CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzeko

[Tempatan] MH192 tyre burst during take off

[Copy link]
Post time 21-4-2014 08:15 AM | Show all posts
Alhamdulillah semua selamat...syukur

Tahniah pd pilot, nah bunga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 08:15 AM | Show all posts
Suchi posted on 21-4-2014 06:35 AM
tak mampu nk komen apa lagi

jangan takut naik ketebang yeaaa
jangan takut naik ketebang yeaaa
menurut stastitik ia masih pengangkutan yg paling selamat di dunia.
superman yg slalu ckp gitu, psl dia bole terbang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:17 AM | Show all posts
MH192 berlepas semula ke Bangalore 3.30 petang ini: MAS

2014/04/21 - 07:51:02 AM

KUALA LUMPUR: Penerbangan MH192 dengan 159 penumpang dan 7 kru akan berlepas semula dari KLIA jam 3.30 petang ini dan tiba di Bangalore 5 petang ini.

Ia dinyatakan MAS dalam satu kenyataan pagi ini.

Semua penumpang pesawat kini ditempatkan di hotel penginapan berhampiran sementara menunggu masa pelepasan semula itu.
   


http://www.bharian.com.my/bharia ... /Article/index_html


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:17 AM | Show all posts
Bell posted on 21-4-2014 08:13 AM
Aku tetap tak takut naik kapal terbang. Next month nak ke Paris....hehhehe

Aku tiap minggu ulang alik aloq staq -kl.... la ni kalut hafal surah al mulk... manatau kot kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:17 AM | Show all posts
sekarang ni mmg musim org sabotaj flight 1 dunia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:18 AM | Show all posts
Insiden MH192 mendarat cemas dibawa ke Kabinet Rabu ini - Hishammuddin

2014/04/21 - 07:19:41 AM

SEPANG: Kejadian pesawat MAS MH192 membuat pendaratan kecemasan di KLIA awal pagi tadi akan dibawa ke Kabinet pada Rabu ini, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



http://www.bharian.com.my/bharia ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 08:18 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-4-2014 08:17 AM
Aku tiap minggu ulang alik aloq staq -kl.... la ni kalut hafal surah al mulk... manatau kot kot... ...

Aku prakrtise ayat kursi sentiasa....

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:20 AM | Show all posts
aku lusa nak ke Paris...semoga selamat pegi dan balik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 08:20 AM | Show all posts
Bell posted on 21-4-2014 08:18 AM
Aku prakrtise ayat kursi sentiasa....

Ayat kursi lain, sbb tak mau jadi... surah al mulk sbb sangat berguna kat kubur nanti kalau aku pi awal tanpa bekalan yg aku tau tak cukup ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:20 AM | Show all posts
Penumpang kagum kecekapan kru MH192

2014/04/21 - 06:53:24 AM


KUALA LUMPUR: Meskipun berada dalam situasi panik, penumpang pesawat MH192 kagum dengan langkah keselamatan yang dilakukan oleh kru pesawat berkenaan yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka memastikan semua 159 penumpang tidak cemas dan takut selain mengikuti segala arahan keselamatan bagi memudahkan pesawat itu mendarat dengan selamat.

Seorang penumpang warga India, Pritesh Jain, 30, berkata perasaan bimbang dan cemas mula menyelubungi dirinya dan beberapa penumpang lain sebaik juruterbang memaklumkan pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas berlepas ke Bangalore pada jam 10.09 malam.
   
“Memang saya sangat takut selepas diberitahu tentang masalah teknikal yang dihadapi pesawat yang saya naiki, namun juruterbang dan kru penerbangan bertindak sebaik mungkin untuk menenangkan kami serta menerangkan cara dan langkah yang harus diambil untuk mendaratkan pesawat dengan selamat.

“Keyakinan saya dan beberapa penumpang lain semakin bertambah apabila juruterbang memberitahu bahawa dia terpaksa menghabiskan sebahagian besar minyak pesawat itu dengan melakukan beberapa pusingan sebelum mendarat,” katanya ketika ditemui di KLIA sebelum dibawa ke hotel penginapan, pagi tadi.

Sementara itu, bagi pasangan suami isteri Ramanan Ganesan, 42, dan Kavita Ravendran, 41, yang dalam perjalanan pulang ke India, selepas seminggu melancong ke Malaysia, kejadian yang dilaluinya ini tidak mematahkan sebarang perancangan untuk kembali bercuti semula ke negara ini dengan menaiki pesawat MAS.

“Dengan apa yang baru berlaku ke atas saya, isteri dan anak saya berusia 14 tahun, serta ditambah dengan insiden kehilangan pesawat MH370, saya tidak menyalahkan MAS dalam semua situasi ini.

Semua penumpang pesawat itu, kemudian dibawa ke hotel penginapan berhampiran sebelum berlepas dengan pesawat lain ke Bangalore.

Sementara itu, seorang penumpang berasal dari Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali sebagai Raymond, berkata kru kapal yang bertugas berjaya menenangkan penumpang dan mengendalikan situasi itu dengan profesional.

Katanya, biarpun ada sesetengah penumpang dilihat panik dengan keadaan itu namun juruterbang dan kru kapal berjaya mengawal keadaan.

“Kejadian ini adalah satu situasi yang tidak diingini oleh sesiapa pun, namun juruterbang menjalankan tugasnya dengan amat baik.

“Jika saya dapat berjumpa dengan juruterbang itu saya ingin berterima kasih kepadanya kerana beliau berjaya menyelamatkan 159 nyawa penumpang dan kru kapal dalam pesawat MH192,” katanya.



http://www.bharian.com.my/bharia ... /Article/index_html

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Motifffff abg pilot muka lebih kurang ngn hishamuddin? Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:21 AM | Show all posts
alohh...klu tgk natgeo, disc chanel tu ada je yg landing xda tayar dpn, tyr dpn kluar senget...pilot tau la nk buat cmna klu x xda jd pilot ...

congrats to the pilot lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:27 AM | Show all posts
Bakal PM Mesia..Abg Din
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:30 AM | Show all posts
hopefully semuanya selamat utk MAS  ;) Last edited by babypurple on 21-4-2014 08:35 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 08:36 AM | Show all posts
nak update pergi je ke MH192.blogspot.com Last edited by tapibukanaku on 21-4-2014 09:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:37 AM | Show all posts
MAS diberi masa dua hari sedia laporan lengkap: Hishammuddin

Sepang: MAS diberi masa dua hari iaitu sehingga Rabu untuk menghantar laporan lengkap mengenai kejadian pendaratan cemas pesawat MH192, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 1.56 pagi tadi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut menyatakan kekesalan terhadap kejadian itu, namun memuji pengendalian cemerlang oleh juruterbang pesawat berkenaan.

Pesawat itu dilaporkan mengalami kerosakan pada gear mendarat kanan ketika berlepas ke Bangalore dan terpaksa berpatah balik ke KLIA.




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:38 AM | Show all posts
Cekal, tabah, bertanggungjawab dan prihatin.

Hishammuddin Hussein meluangkan masa bersama juruterbang dan anak kapal MH192 yang telah berjaya mendarat dengan selamat di KLIA.


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:39 AM | Show all posts
MEDIA STATEMENT released at 1.35am/21 Apr 2014

MH192 Incident
Sepang, 21 April 2014: Malaysia Airlines confirms that flight MH192 that departed from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 10.09pm bound for Bangalore has made an air turn back towards Kuala Lumpur. The aircraft’s right-hand landing gear malfunctioned upon takeoff and is expected to make an emergency landing at KLIA at around 2.00am, today.
Flight MH192, operated on the B737-800 aircraft, was scheduled to arrive in Bangalore at 11.35pm the same day. The flight was carrying a total number of 166 people on board which include 159 passengers and 07 crew members.
Malaysia Airlines is currently working with the Airport Fire Rescue Services (AFRS) in anticipation of the landing.
The airline will provide regular updates on the situation

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.384671 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list