|
ya Nay...dlm sibuk cari siapa pembunuh..ada kuciwa di hati gituuu
|
|
|
|
|
|
|
|
sudah la kauuu
malas konon.. alih2 timbul citer baru kat sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau dah pening ngan kerja..aku karang ler citer..
dah karang citer..tak reti nak stop la plak..
ingatkan nak hilangkan fobia jek..aku yang jadi tambah fobia sekarang nih
|
|
|
|
|
|
|
|
alahh.. tak kisah la panjang berjela2 ke.. kontot ke.. aku layan je..
tak sabar nak tunggu citer ni kot2 lepas ni kuar doremon ngan tom n jerry plak ke
|
|
|
|
|
|
|
|
SEMINGGU berlalu. Aylanins semakin menyibukkan diri. Panggilan telefon dari Conan tidak diendahkan. Boleh dikatakan setiap hari lelaki itu menghubunginya. Baginya cukuplah dirinya dihina begitu. Restu orang tua adalah penting dalam sebuah perkahwinan. Untuk apa dia berkeras pertahankan semua itu jika kehidupan yang menantinya di hadapan nanti adalah penuh duka?
"Ayla..dah dapat maklumat tu?" Detektif Ana Dahlia menghampiri meja Aylanins yang begitu asyik menatap fail.
"Oh Puan!" Pantas juga Aylanins bangun dan memberi tabik hormat.
"Macam mana siasatan tu?" Tanya Ana Dahlia lagi.
"Hampir selesai Puan! Esok, sekali lagi makmal ABC akan digeledah. Kami sudah beri waran geledah. Suspek akan disoalsiasat untuk kali ketiga." Tegas Aylanins menjawab.
Ana Dahlia angguk-angguk. Dia belek fail itu sekali imbas. "Bagus! Pastikan semua bukti jelas."
Aylanins mengangguk dan memberi tabik hormat kepada bosnya sebelum Ana Dahlia beredar dari situ. Dia kembali duduk dan belek pula nota kaki yang sudah diserahkan kepadanya oleh Tuan Muaz. Nota kaki yang berjumlah 16 itu dibaca satu persatu. Sungguh bingung dengan semua perkataan dalam nota kaki itu yang ternyata tiada kaitan antara satu sama lain. Tuan Muaz pernah beritahunya tentang analisa yang pernah dibuat oleh Hani dulu. Setiap perkataan itu ditumpukan pada pangkal huruf.
"Hmm..pangkal huruf..." Nota kaki itu diletakkan satu persatu. Lama dia memerhati setiap nota kaki di atas meja. Dia cuba mencari apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh penulis nota kaki itu. Jika mengikut tarikh diterima yang ditulis di belakang nota kaki itu, tiada satupun yang memberi petunjuk yang jelas. Berterabur semuanya.
"Mungkin nota kaki ni tidak boleh disusun ikut tarikh.." Aylanins berkerut kening. Dia cuba mencari klu. Nota kaki itu disusun mengikut kebarangkalian yang dia tahu. Semua ayat yang terbentuk hasil dari pangkal huruf itu dicatat.
"Ah..buntu aku!" Aylanins mula merasa pening. Dia bukan Einstein yang bijak menyusun formula. Kepalanya disandar pada kerusi. Lama berfikir.
Sekali lagi dia cuba menyusun dan meneka. ENGKAR, MUNGKIR, SATU, HAIWAN, PERMULAAN, BURUNG, UNCANG, NAGA, UNTA, EKOR, BULUH, ENTITI, NOTA, RUNCING, AIR, ALAM, dan yang terakhir hanya huruf A.
"Makin bingung aku!" Aylanins simpan semula semua nota kaki itu dan dia mula mencapai kunci kereta dan menapak keluar dari bilik itu.
Keretanya dipandu menuju ke sekitar bandar KL. Hari itu dia perlu meronda sambil mencari maklumat terbaru. Tiba di satu deretan kedai, dia berhenti untuk membasah tekak. Restoran yang terletak di hujung bangunan itu dituju. Sementara menunggu minuman sampai, Aylanins memerhati sekitar. Matanya tertancap pada sebuah kedai bunga. Asyik memandang bunga yang disusun di luar pintu kaca kedai itu, dia tersentak dengan kehadiran seorang yang cukup dikenalinya. Nayla..ya gadis itu masuk ke dalam kedai bunga.
"Err..Bhai! Cancel order!" Aylanins terus bangun dan bergegas menuju ke kedai bunga itu. Dia berdiri di tiang dekat dengan kedai bunga. Mengintai dari situ.
Jelas dia melihat Nayla seperti mencari sesuatu di situ. Bunga mawar dibelek dari satu rak ke satu rak. Tiada apa yang dibeli. Dia cepat-cepat sembunyikan diri di sebalik tiang tadi bila ternampak Nayla sudah menapak keluar dari kedai bunga itu. Nayla sudah mula masuk ke dalam perut kereta.
"Hmm..pelik. Dia tak beli pun bunga.." Aylanins masih memerhati Nayla yang sudah memandu keluar dari situ.
Dia kembali menapak ke restoran tadi. Langkahnya terhenti sekali lagi. Kali ini Linda pula dilihat menapak ke kedai bunga itu. Aylanins sembunyi di situ. Linda sudah menapak masuk ke dalam kedai bunga dan sepuluh minit kemudian keluar tanpa membeli apa-apa. Linda menuju ke kereta.
"Pelik..tadi Nayla..sekarang ni Linda. Hmm..agaknya memang dia orang nak beli bunga tapi tak jadi.." Aylanins luku kepala sendiri. Menaruh syak yang bukan-bukan. Walaupun selama ini dia memang mengekori Nayla tapi tadi, tiada apa-apa yang pelik berlaku. Dia senyum dan kembali menapak ke restoran. Tekak yang terasa kering tadi semakin kering rasanya.
Minuman dipesan sekali lagi. Segelas jus oren diletakkan di atas meja. Penuh nikmat Aylanins meneguk jus oren itu. Bunyi teks mesej masuk ke kotak mesej. Dia mula membaca.
'Tengku Adnan akan bertunang esok. Lupakan dia.'
Aylanins tergamam. Dia baca banyak kali. Nombor yang menghantar mesej itu cuba dihubungi tetapi tiada dalam perkhidmatan. Mesej itu dibaca lagi. Dia pasti tentu mesej itu dari ayah Conan. Jus oren diteguk sampai habis. Perasaannya semakin bercelaru. Usai membayar, Aylanins segera ke kereta. Dalam kereta dia cuba menahan sebak.Matanya semakin berkaca. Enjin kereta dihidupkan dan terus dipecut keluar dari situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
ha ha poket doraemon nk ke amariya..
|
|
|
|
|
|
|
|
DI BANGLO MEWAH milik Tengku Saif, Conan masih bertekak dengan ayahnya. Sungguh dia terasa tercabar dengan tindakan ayahnya yang mengongkong dan mengatur hidupnya. Sejak dulu lagi! Atas sebab itulah dia keluar dari rumah besar itu dan berdikari sendiri, walaupun terpaksa kerja kilang dan hanya memiliki motosikal biasa.
"Ayah! Hal lain saya boleh tolak ansur tapi kalau soal jodoh, saya yang akan pilih sendiri!" Merah merona muka Conan. Dari hari dia perkenalkan Aylanins pada ayahnya lagi, perasaannya tidak keruan. Berserabut. Tega ayah menghina gadis itu semata-mata gadis itu tiada taraf seperti mereka. Ah! Persetan dengan pangkat dan nama!
"Nan, kau satu-satunya anak ayah. Untuk apa ayah cari harta semua ni, kalau bukan untuk anak sendiri? Dan ayah tak nak keturunan kita nanti dari orang yang entah mana asal usulnya! Sudah! Esok, rombongan meminang akan diteruskan. Ayah dah siapkan semuanya. Sebulan lepas tu, nikah!" Tengku Saif bersuara tegas. Tidak perlu peduli kata-kata anak bujangnya yang begitu degil dan keras kepala. Elok-elok ada harta berkepuk, nak juga kerja di kilang biskut tu!
"Ayah...Ayla bukan gadis yang ayah sangkakan. Dia dari keturunan yang baik-baik. Malah dia polis yang berjaya!" Conan masih tetap dengan pendiriannya.
"Keputusan ayah muktamad. Take it or leave it." Tengku Saif bingkas bangun dan capai topi untuk bersiap ke padang golf. Pak Sin dipanggil.
Conan menekup muka. Terduduk dia di sofa.
"Oh ya...kau tak nak kenal bakal tunang kau?"Tengku Saif berpaling semula ke arah Conan yang sudah menundukkan wajah.
Conan mendongak. " Untuk apa??" Geram nada suara Conan kali ini.
"Ni! Ada masa tengok!" Satu sampul surat dilemparkan atas meja sofa. Tengku Saif hanya senyum lalu berlalu pergi bersama Pak Sin ke Tropicana Golf Resort. Dia sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk minum petang bersama.
Conan sedikit pun tidak mahu kenal siapa bakal tunangnya. Baginya hanya Aylanins yang ada dalam hati. Susah payah dia mendapatkan cinta gadis itu, tidak semudah itu dia akan melepaskan Aylanins begitu saja. Tidak! Kalau terpaksa nikah lari pun, dia rela! Lagipun, dia bukannya perempuan yang memerlukan seorang wali untuk bernikah. Sekali lagi Conan menghubungi Aylanins, masih tidak berjawab. Sampul itu langsung tidak disentuh apa lagi nak melihat siapa gerangan bakal tunangnya.
"Ayla..please answer.." Conan sudah buntu. Dia bingkas bangun. Dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan serabut dan kecamuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 14-2-2015 09:42 AM
NAYLA mundar mandir dalam bilik. Berita yang disampaikan nenek tadi terasa bagai halilintar baginya. Gila! Memang kerja gila! Rambut dicengkam kuat. Dia perlu cari jalan untuk keluar dari masalah itu. Sudahlah masalah Kurt dan Ryan masih belum selesai, ditambah pula keinginan nenek yang tidak masuk akal! Pertengkaran mulut dengan nenek tadi, terus saja nenek menghukum dan mengurungnya dalam bilik. Dia harus cari jalan untuk keluar dari bilik itu, by hook or by crook!
"Es...I need your help!" Esmiranda dihubungi. Dia tahu, hanya gadis itu saja yang boleh diharap. Lalu butir-butir maklumat diberitahu kepada Esmiranda. Apa yang perlu gadis itu lakukan.
Nayla hempas tubuhnya atas katil. Dia akan menunggu penuh sabar malam itu. Jika berjaya, esok bukan dirinya yang akan hadir pada majlis itu. Dia mengukir senyum. Apa jadi sekalipun, dia tidak akan mengikut kehendak nenek. Rancangannya akan diteruskan. Masa inilah dia akan guna peluang itu untuk menemukan kembarnya dengan nenek. Selama ini Arisha hidup terbuang. Kini tiba masanya untuk Arisha mengecapi kekayaan nenek dan hidup bahagia. Sekali lagi senyuman terukir di bibir.
Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Sudah sejam dia menunggu berita dari Esmiranda. Cepat-cepat Nayla menjawab panggilan bila terdengar deringan kuat telefon bimbitnya tadi. Senyumannya semakin lebar. Esmiranda begitu cekap bertindak. Tidak sia-sia dia mengupah gadis itu untuk melakukan kerja gila itu. "Maafkan aku Arisha.."
Kini dia boleh tidur lena. Jam empat pagi nanti, Esmiranda akan ke banglo mewah nenek membawa Arisha sekali ke situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Conan dgn nay? Nicki dgn arisha?? Ipo dgn ayla? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin jugak..
kan 'Ayla' tu tak nak ko..
tapi..dia pun tak nak aku..dia nak Muzafar kekdahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 14-2-2015 10:34 AM
mungkin jugak..
kan 'Ayla' tu tak nak ko..
tapi..dia pun tak nak aku..dia nak Muzafar kekdahnya: ...
Bukan muzafar mau hani ka? Erkkk.. amir yg mau nay kann.. alif mau sapa eh? Apakes tiba2 kuar citer rebut2 awek n pakwe neh? |
|
|
|
|
|
|
|
adeh..jangan jadi citer cintan cintun sudehhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 14-2-2015 11:27 AM
Bunyi deringan telefon mengejutkan Nayla dari tidur. Berpisat-pisat matanya melihat jarum jam. Dia bingkas bangun. Laju saja dia menapak ke tingkap. Sengih melihat Esmiranda sudah sedia di bawah bersama seorang lelaki lain yang mendukung Arisha yang sudah pengsan. Nayla segera ambil tangga lipat dalam bilik airnya dan dihulur kepada Esmiranda. Lelaki itu mula menaiki tangga sambil menggendong Arisha.
"Letak dia atas katil. Ni upah kau.."Nayla berkata perlahan. Dia beri isyarat supaya berhati-hati, bimbang nenek akan mendengar perbualan mereka. Esmiranda dan lelaki itu sudah menghilangkan diri.
Nayla segera mengemas biliknya. Baju kurung yang tersarung di tubuh Arisha ditukar kepada baju tidur. Arisha masih tidak sedarkan diri. Jarum jam dilihat lagi. Hampir subuh. Dompet Arisha ditukar dengan dompetnya. Beg sandang disangkut di bahu dan Nayla keluar melalui tingkap dengan menuruni tangga tadi. Selepas semuanya selesai, tangga itu diangkat dan disandar di tepi pokok rambutan. Dia berjalan keluar dari situ dan menahan sebuah teksi menuju ke apartment yang disewanya.
ARISHA menguap dan mendepakan kedua tangannya. Dia buka mata. Terasa pening kepalanya ketika. Dia lihat sekitar bilik. Terasa pelik suasana di bilik itu. Matanya digenyeh berkali-kali. Tak ada meja belajar warna merah jambu miliknya. Tidak ada rak buku di tepi meja belajar. Tak ada almari lusuh, almari yang digunakan sejak dia berumur lima tahun lagi. Tiada! Yang ada sebuah bilik yang dipenuhi meja solek besar penuh dengan minyak wangi berjenama, almari pakaian berwarna mutiara yang besar dan juga sederet kasut tumit tinggi dan juga sneakers di atas rak. Dia perhati pula pada katil yang dia tidur. Cadar lembut berona keemasan, katil bersaiz Queen sejambak bunga ros putih di dalam pasu kecil di tepi katil, ada di atas meja kecil sebelah lampu tidur berbentuk hati.
"Aku..aku kat mana ni?" Arisha garu kepala.
Dia lihat pula tubuhnya sendiri. Baju tidur beropol di pangkal lengan dan paras lutut. Seksi! Seingatnya malam tadi, dia tertidur dengan baju kurung kerana penat mengajar tuisyen di rumah anak yatim itu. Dengan keadaan uzur, lepas saja tamat mengajar kelas biologi, dia terus cari bantal dan entah bila dia terlelap. Sedar-sedar, dia berada di tempat yang asing baginya. Cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap yang terbuka sudah jelas menunjukkan hari sudah meninggi. Jarum jam dipandang dari atas meja kecil sebelah bunga ros putih. Hampir sembilan pagi. Perlahan Arisha bangun. Dia bingung.
Matanya teralih ke arah daun pintu yang sudah dikuak. Terjongol seorang perempuan berumur memandangnya dengan senyuman manis. Perempuan itu menghampirinya.
"Macam nilah cucu nenek. Dah, pergi mandi dan bersiap. Kejap lagi ada tetamu nak datang. Ni, pakai baju ni. Pilih mana yang berkenan. Nenek dah beli sebulan lebih dah. Makeup cantik-cantik. " Sharifah Qasidah letak sepasang gaun dua warna, ungu muda dan firus. Siap dengan labuci dan manik kecil di seluruh gaun itu.
Arisha masih kebingungan. Dia menelan liur. Nenek??
"Dah, tak payah nak berlakon buat muka macam orang bingung tu. Cepat mandi. Pukul sebelas nanti, mereka datang." Sharifah Qasidah hulur pula tuala kepada Arisha melihatkan gadis itu seperti kebingungan dan nampak keliru.
"Sekejap. Ne...nenek.." Arisha mula bersuara.
Sharifah Qasidah menoleh, langkahnya terhenti. Dia menunggu kata-kata dari Arisha yang disangka Nayla.
"Sa..saya..kat mana ni? Nenek ni siapa?" Arisha tersekat-sekat bertanya.
Sharifah Qasidah berkerut kening. Kemudian dia mengukir senyum. Pandailah cucunya yang seorang ini hendak mengelat. Buat-buat tak kenal la pulak.
"Dah! Jangan nak mengada-ngada buat hilang ingatan pulak. Cepat mandi! Pukul sebelas nanti, majlis nak mula."
Arisha menelan liur. Sungguh dia bingung dan keliru sekarang ini. Perempuan tua itu sudah menapak keluar dari bilik itu. Matanya beralih pada sepasang gaun tadi. Sekali lagi dia bingung. Majlis?? Lemah langkahnya menuju ke bilik air. Dia perlu juga mandi, semalam dia tertidur dengan tidak membersihkan diri, yalah, dah uzur katakan.
Keluar saja dari bilik air, seorang perempuan muda pula tercegat di situ sambil tersenyum. Siap dengan alat solek di tangan dan gaun tadi. "Awak siapa?"
"Saya jurusolek. Puan Sharifah suruh saya make up kan awak. Dah siap mandi, pakai baju ni." Gadis itu hulur kedua baju itu dan menyuruh Arisha memilih mana satu yang hendak dipakai.
"Err...maaf, saya tak biasa pakai baju seksi ni. Sebenarnya apa yang dah berlaku?" Arisha mula menggelabah. Dia semakin pelik. Baju kurung yang dipakai malam tadi entah mana hilangnya.
"Eh, Cik Nayla ni. Takkan majlis pertunangan sendiri tak tahu. Hmm..saya rasa gaun ungu muda ni cantik. Sesuai dengan kulit awak yang putih tu." Gaun berwarna ungu muda dihulur kepada Arisha.
Arisha terdiam. Nayla??Majlis pertunangan??? "Er...tunggu..maaf, saya bukan Nayla, nama saya Arisha.."
Gadis itu senyum. Benarlah kata -kata Puan Sharifah Qasidah tadi, Nayla pandai berlakon semata-mata nak mengelak dari majlis pertunangan tu. Dia tidak hiraukan kata-kata Arisha tadi. Puan Sharifah Qasidah sudah berpesan padanya tadi supaya pastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Arisha masih berkeras tidak mahu mengenakan gaun itu.
"Cik, kalau cik buat macam ni, saya kena pecat nanti!" Gadis itu mengetap bibir. Geram!
"Apa ni? Belum siap lagi? Nayla! Cepat pakai baju tu! Budak bertuah ni!" Sharifah Qasidah meluru ke arah Arisha dan menarik tangan gadis itu lalu dipakaikan gaun berwarna ungu muda itu.
Arisha pula bermatian menidakkan yang dia adalah Nayla. Dia cuba tunjuk kad pengenalan dalam dompetnya.
"Kamu ni nak main-main ya? Kan nama kamu tu! Sudah! Yati, cepa sapu makeup!" Arah Sharifah Qasidah pada gadis yang diupah tadi.
Arisha bingung. Kad pengenalan yang ditunjukkan itu memang sah tertera nama Nayla, bukan Arisha. Dia semakin bingung. Kali ini dia tidak mampu menolak lagi. Namun dia harus cari jalan. Majlis pertunangan itu harus dihentikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Conan mula mengukir senyum. Wajah merajuk Aylanins sudah mula jelas. Suka melihat gadis itu merajuk begitu. Perbualan mereka terhenti, makanan yang dipesan sudah mula tiba di meja. Sungguh berselera Aylanins menikmati daging panggang, salad dan pencuci mulut. Conan pula asyik melihat gadis itu yang ternyata tidak pernah kontrol ayu. Melantak sakan!
Ipo... tak cukup tu... daging panggang sepinggan je
Aylanins tu ... kalau makan...
minimum 3 pinggan
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak gayanya tak tamat lglah ni... @Ipo memanglah... Bjat org ternanti nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Conan aka Ku Nan aka Tengku Adnan tu dah majuk..
|
|
|
|
|
|
|
|
amboih...barulah namanya melantak sakan
|
|
|
|
|
|
|
|
terpanjang la pulak Zam...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|