CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Jenayah] Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa

[Copy link]
Post time 3-4-2014 06:33 PM | Show all posts
Penangkapan Kassim Ahmad ni bertentangan dgn konsep kebebasan beragama spt yg termaktub dlm perlembagaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 06:34 PM | Show all posts
petola posted on 3-4-2014 02:48 PM
tak baik tau korang kata maideen tu kafir
dia tu Islam cuma dia jenis2 kassim ahmad.. tu jer..

Patut lah Maideen tersedak.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 06:36 PM | Show all posts
Orange1 posted on 3-4-2014 06:28 PM
Lobai ni klu bagi ceramah2 ugama harus ummah terpegunnn, tp kat rumah layan bini mcm hamba. Dasat  ...

Tompang tanya sikit selepas pakai sarban ..... Orange ni Islam ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 07:02 PM | Show all posts
Orange1 posted on 3-4-2014 06:33 PM
Penangkapan Kassim Ahmad ni bertentangan dgn konsep kebebasan beragama spt yg termaktub dlm perlemba ...

ummah melayu selepas terlebih telan korma pak ereb dan meneguk air zam2 mengatakan perlembagaan negara kita tak patut ikut apa yg ditulis oleh reid commission. kita patut ada ramai lagi pakar2 hukum lepasan arab ka, jordan ka, paki ka atau yg istimewanya lepasan mesir utk buat perlembagaan negara kita. wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 12:56 AM | Show all posts
Maideen. posted on 3-4-2014 06:36 PM
Tompang tanya sikit selepas pakai sarban ..... Orange ni Islam ka?

Maideen, kena pakai serban baru lengkap isle nya. Tudung pulak mesti labuh sampai ke tumit, klu tidak tak mengikut sariat. Jawab lah mati nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 01:03 AM | Show all posts
M5 posted on 3-4-2014 07:02 PM
ummah melayu selepas terlebih telan korma pak ereb dan meneguk air zam2 mengatakan perlembagaan ne ...

Dasatnyq pengaruh pak ereb terhadap ummah melayu, tu dlm hidup mcm org tak bertamadun dah blh pengaruhi ummah melayu sampai lagu tu, bodoh sgt ke ummah melayu ni ye? Yg herannya kokesen maju yg perkenalkan perlembagaan yg lebih logik n bertamadun nak digantikan dgn perlembagaan versi ereb yg tak bertamadun, heran2 gegeh sgt taksub dgn pak ereb sampai percaya n ikut benda2 tak logik n tak diterima akal fikiran manusia yg waras.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2014 02:09 PM | Show all posts
High Court throws out Muslim scholar’s suit, says can’t rule on Shariah matter
BY JOSEPH SIPALAN
July 14, 2014

KUALA LUMPUR, July 14 — Muslim intellectual Kassim Ahmad, accused of insulting Islam and defying religious authorities, lost his bid for a judicial review at the High Court today after the civil court ruled the matter to be under the jurisdiction of the Shariah Court. Justice Datuk Zaleha Yusof, in dismissing the former social activist’s application, ruled in chambers the case could only be adjudged in the Islamic courts. “The judge ruled that the subject matter was within the exclusive jurisdiction of the Shariah Court,” Senior Federal Counsel Suzana Atan told journalists outside the courtroom. Malaysia has two legal systems, with the civil courts that apply universally and the Shariah system that only applies to and recognises Muslims. Kassim, 81, was charged at the Shariah High Court in Putrajaya last March for allegedly insulting Islam and defying religious authorities at a seminar that was officiated by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad a month earlier.

The scholar was alleged to have questioned the use of “hadith” (a collection of sayings and deeds attributed to the Prophet Muhammad) to interpret the Quran, as well as the headscarf commonly worn by Muslim women as he allegedly said that hair was not part of the “aurat” that must be covered up. Kassim’s defence counsel, Rosli Dahlan, said today that the judge was adamant that she was bound by a recent Federal Court ruling that disallowed any intervention by the civil courts in Shariah matters. “Now we have to move on and appeal, in order to say that the jurisdiction of the civil courts cannot be ousted just because there are Islamic elements in a case,” he said, adding that they will file their appeal with the Court of Appeal and seek a stay order today, as Kassim is scheduled to go before the Shariah High Court this Thursday.

Last March, Kassim claimed trial after he was charged for the two offences under Section 7(b) and Section 9 of the Shariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997, each carrying a maximum fine of RM3,000 or up to two years jail, or both. -

See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.8aDE10st.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 02:15 PM | Show all posts
Pada seminar itu, Kassim dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.


Dulukan...kononnye puak Melayu ni yang bawa Islam ke Sulawesi dan Bugis suku terakhir diislamkan di Sulawesi...

Lani  Melayu bangsa paling bodoh agama....dia x tahu apa tu Syafaat dan Hasanat pada saat Allah tak mahu pandang muka dan mendengar rintihan pelaku2 dosa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2014 02:35 PM | Show all posts
Tiada lagi kebebsan dalam memberi pendapat.  malaysia in 10 years time = afghanistan versi taliban.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:17 AM | Show all posts
19 Disember Keputusan Kassim Ahmad Cabar Tindakan Jawi   
Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 12:02 AM
Kassim Ahmad

                (Ubah saiz teks)       

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan 19 Disember ini untuk keputusan terhadap permohonan bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan oleh peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim, dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan dan Maisarah Juhari.

Suzana dan Maisarah mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi dan Kerajaan Malaysia,
Terdahulu, Rosli dalam penghujahannya berkata tindakan Jawi mendakwa Kassim atas pertuduhan menghina agama Islam adalah tidak sah.

Beliau berhujah bahawa Jawi tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan pendakwaan melangkaui bidang kuasa terhadap Kassim.






Selain itu, Rosli berhujah bahawa waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya adalah bercanggah dengan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah.

Rosli juga berhujah bahawa tidak ada laporan maklumat pertama atau aduan sebelum siasatan kes itu bermula.

"Ini berdasarkan keengganan Jawi atau ketua pendakwa Syarie untuk menyediakan laporan atau aduan.

"Kegagalan untuk mematuhi Seksyen 2 dan Seksyen 74 Kanun Tatacara Jenayah Wilayah Persekutuan menyebabkan keseluruhan proses siasatan dan tindakan penguatkuasaan sebagai tidak sah," katanya.

Rosli berkata semakan kehakiman dilakukan untuk menghalang pendakwaan yang bercanggah dengan undang-undang terhadap Kassim.

Beliau berhujah bahawa Jawi bertindak secara "mala fide" dengan mengenepikan
kebebasannya tanpa perhatian sewajarnya, hemat, dan bertanggungjawab walaupun mengetahui dia berumur 82 tahun dan tidak harus tertakhluk kepada penahanan selama lebih 27 jam.

Sementara itu, Suzana berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar isu-isu berhubung dengan agama Islam.

Beliau berkata bahawa hanya mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menangani isu itu terhadap Kassim.
Beliau berkata ini dijelas termaktub dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif," kata beliau.

Maisarah berhujah bahawa jika Kassim tidak berpuas hati dengan semua prosedur daripada laporan maklumat pertama yang diterima, pengeluaran waran tangkap dan pelaksanaan waran geledah, dia harus menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai kuasa penyemakan dan penyeliaan untuk membuat semakan dan mengeluarkan arahan yang berkaitan bagi menuntut keadilan.

Bagaimanapun, beliau berkata Kassim tidak mengemukakan permohonan seumpama itu di bawah Akta Pentadbiran Syariah.

Maisarah juga berhujah bahawa permohonan Kassim bagi semakan kehakiman berhubung dengan waran tangkap dan waran geledah yang dikeluarkan serta keputusan Jawi untuk mendakwanya kerana dikatakan menghina agama Islam adalah bersifat akademik.

"Ia bersifat akademik kerana dia di dakwa di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Peguam itu juga berkata Kassim gagal membuktikan bahawa ada isu bersifat "nyata" jika deklarasi seumpama itu dalam semakan kehakimannya diberikan kepada beliau.

Beliau berkata andaian bahawa Kassim tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan ke atasnya adalah bohong semata-mata dan ia terkandung dalam laporan polis yang dibuat pada 26 Mac.

Pada 24 Julai, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Kassim untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menangkap dan mendakwanya di Mahkamah Syariah atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu.

Pada 14 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kassim mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dengan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu dan bahawa perkara itu tertakluk secara eksklusif di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan selepas membenarkan bantahan awal oleh Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan Kassim untuk memohon kebenaran.

Kassim, mengemukakan permohonan itu pada 26 Jun, bagi memohon antara lain perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan ketua pendakwa Syarie pada 27 Mac bagi pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa.
Kassim juga memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, ditangguh sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.

Beliau jyuga memohon perintah untuk mengetepikan tindakan dan keputusan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyerbu, , menggeledah dan menyita bahan terbitannya, dan menahannya dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.

Selain itu, beliau juga memohon perintah untuk mengetepikan semua waran tangkap, geledah dan sita serta bon yang dikenakan terhadapnya dan pengisytiharan bahawa tindakan para pegawai Jawi dan pendakwa adalah melampaui bidang kuasa mereka.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah dan memohon pengisytiharan bahawa fatwa (fatwa Islam) yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2014/11/19/kassim-ahmad-jawi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043507 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list