain dah bagitau umi dia so aku cakap kat Lin takpelah no rush. Bila Lin free sikit hari tu tolonglah scan. Nasib baik Lin memang free so dia scan jelah.

Dapat je mesej Lin tak lama kemudian, aku lagi la tambah suspens dengan Ain. Lin memang nampak ada benda tu dalam bilik Ain, tapi benda tu menangis sebab ada benda lain yang ditakutkannya. Lin ada mention "penjaga" so aku tanya Ain did she know anything about it? Ain geleng kepala. Lin cakap lagi benda yang menangis tu memang utusan orang. Utusan si botak. Dah pulak. Apahal si botak hantar binatang setan tuh? Nak buat Ain teringat dan suka kat dia. Eii Kim K la apa benda nya orang nak suka dah kau hantar binatang peliharaan jah pun. Bagilah hembeg ke henpon ke benda best2 kan hahahaha eh tapi dah kejadiannya Ain ni mata ada x-ray kan jadi nampaklah keadaan asalnya. Kalo mata kita2 nih nampak macam mana wallahualam

Lin suggest pegi cari ustaz tengokkan untuk double confirm. Sebab itulah yang dia nampak. Dia tak jelas bab 'penjaga' tu je. Tapi benda yang menangis dalam bilik Ain tu memang takutkan sesuatu yang lain. So aku suruh Ain update umi dia kat kampung hasil scan awal kitorang dapat nih.

Umi Ain cakap dia dah bagitau mak sedara Ain , dan makciknya tu dah tolong sampaikan kat ustaz yang biasa tengok2 kan diorang. Diorang pun memang dah on the way nak datang ke rumah Ain dah pun. Hhmm memang agak serius la kot dari gaya urgent jah diorang ni travel.

Lin pesan lagi, lepas ni kalau botak tu datang buat macam biasa je. Dia tanya Ain sihat ke tak tu sebab dia nak tau ilmu tu jalan ke tak. Habis kitorang nak buat macam mana? Lin cakap jawab je lah rasa macam tak sihat sikiy, tak tau kenapa. Jangan mention pun nak berubat ke apa. Buat je macam tak sihat nak demam gitu ke apa. Tapi act cool.

Aku tengok muka Ain dah pucat semacam dah. Aku acah2 berani jelah tapi carut jugak dalam hati. Dah tak pasal pulak aku mengadap benda2 macam ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 16-7-2016 08:55 AM
TT cepat sambung.
cite ko bestttttttt.

Tq! Ok baru sambung sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
funkyolliey replied at 16-7-2016 01:16 AM
Ku menanti sambungannya...wah bestla citer awk

Tq! Dah boleh sambung sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2016 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 15-7-2016 11:43 PM
Tq tt, aku baca as SR.

Ada masa sambung lagi

Thanks! Boleh la selit masa sikit nak sambung nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
takot lak rs  kalo ade lawan mcm Ain
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 12:00 PM | Show all posts
wah ade sambungan.
pandai plak antu si botak tu takut kat antu org lain kan
hahahahh
eh aku tetibe jd x skeri jd kelakar plak.
hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 01:25 PM | Show all posts
parking lu cite best
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt...sambung..sambung...best2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 01:44 PM | Show all posts
Terbaikkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 16-7-2016 12:00 PM
wah ade sambungan.
pandai plak antu si botak tu takut kat antu org lain kan
hahahahh

Dah tuan dia pon amatur je hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
marion24 replied at 16-7-2016 01:38 PM
Tt...sambung..sambung...best2...

Eh? Marion pon layan ke cite antu?

Nanti nah abih pegi open house kita sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 16-7-2016 10:14 AM
Thanks! Boleh la selit masa sikit nak sambung nih

Tenkiu2.

Kiranya macam ada benda lain la selain yg botak hantar tu? Scary nya jumpa laki jenis main sihir2 ni motip nak ngantar2 kalau hati tak berbalas?  
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt..best2.. Nanti sambung lagik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067592 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list